Anda di halaman 1dari 6

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

TAJUK 9

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SAINS II(A)

SINOPSIS
Pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan melibatkan di antaranya
penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia, yang
disediakan atau yang diubahsuaikan oleh guru sendiri. Dengan demikian
pembelajaran oleh murid akan menjadi lebih konkrit dan eksplisit. Oleh yang
demikian, seorang guru sains perlu dapat menyediakan, mengubahsuaikan,
mengulas dan memilih pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran untuk
diguna pakai dalam interaksi di kelas dengan murid-muridnya. Tiga tajuk yang
berikut dalam modul ini akan memperlengkapi pelajar dengan kemahiran dan
prinsip-prinsip yang berkaitan dengan penyediaan, pengubasuaian, pengulasan
and pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang baik.
Tajuk ini akan merangkumi bahan bantu mengajar di sekolah rendah yang
digunakan oleh guru sains seperti slaid dan video.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan cara menyediakan slaid dan video yang boleh digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.
2. Mengulas, menilai dan membuat pemilihan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
KERANGKA TAJUK-TAJUK

SumberPengaj
arandanPemb
elajaran

Rajah 9.1:
KerangkaTajuk-Tajuk 810

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

ISI KANDUNGAN
9.1 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pandang-Dengar
Jenis bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang ditayangkan adalah
berkesan kerana ia melibatkan deria penglihatan dan pendengaran. Dunia hari
ini sudah biasa dengan rangsangan daripada pelbagai media dan oleh itu guru
sains era ini perlu fasih dengan peralatan pandang-dengar (audio-visual) serta
dapat menggunakannya untuk mencapai objektif pembelajaran serta tambah
nilai kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, keberkesanan mengekalkan maklumat yang disampaikan
meningkat dengan kombinasi pandang-dengar.

Rajah 9.2 Keberkesanan Mengekalkan Maklumat


(United States Department of Labour, 1996)
Kalau penyampaian dilaksanakan dengan bercakap sahaja dan murid
mendengar sahaja, peratus mengekalkan maklumat hanya 10 sahaja. Jika
pandang sahaja, peratus mengekalkan maklumat sahaja dijangka akan
meningkat kepada 35. Tetapi jika digunakan kombinasi pandang dan dengar
maka peratus mengekalkan maklumat akan meningkat dengan mendadak
kepada 65. Maka, usaha untuk menggunakan sumber pandang-dengar adalah
amat sesuai dan digalakkan di sekolah.
Di antara peralatan pandang-dengar yang boleh digunakan untuk hasrat ini ialah:
Slaid
Video

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

9.2 Slaid
Secara tradisi, slaid adalah merujuk kepada suatu transparensi fotografik format
kecil yang dipasang secara individu untuk tayangan satu per satu. Peralatan
yang digunakan untuk menayangkan slaid gambar itu ialah projektor slaid seperti
dalam Rajah 9.3.

Rajah 9.3 Projektor Slaid


Namun begitu, hari ini maksud slaid boleh dipanjangkan kepada penggunaan
slaid PowerPoint perisian Microsoft yang digunakan bersama dengan sebuah
peralatan Projektor LCD (Liquid-Crystal Display), Skrin LCD / monitor atau Smart
Board / Interactive Whiteboard.

Rajah 9.4 Projektor


LCD

Rajah 9.5 Perisian


PowerPoint

Rajah 9.6 Monitor LCD

Rajah 9.7 Smart Board

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Kebaikan penggunaan slaid PowerPoint ialah:

Slaid PowerPoint senang disediakan dan digunakan. Gambar yang cantik


dan menarik boleh dimuat turun dari internet di laman web seperti Google
Image
(http://images.google.com/)
atau
Yahoo
Image
(http://images.search.yahoo.com/). Selain itu, gambar elektronik yang diambil
oleh guru sendiri boleh digabungkan dalam slaid dengan cepat dan
mudah.
Slaid boleh ditambah, dibuang atau diubahsuai dengan cepat dan mudah.
Animasi yang menarik boleh ditambah untuk menjadikan penyampaian
lebih menarik.
Kos penyediaan adalah rendah.
Slaid boleh disimpan dengan mudah dalam bentuk elektronik.
Video boleh digabungkan dengan slaid untuk penyampaian yang lebih
menarik lagi.
Layari Internet

Layari internet untuk mencari gambar yang sesuai bagi mengajar satu topik sains
sekolah rendah.
Latihan
Sediakan satu set slaid PowerPoint dengan menggunakan gambar yang telah
dimuat turun.
MengumpulMaklumat
Cari maklumat bagaimana menyediakan slaid PowerPoint yang berkesan. Nilai
slaid PowerPoint yang anda telah sediakan. Kalau ada kekurangan, buat
penambahbaikan kepada slaid anda.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
9.3 Video
Video adalah gambar bergerak dengan kombinasi audio yang ditayangkan untuk
tontonan. Pada hari ini, penggunaan video boleh disimpan dalam pelbagai

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER


bentuk seperti VCD (Video Compact Disc), DVD (Digital Video Disc), cakera
padat (hard disc) dan Blue-Ray Disc.
Dokumentari pendidikan yang disediakan secara komersial, klip video yang
dimuat turun dari internet, laman web yang mengandungi klip video pendidikan
(digunakan secara on-line) dan program TV (contohnya Discovery Channel)
boleh digunakan untuk mengayakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kebaikan penggunaan video:

Gambar bergerak sudah tentu jauh lebih menarik daripada gambar statik.
Ia menujukkan suatu proses secara berterusan.
Klip video boleh dihentikan sementara, diulang tayang, dan diedit untuk
penggunaan yang lebih berkesan.
Murid boleh memerhatikan proses dan fenomena secara sebenar
walaupun tidak berada di tempat itu.
Pemerhatian boleh dibuat secara efisien (tidak perlu tunggu untuk masa
yang panjang) dan selamat (contoh: memerhati bagaimana harimau
menangkap mangsanya).
Unsur afektif yang terkandung dalam satu lakonan atau dokumentari
mengayakan pembelajaran dan pengekalan ilmu.

Namun begitu, penggunaan video bukanlah jawapan untuk segala-galanya.


Seorang guru perlu tahu bagaimana mengendalikan satu sesi penggunaan video
supaya pembelajaran betul-betul berlaku. Oleh kerana budaya hiburan begitu
lumrah dan berleluasa dalam kalangan murid-murid, biasanya penggunaan video
tidak berkesan sebab mereka anggap tayangan video hanya untuk hiburan
sahaja.
Oleh kerana ini, seorang guru perlu mengendalikan sesi tayangan video dengan
menstrukturkan pembelajaran yang sengaja (intentional). Garis panduan
pengendalian sesi video adalah seperti berikut:
i

Pengenalan: Guru memperkenalkan isi kandungan video secara umum


tanpa memberitahu segala yang akan ditontoni.
ii Tugasan murid: Guru minta murid menjawab satu atau dua soalan yang
jawapannya boleh didapati dalam adegan video itu.
iii Tontonan bersama: Video ditunjukkan kepada semua murid (Pastikan
audio adalah cukup kuat dan jelas supaya boleh didengar oleh semua
murid. Jika perlu, susun semula kedudukan murid supaya mereka lebih
dekat dengan sumber audio).
iv Soal-jawab: Sesi soal-jawab dikendalikan untuk memberi peluang kepada
murid untuk menjawab soalan yang telah diberikan sebelum menonton
video.
v Aktiviti susulan: Murid diminta melakukan sesuatu tugasan untuk
mengukuhkan pembelajaran mereka. Contohnya, menulis nota sendiri

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER


daripada isi kandungan video, memainkan peranan menjadi penyampai
isi kandungan video, melakukan tugasan lain yang menggunakan isi
kandungan video (seperti sediakan poster, peta konsep, lukisan) atau
mencari maklumat tambahan kepada isi kandungan video.
Layari Internet
Layari internet dan senaraikan sekurang-kurangnya lima laman web pendidikan
sains yang dimuatnaik video sains. Tulis satu ulasan ringkas tentang kebaikan
setiap laman web pendidikan sains tersebut dan sumber lain yang boleh
diperlolehi.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Layari Internet
Layari internet untuk memperolehi video yang sesuai dengan tajuk tugasan
menyediakan PowerPoint yang diberikan dalam bahagian yang lalu. Pautkan
video itu di dalam persembahan yang telah disediakan itu.

Rujukan:
United States Department of Labour. (1996, May). Retrieved Ogos 9, 2012, from
OSHA: http://www.osha.gov/doc/outreachtraining/htmlfiles/traintec.html
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J., & Smaldino, S. (1999). Instructional Media
and Technologies for Learning. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Poh Swee Hiang. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal & Sumber
Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai