Anda di halaman 1dari 8

DATA ANALISIS

PENGENALAN
Analisis data merupakan salah satu kaedah untuk membantu guru-guru membuat
peningkatan akademik di dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran. Para
pendidik perlu memahami dan menguasai tentang bagaimana membuat analisis
data. Mengikut Kamus Dewan analisis penghuraian sesuatu (seperti keadaan,
masalah, persoalan dan lain-lain) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya
dan lain-lain) secara terperinci dan mendalam, manakala data pula membawa
maksud suatu konsep yang abstrak dari mana maklumat dan pengetahuan
diperolehi dan boleh dibuat pengukuran keputusannya.
Di sekolah, kita sentiasa berurusan dengan data. Data merupakan suatu konsep
abstrak dari mana maklumat diperolehi dan boleh dibuat pengukuran keputusan.
Terdapat pelbagai jenis data dalam sistem pendidikan kita. Data tersebut boleh
berbentuk kuantitatif seperti data linus, data peperiksaan (SAPS) emis data, data
apdm, e-operasi dan sebagainya atau kualitatif yang berbentuk maklumat seperti
PEKA, PLBS, PAFA, SEGAK dan tahap disiplin murid. Maklumat yang diperolehi
daripada data dan analisis yang dibuat boleh membantu mencari pola atau terma
agar dapat membuat keputusan tentang penambahbaikan dalam bidang kurikulum
atau mengkategorikan kembali dalam kumpulan yang berbeza. Jika data hanya
berfungsi sebagai pelaporan, maka data tersebut tidak akan memberikan apa-apa
makna kepada sekolah. Oleh sebab itu semua data yang ada di sekolah perlu di
buat analisis dan sentiasa dijadikan ukuran untuk peningkatan prestasi sekolah
terutama yang termaktub dalam tiga fokus utama PLC iaitu pembelajaran murid,
kolaborasi guru dan pencapaian murid.
Various analytic procedures provide a way of drawing inductive
inferences from data and distinguishing the signal (the phenomenon
of interest) from the noise (statistical fluctuations) present in the
data ...
Shamoo and Resnik (2003)

Maka analisis data perlu dijadikan satu agenda penting dalam membuat
perancangan peningkatan prestasi sekolah dan dilakukan oleh semua warga
pendidik yang berada di sesebuah institusi.
OBJEKTIF DATA ANALISIS
1

Meningkatkan pembelajaran murid melalui perbincangan berterusan di


kalangan guru.

Mewujudkan kolaborasi guru dalam mengurus dan membuat analisis data.

Meningkatkan pencapaian murid melalui analisis data yang berkaitan dengan


murid (keputusan peperiksaan).

MATLAMAT DATA ANALISIS


1

Menentukan apa yang pelajar telah belajar.

Mengetahui bantuan apa yang diperlukan untuk membantu mereka belajar.

Merancang apa yang perlu dilaksanakan untuk memastikan pembelajaran


berlaku.

Merancang dan membuat amalan intervensi untuk penambahbaikan dalam


pembelajaran dan pengajaran.

Melibatkan pentadbir dan guru sekolah dalam data analisis dan penggubalan
intervensi.

KUNCI UNTUK PELAKSANAAN DATA ANALISIS


1

Apakah indikator standard kandungan yang dianalisis oleh guru penilai?

Apakah dapatan maklumat yang boleh diambil daripada data analisis bagi
keperluan kerja murid?

Apakah implikasi data kepada pengajaran guru?

Adakah murid menunjukkan penguasaan kemahiran dalam data analisis yang


dikumpul?

Berdasarkan data yang dikumpul, apakah yang guru boleh buat untuk
menambah baik pengajaran sedia ada?

Adakah pengajaran semula atau intervensi yang dibuat selepas data analisis
mampu meningkatkan keputusan murid?

Selepas

refleksi

dan

penambahbaikan,

adakah

murid

menunjukkan

peningkatan akademik?
8

Apakah peratus murid yang menunjukkan kecemerlangan dan kelemahan?

PROSEDUR PELAKSANAAN DATA ANALISIS

Mengenal pasti masalah

Memahami punca masalah

Menyenaraikan cadangan intervensi

Membuat prioriti intervensi

Menyediakan pelan tindakan


1

Mengenal pasti masalah

Mewujudkan kumpulan penganalisis data di sekolah yang terdiri daripada


penolong kanan pentadbiran, guru data, setiausaha peperiksaan, ketua
bidang/

ketua

panitia.

Sekolah

juga

boleh

mewujudkan

kumpulan

penganalisis data yang lebih kecil iaitu terdiri dari ahli kumpulan panitia
masing-masing.
2

Mengumpul dan memplotkan graf dari pencapaian murid.

Menganalisis data dan membuat perincian. Data diproses, diteliti dan


dimurnikan.

Mengenalpasti

masalah

berdasarkan

analisis

data

menjurus

kepada

pembelajaran murid, kolaborasi guru dan pencapaian murid.


5

Membuat perkongsian analisis data sekurang-kurangnya 4 kali setahun atau


bergantung kepada keperluan sekolah dari masa ke semasa terutama apabila
selesai ujian.

Memahami punca masalah

Melihat pola dalam data dan membuat kesimpulan tentang masalah


pembelajaran murid.

Mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid.

Mengkaji faktor-faktor yang dikenal pasti mempengaruhi pembelajaran murid.

Menyenaraikan cadangan intervensi

Menyenaraikan cadangan-cadangan untuk menangani punca masalah.

10

Memilih strategi intruksional bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang


diperolehi daripada analisis data.

Membuat prioriti intervensi

11

Membuat prioriti terhadap intervensi yang disenaraikan dan fikirkan


kemudahan pelaksanaan dan adakah intervensi yang disenaraikan itu
berimpak tinggi dalam membantu pembelajaran dan pengajaran.

Menyediakan Pelan Tindakan

12

Menyediakan pelan tindakan secara terperinci.

13

Merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan proses


matlamat SMART.

Matlamat SMART

Specific Matlamat perlu jelas dan spesifik bagi menentukan apa yang guru
akan lakukan.

Measurable Matlamat seharusnya boleh diukur supaya guru mempunyai


bukti nyata/ sumber-sumber data bahawa guru telah mencapai matlamat.
Biasanya, pernyataan matlamat keseluruhan adalah ukuran bagi projek itu,
tetapi biasanya ada beberapa jangka pendek atau ukuran yang lebih kecil
dibina ke dalam matlamat.

Attainable Matlamat boleh dicapai dalam masa yang ditentukan dengan


peningkatan keberkesanan guru.

Guru mesti mempunyai pengetahuan,

kemahiran dan kebolehan yang sesuai untuk mencapai matlamat.

Relevan Matlamat berfokus kepada pembelajaran murid dalam sesuatu


bidang, kolaborasi antara guru-guru dan peningkatan pencapaian murid.

Time bound - Matlamat harus berdasarkan jangka masa yang ditetapkan


untuk mencapai hasil yang berkaitan.
6

Merekod prestasi murid bagi memantau dan melihat perkembangan


murid.

Sarana
Sayugia dicadangkan dan digalakkan agar pelaksanaan sesi Data Analisis disokong
dengan penggunaan borang-borang sebagaimana yang berikut:
Sarana DA 01 Borang mengumpul data dan membuat carta.
Sarana DA 02 Borang membuat langkah penambahbaikan.

SARANA DA 01
Mengumpul data dan membuat carta
Perlu merujuk kepada markah ujian
Ujian : ...........................................

Haribulan : ...........................................

Mata pelajaran : ........................................

Nama murid

J
Jauh, tetapi boleh di
pulihkan

Nama murid

PLP
Perlu lebih pemerhatian
Bil

Bil

H
Hampir mahir
pelajar Bil

M
Mahir
pelajar Bil

Nama
guru

Bilangan murid yang mengambil ujian

Tingkatan/Tahun : ..........................................

Nama murid

Nama murid

Jumlah
%
* RUANG UNTUK BILANGAN
PELAJAR BOLEH DI TAMBAH ATAU
DI KURANGKAN BERDASARKAN
PENCAPAIAN PELAJAR

SARANA DA 02

Membuat langkah penambahbaikan


Kekuatan
Senarai konsep-konsep
Kumpulan pelajar

dan kemahiran yang


pelajar telah kuasai
dalam ujian

Kesilapan dan salah


faham
Senarai kesalahan pelajar
dan salah faham konsep

Mahir (M)

Hampir mahir (H)

Jauh, tetapi boleh


dipulihkan (J)
Perlu lebih pemerhatian
(PLP)
NOTA :
Mahir (M) : Penguasaan melebihi markah 80
Hampir Mahir (H) : Penguasaan di antara markah 50 79
Jauh, tetapi boleh di pulihkan (J): Penguasaan di antara markah 20 49
Perlu lebih pemerhatian (PLP): Penguasaan di antara markah 0 - 19

Keperluan keutamaan
Menjana penjelasan
berdasarkan kekuatan,
kesilapan dan salah
faham

Cadangan Intervensi

Anda mungkin juga menyukai