Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS,

PENGAWAS PERPUSTAKAAN, KETUA DAN PENOLONG


KETUA DARJAH
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KEMELAH, SEGAMAT
TAHUN 2015
TARIKH

: 1 MAC 2015 (ISNIN)

MASA

: 7.30 hingga 8.00 pagi

TEMPAT

: Dewan SK LKTP Kemelah

PERASMI

: Encik Katigo bin Sukiman, Guru Besar SK LKTP Kemelah.

Pada 1 Mac 2015 seramai 37 orang Pengawas , 10 orang Ketua Darjah , 10


orang Penolong Ketua Darjah dan 26 orang Pengawas Pusat Sumber yang baru
sesi 2015 telah dilantik dalam Majlis Watikah Perlantikan ini oleh Encik Katigo bin
Sukiman, Guru Besar SK LKTP Kemelah dan diiringi Encik Hairilanuar bin Mason
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Undian telah dijalankan di kalangan guru-guru SK LKTP Kemelah sebelum
ini. Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah telah memilih undi majoriti dan melantik
Nurul Elyana binti Abd Rahman sebagai Ketua Pengawas dan Noor Asyura binti
Aminoor Syahfizan sebagai Penolong Ketua Pengawas. Manakala Ketua Pengawas
Pusat Sumber ialah Nur Balqis Nadhirah binti Zulhaiza dan Penolong Ketua
Pengawas Pusat Sumber ialah Nurhazwani binti Hameri Idi.
Majlis Penyampaian Watikah pelantikan diadakan bertujuan ;
a)

Melantik dan memperkenalkan Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber

secara rasmi.
b)

Memberi pengikhtirafan kepada Pengawas supaya dapat menjalankan tugas

yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa menunjukkan


penampilan yang cemerlang dalam semua bidang.
c)

Mendidik pelajar dengan sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab sepanjang

menjalankan tugas.

Semoga dengan pelantikan ini, ia akan dapat membantu memantapkan


disiplin dan pengurusan pusat sumber Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah,
Segamat ke arah yang lebih terbilang
Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Warga SK LKTP
Kemelah atas kerjasama yang diberi dalam memastikan kelancaran program
tersebut. Sesungguhnya setiap perbuatan baik itu, pasti akan mendapat balasan
yang setimpal dengannya, InsyaAllah.

Disediakan oleh,

(SITI AMIZAH BINTI MOHAMAD KAMILAN)


Penyelaras Pengawas Sekolah,
SK LKTP Kemelah, Segamat.

LAMPIRAN GAMBAR