Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Sekolah SRA merupakan sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi namun hanya
mencapai pencapaian sederhana. Oleh itu, kajian dilakukan dan menunjukkan berlakunya
kelemahan-kelemahan dalam organisasi sekolah ini. Oleh yang demikian, sebagai guru
besar baharu di sekolah ini, saya perlu menganalisis keadaan sekolah, kepimpinan di
sekolah dan apakah kepimpinan yang sesuai diterapkan di sekolah ini pada masa akan
datang. Di samping itu, saya harus mencari falsafah yang sesuai bagi meningkatkan
prestasi sekolah ini.

Soalan 1
Pengurus dan pemimpin mempunyai peranan atau fungsi yang spesifik dan
tersendiri dalam suatu organisasi. Dalam kes Sekolah Rendah Atlas (SRA) pada pandangan
saya, mereka memerlukan saya untuk menjadi seorang pemimpin. Sebelum mengulas
dengan lanjut mengapa saya berpandangan sedemikian maka lebih indah sekiranya kita
dapat mengetahui dan memahami apa yang dimaksudkan tentang pemimpin dan juga
pengurus.
Menurut (Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat) Pengurus adalah individu atau
seorang yang menjalankan pengurusan dan pengaturan semula terhadap sesuatu
organisasi. Tugas pengurus adalah seperti

mengatur dan mengagih tugas-tugas,

merencana sistem, merencana, menyiasat, menyelaras, menilai, menguruskan penstafan,


berunding dan mewakili sesuatu organisasi (Bennis & Nanus, 2003). Secara kesimpulannya,
tugas pengurus lebih kepada mengendali sesuatu unit untuk mencapai matlamat yang
sama. Oleh yang demikian, dalam kes ini pengurusan kurang sesuai kerana masalah
motivasi dan kesepaduan antara guru dan pihak pentabdiran merupakan masalah utama
yang membelenggu SRA.
Pemimpin pula melibatkan kepimpinan dengan mempengaruhi; memandu arah,
kelakuan, tindakan atau pendapat (Bennis & Nanus, 2003). Pemimpin tidak hanya
mengurus tugas malah melibatkan hubungan secara langsung antara pemimpin dan orang
yang dipimpin. Dalam memimpin seorang pemimpin harus mempunyai fokus terhadap
keberkesanan cara kepimpinan dan berfikir secara melebihi daripada skop tugas seperti
keperluan, pandangan, memotivasi, memberi cabaran dan mempengaruhi pengikut untuk
bersama memahami visi dan misi yang ingin dicapai. Di sekolah SRA ini jelas sekali
ketandusan pemimpin yang berkepimpinan yang membolehkan guru-guru menjalankan
tugas dengan lebih bermotivasi, bersemangat dan berani meluahkan idea-idea kreatif yang
boleh meningkatkan perkembangan pencapaian sekolah.
Kseluruhannya dapatlah saya katakan bahawa saya perlu berfungsi sebagai
pemimpin kerana masalah di sekolah tersebut melibatkan keperluan guru besar yang terlibat
aktif bagi memotivasikan dan menimbulkan suasana kerja yang kondusif.

Soalan 2
Pendapat saya, SRA seperti dapatan kajian menunjukkan bahawa sekolah tersebut
mempunyai hubungan dan kepercayaan dengan teori X. Teori X menurut (Matthew,S, 2010)
manusia kebanyakkannya adalah malas, self-centred, takut kepada perubahan, tidak
mempunyai sasaran, dan hanya melakukan apa yang disuruh. Dalam kes sekolah ini, kita
dapat lihat guru-guru tidak menunjukkan kreativiti dan hanya membuat tugasan seperti yang
disuruh. Terdapat juga guru yang menyatakan bahawa trauma hendak melakukan
pembaharuan dalam sekolah tersebut kerana kesukaran dalam melaksanakannya. Markah
inovatif yang hanya 35 menunjukkan bahawa sekolah ini menghadapi masalah tersebut.
Teori X juga menyebutkan bahawa salah satu penyebab ini berlaku adalah
pengurusan yang menekankan tentang total control. Seperti yang kita lihat dalam kajian
kes

kita

dapati

bahawa

penolong

kanan

menekankan

bahawa

pentadbiran

bertanggungjawab terhadap semua yang berlaku di sekolah dan bersifat bahawa negatif
terhadap kertas-kertas cadangan yang telah diberikan oleh guru-guru. Skor persamaan
kuasa secara optimal adalah paling rendah iaitu 17 dalam kajian yang dibuat oleh jabatan
penyelidikan menunjukkan bahawa pihak pentadbir mengawal sekolah ini dengan kuasa
penuh tanpa sedikit peluang untuk kuasa autoriti pihak guru.
Semangat, kesepaduan yang rendah juga telah ditunjukkan di dalam skor
memberikan makna guru telah hilang semangat dan rasa tersisih. Teori X menyatakan
motivasi pekerja dalam teori X adalah rendah dan kepimpinan yang mengunakan teori X ini
adalah seorang yang autokratik dan ini mengakibatkan hubungan antara guru dan pihak
pentadbir sekadar hanya seorang yang mengarah dan seorang yang diarah. Guru juga
merasakan ketidakpuasan hati dengan cara seperti tidak terlibat aktif dan pasif walaupun
memahami arahan dan tugas dengan baik.
Kesimpulannya, sememangnya SRA layak termasuk dalam Teori X mengikut
perkara-perkara yang telah disebut iaitu guru kebanyakkannya malas, tiada sasaran tidak
bermotivasi dan tidak berinovasi.

Soalan 3
SRA terletak pada quadran 1 iaitu pihak pentadbirannya menekankan tugasan dan
kurang mempedulikan keperluan pekerja ataupun para guru. Data kajian daripada Jabatan
Penyelidikan menunjukan bahawa SRA tidak mempunyai masalah terhadap tugasantugasan dan fokus gol yang diberikan oleh pihak pentadbiran. Namun SRA mempunyai
masalah daripada tahap kepedulian terhadap guru-guru. Pihak pentadbiran harus melihat
semula

struktur

kepimpinan

yang

digunakan

dan

pandangan

guru-guru.

Secara

keselururhannya kita dapat lihat bahawa pihak pentadbiran SRA menginginkan produktiviti
yang tinggi daripada guru namun tidak mengimbangkan dengan kepuasan kerja guru-guru.
Struktur kepimpinan yang baik adalah pada kuadran kedua iaitu pemimpin
mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap guru-guru sama seperti tugasan. Melalui
gaya kepimpinan ini tugasan akan meningkat lebih baik kerana keperluan guru-guru seperti
kebebasan membuat keputusan, memberi idea, memberikan pandangan dan pendapat, dan
keperluan-keperluan lain diberikan oleh pentadbiran. Di samping prihatin terhadap
pekerja/guru-guru tugasan juga tidak terabai dan dilaksanakan dengan intensiti yang baik.
Pemimpin yang berorientasikan pekerja dan menekankan tugas ini juga akan menjadikan
kepuasan dan keseronokkan bekerja meningkat dan hasilnya produktiviti dan kreativiti yang
diperlukan oleh SRA untuk mengubah keputusan sekolah tersebut boleh dilaksanakan.
SRA mampu untuk mencapai tahap ini sekiranya pihak pentadbir melihat dan
membuat refleksi semula terhadap kajian yang telah diberikan. Selain itu, pentadbiran
sekolah itu juga harus memberikan ruang dan peluang bagi guru memberi pendapat,
menjana idea bersama dan merancang aktiviti bersama dengan pihak pentadbir. Matlamat
antara pentadbir dan guru-guru juga harus selari dan pihak pentadbiran haruslah mencuba
memotivasikan guru-guru dengan pelbagai cara sama ada memberikan guru anugerah atau
memberikan kata-kata perangsang atau cabaran bagi meningkatkan hasil kerja mereka.
Untuk mencapai kuadran kedua juga kepimpinan yang tidak mengabaikan orientasi
terhadap tugasan. Oleh yang demikian tugasan tersebut haruslah dibawa perbincangan
bersama guru-guru supaya mereka dapat memberikan input dan pandangan terhadap
tugasan yang hendak diberikan kepada mereka.

Soalan 4
William Ouchi menyatakan dalam teori Z nya yang bermula dalam pendekatan
pengurusan perusahaan di Jepun dan Amerika yang digabungkan bahawa setiap pemimpin
atau pegawai harus mampu menjadikan pekerja di bawahnya
boleh memberi pendapat dan

merasa aman (security),

merasakan dirinya bernilai untuk menjadikan sesuatu

organisasi berfungsi dengan baik. Teori Z ini menggabungkan dua budaya organisasi yang
berbeza iaitu di Amerika lebih mementingkan keprihatinan terhadap pekerja namun tidak
kepada tugasan dan di Jepun pula berlaku sebaliknya. Oleh yang demikian SRA tergolong
dalam organisasi yang mementingkan tugas namun tidak perihatin kepada guru-guru.
Organisasi yang melaksanakan teori Z iaitu mementingkan kedua-duanya iaitu fokus
kepada tugasan dan disamping itu memberikan keperihatinan kepada guru-guru adalah
antara organisasi yang mempunyai ciri-ciri yang positif. Organisasi tersebut juga harus
melibatkan pembinaan hubungan kepercayaan antara pentadbiran dan pekerja diberikan
tanggungjawab perorangan yang menunjukkan keyakinan pemimpin terhadap pekerja dan
hasil kerja yang baik haruslah diperakui. Pengambilan keputusan dilakukan dengan cara
bersama atau secara terbuka. Walaupun akan memakan waktu yang lebih lama namun
tingat keberhasilan pengimplementasian hasil keputusan yang didapati akan lebih tinggi
kerana mendapat sokongan dari majoriti pekerja. Organisasi seperti ini akan meningkatkan
keyakinan dan ketaatan pekerja dan dalam kes di SRA adalah pihak guru. Di samping itu,
hubungan yang baik antara guru dan pentadbir akan meningkatkan produktiviti guru.
Ciri-ciri organisasi yang mempunyai kesan negatif adalah organisasi yang
menghadapi masalah dalam memotivasikan pekerja di bawahnya. Teori Z mengatakan
bahawa setiap orang mempunyai motivasi secara semula jadi oleh itu, sekiranya pekerja
tidak bermotivasi maka terdapat masalah yang berlaku dalam organisasi. Selain itu,
organisasi yang mempunyai masalah untuk memberikan kuasa dan hak ke atas kuasa bagi
pekerja adalah penting kerana sekiranya pekerja tidak mempunyai kebebasan terhad atau
tiada kebebasan untuk membuat keputusan dan tindakan maka pekerja akan merasakan
tidak dipercayai dan tidak mempunyai nilai dalam sesuatu organisasi.

Soalan 5
Sebagai pemimpin tertinggi di sekolah ataupun guru besar saya akan menekankan
kepentingan kerjasama antara guru-guru dan pentadbir bersama-sama merencana
perkembangan di SRA. Ibarat sebuah bangunan, organisasi adalah tiangnya iaitu untuk
menjadikan sesebuah bangunan tidak akan dapat tanpa tiang dan jika kukuh tiang nya
maka kukuh bangunan jika rapuh tiangnya rapuhlah bangunan. Setiap tiang juga tidak dapat
mendirikan satu bangunan kukuh oleh itu semua harus berdiri teguh seiring. Begitulah
pandangan saya terhadap organisasi sekolah. Maka setiap ahli sekolah harus bekerjasama
dalam menjadikan sekolah itu suatu organisasi yang baik.
Dalam organisasi yang baik, pada pandangan saya yang utama adalah hubungan
semua pihak sama ada pentadbiran dengan guru dan guru dengan guru yang lain harus
mempunyai hubungan yang utuh supaya dapat bersama menghadapi masalah yang datang.
Dalam itu juga saya akan menekankan budaya demokratik yang mana setiap orang berhak
memberikan pendapat dan idea. Keputusan juga dibuat bersama dan bukan untuk
kepentingan diri tetapi untuk memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
Motivasi adalah perkara yang utama dalam meningkatkan kualiti hasil kerja bukan
sekadar guru malah dalam kalangan pentadbir. Oleh yang demikian suasana positif dan
kondusif harus disediakan kepada guru dengan memastikan kemudahan-kemudahan dan
keadaan persekitaran membantu para guru untuk lebih fokus.
Tuntasnya, dapat saya ringkaskan bahawa kerjasama dan komunikasi adalah isu
penting untuk membantu menyelesaikan masalah di SRA. Semangat kebersamaan atau
kekitaan membolehkan isu ini dipandang melalui perbagai aspek dan membantu
memperbaikinya.

Rumusan
Setelah menilai dan menganalisis masalah di SRA dapatlah kita lihat masalahmasalah seperti yang telah dikaji berlaku di sekolah namun guru tidak mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk berhadapan dengan pihak pentadbir kerana mengetahui
keputusannya iaitu pendapatnya ditolak. Dari segi organisasi sekolah ini mempunyai
organisasi yang berciri-ciri negatif. Oleh yang demikian banyak perubahan yang harus
dilakukan dan memerlukan kerjasama semua pihak. Dengan itu, saya mencadangkan
falsafah kepimpinan yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah tersebut terutamanya
dengan bekerjasama.

Bibliografi
Bennis, W. & Nanus,B. (2003) Leaders strategies of taking charge. New York
:HarperCollin Publisher Inc.

Bennis, W. (1989). On becoming a leader. New York: HarperCollin Publisher Inc.

Bryne, J. (n.d.). Leadership Philosophy. Retrieved August 8, 2015, from


http://www.largo.com/egov/documents/1341575317_99564.pdf

Stewart,M.(2010). Theories x and y revisited. Oxford Leadership Journal. Volume


1 Issue 3
Orla ODonnell, R. B. (2008). Understanding and Managing. Understanding and
Managing, 6.

Anda mungkin juga menyukai