Anda di halaman 1dari 4

Tajuk : Bincangkan tentang

masyarakat pada masa ini.

kebaikan

dan

keburukan

televisyen

kepada

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh kepada
masyarakat masa kini. Hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah
televisyen. Sebagai alat komunikasi yang berpengaruh, sudah tentu televisyen juga
mempunyai kebaikan dan keburukannya. Namun, pernahkah kita terfikir akan kebaikan
dan keburukan televisyen ini kepada kita semua?

KEBAIKAN
1. Melalui televisyen, kita juga boleh mendapat pelbagai ilmu pengetahuan. Hal
ini demikian kerana, televisyen memuatkan pelbagai rancangan pendidikan untuk
murid. Rancangan ini termasuk rancangan MedikTV yang menyampaikan
pengetahuan tentang dunia perubatan. Rancangan seperti ini amat berguna kepada
masyarakat dalam menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu perkara.
Selain itu, siri Upin dan Ipin, Oh, My English! Merupakan antara siri televisyen yang
dijadikan bahan bantu pengajaran paling efektif di sekolah. Penampilan ini bukan
sahaja menarik,malahan dapat meningkatkan pengetahuan secara formal dan tidak
formal.
2. Televisyen juga adalah sumber hiburan yang murah. Terdapat pelbagai jenis
hiburan yang disiarkan. Antaranya, rancangan muzik dan nyanyian, tayangan filem,
serta rancangan kartun. Unsur hiburan seperti ini amat penting bagi meredakan
ketegangan emosi dan minda murid. Dengan itu, kita tidak perlu lagi keluar rumah
untuk mendapatkan hiburan. Di sini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan wang
tetapi juga masa.
3. Antara faedah menonton televisyen ialah dapat mengetahui peristiwaperistiwa penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat.
Kita boleh menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting
yang berlaku di dalam dan luar negara. Informasi ini disiarkan melalui slot berita
dan peristiwa, isu, serta filem rencana. Sebagai contoh, liputan tentang banjir yang
melanda bahagian timur Semenanjung Malaysia. Sesungguhnya, informasi ini amat
penting bagi melahirkan murid yang kaya dengan pelbagai maklumat.
4. Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang
berguna. Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan
menerusi televisyen yang boleh memberi informasi kepada pelajar. Antara
rancangan yang boleh mendidik pelajar ialah rencana dan forum ilmiah.

5. Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu tidak


dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah. Seseorang itu tidak akan
terbabit dalam gejala tidak sihat kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk
menonton televisyen.
6. Seterusnya, menonoton televisyen juga dapat melapangkan fikiran serta
menghilangkan tekanan. Seseorang akan berasa terhibur apabila menonton
rancangan yang berunsur hiburan dan lawak seperti kartun. Hal ini boleh
menghilangkan tekanan akibat kerja seharian yang memenatkan.
7. Antaranya dapat menyampaikan maklumat terkini di dalam dan luar negara
serta menambah ilmu pengetahuan kita. Contohnya melalui rancangan berita,
sukan, perubatan dan National Geographic. Dengan ini, segala maklumat dapat
diperoleh dalam masa yang singkat dan lebih berinformasi.
8. Selain itu, menonton televisyen juga dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan.
Misalnya, program Bersamamu dan Aduan Rakyat oleh pihak TV3. Melalui program
ini, kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasalahan
yang berlaku kepada penduduk dapat disuarakan kepada pihak berwajib untuk
tindakan yang sewajarnya. Sesungguhnya,pemaparan kisah tersebut dapat
dijadikan teladan selain memupuk sikap prihatin dan suka membantu.
9. Alat untuk pengiklanan produk dan servis sesebuah syarikat. Hal ini memberi
kelebihan kepada pengusaha produk tempatan dalam mempromosikan produkproduk dan servis yang ditawarkan oleh mereka.

KEBURUKAN
1. Rancangan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan juga remaja seperti
adegan seks, banyak memberi kesan buruk kepada mereka. Penayangan
filem yang bercorak ganas dan lucah akan memberikan kesan buruk kepada
penonton terutamanya kanak-kanak dan remaja kerana mudah terikut-ikut dengan
adegan yang disaksikan. Jadi, tidak hairanlah jika ada di antara mereka yang
terlibat dengan kegiatan haram atau melakukan keganasan.
2. Menonton televisyen hingga larut malam akan mendatangkan kesan buruk
kepada kesihatan. Hal ini demikian kerana, kita tidak dapat tidur yang cukup dan
menyebabkan badan menjadi lesu. Kerja-kerja yang dibuat tidak akan
mendatangkan hasil yang memuaskan. Kepada para pelajar pula, ia sedikit
sebanyak akan mengganggu pelajaran mereka.
3. Menyekat perkembangan teknik membaca. Sekiranya kanak-kanak hanya
menonton televisen dan tidak dilatih membaca, maka tidak hairanlah masih
terdapat kanak-kanak yang sudah masuk darjah 1 tapi masih tidak tahu membaca.
Kanak-kanak yang membaca buku cerita misalnya, akan cuba menggambarkan
peristiwa yang diceritakan dalam cerita tersebut. Dalam usia yang muda, kanakkanak mesti dilatih untuk membaca dan menambah teknik mereka dalam
pembacaan.

4. Menyekat perkembangan kemahiran lain seperti pergaulan, kreativiti dan


juga kemahiran mendengar. Kemahiran ini hanya boleh ditingkatkan dengan
memperbanyakkan pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain ataupun orang
dewasa.
5. Hilang tumpuan dalam pembelajaran. Hal ini berlaku apabila ketika kanakkanak tersebut menyiapkan kerja sekolah sambil menonton televisyen. Oleh yang
demikian, tumpuan kepada pembelajaran akan terganggu.
6. Pembaziran wang. Pada masa sekarang ini banyak program-program realiti telah
diadakan, contohnya program Akademi Fantasia. Pembaziran wang berlaku apabila
penonton terpengaruh dengan program tersebut dan taksub untuk menyokong
peserta yang mereka sukai dan mereka mengundi peserta tersebut.
7. Pembaziran masa terjadi apabila terlampau banyak masa dihabiskan di hadapan
TV dengan hanya menonton rancangan-rancangan hiburan.
8. Penonton terpengaruh dengan iklan-iklan yang dilihat di TV. Contohnya
saluran Go Shop yang menawarkan pelbagai produk kepada pengguna. Penonton
yyang terpengaruh akan membeli apa sahaja produk yang ditawarkan walaupun
produk tersebut tidak penting.
9. Maklumat yang tidak tepat dan berunsur fitnah. Terdapat juga maklumat
yang diterima adalah maklumat yang salah. Media-media elektronik mestilah
bertanggungjawab terhadap setiap maklumat yang mereka sampaikan dengan
merisik terlebih dahulu kesahihan maklumat yang mereka terima.

Kesimpulannya, televisyen mempunyai kesan baik buruk kepada masyarakat. Maka,


terpulanglah kepada kita untuk memilih rancangan mana yang paling baik untuk ditonton.
Sementara itu, ibu bapa pula perlu mengawasi setiap rancangan yang ditonton oleh
kanak-kanak mereka. Anak-anak juga perlu disekat daripada menonton televisyen hingga
larut malam.
Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu aktiviti yang berfaedah. Walau
bagaimanapun, kita hendaklah bijak memilih rancangan dan masa yang sesuai untuk
menonton supaya tidak keterlaluan dan kelak memudaratkan diri sendiri.

Menonton televisyen juga membawa keburukan kepada kita terutamanya kanakkanak. Mereka banyak menghabiskan masa di hadapan televisyen. Contohnya mereka

leka menonton rancangan-rancangan kartun dan hiburan. Akibatnya mereka mengabaikan


pelajaran dan hubungan sosial di persekitaran kediaman mereka tidak berkembang.
Di samping itu, penonton juga mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan
melalui televisyen. Mereka mudah terpengaruh dengan iklan-iklan dan aksi-aksi yang
ganas. Dengan itu, mereka mudah meniru dan akan menjurus kepada keruntuhan akhlak
mereka.
Kesimpulannya kita hendaklah pandai dalam memilih program-program
yang
hendak ditonton. Fikirkanlah kebaikan dan keburukan serta kesan-kesannya kepada kita
bukan sahaja dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka masa panjang.

Anda mungkin juga menyukai