Anda di halaman 1dari 11

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK 2

TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

SINOPSIS
Proses pentaksiran dalam pendidikan seni visual melibatkan beberapa alat
yang akan digunakan untuk membuat penilaian dan pengujian.

Tajuk ini

memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di


sekolah rendah.

Modul ini juga meliputi konsep, ciri-ciri dan aspek dalam

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;

2.1

i.

Menjelaskan konsep dan matlamat pengukuran dalam PSV.

ii.

Menjelaskan ciri-ciri dan aspek dalam PKSR.

Tujuan Pentaksiran PSV


Kemahiran Bahasa Visual
Kefahaman Seni Visual
Kesedaran tentang kepercayaan dan nilai budaya diri
- kognitif
- psikomotor
- afektif
- sosial
Kaedah Pentaksiran PSV
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah ( PKSR )
- Persepsi
- Sensitiviti
- Kefahaman Bahasa Visual
- Aplikasi Bahasa Visual
- Kemahiran kritikan dan analitikal
- Pengurusan, penghasilan dan persembahan Seni
Visual

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.2

KAEDAH PENTAKSIRAN PSV

2.2.1 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)


Konsep
1

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,

kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang


hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan
penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor
dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat
sekolah ini dikenali sebagai PKSR.

Melalui aktiviti penilaian guru dapat

memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah
haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap
perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PKS lebih bersifat formatif iaitu
mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat.
Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari
semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan
kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan
tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan
dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.
PKSR dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid
yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat
membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PKSR
boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek yang tidak
dapat dinilai secara berpusat.

Rujuk Modul Penilaian Kendalian Sekolah

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Perkaitan Antara PKS Dan Penilaian Berpusat


Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian
secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara. PKSR dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.
PKSR

dilaksanakan

untuk

mendapatkan

gambaran

tentang

kemajuan

pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan


pengajaran guru. Melalui PKSR, guru dapat :
o mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
o mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;
o mengetahui keberkesanan pengajarannya;
o merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
o menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.

Ciri-Ciri PKSR
PKSR yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal
lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

Di samping itu

kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui
aktiviti

tindakan susulan yang

berkesan

guru dapat membantu

murid

meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh


pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat. PKSR dilaksanakan
berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut:

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Aspek Yang Dinilai


Melalui PKSR murid dinilai dalam pelbagai aspek yang meliputi pelbagai
kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid.

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Latihan
Bincang dan kaitkan pengetahuan tentang bentuk penilaian PKSR
dengan mata pelajaran pendidikan seni visual berdasarkan modul
PKSR Pusat Perkembangan Kurikulum. Pelajar boleh muat turun di
web ini:
http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kendalian_sekolah.pdf

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bahan Bacaan Tambahan


Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Apakah PBS?
Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah.
LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai, kriteria, panduan
dan peraturan
Bertujuan membolehkan calon mengukur tahap penguasaan
pengetahuan, kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan
Membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri (assessment for
learning)
Konsep PBS
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan tentang
murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan
pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau
pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan
pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada
Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul
maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang
terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor
kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh


guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar.
Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah
ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu
tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini
dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan
pemantauan.
Pelaporan positif - skor yang dilaporkan menunjukkan tahap
penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari
semasa ke semasa
Komponen PBS
Projek
Calon melaksanakan tugasan di sekolah
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
Kerja Kursus / PEKA
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan
sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
8

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks


dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Sekolah mengeluarkan sijil
Modul
Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi
LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah / LPM mengeluarkan sijil
Dasar Pelaksanaan PBS
Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens calon
termasuk evidens produk calon yang berpindah
Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor calon termasuk
penghantaran skor ke LPM
Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada komponen
PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon yang mengulang
9

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak hadir.


Sekolah boleh memohon pengecualian kepada Pengarah Pelajaran
Negeri dengan mengemukakan dokumen sokongan
Pelaksanaan ditadbir mengikut kuasa yang diberikan kepada
Pengarah Peperiksaan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),
Seksyen 67, 68 dan 69
Sekolah memastikan infrastruktur dan kelengkapi fizikal ada sebelum
menawarkan mata pelajaran yang ada komponen PBS
Sekolah memohon kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri 2
tahun sebelum
Sekolah bertanggungjawab memastikan skor yang diberikan kepada
calon adalah sahih berdasarkan evidens yang autentik
Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang menawarkan
mata pelajaran yang diambil. Sekolah asal calon bertanggungjawab
menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru
Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat yang telah
ditetapkan bagi mata pelajaran tersebut
Ciri-ciri PBS
Keserasian dengan kehendak kurikulum
Mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin
dikembangkan dalam P&P
Berpusatkan calon
Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan kriteria dan tidak
relatif kepada calon lain
Luwes

10

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedah ditaksir bila calon
bersedia
Berpaksikan pembinaan insan
Menanam aspek nilai murni
Telus dan terbuka
Calon berpeluang mengetahui apa ditaksir, bila ditaksir,
bagaimana dan di mana pentaksiran dibuat
Kebolehlaksanaan dan sistematik
Format mengambilkira aspek pentadbiran pentaksiran boleh
dilaksanakan dengan sistematik
Kepelbagaian instrumen
Untuk memberi cakupan yang luas dan evidens yang banyak
untuk menggambarkan pencapaian sebenar calon
Formatif dan berterusan
Calon diberi peluang untuk meningkatkan pencapaian dan
memperbaiki skor

11

Anda mungkin juga menyukai