Anda di halaman 1dari 32

KOLEJ VOKASIONAL ARAU

MTA 703 KIMPALAN MIG


SEMESTER 3 DIPLOMA TEKNOLOGI
AUTOMOTIF
DISEDIAKAN OLEH:

YOGATHEVAN A/L JAGENDREN

NAMA PENSYARAH:EN.AZHAR SAIFULIZAN BIN MOHD


ABIDIN
MAY 2015

PENGENALAN KIMPALAN ARKA & GAS


Kimpalan adalah proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan
menggunakan satu bahan yang khas. Contohnya logam atau termoplastik. Proses
pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk
menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain.
Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan
tersebut. Ini berbeza dengan pematerian yang cuma meleburkan bahan sambungan
(pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Terdapat dua jenis kimpalan iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Kimpalan dilakukan
dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti
adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi,
sinaran laser, tembakan elektron dan ultrabunyi.

Kimpalan arka dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke atas logam asas dan
menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi. Tenaga haba ini digunakan untuk melebur
logam elektrod, logam tambahan atau logam penyambung yang akhirnya menghasilkan satu sambungan
kimpal. Pada asasnya, banyak tenaga elektrik diperlukan untuk mencapai suhu tertentu bagi melebur
logam dalam jangka masa yang pendek.
Kimpalan gas adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalam bidang
industri terutamanya dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan gas adalah didapati amat
sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja yang melibatkan proses kimpalan
gas ialah kerja membaik pulih badan kenderaan serta kerja-kerja fabrikasi logam yang melibatkan
kepingan logam nipis.Terdapat dua jenis kimpalan gas iaitu kimpalan gas tekanan rendah dan kimpalan
gas tekanan tinggi.

Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan
kurang dari 1.0psi atau 1.0Bar. Manakala kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa gas
asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15Bar.

Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan
logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm.Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih
badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan
yang rosak.

Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam kerja kimpalan gas adalah oksigen(O2) dan asetilina (CH).
Campuran kedua-dua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahan api yang lainnya.
Suhunya boleh mencapai sehingga 3316 celcius.

KIMPALAN ARKA LOGAM GAS LENGAI (MIG)

MIG (Metal Innert Gas Welding) atau Kimpalan Gas Lengai. Dalam proses
tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk
untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah dibekalkan arus
yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan
elektrod yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh
dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan
yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal seperi
yang dilakukan dalam kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara
automatik atau seperuh automatik. Walau bagaimanapun, alat kelengkapan
MIG lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran elektrod yang
berterusan yang seragam.

PERALATAN MIG
1.Bekalan Kuasa
Dalam kebiasaannya, mesin untuk kegunaan kimpala MIG ialah penjana motor atau penerus
jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 250 Ampere.
Secara automatiknya, voltan berubah-ubah mengikut jarak celahan di antara hujung dawai
elektrod dengan benda kerja manakala arus pula berubah secara songsang apabila kerja
dijalankan.
2.Penembak Kimpalan
Penembak bekalan biasanya untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas pelindung. Keadah
mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak secara tarik atau tolak.
3.Gas Pelindung
Ia digunakan bagi MIG ialah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida digunakan untuk
mengimpal MIG keluli karbon.
4.Dawai Elektrod
Ia digunakan dalam sebarang kimpalan MIG mestilah dari logam yang mempunyai

LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER MIG


Silinder dibersihkan dahulu dan diletakan di atas meja.
Buka bekalan kuasa dan laraskan arus elektrik kimpalan
kepada 120 A
laraskan gas pelindung, pastikan dawai elektrod
penembak ada.
Silinder 1 diletakkn dgn silinder 2, dan kimpal paku
dibuat pd sambungan tersebut.
Mulakan kimpal sambungan silinder sehingga tegak
sehingga siap.

Kelebihan
Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan
robot).
Proses lebih cepat.
Hasil kimpalan bermutu tinggi.
Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal.
Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa
mengimpal.

Kekurangan
Gas pelindung dibekalkan
secara berasingan (kos
meningkat).
Peralatan yang diperlukan
kompleks dan mahal.

PERALATAN KIMPALAN (WELDING


EQUIPMENTS)

PEMEGANG ELEKTROD (ELECTRODE


HOLDER)

ELEKTROD(ELECTRODE)

PENGAPIT BUMI(GROUNDING
CLAMP)

TUKUL PENYERPIH(CHIPPING
HAMMER)

BERUS DAWAI(STEEL
BRUSH)

PAKAIAN KESELAMATAN (SAFETY CLOTHING)

KASUT KESELAMATAN(SAFETY
SHOES)

SARUNG TANGAN(GLOVES)

APRON(APRON)

GOGEL(GOGGLES)

PERATURAN(REGULATIONS)

1.Pemakaiandanpenampilandiriyangsesuai.
2.Pekadanpatuhpadaarahan.
3.Laksanakansetiapaktivitiamalimengikutprosedurdandibawahpemerhatian
pakar.
4.Pastikankeselamatandiridanrakanrakandiutamakan.
5.Elakkankemalanganberikutdaripadaberlaku
Kebakaranatauletupan.
Kecederaanterkenaobjektajam.
Renjatanelektrik.
Terjatuhatautergelincir.

ALATAN YANG PERLU DIGUNAKAN


UNTUK MENGIMPAL

LAMPIRAN/GALERI
Kimpalan Arka @ GAS

GAMBAR MESIN MIG

CONTOH KUMAI

PERALATAN KIMPALAN(WELDING

EQUIPMENTS)

PERALATAN KESELAMATAN(SAFETY

EQUIPMENTS)

MESIN TEKANAN TINGGI(HIGH PRESSURE

MACHINE)

MESIN TEKANAN(PRESSURE MACHINE)

SILINDER GAS(GAS CYLINDER)

SEKIAN TERIMA KASIH