Anda di halaman 1dari 20

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

Tugasan 1
Soalan a
i.Konflik Palestine dan Israel
Perjuangan rakyat Palestin dan pimpinan-pemimpinnya banyak memikir diri
sendiri,gejala korupsi yang begitu hebat dan diplomasi yang tidak bertempat antara
faktor utama pihak Fatah menerima kekalahan daripada Hamas pula sebaliknya yang
menunjuk displinnya menentang penaklukan zionis dan memperjuangankan rakyat
Palestin bukan sahaja dengan senjata tetapi dengan terbinanya sekolah-sekolah dan
hospital-hospital di Palestin.
1.Semasa kempen pilihan raya, etnik Israel banyak membuktikan serta
membangkitkan isu mengenai kegagalan Fatah dalam rundingan damai yang tidak
konsisten, korupsi dan dakwaan berjaya mengundurkan Israel dari Gaza.
Pada

Disember 1987,Sekutu Ikhwan Muslimin Mesir di Gaza yang menubuhkan

Hamas beberapa hari selepas kebangkitan Palestin menentang pendudukan Israel.


Pergerakan ini ditubuhkan untuk memerangi askar dan orang awam bagi menubuhkan
sebuah negara teokrasi di Israel, Tebing Barat dan Gaza. Khaled Meshaal yang dikenal
pasti sebagai pemimpin Hamas berpangkalan di Damsyik. Khaled membuat keputusan
mengenai dasar Hamas selepas berunding dengan para pemimpin di Tebing Barat dan
Gaza serta Damsyik. Beliau mengekalkan pendirian tidak berkompromi dengan Israel.
Khaled pernah terselamat daripada percubaan membunuh oleh Israel di Jordan pada
1997.Pada tahun 2004,pengasas dan pemimpin rohaniah Hamas, Sheikh Ahmed
Yassin dibunuh dalam serangan peluru berpandu Israel pada lewat Mac. Penggantinya,
Abdel Aziz Rantisi dibunuh dengan cara yang sama empat minggu kemudian telah
memberi sokongan diatas sokongan politik rakyat Palestine. Ini menunjukkan bahawa
pergerakan hamas telah mendapat perhatian daripada rakyat Palestine yang sentiasa
memperlihatkan perjuangan yang jujur dan iklas dalam menegakan sebuah Negara
yang betul-betul bebas daripada cekaman Israel khususnya.
2. Kesan sejarah yang kukuh daripada kerajaan Israel adalah penentang yang
sebenarnya. Hamas adalah positif manakala Fatah adalah negatif. Fatah hanya

mementingkan kedudukan (pangkat) dan wang, bukannya rakyat. Pada tahun 19931994: Hamas menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin. Mahmoud
Zahar pemimpin politik tempatan Hamas dan merupakan salah seorang pengasas
pergerakan ini. Beliau merupakan doktor peribadi kepada Sheikh Ahmed Yassin, bekas
pemimpin Hamas yang dibunuh dalam serangan Israel di Gaza pada 2004. Mahmoud
mengamalkan pendirian tegas dan keras terhadap Israel dan berpegang kepada
ideologi menolak kewujudan negara Yahudi di Asia Barat.Manakala pada tahun 1994
Hamas memulakan kempen serangan berani mati di Israel bagi menggagalkan pelan
damai. Kesungguhan Ismail Haniyeh merupakan calon utama dalam senarai. 1Hamas
dan

dianggap

sederhana

memenangani pilihanraya.

telah

mendapat

sokongan

rakyat

Palestine

untuk

Secara amnya, penyelesaian masalah rakyat ialah

merupakan kaedah dan pelbagai langkah atau cara yang akan lakukan apabila
menghadapinya oleh seseorang pemimpin Palestine. Keinginan untuk menyelesaikan
masalah ini timbul apabila pemimpin Palestine itu berdepan dengan sesuatu masalah
yang dipertanggungjawabkan melalui dasar-dasar kerajaan.dalam Parti Likud dan
mereka harus mengambil perhatian dalam hal itu.Beliau juga merupakan pemimpin Parti
Likud yang paling terdedah kepada khalayak serta selalu memberi ulasan kepada media
pada ketika para pemimpin lain tidak tampil di khalayak berikutan bimbang menjadi
mangsa pembunuhan Israel.Pada tahun 1996 Hamas meningkatkan serangan berani
mati selepas pembunuhan ketua pembuat bomnya oleh Israel. Empat serangan bom
pada musim bunga 1996 telah membunuh sekurang- kurangnya 60 penduduk Israel
dalam tempoh lapan hari.
3.Kumpulan Parti Likud terlalu taksub kepada pimpinan parti . Ini terbukti dengan
pergaduhan tercetus apabila penyokong Fatah bertindak menurunkan bendera Hamas
yang menyebabkan berlakunya insiden membaling batu sehingga menyebabkan
kerosakan pada tingkap bangunan Parlimen. Penyokong sentiasa menunjukkan
ketidakpatuhan terhadap senario politik mereka sendiri. Mereka telah berarak menuju
kediaman Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Bandar Gaza dan menuntut peletakan
jawatan para pegawai parti yang rasuah serta membantah sebarang percubaan untuk
membentuk kerajaan campuran dengan Hamas. Pada tahun 2000 kebangkitan puka
1

Fadhlullah Jamil.Islam Zaman Moden: Palestine dan Konflik di Asia Barat .Bab1, Edisi

Kedua.Thinkers Library Sdn.Bhd.,Batu Caves, K.L.,2005,hlm.3-30.

majority Israel kedua pada September selama empat tahun setengah telah
menyebabkan lebih 3,500 penduduk Palestin dan 1,000 orang rakyat Israel terbunuh.
Hamas melihat perkara ini sebagai satu kerugian kepada bangsa Palestine yang
bertanggungjawab melancarkan sebahagian besar daripada serangan berani mati. Oleh
itu kumpulan Hamas supaya anggota Kumpulan Fatah yang bersenjata mematuhi
peraturan pergerakan yang sentiasa dicabuli oleh mereka. Kemenangan Parti Likud pula
bukanlah suatu yang mengejutkan sebenarnya kerana pencapaian memberangsangkan
parti ini dalam pilihan raya perbandaran di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang
berlangsung dalam empat peringkat menunjukkan bahawa ia kuasa baru politik Palestin.
Sewajarnya Parti Likud diberikan peluang untuk membentuk kerajaan memandang
komplikasi masalah Palestin dan Israel juga memerlukan Hamas berdepan dengan
realiti. Pergerakan ini tidak boleh sepenuhnya bergerak dan mencapai cita-cita dengan
cara ketenteraan, tetapi malangnya nada lembut dan mesra pemimpin Barat tidak
kedengaran. Gerakan kumpulan Hamas merupakan satu gerakan yang mementingkan
seluruh anggota ahli tanpa mengiran fahaman dan penganut yang berbeza. Mereka
menumpu dahulu pasal corak sistem yang dibentuk dan mengkaji memperkenalkan
undang-undang syariah secara menyeluruh,undang-undang yang memberi keadilan dan
kesejahteraan kepada seluruh rakyat palestin tidak mengira Islam,kristian ataupun
yahudi.Oleh sebab itu rakyat mengarapkan perubahan Negara Palestin yang bakal
menyaksikan perubahan baru dalam landskap politik berikutan kemenangan besar
pergerakan Hamas dalam pilihan raya Parlimen dengan mengetepikan penguasaan
Fatah. Bagaimanapun berita kemenangan tersebut dicemari pergaduhan apabila kirakira 3,000 penyokong Hamas berarak di Ramallah dan mengibarkan bendera
pergerakan itu di Parlimen. Sejarah pihak Zionislah yang selalu mengagalkan semua
cara untuk pendamaian. Kemenangan Hamas yang memasuki arus perdana politik
Palestin selepas 10 tahun merupakan pengesahan kepada taktik ketenteraan yang
digunakannya dalam menentang Israel. Walau bagaimanapun sebelum pilihanraya
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebelum itu memperlihatkan tidak komited
mencapai perdamaian dengan Israel melalui rundingan dengan melaksanakan program
terdahulu.
Oleh itu tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun
mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata.
Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan

52

sempadan. Sejarah juga telah membuktikan bahawa falsafah ini sebenarnya telah lahir
sebelum tamadun barat lagi.Cuma mereka banyak mengambil idea-idea itu dan diubah
suai mengikut falsafah barat dan menjadikan falsafah mereka telah menampakkan lebih
dominan dalam pengkajian sejarah. Oleh itu kepentingan ilmu sejarah rakyat Palestine
memang sangat penting dalam kehidupan mereka. Ilmu sejarah dapat berfungsi bukan
sahaja untuk memberi iktibar, pengajaran, semangat dan motivasi, bahkan kekuatan
seseorang,

golongan,

masyarakat,

etnik,

dan

bangsa

untuk

bangun

semula

memperbaiki kesilapan dan kemudian mengubah dan membina semula melalui program
yang baru. Ini menunjukkan bahawa kekuatan sejarah itu terletak pada hakikatnya iaitu
untuk menunjukkan kebenaran. Berdasarkan kepada kebenaran inilah yang menjadikan
ia sebagai objektif. Tetapi perlu diingat bahawa yang bersifat subjektif pula ialah
pensejarahan kerana para penulis, sarjana atau sejarawan selalunya tertakluk kepada
tafsiran. Sementara itu di sebalik tekanan antarabangsa, para pemimpin Hamas
menyatakan bahawa mereka tidak bercadang mengiktiraf negara Israel. Isu ini
mendapat sokongan padu dikalangan rakyat Palestine untuk mengiktiraf ia kerana
mereka percaya negara Israel telah merampas tanah dan menghalau bangsa mereka.
Ini persoalan penting, malah mewarnai senario politik di Asia Barat tatkala Hamas
membuat pengumuman untuk menyertai arus perdana sistem politik dan bertanding
dalam pilihan raya. Jika permusuhan dengan Israel yang dibayangkan daripada
keputusan ini, maka itu merupakan isyarat jelas daripada majoriti penduduk Palestin
yang telah melihat kegagalan dunia dan kuasa Barat menghentikan kekejaman Israel.
Pendirian ini menjelaskan perjuangan sebenar pergerakan ini terhadap rakyat Palestin
sehingga menjadikan ia sebagai satu pilihan terbaik.
Apabila Hamas menyertai sistem politik dan menyertai pilihan raya perbandaran
maka pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh menolak permintaan antarabangsa
supaya kumpulan itu menggugurkan senjata, peruntukkan

dan menolak keganasan

untuk mengelak pemotongan bantuan antarabangsa kepada Pihak Berkuasa Israel


.Sebenarnya ia telah banyak membantu untuk memenangani pilihanraya di Palestine. Ini
adalah jangkaan awal yang mempengaruhi rakyat yang percaya kemenangan Hamas
bakal memberikan landskap politik baru. Rakyat Israel amat membenci sekali sebuah
negara seperti Amerika Syarikat yang sering melaungkan perjuangan dan menjaja
demokrasi membelakangkan prinsipnya. Sapatutnya Amerika Syarikat tidak wajar
membelakangkan pilihan dan aspirasi rakyat Palestin yang diterjemahkan melalui peti-

peti undi jika ia benar-benar ikhlas memperjuangkan demokrasi, dan bukannya bermain
topeng demokrasi.Ini juga merupakan kejayaan proses demokrasi di bumi bergolak dan
dunia menghormatinya. Tentunya menjadi suatu perkara yang menyedihkan jika dunia
gagal menghormati dan menyokong terlaksananya proses demokrasi di Palestin.
Amerika Syarikat tidak menyokong parti politik yang mahu menghapuskan sekutu nya
Israel dan tanpa melepaskan sebahagian daripada platform perjuangan. Perasaan
terkejut beberapa negara Barat sebenarnya adalah kekecewaan mereka. Mereka
kecewa apabila melihat Parti Likud menang besar dan dalam situasi yang kurang mesra,
kuasa-kuasa ini terpaksa berdepan secara langsung dengan pergerakan ini. Terbukti
bahawa

dunia perlu menghormati keputusan dan pilihan 1.34 juta pengundi.

Kemenangan tersebut adalah aspirasi rakyat Palestin yang dimanifestasikan dalam apa
yang disifatkan sebagai ``tsunami demokrasi''. 2
Situasi ini menjadikan proses dan rundingan damai kelihatan tidak mempunyai
harapan apatah lagi pemangku Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menyatakan, Tel
Aviv tidak akan berunding dengan kerajaan yang disertai oleh Hamas. Menyedari
kegelisahan sesetengah kuasa Barat, para pemimpin pergerakan ini memperlihatkan
sikap politik diplomasi. Maka pergerakan ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam
membentuk kerajaan, terutama bagi memastikan bantuan kewangan antarabangsa tidak
terbantut. Walaupun boleh memerintah sendiri Hamas masih boleh membentuk kerajaan
campuran dengan Fatah dengan melantik seorang calon Perdana Menteri bebas bagi
mengetuai Kabinet. Hamas juga boleh terus mengekalkan prinsipnya untuk memegang
jawatan berprofil rendah yang berkaitan dengan perkhidmatan seperti pendidikan,
kebajikan dan kesihatan sementara jawatan penting, termasuk berunding dengan Israel
diserahkan kepada Fatah. Ketua calon Hamas dalam pilihan raya ini, Ismail Haniyeh
berkata, tidak ada sebab untuk semua pihak yang skeptik terhadap pergerakan ini
berasa takut. Sememangnya jelas jurang sunnah dan syiah merupakan salah satu
senjata yang sentiasa digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk melemahkan
kesatuan umat Islam. Bagi umat Islam sendiri jurang itu seperti sesuatu yang mustahil
untuk diruntuhkan. Meskipun ramai ulama termasuk Hassan al-Banna sendiri cuba
mewujudkan kesatuan Islam tetapi sehingga hari ini ia sukar dicapai. Lebih menyulitkan
terdapat pula golongan 'keras' dari kalangan sunnah dan syiah yang mahu jurang itu
2

Mazhar Siddique,The Challenge of Economic Palestine.The U.K.Mission,London page 45

terus kekal sehingga mereka memperuntukan sebahagian umurnya begitu giat mencari
perbezaan antara mazhab sunnah dan syiah.Walaupun usaha mendekatkan mazhab itu
begitu sukar tetapi ia tidak mustahil sebagaimana juga menjernihkan hubungan antara
Presiden Omar Basyir dan Dr Hassan al-Turabi (kedua-duanya sunnah) di Sudan selalu
disebut ramai sebagai very difficult but not impossible. Maka usaha berterusan perlu
diambil untuk mendekatkan semula mazhab sunnah dan syiah demi kesatuan umat
Islam. Pilihan yang lain ialah mereka terus berbalah antaranya tentang hal ehwal politik
di zaman Saiyidina Ali sehingga mungkin akan melihat sekali lagi jurang sunnah dan
syiah itu akan menguntungkan Israel.Keadaan ini telah di selesaikan oleh golongan ahli
Parti Likud

yang telah memainkan peranan dalam bidang ini bagi memperjelaskan

dakyah yang dimainkan oleh anasir Barat bagi meruntuhkan kerjasama dan sokongan
dikalangan panganut dalam Negara Palestine yang terdiri daripada pelbagai
mahzab.Ketelusan ini telah memberi sokongan politik kepada Parti Likud . Kemenangan
ini juga sebenarnya membimbangkan kuasa Barat kerana dalam percaturan politik
antarabangsa, Hamas dilihat sebagai kebangkitan pengaruh Islam. Asal usulnya
daripada gerakan Ikhwam Muslimin di Mesir serta sokongan Syria dan Iran di belakang
pergerakan ini bakal mengubah skala politik. Pengaruh ini sebenarnya suatu
kebimbangan besar AS memandangkan menganggap kedua-dua negara sebagai
``negara paksi kejahatan''. Kebimbangan ini ditambah dengan semakin meluasnya
pengaruh Ikhwam Muslimin semasa pilihan raya Mesir . Sudah tentu perkembangan ini
juga akan menyekat pengaruh Amerika Syarikat di rantau Asia Barat dan dunia Arab.
Dalam persoalan ini masyarakat dunia, khususnya Barat perlu lebih berhati-hati dan
tidak membuat penghakiman awal.
Di sebalik pandangan negatif yang ditunjukkan oleh kuasa-kuasa Barat, para
penganalisis menjangkakan kemenangan semasa pilihan raya 25 Januari lalu, dan realiti
politik di Asia Barat akan melembutkan pendirian Hamas tatkala masih menegaskan
pembentukan sebuah kerajaan teokrasi. Pengaruh

Hamas perlu diberikan peluang

untuk membuktikan bahawa ia berupaya membentuk sebuah kerajaan Palestin yang


berkesan untuk menangani permasalahan domestik. Pada masa yang sama pergerakan
ini juga perlu diberi peluang untuk memperlihatkan sikap pragmatik dan peka kepada
senario semasa dalam percaturan politik antarabangsa. Israel tidak memberikan apaapa kepada Fatah. Ia juga tidak memberikan apa-apa kepada Hamas. Menteri Luar
Israel, Tzipi Livni dan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov bersetuju bahawa

tiada prospek negara Palestin melainkan Hamas menolak keganasan. Olmert


mengubah semua aspek berkaitan ekonomi, industri, pertanian, bantuan sosial,
kesihatan, pentadbiran dan pendidikan. Oleh sebab itu pada asasnya konflik ini tidak
mengubah keadaan.Tanggungjawab Hamas untuk membuktikan kepada penduduk
awam Palestin bahawa ia mampu melakukan tugas yang belum pernah dilakukannya
dan memerintah.. Pada masa yang sama Israel dan kuasa Barat, terutama kuartet
damai di Asia Barat; AS, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rusia dan Kesatuan
Eropah memberikan peluang kepada Israel membentuk kerajaan terlebih dahulu. Realiti
senario politik dan proses damai yang kompleks memang menyukarkan keadaan,
ditambah lagi dengan kewujudan sayap tentera Israel. Disamping itu,Presiden perlu
melakukan dalam negara untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan rakyat.
Fungsi ketiga adalah berhubung dengan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan
iaitu melantik jawatan utama dalam politik,ketenteraan ,ketua tertinggi dalam
perkhidmatan awam dan kehakiman.Perlantikan yang paling penting ialah berkenaan
dengan pemilihan Perdana Menteri dan menteri-menteri.Perlantikan ini mengikut
peruntukkan perlembagaan yang dianggap begitu drastik dimana Perdana Menteri
bukan sahaja dilantik malah boleh dibuang.Begitu juga dengan perlantikan menteri yang
diputuskan menerusi persetujuan antara Presiden dan Perdana Menteri bermula tahun
1974 dimana menampakkan Presiden sering tidak mengendahkan nasihat dan
pandangan menteri.Fungsi seterusnya berbentuk politik sepenuhnya.Perlembagaan
1958 telah menyatakan Presiden tidak boleh campurtangan dalam hal ehwal politik dan
hanya boleh melibatkan dalam tiga bentuk iaitu pertamanya sebagai ketua kerajaan
yang berkesan dan keduanya hubungan beliau dengan para penyokongnya dan yang
seterusnya adalah dalam soal pengundian dan penentuan pembubaran dewan.3 Akhir
sekali fungsi Presiden ialah menggubal dasar. Kekuatannya sebagai ketua eksekutif
membolehkan

Presiden

sendiri

menentukan

bentuk

undang-ubdang

yang

dikehendakinya.Daripada keseluruhan huraiannya,perlembagaan ini telah mewujudkan


kekuatan dan kemantapan kuasa pemerintahan kepada presiden dan bukannya
Perdana Menteri walaupun ianya berperanan sebagai ketua kerajaan.

John C. Shea, American Government and Politics (edisi kedua), st. Martins Pess, New York, 1987, hlm

121.

Tanggungjawab Israel untuk membuktikan kepada penduduk awam Palestin


bahawa ia mampu melakukan tugas yang belum pernah dilakukannya; memerintah.
Pada masa yang sama Israel dan kuasa Barat, terutama kuartet damai di Asia Barat;
Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rusia dan Kesatuan Eropah
memberikan peluang kepada Hamas membentuk kerajaan terlebih dahulu. Realiti
senario politik dan proses damai yang kompleks memang menyukarkan keadaan,
ditambah lagi dengan kewujudan sayap tentera Hamas. Keganasan yang menjadi
momokan dan label kepada Hamas tidak akan menjadi masalah sekiranya Israel
bertindak dengan penuh kemanusiaan dalam berurusan dengan penduduk Palestin.
Kemenangan ini juga sebenarnya membimbangkan kuasa Barat kerana dalam
percaturan politik antarabangsa, Hamas dilihat sebagai kebangkitan pengaruh Islam.
Keganasan yang menjadi momokan dan label kepada Hamas tidak akan menjadi
masalah sekiranya Israel bertindak dengan penuh kemanusiaan dalam berurusan
dengan penduduk Palestin. Dalam persoalan ini masyarakat dunia, khususnya Barat
perlu lebih berhati-hati dan tidak membuat penghakiman awal. Kekuatannya sebagai
ketua eksekutif membolehkan Presiden sendiri menentukan bentuk undang-ubdang
yang

dikehendakinya.Daripada

keseluruhan

huraiannya,perlembagaan

ini

telah

mewujudkan kekuatan dan kemantapan kuasa pemerintahan kepada presiden dan


bukannya Perdana Menteri walaupun ianya berperanan sebagai ketua kerajaan. Hamas
mahu Israel terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin sebagaimana peta 1967,
membebaskan banduan di penjara Israel, mengiktiraf hak pelarian untuk pulang ke
Palestin. Jika tidak mereka akan terus berjihad sehingga Baitulmuqaddis dibebaskan.

Soalan b.
i.Konflik Etnik Dan Ras di Myanmar
UMAT Islam Myanmar kini berhadapan masalah pembersihan etnik oleh kerajaan
tentera negara itu sehingga menyebabkan mereka menerima pelbagai ancaman
termasuklah dibunuh secara zalim, tragis dan tidak berperikemanusiaan.Walaupun barubaru ini dikejutkan dengan konflik pembersihan etnik di negeri Rakhine yang terletak di
barat Myanmar, namun kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku terhadap umat
Islam negara itu. Tragedi berkenaan merupakan lanjutan daripada beberapa peristiwa
yang telah menimpa mereka sebelum ini.Hal ini dilihat dengan masjid dan surau dibakar.

Malah wanita digantung dan dibakar hidup-hidup. Hal itu menyebabkan ribuan umat
Islam terkorban akibat daripada tindakan tanpa belas kasihan.

Gambar:Konflik Etnik Dan Ras di Myanmar


Gambar dirakam pada Jun tahun lalu dan dikeluarkan Human Rights Watch (HRW)
semalam, menunjukkan sekumpulan penduduk Rakhine yang memegang senjata,
menyelamatkan diri dari kebakaran besar yang berlaku di sebuah kampung di negeri
Rakhine, Myanmar. Akhirnya umat Islam di Myanmar terpaksa hidup merempat persis
dalam buangan di negara sendiri. Ada juga segelintir yang teraniaya itu mengambil
keputusan nekad melarikan diri ke negara lain seperti Malaysia. Namun, tindakan itu
hanya dapat meredakan kerisauan terhadap ancaman nyawa, sebaliknya di negara baru
itu mereka terpaksa pula berhadapan dengan masalah kewangan, tempat tinggal dan
sebagainya.Polemik yang tiada kesudahan itu hanya dapat diselesaikan jika mereka
diberikan bantuan oleh negara-negara Islam lain selain memberi tekanan kepada
kerajaan Melalui pendidikan ujar beliau, perkara itu bakal membuka peluang dalam
sektor ekonomi, pekerjaan dan sebagainya lalu memberi kesan kepada kelangsungan
kehidupan umat Islam Myanmar.
Di Rakhine, lebih 125,000 etnik Rohingya dan penduduk Islam dihalau, dinafikan akses
kepada bantuan kemanusiaan dan tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka,'' kata
badan hak asasi itu.Sekurang-kurangnya 180 orang maut dalam dua keganasan
melibatkan penganut Buddha dan Islam di Rakhine sejak Jun lalu, berdasarkan angka
kematian

rasmi,

namun

HRW

mempercayai

jumlah

tersebut

lebih

tinggi.

Dalam laporan berdasarkan temubual dengan lebih 100 orang, HRW berkata, pihaknya
menemui empat kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan
memusnahkan bukti jenayah.Dalam satu contoh pada Jun lalu, sebuah trak kerajaan

membuang 18 mayat tanpa pakaian dan separuh bogel berdekatan kem pelarian
Rohingya, dilihat sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan etnik Rohingya supaya terus
meninggalkan Myanmar. HRW menuduh pihak berkuasa memusnahkan masjid dan
melakukan penangkapan besar-besaran di Rakhine.'Pasukan keselamatan tidak
mempedulikan atau turut membantu penganut Buddha menyerang anggota masyarakat
Islam,'' kata badan hak asasi manusia itu.Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia,
Human Rights Watch (HRW), menuduh Myanmar melancarkan satu kempen
pembersihan etnik terhadap penduduk Rohingya yang beragama Islam berdasarkan
bukti penemuan kubur-kubur besar dan pengusiran etnik tersebut.Badan hak asasi
manusia yang beribu pejabat di New York itu berkata, etnik Rohingya yang dinafikan
kewarganegaraan

di

Myanmar

menghadapi

jenayah

kemanusiaan

termasuk

pembunuhan, didakwa dan diusir. HRW berkata, pemimpin masyarakat dan sami
Buddha menganjur dan menggalakkan orang ramai dengan sokongan pasukan
keselamatan melancarkan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di Rakhine
pada Oktober lalu.Kerajaan Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik
terhadap (etnik) Rohingya dan ia berterusan sehingga hari ini melalui penafian bantuan
kemanusiaan dan mengehadkan pergerakan Kini tiba masanya untuk dibuka peluang
pendidikan kepada masyarakat Islam Myanmar agar mereka mendapat pelbagai
manfaat dan hasil daripada perkara tersebut.Terdahulu, beliau berkata walaupun
kerajaan Myanmar kini melakukan pelbagai perubahan daripada segi politik dan
ekonomi, namun mereka tetap mempunyai pemikiran rejim ala tentera setelah
mengamalkannya sejak sekian lama.Kerajaan Myanmar sebelum mengadakan pilihan
raya dengan membenarkan pemimpin pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi dan lain-lain
perubahan namun mereka tetap mengamalkan pemikiran rejim ala tentera.
ii.Konflik Etnik Bosnia
Senario di negara-negara Balkan adalah amat berbeza dan kompleks. Kemelut di
negara-negara Balkan diselubungi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan sejarah,
struktur etnik dan prasangka. Salah satu punca berlakunya konflik di bekas negara
Yugoslavia adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan
kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik.
Bayangkanlah dalam sebuah negara yang kecil, terdapat tiga jenis agama, empat jenis
bahasa ibunda dan saling terpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara

10

sempadan yang lain, tetapi malangnya mempunyai lima jenis kerakyatan dalam
pembahagian

enam

wilayah

autonomi

(Slovenia,

Croatia,

Bosnia-Herzegovina,

Montenegro, Macedonia dan Serbia) (Macionis, 1998:44)


Konflik etnik di Yugoslavia berlaku selepas kejatuhan regim komunis pada tahun 1980.
Kesempatan ini telah memperlihatkan tiga kelompok etnik utama iaitu Serb, Croat dan
Muslim terheret dalam kancah pertempuran pada awal 1990an. Kaum Serb merupakan
kaum dominan dari segi politik dan ketenteraan. Mereka wujud sebagai kaum majoriti di
Serbia dan Montenegro, tetapi juga wujud sebagai kaum minoriti di Croatia dan Bosnia.
Konflik di negara Balkan bermula pada 25 Jun 1991, apabila wilayah Slovenia dan
Croatia

mengisytiharkan

kemerdekaan.

Walaupun

mendapat

pengikhtirafan

antarabangsa, tindakan Slovenia dan Croatia segera mendapat reaksi dari kaum Serb di
Serbia dengan penghantaran tentera bagi menyekat kemerdekaan di kedua-dua wilayah
tersebut. Kemerdekaan Slovenia berjalan lancar dan tidak mendapat tentangan hebat
dari pihak Serb kerana tidak mempunyai kaum minoriti Serb. Croatia sebaliknya
terpaksa mempertahankan wilayahnya dari tentangan kaum minoriti Serb di bumi
mereka dan juga tentera persekutuan Serbia. Pergerakan menuntut kemerdekaan di
wilayah jiran turut memaksa Bosnia-Herzegovina menuntut kemerdekaan pada 7 April,
1992 selepas suatu pungutan suara. Tindakan parlimen Bosnia ternyata gagal
mengambil kira tahap kepekaan di kalangan etniknya. Struktur etnik wilayah Bosnia
yang terdiri daripada gabungan kaum Muslim, Serb dan Croat telah terdedah kepada
bahaya pertumpahan darah yang bakal menanti (Fogelquist, 1995). Selain dari tidak
terkecuali dari tentangan pihak Serbia, kedudukan geografi turut menyebabkan Bosnia
secara tidak tidak langsung terheret dalam pertem ejarah penubuhan republik
Yugoslavia. Bermula dengan zaman penaklukan oleh Empayar Rom, zaman
kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman, dan kedua-dua Perang Dunia, kebencian
dan rasa tidak puas hati sememangnya tersemat di jiwa setiap etnik. Walau
bagaimanapun, cengkaman politik oleh diktator Josip Broz Tito semasa pemerintahan
komunis telah berjaya menangkis sebarang konflik etnik (Reidlmayer, 1993).
Konflik di Balkan ini juga berpunca dari pemimpin yang mementingkan
kekuasaan. Selepas kejatuhan fahaman Sosialis, muncul pemimpin radikal Serbia,
Slobodan Miloshevich yang melaung-laungkan agenda nartional question. Agenda
tersebut bercita-cita untuk menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah negara
yang bebas dari kaum bukan Serb (Reidlmayer, 1993). Akibatnya, kaum minoriti Albania

11

di wilayah Kosovo diusir dari bumi Serbia. Melalui kempen pembersihan etnik (ethnic
cleansing), kaum Bosnia telah dibunuh, dirompak, diusir dari kampung halaman,
wanita-wanita Bosnia dirogol, manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di kem-kem
tahanan.Selain daripada itu, wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi.
Miloshevich berusaha untuk memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi pendidikan,
ekonomi, ketenteraan dan politik di seluruh Yugoslavia. Akhir sekali, konflik Bosnia juga
memperlihatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam misi
keamanan di Yugoslavia.Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasakuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), ternyata berbelah bagi
dan memihak kepada Serbia serta mengeruhkan lagi konflik etnik di Yugoslavia
(Fogelquist, 1995).
iii.Konflik Etnik Di Afrika Selatan
Diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun
1994 di Afrika Selatan, memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga kaum
pemerintah melakukan berbagai-bagai jenis penindasan dan eksploitasi ke atas kaum
bukan kulit putih (Frederickson, 1981).Berbeza dari keadaan di kalangan masyarakat
lain seperti Amerika Syarikat dan Britain, di mana diskriminasi dan prasangka
diharamkan oleh pemerintah. Di Afrika Selatan, diskriminasi adalah disokong oleh pihak
pemerintah melalui undang-undangnya. Diskriminasi dan rasisme telah menjadi satu
amalan hidup.
Dalam Dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferior atau
lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi adalah sah dari segi undang-undang dan
undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum kulit putih) untuk
memastikan kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.Konflik etnik
dan ras di Rwanda pula melibatkan kaum minoriti Tutsi dengan kaum majoriti Hutu.
Konflik di Rwanda adalah bersangkut-paut dengan faktor kolonialisme. Semasa zaman
penjajahan Jerman dan Belgium, kaum minoriti Tutsi telah diberikan peluang pendidikan
dan diserapkan dalam pentadbiran. Ketidakadilan pembahagian sosio ekonomi yang
dipraktikkan oleh penjajah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hubungan
antara kelompok etnik. Kaum Hutu nyata ketinggalan jauh dari segi pembangunan dan
sentiasa diketepikan oleh penjajah.Pada tahun 1961, kaum minoriti Tutsi telah

12

memenangi pilihanraya dan memegang tunggak kepimpinan negara Rwanda. Keadaan


ini telah mendapat bantahan dari pihak kaum majoriti Hutu. Akbibatnya, konflik etnik
tercetus dan hampir sejuta rakyat tempatan terkorban (Neil Weiner, 1994). Seluruh
negara Rwanda berada dalam kancak peperangan dengan pembunuhan antara kaum
Tutsi dengan Hutu.
Dalam

perbincangan

ini

kami cuba mengemukakan faktor-faktor

yang

boleh

menyebabkan berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara Balkan, USA dan Asia
Tenggara. Kesimpulan yang dapat kami perkatakan dalam berlakunya konflik etnik dan
ras ini terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Cuma ada negara-negara
tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan konflik ini berlaku.
Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan
sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial
masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti
dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan
memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa,
agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras.Walaupun semua manusia
inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang
berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai
perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh
keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan
kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan membawa lebih banyak kesankesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk
membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.Oleh kerana
itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu
mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .

13

Tugasan 2
Sejauhmanakah kemampuan Malaysia menghadapi cabaran-cabaran isu global
seperti kemiskinan,pemakanan dan kesihatan terhadap peningkatan peluang
pendidikan untuk semua rakyatnya.
Pengenalan
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh
kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya
ialah

perpaduan

negara

selain

itu

juga

bertujuan

untuk

menyusun

semula

ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa


pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum
untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki
keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah
berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak
menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu
masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun
Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu
program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970
hingga tahun 1990.
Dalam tempoh RRJP3, isu kemiskinan bukan lagi merupakan isu utama memandangkan
kemajuan besar telah dicapai dalam membasmi kemiskinan dalam tempoh rangka
rancangan terdahulu. Kadar kemiskinan akan dikurangkan lagi kepada 0.5 peratus
menjelang akhir tahun 2005. Usaha akan ditumpukan ke arah membasmi kemiskinan di
kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil dan di kalangan Orang Asli serta
kumpulan minoriti Bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan
pendapatan golongan yang berpendapatan rendah, khususnya mereka dalam kumpulan
pendapatan 30 peratus terendah. Kesemua program pembasmian kemiskinan akan
diperkemaskan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat termasuk
mewujudkan

projek

yang

dapat

menjana

pendapatan,

meningkatkan

peluang

memperolehi kemudahan asas dan memupuk sikap berdikari. Untuk mengurangkan


jurang pendapatan di kalangan isi rumah, peluang untuk golongan yang berpendapatan

14

rendah mengikuti program pendidikan dan latihan akan dipermudahkan lagi. Sektor
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan digalak untuk menyokong dan
melengkapkan usaha ini.
Malaysia menghadapi cabaran-cabaran isu global seperti kemiskinan,pemakanan
dan kesihatan terhadap peningkatan peluang pendidikan
Malaysia juga akan dibangunkan sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan
serantau. Keupayaan institusi pendidikan tinggi awam akan dipertingkatkan dan
ditumpukan

kepada

program

teknologi

dan

bidang

yang

baru.

Di

samping

menggalakkan institusi pendidikan swasta membangunkan bidang khusus yang mana


mereka mempunyai kelebihan bagi menarik pelajar asing, universiti awam pula akan
membangunkan pusat kecemerlangan dan bertindak sebagai tempat percambahan
inovasi dan pembangunan teknologi tempatan. Universiti akan digalak untuk
bekerjasama dengan industri bagi menjalankan penyelidikan yang mempunyai potensi
komersil. Untuk memastikan semua institusi pendidikan tinggi diiktiraf di peringkat
antarabangsa, satu sistem penarafan berasaskan norma sebanding dengan yang
digunakan oleh universiti ternama akan diwujudkan untuk menentukan tingkatan taraf
institusi tersebut. Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai,
strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan
kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3%
daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan
(pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada
jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba
memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara
kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan
perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi
menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah
dirancang, antaranya :
a.Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga
supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan
tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;

15

b.Mempastikan

pembentukan

sebuah

masyarakat

perdagangan

dan

perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat
menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat
kegiatan ekonomi.
c.Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor
produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
d.Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar
Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Dalam

meningkatkan

Pembangunan

Sumber

Manusia

Dalam

tempoh

Rancangan, teras utama pembangunan sumber manusia ialah menyediakan asas


sumber manusia yang kukuh bagi membantu pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan serta meningkatkan produktiviti dan daya saing. Sehubungan dengan ini,
usaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif
akan dilaksana bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan nilai dan sikap positif. Di samping itu,
pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral akan diperkukuh dengan memasukkan
nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru.
Tumpuan khusus akan diberi untuk mengeluarkan lebih ramai tenaga manusia di
peringkat tinggi. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang
memperoleh pengetahuan, penekanan akan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan
kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan tertiari. Lebih banyak sekolah
berasrama akan dibina bagi meningkatkan prestasi pelajar terutamanya dalam mata
pelajaran Matematik dan Sains. Selaras dengan liberalisasi dalam pendidikan dan
latihan, penyertaan sektor swasta akan dipergiatkan terutamanya di peringkat tertiari.
Sektor swasta akan digalak menambahkan kapasiti dengan menubuhkan kampus dan
institusi baru dan mengendalikan lebih banyak program berkembar dengan universiti
awam tempatan dan institusi pengajian tinggi luar negara serta memperluaskan program
pengajian jarak jauh. Di samping itu, universiti awam dan swasta tempatan akan digalak
membangunkan pusat kecemerlangan setanding dengan universiti luar negara yang
bereputasi tinggi. Akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti akan ditingkatkan
melalui penyediaan kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang mencukupi
terutamanya di kawasan terpencil dan pedalaman. Peruntukan bantuan kewangan yang

16

mencukupi bagi meneruskan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari di institusi awam
dan swasta akan menambah peluang pendidikan dan latihan, terutamanya di kalangan
pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, aktiviti perolehan, penggunaan dan
penyebaran pengetahuan menyediakan asas kepada pertumbuhan. Pembangunan
ekonomi berasaskan pengetahuan melibatkan peningkatan nilai ditambah semua aktiviti
produktif melalui penggunaan pengetahuan di samping mewujudkan industri baru
berintensifkan pengetahuan. Ia akan mengukuhkan daya saing Malaysia dan membuka
peluang baru untuk negara. Antara peluang yang wujud adalah meningkatnya
perdagangan dan pelaburan antarabangsa, perolehan teknologi yang lebih mudah,
memungkinkan negara melonjak untuk merapatkan jurang dengan negara maju,
wujudnya landasan bagi membentuk pakatan strategik dengan peserta utama dalam
industri terpilih serta mengembangkan pelaburan yang sedia ada dan menjana bidang
baru dalam pelaburan. Peningkatan penggunaan pengetahuan beserta tenaga kerja
yang lebih mahir akan menyumbang ke arah peningkatan tahap produktiviti dan
menganjak potensi kemungkinan pengeluaran ke tahap lebih tinggi.
Pembangunan dan penggunaan ICT dan e-dagang akan memudahkan pembentukan
sistem maklumat yang cekap dan terkini untuk menyokong perdagangan dan pelaburan.
Ini akan membolehkan rakyat Malaysia mencari pasaran dan rakan dagang baru untuk
eksport, mendapatkan input pada harga paling kompetitif, menubuhkan perusahaan di
luar negara untuk meningkatkan daya saing. Ekonomi berasaskan pengetahuan akan
menjana aktiviti baru untuk pelaburan dalam industri sedia ada dan industri baru hasil
daripada pengenalan teknologi tinggi dan proses pengeluaran yang berintensifkan
pengetahuan.
Melalui membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, satu pelan induk
untuk melicinkan proses tersebut akan diperkenalkan. Antara bidang kritikal yang akan
diberi penekanan adalah pembangunan sumber manusia, S&T dan P&P, infrastruktur
maklumat dan pembiayaan. Di samping itu, usaha akan diambil untuk mengubah cara
pemikiran setiap lapisan masyarakat terutamanya sektor korporat agar lebih mengguna
pakai IT dalam urusan perniagaan dan operasi dalaman. Budaya menimba pengetahuan
secara berterusan akan digalak untuk membangunkan masyarakat yang sentiasa
belajar. Sementara usaha diambil untuk membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan, langkah yang selari dengannya akan diperkenalkan untuk memastikan
perkembangan tersebut tidak mewujudkan jurang pengetahuan terutamanya di antara

17

masyarakat bandar dengan luar bandar serta di kalangan kumpulan pendapatan yang
berbeza. Untuk memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan, satu anjakan
paradigma dalam dasar dan strategi pembangunan sumber manusia perlu dilakukan.
Sistem pendidikan dan latihan akan diorientasi semula supaya menjadi lebih berkesan
dalam menyampaikan kemahiran serta menumpukan kepada bidang yang diperlukan
oleh ekonomi. Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan
kemudahan dan infrastruktur serta mempergiatkan penggunaan ICT di semua sekolah
dan institusi. Penekanan yang lebih juga akan diberi kepada usaha meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran matematik, sains dan bahasa
asing.
Bagi Untuk menghadapi cabaran global yang muncul daripada pembangunan
ekonomi dan globalisasi yang pesat serta menyumbang secara berkesan kepada
pembinaan

bangsa,

golongan

belia

perlu

dilengkapi

dengan

kemahiran

dan

pengetahuan yang bersesuaian serta nilai yang baik. Peluang mereka bagi
mendapatkan pendidikan dan latihan akan diperbaiki dengan penekanan khusus kepada
mencapai tahap celik teknologi maklumat (IT) yang tinggi supaya mereka boleh merebut
peluang yang dijana dalam proses pembangunan. Usaha akan diambil untuk
meningkatkan kemahiran keusahawanan dan pengurusan di kalangan golongan belia
bagi memupuk minat mereka dalam bidang perniagaan di peringkat awal serta
meningkatkan bilangan belia yang terlibat dalam perdagangan dan industri. Penekanan
akan juga diberi untuk membentuk satu generasi pemimpin muda dan dinamik yang
mampu menggembleng belia untuk memberi sumbangan positif kepada negara. Pada
golongan belia akan diberi bimbingan sewajarnya untuk membangunkan nilai dan sikap
yang baik. Mereka akan dididik untuk menghormati ibubapa mereka, orang yang lebih
tua, guru, institusi dan undang-undang negara. Di samping usaha untuk memperbaiki
diri, mereka mesti ditanamkan dengan semangat sukarela dan berkeinginan untuk
menyumbang kepada masyarakat dan negara. Tahap kesedaran sivik juga mesti
dipertingkatkan.

Keinginan

untuk

meningkatkan

pengetahuan

dan

mencapai

kecemerlangan perlu dipupuk sebagai nilai utama. Golongan belia juga perlu disemai
dengan nilai moral dan etika yang kukuh dan menghindari daripada aktiviti yang
bertentangan dengan kesejahteraan peribadi mereka dan kebajikan negara. Usaha akan
dipergiat

bagi

memastikan

mereka

tidak terlibat

dalam

tabiat

buruk

seperti

penyalahgunaan dadah, perjudian, kegiatan samseng dan aktiviti jenayah yang lain.

18

Kesimpulan
Teras RMKe-8 adalah untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi
menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi. Pengurusan berhemat ekonomi
makro bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta usaha
memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan diperlukan untuk mengekalkan
pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam tempoh Rancangan
termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga manusia yang
berkualiti, menggiatkan aktiviti Perancangan dan Pembangunan bagi meningkatkan
pelbagai pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan. Bagi
membolehkan Negara membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi
negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan
mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada
pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan akan juga
diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang
lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi
dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Usaha juga akan dilaksana
bagi memastikan kehidupan sosial masyarakat diperkukuh dan mempunyai daya tahan
untuk menghadapi pengaruh negatif yang mungkin akan member kesan terhadap asas
toleransi dan keharmonian sosial serta pembinaan nusa bangsa.

19

Senarai Rujukan
1. Casserley,J.V.Longmead,Toward a Theology of History,New York:Holt,Rinehart

&

Winston,1965.
2. Drs. Sidi Gazalba.1974. Sistematika Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat,
Teori Pengetahuan, Metafika, Teori Nilai. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu
Berhad.
3. Gardiner,Patrick,The Philosophy of History,Englewood Cliffs,New Jersey:PrenticeHalk Inc.1964.
4.

Mazhar

Siddique,The

Challenge

of

Economic

Palestine

..The

U.K.Mission,London.2003
5.Mohd. Nasir Omar, 1986, Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan
Barat ; Universiti Kebangsaan Malaysia.
6.Pratima Asthana,The Palestine View History,Agra:M.G Publishers,1992.
7.Riedlmayer, A., 1993. A Brief History of Bosnia-Herzegonia, Harvard University.
8.Sanusi Osman, 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia: Bangi.
9.Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.
10.Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas
Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

20

Anda mungkin juga menyukai