Anda di halaman 1dari 2

Era kejatuhan Komunisme - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Page 1 of 2

Era kejatuhan Komunisme


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nada atau gaya rencana ini mungkin tidak mencerminkan nada


ensiklopedia digunakan di Wikipedia. Perbincangan yang
berkenaan mungkin boleh didapati di dalam laman perbincangan.
Lihat panduan penulisan yang lebih baik untuk cadangan.

Anda mesti tambahkan parameter |reason= ke dalam templat ini - gantikannya dengan
berikut: {{Rapikan|reason=<Sebab kamu disini>}}, atau padamkan templat ini.
1985 Mikhail Gorbachev memegang jawatan Ketua Parti Komunis Soviet Union ( USSR ) dan
bermulalah era keruntuhan ideologi Komunis.
1989 ekonomi Soviet Rusia amat goyah dan parah. Dasar-dasar Stalin dilihat punca masalah
ini serta alasan terbaik kenapa Soviert Union ketinggalan dalam banyak bidang teknologi
berbanding di Eropah malah telah diatasi oleh sesetengah negara di Asia Timur Jauh.
Soviet Union sebelumnya seringkali bertindak sebagai mata-mata sebagaimana Amerika Syarikat.
Mereka campurtangan dan mendominasi sesetengah negara , contohnya :
1956 Nikite Krushcher dan Leonard Brezhner menghantar tentera Soviert ke Hungary dan
Cheskoslovakia untuk mepertahankan kepentingan Soviet di negara-negara itu.
1979 Soviet menceroboh Afghanistan dan melantik bonekanya di negara itu.
Negara-negara yang dipengaruhi oleh Soviet Rusia dilabel sebagai 'negara Blok Merah'. Negaranegara di bawah pengaruhnya semakin tertekan dari segi ekonomi. Penentangan timbul dalam
bentuk kuasa rakyat seperti di Poland dan Jerman Timur.
1998 Gorbachev semasa di perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menggariskan dasar tidak campur tangan sebagai dasar luar Kremlin. Dasar 'Perestrorika'
diperkenalkan sebagai satu falsafah pentadbiran negara.
Katanya , setiap negara mempunyai kebebasan memilih. Gorbachev mengumumkan akan
mengurangkan separuh tentera dan berhasrat berundur dari Afghanistan. Oleh itu Gorbachev dilihat
sebagai wira baru kepada negara-negara yang pernah dijajah oleh Soviet.
1989 mahasiswa negara China mula menentang tindakan kerajaan China terutama setelah
kematian seorang tokoh pembaharuan Cina yang disingkirkan. Keadaan semakin memuncak
apabila Gorbachev melawat China . Mahasiswa China melaungkan ' Gorby Gorby' kepada
Gorbachev kerana menganggap Gorbachev sebagai wira baru. Kerajaan China bertindak tegas
dengan menangkap dan membunuh mereka yang melakukan revolusi di Medan Tiannammen
pada 13 Jun 1989 .
Gorbachev semakin yakin negara sosialis tidak boleh dibangunkan atas kekuatan kereta kebal.
Kebangkitan kuasa rakyat semakin mendapat sambutan di negara Blok Merah seperti Hungary dan
Romania.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Era_kejatuhan_Komunisme

17/06/2013

Era kejatuhan Komunisme - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Page 2 of 2

Hungary rela mendengar kuasa rakyat dan tidaklah pertumpahan darah berlaku. Tapi di Romania,
diktator Nicolae Ceausescu enggan menerima kuasa rakyat. Akhirnya Nicolae Ceausescu dan
isterinya, yang ditembak mati oleh rakyatnya sendiri. Puncanya , selama berkuasa hampir 25 tahun,
Ceausescu adalah diktator yang kejam dan korup. Ia memerintah Romania dengan sistem komunis
sejak 1965.
9.11.1989 Tembok Berlin sebagai sempadan pemisah Jerman Timur ( komunis ) dengan Jerman
Barat ( kapitalis ) diruntuhkan oleh rakyat Jerman Timur . Kedua-dua negara tersebut digabungkan
semula. Sebelum tembok ini diruntuhkan, lebih 2 juta rakyat Jerman Timur terutama kalangan
cendikiawan lari ke negara Jerman Barat.
China juga turut berubah tapi agak perlahan terutama selepas Britain menyerahkan gugusan Pulau
Hong Kong kepada China semula tahun 1997. Hong Kong , Macao dan Taiwan telah mengamalkan
sistem demokrasi dan bagaimanakah dasar komunis akan dilaksanakan jika China mengambil alih
kepulauan tersebut. Di Hong Kong, China membenarkan sistem demokrasi terus diamalkan. Di
Taiwan, China menekankan sistem satu negara dua sistem.
Bagi Presiden China Deng Xiaoping berkenaan tragedi 4 Julai sebagai Membunuh 200 ribu, untuk
memastikan kestabilan selama 20 tahun.
China , setelah menjalani sistem sosialisme lebih 50 tahun , kembali mengamalkan dasar
pemilikan pribadi, sistem saham, mempelawa pelabur asing, menindas dan memaksa buruh dan
petani mengikut nilai-nilai kapitalis..Semua ini merupakan dasar mundur idealisme komunisme ..
Namun Parti Komunis China masih mempertahankan hegemoni mutlak parti.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Era_kejatuhan_Komunisme&oldid=1935756"
Kategori: Komunisme
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 10:50, 30 November 2011.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; termaterma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Era_kejatuhan_Komunisme

17/06/2013

Anda mungkin juga menyukai