Anda di halaman 1dari 2

Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya - Official Portal Institue of Islamic Under...

Page 1 of 2

English (UK)

Home

Corporate Info

Director General Office

Academic

Administrations

Media Center

Article Searching

Kejuruteraan Genetik : Di Mana


Batasannya
Written by Abu Bakar Bin Yang. Posted in Artikel

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak bidang. Di antara yang
menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan genetik. Ramai sudah cendekiawan dan
cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan,
samada menyokong dan tidak kurang pula yang menentang.
Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk mengawal perkembangan
genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai
anak dianggap rendah oleh segolongan masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik,
pasangan tersebut akan mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam
bahasa malaysianya sebagai kaedah Bayi Tabung Uji.
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimeneksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk
menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih
baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan.
Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-bagai jenis makhluk
baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah dilakukan oleh manusia.
Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang sebegini. Firman Allah s.w.t di
dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi;
yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada
mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan
kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu
mereka benar-benar merobahnya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah merupakan
sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah
yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta
mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat kepada manusia
dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak
berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan
ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan
sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan
mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah
seperti manusia biasa.
Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang canggih mampu
untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada kebiasaan, maka manusia dengan sewenangwenangnya menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri. Maka timbulah isu wanita-wanita yang
menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai
anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang
dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang
pandai dan intelek.
Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesis-spesis binatang baru
dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata untuk tujuan mengukir nama
di bidang sains, tetapi sebaliknya memudharatkan dan menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.
Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada sains untuk
menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan
mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada
pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri
dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih
daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan
porak-peranda di dalam masyarakat.

http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7128-kejuruteraan-genetik-di-mana-bat...

19/06/2013

Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya - Official Portal Institue of Islamic Under... Page 2 of 2

Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang
lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan
sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang
kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang
itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak
memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.
Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan
yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa,
wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun
akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan
berbagai-bagai masalah lagi.
Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan
kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup
masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan
alam sekitar.
Like

Kuala Lumpur Prayer Time

Featured Hadith
Ibn 'Umar menceritakan bahawa Nabi Saw.

10 Syaaban 1434
Imsak
Subuh
Syuruk
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak

Home

Privacy

menghadap kedua celah sebuah gunung tinggi


5:32 am
5:42 am
7:05 am
1:17 pm
4:43 pm
7:26 pm
8:42 pm

Site Map

MS ISO 9001:2008

mengarah ke Ka'bah.Di sana Nabi Saw.


mendirikan sebuah Baca lagi

Riwayat Ibn 'Umar


"Memahami Islam Membina Peradaban"

RSS

1992 - 2012 Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM)


The Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) shall not be held responsible for any kind of losses or damages occuring by usage of information obtained from this
website.
This site can be browsed using Internet Explorer 7.0 and above, Mozilla Firefox 1.5 and above, Google Chrome 3.0 and above and Safari 3.0 and above with optimum
visual experience using resolution 1024 x 768.

http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7128-kejuruteraan-genetik-di-mana-bat...

19/06/2013

Anda mungkin juga menyukai