Anda di halaman 1dari 1

Kekuatan :

Set magnet yang dibekalkan cukup dan sesuai digunakan. Murid-murid dapat menunjukkan cara
memegang magnet dengan betul tanpa ingatan daripada guru. Murid-murid berasa seronok dan
berminat hati apabila diberi peluang untuk menggunakan set magnet untuk membuat eksperimen.
Hasil pembelajaran dapat dicapai dengan mudah kerana murid-murid sudah biasa dengan ciri-ciri
magnet.

Kelemahan:
Masa langkah 2 (menjalankan eksperimen) yang diberikan agak panjang, murid-murid
mula menggunakan magnet yang dibekalkan dengan membuat percubaan yang lain seperti
mendekati magnet dengan kotak pensil besi.
Catatan pemerhatian murid tidak dapat dipaparkan dengan jelas kerana mereka
merekodkan catatan pemerhatian dalam buku amali yang kecil dan susah dilihat dari jauh.
Murid tahun 3 ini belum mengusai teknik perbentangan hasil pemerhatian mereka.
Mereka terasa cemas dan takut untuk berhadapan dengan kawan-kawan apabila dipanggil.
Penambaikan:

Guru seharusnya menghadkan masa eksperimen langkah 2 dan terus memberi arahan
untuk membuat catatan pemerhatian (langkah 3) kepada murid sebelum menjalankan langkah
2. Ini akan lebih menjimat masa.

Guru seharusnya membekalkan papan hitam kecil dan meminta murid merekodkan hasil
pemerhatian mereka di atas papan kecil. Papan kecil ini akan mempaparkan idea murid dengan
jelas dan mudah dilihat dari jauh.

Teknik pembentangan hasil pemerhatian murid seharusnya ditambahbaikan pada masa


akan datang. Murid akan diberi galakkan dan bimbingan semasa pembentangan dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai