Anda di halaman 1dari 2

KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

Akta Jualan Barangan 1957


Dalam kontrak jualan barang, Akta Jualan Barangan 1957 adalah antara akta penting yang
perlu difahami.
Definisi berkaitan kontrak dan barang
1. Kontrak jualan barang: kontrak di mana penjual memindahkan atau bersetuju
memindahkan hak terhadap barang kepada pembeli bagi suatu harga. (seksyen 4
2.
3.
4.
5.

(1))
Barang: setiap jenis harta alih selain tuntutan dan wang. (Seksyen 2)
Harga: sebagai balasan wang bagi jualan barang-barang (Seksyen 2)
Barang terbahagi kepada barang sedia ada dan barang masa hadapan.
Barang sedia ada: segala barang yang telah dimiliki oleh penjual dan terdiri
daripada barang tertentu/dikenalpasti danbarang tak dapat ditentukan/belum
pasti.
a. Barang tertentu:dikenalpasti dan dipersetujui semasa kontrak jualan dibuat.
(seksyen 2) Cth: motorsikal Yamaha lagenda 110z hitam jkx1207.
b. Barang belum pasti:barang yang belum dipastikan kuantiti, harga, belum
diasingkan dari kelompoknya, belum dilihat atau dipersetujui oleh pembeli.

(seksyen 18) Cth: beras yang belum di timbang dan diberi kepada pembeli.
6. Barang masa hadapan:barang yang akan dibuat atau diperolehi oleh penjual
selepas kontrak jualan terbentuk. Penjual belum lagi memiliki barang jualan. Oleh
itu kontrak ini hanya boleh wujud sebagai persetujuan untuk menjual barangbarang dan belum jadi kontrak jualan.
7. Kontrak bersyarat (persetujuan untuk

menjual):suatu

penerimaan

yang

bergantung kepada peristiwa atau kejadian masa hadapan yang mana apabila terjadi
peristiwa tersebut maka lengkap penerimaan dan terbentuk satu kontrak.. (selagi
belum berlaku peristiwa itu maka tiada lagi penerimaan dan tiada kontrak)
8. Kontrak mutlak: tiada apa2 obligasi yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua pihak iaitu
mereka telah bersetuju dengan terma kontrak dan barang yang telah menjadi
perkara pokok ada dalam tangan penjual.
9. Jualan masa hadapan:jualan kepada pembeli lain yang dibuat oleh penjual selepas
kontrak ditandatangani atau dibentuk dengan pembeli asal. Boleh menuntut ganti
rugi dengan syarat barang itu dalam keadaan terserah / boleh diserah. (seksyen 20)
Sekiranya barang masih dalam keadaan belum terserah, hak milik masih pada
penjual.
10. Barang terserah / boleh diserah: jika terdapat suatu kontrak bagi penjualan barang
dalam keadaan boleh diserah, milikan dalam barang berpindah kepada pembeli

apabila kontrak dibuat, sama ada masa pembayaran atau menyerahan barang
ditangguhkan.
11. Perbezaan antara barang tertentu dengan barang belum pasti:a. pemilik barang tertentu ialah pembeli apabila kontrak dibuat, manakala
pemilik barang belum pasti ialah penjual.
b. Perlunya membezakan antara kedua-dua

jenis

barang

tersebut

kerana- risiko akan tertanggung kepada pembeli jika barang tersebut ialah
barang tertentu manakala hak milik dan risiko masih pada penjual jika
barang tersebut belum lagi ditentukan.
c. Melainkan pembeli / penjual tidak mahu hak milik berpindah pada masa
kontrak ditandatangani maka mereka perlu menyatakan sebaliknya dalam
perjanjian.
12. Barang boleh diserah hantar: pemilikan barang itu tidak berpindah kepada pembeli
kecuali sesuatu dilakukan oleh penjual untuk membolehkan barang itu diserah hantar
dan pembeli mengetahui tentangnya. Risiko ditanggung oleh penjual.
13. Perbezaan antara kontrak jualan barang dan kontrak lain. Kontrak jualan barang
perlu dibezakan daripada:
a. Kontrak pertukaran barang. Barang akan ditukar dengan barang yang lain
(system barter)
b. Kontrak sewaan. Tiada berlaku pemindahan hak milik
c. Kontrak sewa beli. Suatu kontrak sewaan tapi akhirnya menjadi kontrak
jualan barang-barang kerana berlaku pemindahan hak milik.