Anda di halaman 1dari 33

1.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN OLAHRAGA


1.1

SEJARAH OLAHRAGA

Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan pada awal bab
ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan jelas dan
tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai satu
pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh
kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau
lagi. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di
dunia.
Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat dilihat
pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM,
sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara
sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain
orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat
asal

olahraga

mereka

bukanlah

menjadikan

olahraga

sebagai

acara

sukan

yang

dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui
persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.
Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat
perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The
Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek
Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang
dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM
berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik
tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan
alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan
sesuatu.

Mereka

Bagaimanapun,

tidak

mereka

lagi
tetap

dapat

berkumpul

meneruskan

dan

aktiviti

bertanding
berlari,

seperti

melompat

sebelumnya.

dan

melontar.

Setidaktidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk
diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik
Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang
sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.

Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut mereka terus
mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan.
1.2

PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODEN

Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan
Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha negara-negara lain,
yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di
England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College
menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap
sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu
mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama
mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England.
Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab
The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa
kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar
melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan
sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan
dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan
sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal
menubuhkan pasukan olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada
tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini.
Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukan
olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari
dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa
tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di
England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan
sukan ini. Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentuk
terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukan
olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang
ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan.
Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha
pengembangan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya
mengadakan

kejohanan

olahraga

pertama

yang

berbentuk

pertandingan

peringkat
2

antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Kemunculan sukan


olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat
negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada
penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru
sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Sebilangan besar daripada atlet Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah
menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat.
Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika ini amat
menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Bagaimanapun,
ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-rekod ini
tidak dicatat untuk rujukan. Bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan
perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika
Syarikat. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, selain daripada
kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan ini juga
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, malah dalam masa
yang

singkat

sahaja

sudah

mampu

menghasilkan

olahragawan

bertaraf

dunia.

Walaubagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum
tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal
ini ditambah lagi dengan kemunculan atlet Amerika Syarikat yang berketurunan Negro, yang
menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menakjubkan.
Di negara-negara lain juga dturut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh
peserta-peserta luar negara. Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing,
mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah.
Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan para
olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta
masing-masing dalam bidang olahraga.
Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai
perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam
sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu
menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia,
Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi
mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya
selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang
3

mampu menandingi dan memberi saingan, walaupun potensi mereka masih belum mampu
menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada.
Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika
Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara
sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan
Olimpik semakin mencabar dan menarik. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan
olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka.
Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan
kejohanan yang diadakan serta yang disertai negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak
sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di
negara masing-masing.
Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun
1926 lagi. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan
peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan
dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan
Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

1.3

PERJUMPAAN SUKAN YANG TERBESAR DI DUNIA

Jika ditanya apa perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-ragu kita sudah
dapat memberi jawapannya. Dengan penglibatan lebih daripada 10 000 orang peserta
merangkumi seluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas,
sememangnya Sukan Olimpik kini merupakan perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Malah
sejak pertama kali diadakan hingga kini, Sukan Olompik berjaya menarik minat dan tumpuan
seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama, warna kulit dan perbezaan corak hidup. Inilah
keunikan sukan ini.
Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Namun seperti yang
dinyatakan pada awal bab ini, sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segi corak
dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik diadakan buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek,
ramai yang mengalu-alukannya. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajib dalam
sukan ini sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai acara
Sukan Olimpik, tetapi olahraga masih menduduki tempat teratas dari segi keutamaannya.

Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga, sudah tentu suasana tidak semeriah yang
dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan empat tahun sekali, dan diadakan di pelbagai
negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur.
Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga terus menjadi
acara utama. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di Barcelona Sepanyol,
dengan penyertaan 135 buah negara, termasuk Malaysia. Sukan Olimpik berikutnya akan
diadakan pada tahun 1996. Motto atau cogan katanya berbunyi: Citius, Altius, Fortius (Swifter,
Higher, Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahragalah menjadi tunjang kepada cogan
kata ini. Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan Olimpik,
iaitu perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil
bahagian. Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negaranegara kecil untuk turut serta dan
telah mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara mereka.

1.4

MALAYSIA DAN SUKAN OLIMPIK

Berbicara tentang Sukan Olimpik, tentu ada antara kita yang tertanya-tanya bila negara
kita mula mengambil bahagian dan pernah kita memenangi sebarang pingat sepanjang
penyertaan kita. Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu
ketika sukan itu diadakan di Melbourne, Australia. Pada penyertaan kali pertama itu kita
mengambil bahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara
kita tidak pernah gagal mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong
pemulauan terhadap pencerobohan penganjur, Rusia ke atas Afghanistan ketika itu.
Sepanjang penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia itu, cuma satu pingat
gangsa yang mampu kita menangi, iaitu menerusi acara badminton pada tahun 1992, yang
pertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu acara. Dalam acara atau sukan lain,
kita masih belum mampu memenangi sebarang pingat. Semangat Olimpik, pengalaman dan
persahabatan, serta perasaan ingin turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita, dan
mungkin sebilangan besar negara lain. Sukan olahraga telah berjaya meletakkan Sukan
Olimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta
dunia. Di samping itu Sukan Olimpik juga berperanan melupakan sejenak sebarang masalah
dan krisis yang timbul. Secara tidak langsung sukan ini berjaya meyelesaikan sebarang
pertikaian antarabangsa.

1.5

PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA

Seperti kebanyakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk mengembang
dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan termasuk olahraga ialah menerusi
persatuan. Oleh itu adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat
tertentu. Bagi olahraga, badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini ialah Persekutuan
Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Keahlian badan ini
terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing.
Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi Kesatuan
Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai badan ini. Dengan adanya IAAF,
sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga diperingkat antarabangsa hendaklah
terdapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF ataupun dianjurkan sendiri oleh badan berkenaan.
Badan ini juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian
yang mungkin timbul dikalangan negaranegara atau persatuan-persatuan gabungannya.
Umpamanya, dalam menganjurkan perjumpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik, Sukan
Komanwel, Sukan Asia dan sebagainya, badan berkenaan harus mendapat persetujuan dalam
Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan IAAF.
Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga berperanan mengeluarkan
segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk dipatuhi
oleh semua negara anggota. Begitu juga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh
setiap peserta, tidak kira dimana asalkan mendapat kelulusan IAAF, dicatat dan dikemaskinikan
oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasannya, IAAF sememangnya berperanan dalam
semua hal yang berkaitan dengan sukan olahraga diperingkat dunia.

1.6

PENGLIBATAN WANITA DALAM OLAHRAGA

Olahraga bukan hanya diceburi kaum lelaki sahaja, kaum wanita juga turut melibatkan
diri. Mungkin pada peringkat awal penglibatan kaum wanita dalam olahraga dan sukan amnya
mendapat tentangan daripada beberapa pihak tertentu, tetapi lama-kelamaan diakui bahawa
6

penglibatan mereka adalah setanding dengan kaum lelaki, sehinggakan adakalanya


pencapaian mereka mengatasi kaum lelaki. Banyak acara olahraga yang disertai lelaki juga
menjadi acara untuk wanita.
Gaya larian, keupayaan, teknik dan prestasi mereka ada yangmenakjubkan. Penglibatan
wanita dalam sukan khususnya olahraga tidaklah seawal penglibatan dan mengalami sejarah
pahit seperti kaum lelaki. Mengikut sejarah olahragawan, wanita pada mulanya dilarang
daripada mengambil bahagian dalam acara sukan. Pelbagai anggapan negatif dilemparkan
kepada mereka. Malah mereka juga dilarang menonton kaum lelaki mengambil bahagian dalam
Sukan Olimpik Kuno.
Ketika olahraga rancak menular ke negara-negara Eropah khususnya England, wanita
masih dilarang mengambil bahagian dalam olahraga. Persatuan olahraga juga enggan
mengatur

serta

menganjurkan

kejohanan

dan

perjumpaan

olahraga

untuk

wanita.

Bagaimanapun ini tidaklah bermakna tiada pula usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk
menganjurkan kejohanan untuk wanita. Menyedari penglibatan dan penyertaan wanita juga
perlu, maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk kaum wanita ditubuhkan. Persatuan ini
diberi nama Federation Sportive Feminine Internationale. Tujuan utama penubuhan persatuan
ini ialah untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa supaya penyertaan Sukan
Olimpik yang bakal diadakan pada tahun 1924, dibuka juga kepada wanita.
Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Tetapi bukan untuk Sukan
Olimpik tahun 1924 seperti yang dicadangkan itu. Sukan Olimpik tahun 1928 akhirnya
membuka pintu kepada kaum wanita. Penerimaan wanita dalam sukan yang terbesar di dunia
itu telah disambut dengan gembira oleh atlet pelbagai negara yang sudah tentu mahu
menunjukkkan pencapaian mereka yang tidak kurang hebatnya daripada kaum lelaki. Sejak itu
penyertaan kaum wanita dalam Sukan Olimpik tidak pernah diketepikan. Di samping berjaya
mempamerkan persembahan dan prestasi yang bermutu tinggi. mereka juga mampu menarik
minat sebahagian besar peminat sukan dunia. Secara tidak langsung penyertaan mereka
memeriahkan lagi temasya sukan itu.
Negara kita juga memberi peluang kepada kaum wanita untuk menceburkan diri bukan
sahaja dalam sukan olahraga tetapi juga dalam bidang-bidang sukan lain. Prestasi yang
mereka pamerkan bukan sahaja tinggi dari segi mutu, tetapi turut menaikkan nama negara
dalam sukan antarabangsa, khususnya olahraga. Bagitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah,
yang turut diberi peluang mengambil bahagian dalam sukan ini sejak dari sekolah rendah lagi.
7

Ini jelas menunjukkan bahawa olahraga khususnya dan sukan amnya adalah milik semua
rakyat tidak kira lelaki atau wanita.

1.7

PERALATAN UNTUK OLAHRAGA

Dahulunya soal peralatan tidak begitu di ambil kira oleh para olahragawan. Mereka
memakai kasut biasa, dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar pendek
dan baju-T atau singlet. Apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19,
spikes terus menjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari merasakan
spikes adalah suatu yang penting bagi mereka. Umumnya dalam sukan olahraga, terutamanya
dalam acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan selain spikes ini.
1.7.1

Kasut

Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja
mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk kegunaan dalam
acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting
malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut
bergantung pada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang
ringan.
1.7.2

Blok permulaan

Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para
pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari
tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan pelari blok ini amat
diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat
guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.
1.7.3

Pakaian sukan

Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian yang sesuai
untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan terbesar dunia,
para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan
yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu. Bagaimanapun,
setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui oleh
8

negara dan pasukan mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita tontoni
menerusi kaca televisyen tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai
oleh para olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak mengganggu
pergerakan dan larian mereka.

1.7.4

Peralatan sampingan

Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing.


Mungkin ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak
penting, namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan dengan mereka
hendaklah diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti berikut
:
a. Tuala
b. Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol minuman dan
sebagainya.
c. Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang)
d. Kasut jogging dan kasut berlari (spikes)
e. Jam randik (stop-watch) atau pita pengukur
f. Barangan lain yang difikirkan perlu

1.8

ACARA-ACARA OLAHRAGA : BALAPAN

Sebelum kita mempelajari prinsip dan teknik sesuatu yang terdapat dalam sukan
olahraga, adalah perlu kita ketahui apa acara yang tergolong dalam acara balapan atau trek.
Dengan mengetahui acara-acara ini barulah mudah bagi kita mempelajari satu demi satu
sebagai panduan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam mana-mana acara yang
mereka ingini.
Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada
sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki
mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan.
Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakkan
9

sukan terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat
sekurang-kurangnya 11 orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara
mempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup
untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang
dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran.
Seorang atlet mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi
seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakkan atlit lebih suka mengkhususkan
penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa. Dengan itu
mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanya mengambil
bahagian dalam satu atau dua acara.

1.9

PENGKHUSUSAN

Di peringkat sekolah, seseorang murid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah


tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulan
larian, lompatan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu, mereka
juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lari berganti-ganti.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu perjumpaan olahraga
peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat menerusi berbagai acara.
Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduan
tentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. Ini disebabkan peringkat yang
lebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan menjadi lebih rumit. Tidak mungkin seseorang atlet itu
mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. Jadi bagi mengelakkan daripada
menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginya yang
mampu menjanjikan sesuatu kejayaan.
Malah diperingkat antarabangsa sekalipun, dengan hanya mengambil bahagian dalam
satu acara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat
tertinggi, dan mampu dijadikan contoh kepada ol;ahragawean lain di seluruh dunia. Dengan
melakukan pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruh perhatian kepada setiap
aspek latihan yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akan mempunyai jurulatih khas mengikut
jenis acara yang mereka ceburi. Dengan itu sudah tentu bentuk latihan yang lebih khusus dan

10

merndalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkin berbeza mengikut perbezaan acara,
walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum secara bersama.

1.10

JENIS-JENIS ACARA BALAPAN

Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah
satu acara sukan sejak berabad-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olahraga dengan
jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat
yang boleh dimenangi menerusi olahraga, berbanding hanya satu pingat dalam sukan bola
sepak atau hoki. Secara logiknya, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberikan
kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadiakn ukuran tidak rasmi dalam menentukan
keupayaan sesebuah pasukan atau negara.
Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu larian, lompatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuk lelaki
sahaja, dan ada pula acara yang boleh desertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyai
undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta. Dengan itu
penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga
secara keseluruhannya. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan
peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja. Penganjur sesuatu perjumpaan
olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan pertandingkan.
Faktor-faktor seperti bilangan peserta, tingkat keupayaan mereka, kemudahan peralatan,
keupayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kakitangan
pengelola dan tempoh pertandingan akan menentukan bilangan dan jenis acara yang akan di
pertandingkan dalam sesuatu perjumpaan.
Umpamanya di peringkat sekolah, bilangan acara sukan mudah tentu berkurangan
daripada jumlah acara untuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel
atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap mempunyai jumlah acara
olahraga yang maksimum, tetapi masih belum lengkap sepenuhnya. Biasanya dalam kejohanan
balapan dan padang antarabangsa, semua acara olahraga dipertandingkan, termasuk wanita.

11

Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan di peringkat


antarabangsa, dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1.

Acara balapan

12

2.

Acara-acara padang

Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari
pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan
kaki.
Acara balapan ialah :1.

Lari Pecut

a)

100 meter

b)

200 meter

c)

400 meter

2.

Lari berganti-ganti

a)

4 x 100 meter

b)

4 x 200

c)

4 x 400

3.

Lari berpagar

a)

100 meter wanita

b)

110 meter lelaki

c)

400 meter

4.

Steeplechase

13

a)

3,000 meter

5.

Lari jarak sedarhana dan jauh

a)

800 meter

b)

1,500 meter

c)

3000 meter

d)

5000 meter

e)

10,000 meter

6.

Berjalan kaki

a)

20 km

b)

50 km

Acara-acara Padang
1.

Acara lompatan

2.

Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan:


a)

untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah

b)

untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1.

Acara Balingan :

a)

lempar cakera

b)

rejam lembing

c)

lempar tukul
14

d)

lontar peluru.
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang

dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a)

Decathlon

b)

Penthathlon

c)

Marathon

d)

Merentas desa

1.11

ACARA-ACARA KHAS

Selain acara-acara yang dinyatakan, terdapat beberapa acara lain lagi yang juga turut
dipertandingkan sebagai acara olahraga. Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan
tersendiri, agak sukar untuk di kategorikan sebagai acara balapan, atau acara padang.
Umpamanya, acara dekathlon dan heptathlon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan
cara tersebut, mungkin juga boleh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang.
Begitu juga dengan acara marathon dan lumba jalan kaki. Satu lagi acara yang sering
diadakan di peringkat sekolah dan mendapat sambutan yang menggalakkan ialah tarik tali
tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia, acara ini tidak diadakan. Di negara kita
pertandingan tarik tali lebih merupakan salah satu acara dalam sukaneka yang dianggap
sebagai sukan sambil bergembira dan bukan pertandingan. Bagaimanapun, sejak beberapa
tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tarik tali secara khusus, dan telah
mendapat sambutan yang menggalakkan.
1.11.1 Marathon
Acara marathon juga merupakan acara olahraga yang disertai oleh lelaki dan
perempuan. Marathon juga sering diadakan dalam perjumpaan olahraga utama dunia,
walaupun di negara kita, khususnya di peringkat sekolah tidak diadakan. Marathon adalah
acara lari hjarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut
sejarah, acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang
berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. Acara
15

marathon diadakan diluar kawasan balapan, menggunakan jalan raya biasa. Hanya permulaan
dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan.
Disebabkan jarak yang amat jauh, kebanyakkan penganjur olahraga mengetepikan
acara marathon daripada senarai acara mereka untuk acara ini disamping diadakan secara
berasingan. Adakalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon
mini

1.11.2 Lumba Jalan Kaki


Dilihat pada nama acara Lumba Jalan Kaki adalah sejenis acara berjalan laju yang
mungkin juga merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Di peringkat sekolah
acara ini tidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan olahraga dewasa sahaja. Terdapat
beberapa jarak yang di pertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan. Biasanya
lumba jalan kaki diadakan berasingan, bersempena sesuatu peristiwa atau hari-hari perayaan.
Pekara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuat langkahan.
Kelenturan pergerakan badan dan gabungan ayunan tangan dapat meningkatkan kelajuan.
Peserta tidak dibenarkan berlari dalam acara ini. Disebabkan kelajuan langkahan yang
ditunjukan oleh para peserta, penonton seolah-olah beranggapan mereka berlari anak, tetapi
sebenarnya tidak.

1.11.3 Dekathlon
Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi larian, lompatan dan lontaran.
Semua acara ini dijalankan sepanjang 2 hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan
pertandingan acara adalah seperti berikut :

Atlet yang
menjuarai
acara ini sering
dianggap
sebagi atlit yang
paling lengkap. Peserta yang mengambil bahagian harus mengabungkan kelajuan, kekuatan,
16

kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga harus mampu
mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang 2 hari acara itu diadakan. Untuk memenangi acara
ini secara keseluruhannya, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap
pencapaian dalam sesuatu acara diberikan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh
Persatuan
Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF). Peserta yang menunjukkan prestasi yang tinggi
sudah tentu memperoleh mata yang tinggi. Mata yang dipungut oleh para peserta dalam
kesemua 10 acara itu dijumlahkan dan peserta yang memungut mata tertinggi dikira sebagai
pemenang. Acara Dekathlon ini dipercayai bermula pada akhir abad ke-19 ketika itu terdapat 10
acara yang digabungkan, tetapi tempoh pertandingan hanya dalam sehari sahaja. Dekathlon
pertama kali disenaraikan sebagai acara Sukan Olimpik pada tahun 1012 ketika sukan itu
diadakan di Stockholm. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari.
Bagaimanapun, kini acara tersebut diadakan dalam tempoh 2 hari sahaja bagi mengelakkan
peserta daripada kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. Kini dekathlon merupakan
acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga utama dunia.

1.11.3 Heptathlon
Heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja.
Untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acara
heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua hari. Acara-acara yang terdapat dalam acara
heptathlon ini mengikut susunannya adalah seperti berikut :

Seperti dekathlon, pemenang dalam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlah


keseluruhan mata yang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan. Peserta yang
berjaya memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang keseluruhan diberi

17

hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pemenang acara ini
dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita
2.0

ACARA REJAM LEMBING

Merejam atau membaling lembing juga turut dikenali sebagai javelin merupakan salah
satu acara tertua yang dipertandingkan dalam mana-mana kejohanan olahraga balapan dan
padang. Acara ini dipercayai telah dimainkan sejak saman purba lagi. Walau bagaimanapun,
acara rejam lembing ini tersenarai di dalam salah satu acara dalam Sukan Olimpik buat
pertama kalinya pada tahun 1896 dan mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik Moden pada
1912. Walau bagaimanapun, acara merejam lebing ini telah diperkenalkan sejak 708 di mana
pada masa itu, acara ini terbahagi kepada 2 iaitu merejam berdasarkan jarak dan merejam
berdasarkan sasaran. Pertandingan merejam berdasarkan jarak pada masa itu adalah hampir
sama seperti yang dipertandingkan di dalam sukan olimpik hari ini. Namun, bagi acara merejam
berdaarkan sasaran adalah sedikit berbeza. Hal ini kerana peserta akan menunggang seekor
kuda dan akan berusaha merejam ke arah sasaran yang telah ditetapkan. Pada hari ini, acara
merejam lembing hanya dipertandingkan dalam 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori
wanita. Pemenang bagi acara ditentukan menerusi jarak balingan terjauh yang dicapai oleh
seseorang peserta. Perbezaan dari aspek peralatan juga amat berbeza jika dibandingkan di
mana pada mula diperkenalkan, lembing yang digunakan diperbuat daripada kayu manakala
hari ini lembing diperbuat daripada kayu, besi atau logam campuran.
2.1
I.

Kelengkapan Merejam
Lembing
Kelengkapan utama di dalam acara merejam lembing adalah lembing. Lembing
yang biasa digunakan adalah diperbuat daripada kayu, besi atau logam campuran.
Lembing terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala, grip dan ekor.

Di samping itu, ukuran panjang dan berat lembing juga berbeza mengikut jantina.
Di bawah merupakan berat dan ukuran lembing minimum lembing yang digunakan
dalam acara javelin ini.

18

Ciri-ciri
Berat (gram)
Panjang (meter)
Lebar lilitan pemegang (mm)
Panjang kepala logam (mm)

Lelaki
800
2.60 - 2.70
140 150
250 330

Wanita
600
2.22 - 2.30
150 160
250 330

Ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah merupakan ukuran standard bagi peserta
II.

kategori senior atau junior.


Gelanggang Rejaman
Acara ini dimainkan di dalam gelanggang khas. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan

sebarang gangguan atau halangan serta di atas faktor-faktor keselamatan sama ada peserta
mahupun penonton. Kawasan terbuka adalah merupakan tempat yang paling sesuai dijadikan
kawasan untuk melangsungkan acara ini. Bagi acara ini terdapat beberapa keperluan padang
yang harus ada. Pertama adalah landas lari yang tidak melebihi 36.5 meter panjang dan 4
meter lebar. Kedua adalah penanda arc iaitu sempadan antara kawasan larian dengan kawasan
rejaman. Ketiga adalah kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 darjah hingga 30
darjah dan jarak dalam lingkungan 8 meter dari penanda arc hingga ke titik sudut. Panjang
kawasan walau bagaimanapun tidak dihadkan, asalkan bersesuai dengan taraf dan prestasi
peserta.

Gambar 3.1.1: Ukuran gelanggang rejaman


III.

Kasut

19

Di samping gelanggang, kasut turut tersenarai dalam komponen terpenting dalam acara
javelin ini. Kasut yang paling sesuai untuk digunakan dalam acara ini adalah spike yang
mempunyai 6 paku di bahagian hadapan dan 2 paku di bahagian belakang atau tumit. Walau
bagaimanapun jenis kasut biasanya bergantung kepada keselesaan peserta di samping menitik
beratkan faktor keselamatan dimana tapak kasut yang digunakan hendaklah dalam keadaan
yang baik.
2.2

Cara Memegang Lembing

Teknik asas yang harus diketahui oleh peserta sebelum mempelajari teknik merejam
adalah teknik memegang lembing. Terdapat 3 teknik pegangan yang digunakan dalam acara ini,
iaitu:
No.

Teknik Pegangan

Huraian
Lembing

Gambar

dipengang antara
1.

Gaya Amerika

ibu jari dengan jari


telunjuk dan
disokong oleh 3 jari
lain.
Lembing

2.

Gaya Finnish

dipengang di
antara ibu jari dan
jari tengah.

Lembing dipegang
3.

Gaya Pegangan-U

di antara jari
telunjuk dengan jari
tengah.
Jadual 3.2.1 Cara memegang lembing

Walau bagaimanapun, teknik pegangan lembing ini adalah bergantung kepada


keselesaan pelajar atau peserta. Di samping itu, sebelum memulakan rejaman cara yang paling
betul untuk membawa lembing adalah ekor ke atas dan kepala ke bawah. Ini bertujuan untuk
20

mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan. Lembing hanya dibawa secara melintangi


badan apabila peserta hendak membuat rejaman.

2.3

Peringkat Merejam Lembing

Peringkat merejam lembing dapat dibahagikan kepada 4 fasa atau peringkat iaitu fasa
berlari, fasa transisi, fasa melepas dan fasa mengundurkan diri.
Fasa

Huraian
1. Peserta berlari di dalam kawasan larian sambil memegang
lembing mengikut keselesaan masing-masing.
2. Lembing diletakkan pada bahu dan siku tangan yang memegang

Fasa belari

lembing hendaklah dibengkokkan kehadapan.


3. Peserta memulakan langkah menggunakan kaki dominan dan
langkah yang diambil adalah dalam lingkungan 4 hingga 12
langkah dan peserta akan berlari dalam kelajuan yang
sederhana atau perlahan (bergantung kepada peserta sendiri).
1. Larian sejauh 5 hingga 6 langkah dilakukan.
2. Lembing dan badan peserta akan bergerak ke kedudukan ke
belakang.
3. Pandangan mata peserta akan berfokus ke hadapan sambil

Fasa Transisi

melangkah.
4. Peserta mendarat ke belakang (sebelum) penanda arc denggan
menggunakan tumit kaki dominan serta membawa berat badan
ke belakang.
1. Peserta akan membuka langkah seluas mungkin.
2. Dada dan bahu akan dipusingkan berdasarkan tinggi dan
rejaman yang akan dibuat.
3. Mendarat dengan kaki kanan (dominan) berhampiran penanda
arctetapi tidak menyentuh atau melepasi penandan arc tersebut.

Fasa Melepas

Peserta boleh melompat menggunakan kaki kanan sambil


dibantu oleh tangan bagi mengimbangi badan mereka.
4. Lembing akan dilepaskan pada sudut 30 darjah hingga 40 darjah
daripada padang sekuat yang boleh dengan memastikan agar
lembing akan mendarat atau terpacak dipadang (meninggalkan

Fasa Mengundur Diri

kesan).
1. Peserta akan menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga
lembing mendarat.
2. Peserta akan beredar dari kawasan rejaman dengan cara
21

berundur atau berpusing agar tidak melepasi penanda arc.


3. Peserta akan kembali ke tempat duduk sendiri untuk menunggu
giliran rejaman seterusnya.

2.4

Undang-Undang Dan Peraturan

Terdapat beberapa undang-undang dalam acara ini, iaitu:


1. Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya. Lembing hendaklah direjam dari
atas bahu atau dari bahagian atas lengan yang merejam dan tidak boleh dilempar atau
dibaling. (Cara lain selain yang dinyatakan diatas tidak diterima).
2. Rejaman dikira sah jika bahagian hujung kepala logamnya menyentuh tanah sebelum
bahagian lain.
3. Peserta tidak dibenarkan berpusing ke belakang lengkok (penanda arc) balingan
sehingga lembing dilepaskan.
4. Jika lembing patah semasa rejaman atau semasa sedang meluncur di udara, rejaman
itu tidak dikira batal asalkan cara merejam adalah seperti yang telah dinyatakan dalam
peraturan.
5. Peserta yang hilang keseimbangan atau melanggar mana-mana bahagian peraturan
yang telah dinyatakan, peserta diberikan satu percubaan baru.

2.5

Latihan
Latihan fizikal yang paling sesuai bagi acara ini adalah latihan menarik beban. Berat

beban akan ditambah dari semasa ke semasa. Cara menarik ini boleh dilakukan

dengan

sebalah atau kedua-dua tangan. Hal ini bertujuan untuk menambahkan kekuatan otot tangan
yang seterusnya dapat membantu membuat rejaman yang lebih jauh.
Latihan kemahiran boleh dibahagikan kepada 3 peringkat latihan iaitu peringkat
persediaan, peringkat berlari dan peringkat merejam. Latihan yang sesuai bagi latihan
kemahiran ini adalah berlari sambil memegang lembing. Larian tanpa lembing juga boleh dibuat
di mana peserta akan berlari sambil menggayakan tangan untuk merejam lembing. Walau
bagaimanapun, latihan kemahiran yang terbaik bagi membantu meningkatkan prestasi peserta
22

merejam lembing adalah membuat rejaman sebanyak yang mungkin. Ini bertujuan untuk
memantapkan kemahiran rejaman mereka.

Kesimpulannya, acara merejam lembing ini diadaptasikan daripada gaya hidup


masyarakat pada zaman purba sehingga dijadikan salah satu acara dalam kejohanan olahraga
hari ini. Penguasaan kemahiran ini memerlukan latihan yang banyak serta teknik rejaman yang
betul. Hal ini demikian kerana teknik rejaman yang salah akan menyebabkan bahagian ekor
lembing menyentuh tanah terlebih dahulu daripada bahagian kepalanya.

3.0

REFLEKSI
3.1

Oleh Frada Anak Garaman

Syukur kepada Tuhan kerana tugasan ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Sepanjang
tempoh perlaksanaan tugasan ini saya mendapaiti bahawa kursus WAJ 3112 iaitu Olahraga ini
menekankan 2 aspek utama iaitu kemahiran dalam olahraga dan pengelolaan. Menerusi
tugasan ini banyak perkara yang saya pelajari.
Pertama adalah menerusi kursus kepegawaian yang dijalankan. Kursus ini dijalankan
pada hujung bulan Februari iaitu pada 21 Januari. Kursus ini amat penting sebagai proses awal
dalam pengelolaan kejohanan sukan olahraga. Kursus kepegawaian ini menekankan lebih
23

kepada aspek serta bidang tugas di dalam acara sukan. Saya mendapati bahawa di dalam
mana-mana kejohanan terdapat banyak individu yang terlibat di dalam menjayakannya. Namun
sebelum ini saya tidak tahu tugas mahupun posisi mereka. Misalnya, selama ini saya tidak
mengetahui bahawa di dalam acara larian atau treak terdapat hakim. Hal ini demikian kerana
saya hanya menyangka bahawa penjaga masa sahaja yang diperlukan digarisan penamat bagi
mengetahui pemenang bagi acara tersebut. Tambahan lagi, semasa di sekolah dahulu saya
tidak pernah terlibat secara langsung dalam pengelolaan mahupun mengambil acara trek iaitu
larian. Walau bagaimanapun, menerusi kursus ini saya telah didedahkan dengan tugas yang
penting dan seharusnya ada dalam sesuatu acara balapan dan padang sama ada dalam
kejohanan antarabangsa mahupun kejohanan sekolah.
Saya juga mendapati di dalam mana-mana kejohanan perkara yang paling utama yang
harus dijalankan oleh pihak penganjur adalah lantikan ahli jawatankuasa bagi memastikan
kelancaran kejohanan tersebut. Berbeza dengan program lain, saya mendapati bahawa setiap
satu jawatankuasa yang ada mempunyai tugas yang spesifik dan dinyatakan dalam Peraturan
Olahraga sedunia di mana bidang tugas dibukukan dan dinyatakan dengan jelas.
Kursus Kejurulatihan pula diadakan pada 28 Februari iaitu pada hari sabtu. Kursus ini
lebih berfokus kepada pendedahan peserta kepada teknik yang betul dan peraturan atau
undang-undang dalam sesuatu acara. Terdapat beberapa acara yang ditekankan antaranya
adalah larian atau acara balapan, lompat tinggi, lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru dan
merejam lembing. Saya mendapati bahawa setiap acara menitikberatkan teknik yang betul. Hal
ini demikian kerana teknik yang betul bukannya bertujuan untuk mematuhi peraturan permainan
bahkan untuk memaksimumkan pencapaian serta mengelakkan sebarang kecederaan.
Menerusi kursus ini, saya juga mempelajari jenis-jenis latihan yang bersesuai dengan
acara. Hal ini kerana menerusi kursus kejurulatihan ini saya mendapati bahawa setiap acara
mempunyai fokus yang berbeza terhadap tubuh badan manusia. Contohnya dalam lompat
tinggi dan lompat jauh kekuatan otot kaki diberatkan berbanding dengan otot tangan. Oleh itu
penekanan pada otot atau peningkatan kecerdasan dan kesihatan yang bersesuaian dengan
acara dapat meningkatkan prestasi pemain.
Menerusi aspek pengelolaan pula banyak perkara yang saya pelajari. Pertama adalah
menerusi pengelolaan Kursus Kejurulatihan. Kursus ini dikelolakan oleh unit kami iaitu K14 di
mana unit kamu terlibat secara langsung dalam menjayakan kursus ini. Menerusi proses
menjayakan kursus ini, saya dapati motivasi dari diri amat penting untuk membangkitkan
24

komitmen yang berterusan dalam menjayakan sesuatu program. Ini kerana semasa
mengelolakan sesuatu aktiviti, kita berhadapan dengan pelbagai pihak dan pihak ini mempunyai
pelbagai perwatakan. Oleh itu, bagi memudahkan tugas, bagi saya sesi mesyuarat dan interaksi
harus berlangsung dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran proses perancangan
dan persediaan.
Komitmen yang tinggi amat membantu dalam proses pengelolaan di mana kita bukan
hanya perlu berkorban masa bahkan bekorban tenaga. Walau bagaimanapun, pengorbanan ini
tidaklah setanding dengan nilai ilmu yang diperolehi semasa kursus ini. Ini kerana saya
mendapati bahawa saya bukan sahaja belajar aspek kejurulatihan tetapi saya juga turut
mempelajari aspek pengelolaan di mana saya belajar berinteraksi dengan orang lain. Di
samping itu saya juga mendapati banyak aspek yang harus dipersiapkan sebelum
berlangsungnya kursus ini. Antaranya adalah persiapan tempat dan penyediaan peralatan.
Persiapan tempat hendaklah disediakan dari awal. Hal ini bagi memudahkan proses
pembaikian padang atau trek yang rosak sebelumnya kursus berlangsung. Persediaan awal
peralatan pula membantu kita mengenalpasti bahan peralatan yang ada atau tidak serta yang
bersesuai dengan acara pada hari tersebut.
Pengelolaan Kejohanan Sukan Balapan dan Padang pula mengujia atau membantu diri
saya menilai sejauh mana pengetahuan yang saya perolehi menerusi 2 kursus yang telah
dijalankan iaitu kursus kejurulatihan dan kursus kepegawaian. Belajar melalui pengalaman
adalah pembelajaran yang paling bermakna. Sehubungan dengan itu, saya mendapati bahawa
menskipun telah mengikuti 2 kursus sebelum ini, tanpa pengajuran kejohanan ini saya dapat
merasakan bahawa tanpa praktik, ilmu yang saya perolehi ini tidak akan kekal lama dalam
ingatan saya. Hal ini demikian kerana semasa berlangsungnya kejohanan ini, terdapat
beberapa kesilapan yang telah saya lakukan. Namun berkat bimbingan pensyarah penasihat
barulah saya menyedari kesalahan tersebut. Misalnya semasa bertugas sebagai pemegang
bendera di garisan penamat bagi beberapa acara larian, saya tidak menyedari bahaawa
kedudukan atau posisi pemegang bendera tidak seharusnya menghalang pemandangan hakim
di mana selepas peserta berlepas, saya perlu beredar ke belakang atau ke tepi tempat duduk
hakim bagi membolehkan mereka melihat para peserta tanpa halangan.
Di samping itu, saya juga turut mempraktikan pengetahuan tentang teknik yang betul
bagi acara seperti lontar peluru, rejam lembing dan juga lompat jauh. Hal ini demikian kerana
saya mendapati bahawa saya harus peka dengan teknik yang digunakan oleh para peserta.
Contohnya saya harus sentiasa peka dengan teknik lontaran dalam acara lontar peluru. Hal ini
25

demikian kerana semasa sukan tara dijalankan banyak pelajar yang disqualified kerana teknik
yang digunakan dalam acara lontar peluru adalah teknik balingan. Meskipun telah diberikan
peluang mencuba sekali lagi serta mendapat tunjuk ajar dari pensyarah yang ada pada ketika
itu mereka tetap melakukan kesalahan yang sama.
Secara keseluruhanya menerusi 3 acara atau aktiviti yang telah dijalankan ini banyak
perkara yang saya pelajari dari aspek pengelolaan terutamanya. Bagi saya dalam mana-mana
aktiviti komitmen adalah merupakan elemen yang paling penting. Hal ini demikian kerana tanpa
komitmen sesuatu tugasan tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Bahkan pengetahuan juga
hanya akan dapat diperolehi menerusi komitmen yang berterusan terhadap aktiviti yang
dianjurkan. Di samping itu kolaborasi antara ahli jawatankuasa juga banyak mempengaruhi
kejayaan perlaksanaan sesuatu tugasan.

3.2

Oleh Muhammad Arif bin Alias

Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakan-rakan yang
lain menyempurnakan tugasan projek kami dalam matapelajaran WAJ 3112, iaitu Kokurikulum
Olahraga yang diamanahkan dengan jayanya pada hari Khamis, 6 Mac 2014 yang dikelolakan
oleh PISMP ambilan Januari 2012. Tugasan projek kelolaan PISMP ambilan Januari 2012
tersebut merupakan Kejohanan Olahraga Tahunan yang melibatkan semua guru pelatih
semester lima Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak (IPGKI), sama ada bertindak
sebagai peserta kejohanan mahupun pegawai teknik semasa kejohanan yang telah
berlangsung.
Sepanjang program ini dijalankan, saya memperoleh banyak ilmu baharu, terutamanya
mengenai peraturan-peraturan tertentu sepanjang kejohanan berlangsung ekoran berlaku
beberapa kesulitan dari segi pengelolaan. Antara input baharu yang saya peroleh ialah
mengenai

tugas

antara

pegawai-pegawai

teknikal

kejohanan

sepanjang

kejohanan

berlangsung. Contohnya hakim pelepas yang perlu merujuk koordinator pelepas dan penolong
pelepas sebelum memulakan sesuatu acara pertandingan. Malah sebelum itu, koordinator
pelepas juga perlu memastikan bahawa hakim balapan, penjaga masa, dan pegawai lain
bersedia sebelum memberi isyarat kepada pelepas. Perkara yang saya pelajari ialah setiap
pegawai perlu saling berhubung agar tidak berlaku salah faham yang boleh menyusahkan
peserta pertandingan dan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak.

26

Saya turut memperoleh pengalaman melalui peluang untuk membuat bantahan


berikutan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak pengelola sendiri sebagai pegawai
yang bertugas. Saya membuat bantahan mengenai kesalahan hakim bagi acara lompat tinggi
yang membiarkan peserta melanggar syarat yang telah ditetapkan dalam acara tersebut. Saya
berpeluang mempelajari cara untuk berhubung dengan pihak tertentu mengenai bantahan yang
ingin dilakukan walaupun bantahan yang dibuat tidak diendahkan oleh pihak pengelola. Malah
secara tidak langsung, kesulitan tersebut mengajar saya untuk lebih bersabar menghadapi
pelbagai karenah manusia di sekeliling.
Kekuatan yang terdapat dalam projek yang kali ini ialah dapat memberi peluang kepada
semua guru pelatih bagi mempelajari ilmu kepegawaian dan olahraga secara praktikal selepas
melalui kursus dan Peperiksaan Pegawai Teknik Kejohanan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)
baru-baru ini. Pengetahuan yang diperoleh sepanjang menjadi Pegawai Teknik Kejohanan ini
juga dapat membantu guru pelatih melakukan amali kelak sekiranya memperoleh keputusan
lulus dalam peperiksaan KOAM yang dilalui. Di samping itu, projek ini juga turut mendedahkan
kepada guru pelatih mengenai peraturan yang terdapat dalam acara olahraga secara lebih
praktikal ekoran guru pelatih bukan sahaja bertindak sebagai pegawai, malah turut menjadi
peserta dalam kejohanan.
Kekuatan saya dari segi penglibatan sebagai peserta Kejohanan Olahraga Tahunan pula
ialah mempunyai pengalaman dalam menyertai beberapa acara dalam olahraga sejak dari
sekolah rendah. Pengalaman sedia ada memudahkan penglibatan saya sebagai peserta acara
lompat tinggi ekoran mengetahui peraturan yang terdapat dalam acara ini. Namun berikutan
sudah lama tidak melibatkan diri dalam acara lompat tinggi ini, saya tidak berjaya untuk
memperoleh pingat.
Walau bagaimanapun, projek yang dikelolakan oleh rakan daripada unit lain buat julungjulung kali ini masih terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan berikutan kami
semua masih dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah mengenai spesifikasi pembahagian
tugas yang kurang efektif dalam kalangan guru pelatih yang bertindak sebagai Pegawai Teknik
Kejohanan kali ini. Hal ini berikutan berlaku beberapa kesulitan sepanjang projek ini
dilangsungkan. Malah salah faham antara hakim balapan, penjaga masa, dan pelepas turut
menjejaskan prestasi peserta acara yang dipertandingkan.
Manakala kelemahan yang ada pada diri saya dan rakan yang lain pula ialah tidak dapat
menguruskan emosi dengan baik sehingga menyebabkan kekecohan berlaku sewaktu
27

kejohanan dilangsungkan. Perkara ini jelas dan disaksikan beberapa pensyarah yang hadir
semasa acara lari 100 meter lelaki. Terdapat bantahan mengenai tempat pertama dan kedua.
Terdapat guru pelatih yang bertikam lidah berikutan terdapat terlalu banyak kesilapan dari segi
pengelolaan pegawai yang bertugas. Malah kesilapan yang dilakukan mereka tampak jelas
apabila tidak terdapat seorang pegawai pun yang membawa buku peraturan KOAM untuk
pemudahcara sekiranya berlaku bantahan dan kesulitan-kesulitan lain semasa mengelolakan
sesuatu kejohanan yang melibatkan banyak pihak.
Sehubungan daripada itu, saya mendapati perihal pihak pengelolaan ini merupakan satu
ancaman bagi peserta pertandingan dan pegawai teknik daripada kelas lain ekoran kecuaian
mereka dari segi pengelolaan bukan sahaja mengganggu daya fizikal, malah turut melibatkan
emosi dan perasaan yang boleh menyebabkan pertelingkahan berlaku. Oleh itu, bagi
mengelakkan perkara ini berlaku, pengelola harus mentelaah undang-undang yang terdapat
dalam buku Peraturan KOAM terlebih dahulu sebelum menganjurkan projek besar seperti ini.
Ancaman lain yang saya dapati daripada projek Kejohanan Olahraga Tahunan ini ialah
mengenai peruntukan masa yang kurang efektif dalam kalangan para pengelola.
Pada pandangan saya bagi proses penambahbaikan, pihak pengelola sepatutnya lebih
peka mengenai spesifikasi tugas bagi setiap pegawai teknik agar tidak berlaku salah faham dan
sebagainya yang boleh membawa kesan negatif kepada pihak lain. Pihak pengelola perlu bijak
menyusun dan memilih senarai pegawai yang bertugas semasa kejohanan berlangsung agar
setiap pegawai yang dipilih mahir dalam bidang masing-masing.
Selain itu, peruntukan masa bagi sesuatu majlis atau program besar seperti ini
memerlukan latihan atau raptai penuh agar peruntukan masa yang dibuat mencukupi atau
hanya melebihi beberapa minit seperti yang dijangkakan. Hal ini penting bagi memastikan
perjalanan majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar tanpa rungutan daripada pihak lain
yang turut serta dalam program tersebut. Malah peruntukan masa yang salah dan melebihi
masa yang sepatutnya juga akan menjejaskan program lain yang akan berlangsung sejurus
selepas itu. Maka hal ini jelas menyusahkan banyak pihak selain pihak penganjur sendiri.
Secara keseluruhannya, projek ini sangat sesuai dilaksanakan dalam kalangan guru
pelatih ekoran banyak ilmu yang diperoleh sepanjang mengelola dan menjadi peserta dalam
projek yang dikelolakan ini. Di samping itu, guru pelatih juga berpeluang untuk mendalami ilmu
teori yang dipelajari di dalam kelas secara praktikal semasa kejohanan berlangsung.
Konklusinya, projek sebegini perlu dijalankan lebih kerap dalam kalangan guru pelatih agar ilmu
28

yang diperoleh dapat diaplikasikan segera dan lebih kerap untuk memahirkan pengetahuan
sedia ada. Malah projek ini turut memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan
gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan dan senaman dengan cara yang betul.
Justeru itu, saya berharap agar segala yang saya pelajari sepanjang menyiapkan
tugasan projek kali ini dapat membantu saya membentuk jati diri saya untuk menjadi seorang
guru yang mempunyai ciri-ciri guru yang serba boleh dan disenangi oleh semua pihak. Melalui
pengalaman menyempurnakan tugasan ini, saya juga berharap agar mampu melatih diri saya
untuk menjadi seorang guru yang berfikiran kreatif, kritis, kritikal dan berdaya saing bagi
membimbing serta menjadi role model kepada anak didik kelak.

3.3

Oleh Nur Fatin binti Mohd Mazlan

Terdapat pelbagai kelebihan dan kekurangan yang dapat saya kenal pasti semasa
dalam proses menyiapkan tugasan Olahraga ini dan sepanjang saya mempelajari subjek
Olahraga ini.
Pertama sekali, dalam tugasan ini saya perlu menyiapkan tugasan bertulis mengenai
sejarah perkembangan olahraga dan acara rejam lembing. Menerusi tugasan ini saya telah
dapat mengetahui perkembangan dan sejarah asal usul terciptanya sukan olahraga itu sendiri.
Sebelum ini saya sendiri tidak pernah mengetahui dan tidak pernah langsung terlibat dalam
acara olahraga ini. Namun dengan adanya tugasan ini, saya dapat mengetahui bagaimana
acara olahraga ini diperkenalkan sehingga ke peringkat Olimpik.
Selain itu, menerusi tugasan bertulis ini juga saya dapat mengetahui salah satu acara
olahraga padang iaitu merejam lembing. Sebelum ini, semasa amali di dalam kelas olahraga,
saya masih samar-samar lagi dengan peraturan dan cara pegangan rejam lembing. Namun,
dengan adanya tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara rejam
lembing meliputi cara pegangan, peraturan, ukuran padang rejam lembing dan saiz rejam
lembang itu sendiri hasil daripada rujukan pelbagai sumber mengenai acara olahraga ini.
Seterusnya, dalam matapelajaran ini juga unit saya perlu menganjurkan Kejohanan
Olahraga Tahunan IPG Ipoh. Untuk mengendalikan temasya tahunan terbesar IPG Ipoh ini,
saya perlu bersiap sedia dengan berbagai-bagai jenis pengetahuan. Pertama sekali, pada 21
Januari 2014, saya perlu menghadiri kursus kepegawaian. Kursus kepegawaian ini melibatkan
tentang berbagai-bagai jenis kemahiran yang saya saya sendiri pun tidak pernah mengetahui
29

sebelum ini.

Menerusi kursus kepegawaian ini, saya telah mengetahui jenis-jenis acara

balapan dan acara padang. Secara tidak langsung, saya telah dapat membezakan kedua-dua
jenis acara dalam olahraga ini.
Selain itu, menerusi kursus kepegawaian ini juga saya telah mengetahui bagaimana dan
di mana kedudukan hakim ketika acara balapan dan padang ini berlangsung, maksud bendera
merah dan putih, bagaimana kedudukan peserta-peserta ketika memulakan acara larian dan
kedudukan penjaga masa. Dalam kursus ini, aspek pengelolaan lebih dititikberatkan supaya
unit saya iaitu unit K yang akan mengendalikan Kejohanan Olahraga Tahunan ini dapat
mengendalikan dengan baik.
Sebelum berlangsungnya kursus kejurulatihan, saya bersama-sama rakan sekelas saya
yang dikendalikan oleh Encik Mohd Sharifuddin telah diamanahkan untuk turun padang bagi
membuat trek larian dan bagi acara lain-lain acara. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi
pengalaman berharga kepada saya kerana saya sendiri telah mendapat pelbagai ilmu-ilmu baru
terutamanya bagi menyukat dan mengukur padang bagi membina trek balapan.
Seterusnya pada 8 Februari 2014, saya telah mengikuti kursus kejurulatihan. Dalam
kursus ini lebih menekankan aspek cara, peraturan, dan teknik setiap acara olahraga yang
betul. Benar lah kata Encik Mohd Sharifuddin, walaupun kita tidak pandai atau tidak hebat
dalam acara yang terdapat dalam olahraga ini, ia bukanlah satu alasan yang boleh kita jadikan
untuk tidak mahu belajar dan menguasai teknik yang betul. Misalnya bagi acara lompat jauh
dan lompat tinggi. Memang saya tidak pandai, tidak tahu dan tidak berminat degan acara
tersebut. Namun, menerusi kursus kejurulatihan ini, saya sedar bahawa untuk menjadi seorang
guru yang serba boleh, saya perlu menguasai kesemua aspek kemahiran dan teknik yang betul
dalam setiap acara walaupun saya tidak berbakat dalam acara tersebut.
Hal ini sangat penting untuk saya gunakan ilmu yang saya peroleh ini apabila menjadi
seorang guru kelak. Bukan itu sahaja, pengetahuan yang saya peroleh semasa kursus
kepegawaian dan kejurulatihan ini juga sangatlah penting bagi saya kerana saya telah
diamanahkan untuk menjadi ketua hakim bagi sepanjang sukantara dan Kejohanan Olahraga
Tahunan IPG Ipoh berlangsung. Jika saya tidak memberikan sepenuh perhatian dan mengambil
input-input penting yang disampaikan semasa kursus ini, sudah pastinya tugas yang
diamanahkan kepada saya tidak dapat saya selesaikan dengan jayanya.
Bercakap mengenai sukantara, pengalaman saya selaku hakim bermulanya sukantara
hari yang pertama iaitu pada 19 Februari 2014 hinggalah ke hari acara saringan dan hari
30

berlangsungnya kejohanan olahraga, sangat-sangatlah berharga. Secara jujurnya, saya sendiri


tidak pernah terlibat dalam pengelolaan dan pengurusan acara sukan sama ada dari sekolah
rendah hinggalah ke peringkat IPG. Jika sebelum ini, saya juga mengakui jarang-jarang sekali
saya turun untuk memberikan sokongan dan penglibatan yang aktif bagi menjayakan acara
tersebut.
Namun, dengan adanya aktiviti ini, saya sedikit sebanyak telah dapat mempelajari
bagaimana untuk menguruskan dan mengendalikan sesuatu program dan acara. Jika diimbas
kembali sewaktu saya menjadi hakim semasa sukantara, saya mengalami situasi di mana saya
tidak mempunyai ahli-ahli yang cukup bagi menjadi hakim dan penjaga masa. Semasa waktu
itu, keadaan menjadi agak kelam kabut kerana mereka yang sepatutnya diamanahkan bertugas
pada hari tersebut, tidak turun memberikan kerjasama.
Berdasarkan pengalaman yang ada, saya bagaimanapun dapat mengendalikan situasi
bermasalah ini dengan baik dan jayanya. Melalui masalah ini, saya menyedari bahawa dengan
adanya kemahiran komunikasi yang baik antara satu sama lain barulah semua aktiviti yang
dikendalikan dapat dijalankan dengan jayanya. Hal ini bermakna, setiap aktiviti yang ingin
dijalankan, perlu sentiasa mendapat kerjasama daripada semua pihak. Team Works tu sangat
penting supaya semuanya mudah diurus dan dikendalikan. Saya sedar, jika saya seorang
sahaja yang bekerja dan melakukan tugas saya, namun orang lain lepas tangan perkara atau
aktiviti yang dirancang pastinya tidak akan dapat berjaya sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, pengalaman saya selaku ketua hakim bagi Kejohanan Olahraga
Tahunan tersebut, sedikit sebanyak telah memberikan saya input dan pengalaman berharga
yang tidak saya peroleh di mana-mana. Saya berpendapat, walaupun ilmu ini diajar ketika
dalam kelas ianya tidak akan sama dengan saya mempraktikkan di dalam kehidupan seharian.
Semasa acara berlangsung itu sendiri, saya mengalami beberapa masalah sedikit iaitu
berlakunya salah faham antara saya dan pensyarah iaitu Encik Zainal. Saya berpendapat, jika
saya tidak pandai mengawal emosi saya ketika itu, sudah semestinya saya akan menimbulkan
masalah pada hari tersebut.
Namun, atas niat saya ingin belajar dan ingin membantu serta melaksanakan tugas
yang diamanahkan dengan sempurna, saya abaikan sahaja salah faham tersebut dan
mengambil iktibar daripada kejadian tersebut. Secara tidak langsung, saya dapat mengelakkan
daripada terjadinya lagi situasi sebegini apabila saya diamanahkan untuk mengendalikan acara
sedemikian di sekolah kelak.
31

Apabila berakhirnya acara Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Ipoh ini, saya adalah
salah seorang daripadanya yang dapat mengehembus nafas lega kerana acara yang dirancang
sekian lama dapat dikendalikan dengan jayanya. Walaupun tugas saya bukanlah sebesar
mana, namun pengalaman berharga yang saya peroleh ini tidak mungkin akan lupakan
selamanya. Jelaslah, subjek ini sangat memberikan saya pelbagai ilmu dan kenangan yang
berharga untuk saya bawa di sekolah kelak.

4.0

BIBLIOGRAFI

Bahagian Sukan KPM,(2010),Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang


(Olahraga). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Institut Pendidikan Guru. (2013),Modul Kokurikulum WAJ3112 Olahraga. Cyberjaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia Enterprise Building 3,
Mansor Fadzil & John Arul Philips. (2007). Kegiatan Profesional Olahraga. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.

32

Md.Zuki Hashim. (2012),Mengurus Acara Rasmi Sekolah.Institut Perguruan Sultan


Abdul Halim.Kedah.
Teen Boon Tong. (1988). Panduan Pengajaran Olahraga. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Sdn Bhd
Wee Eng Hoe. (2002). Panduan pengajaran olahraga:Kepegawaian dan Kejurulatihan.
Kuala Lumpur: Karisma Publication Sdn.Bhd.

33

Anda mungkin juga menyukai