Anda di halaman 1dari 14

Hukuman Rotan Merupakan Cara Yang Berkesan Untuk Menangani

Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar. Bincangkan.


Disiplin

boleh

didefinisikan

sebagai

kesanggupan

seseorang

individu

untuk

mematuhi undang - undang yang telah ditetapkan. Lembaga pendidikan merupakan


tempat sekunder atau tahap kedua bagi para pelajar untuk memupuk nilai nilai
murni dalam diri pelajar. Muktahir ini , ramai pelajar yang melanggar dan
memandang remeh tata tertib. Pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara
Jikalau

tingkat

Singapura

kedisiplinan

mengharungi

remaja

gelombang

di

Singapura

milenium

rendah,

dan

dapatkah

globalisasi

negara

dengan

calon

pemimpin mereka yang meremeh-temehkan undang-undang? Untuk menangani


masalah ini Menteri Pendidikan Singapura berpendapat bahawa hukuman rotan
merupakan cara yang paling berkesan. Tetapi pertikaian pendapat di antara ahliahli psikologi dan pendidikan masih sahaja membara. Jadi persoalannya, adakah
hukuman rotan itu cara yang paling berkesan atau wujudkah pendekatam lain yang
lebih

Saya

baik?

akur

dengan

diperdebatkan.

pendapat

Memang

saya

tersebut
tidak

tetapi

nafikan

hal

bahawa

ini

masih

boleh

hukuman

rotan

merupakan salah satu cara yang berkesan. Alasan yang perdana ialah,
hukuman

merotan

merupakan

langkah

pencegahan

demi

terjadinya

pelanggaran undang undang. Mencegah lebih baik daripada rawatan.


sebelum

akhlak

remaja

kita

bertambah

tenat,

saya

kira

perlulah

dilaksanakan kaedah-kaedah pragmatik seperti hukuman rotan. Seseorang


pelajar yang dijatuhkan hukuman rotan akan dijadikan contoh kepada teman
- temanya sehingga mereka tidak akan berani melakukan kesilapan yang
serupa. Bukan hanya itu sahaja, pelajar yang dikenakan hukuman pun tidak
akan melakukan kesalahan yang sama untuk kedua kalinya kerana ia berasa
amat bersalah setelah menconteng arang di muka diri sendiri dan orang tua.

Seterusnya,

hukuman

rotan

sebenarnya

bukan

bertujuan

untuk

menanamkan teror dan parut pada para pelajar, melainkan bertujuan untuk
memupuk sifat tanggung jawab dalam diri pelajar. Tangan mencencang

bahu memikul. Jika pelajar berani melanggar undang - undang , mereka


harus menanggung akibatnya dan bertanggung jawab menjalani hukuman
rotan. Seorang penditaCina pernah berkata Sisihkan rotan, rosakkan anak
yang bererti, jika kita tidak menekankan disiplin kepada anak anak dengan
rotan, anak tersebut akan menjadi manja dan bersifat pemberontak .
Dengan hukuman rotan, remaja Singapura boleh dipupuk dengan nilai
tanggung jawab yang berprinsipkan Kamu menuai apa yang kamu tanam.

Selain daripada itu, hukuman rotan tidak dipraktikkan secara sewenangwenang. Tidaklah setiap pelanggaran yang dilakukan oleh murid- murid
tersebut akan dikenakan hukuman rotan, tetapi hukuman ini ditujukan
kepada para pelajar melakukan kesalahan-kesalan yang berat seperti
vandalisma, mencuri, mencabul kehormatan dan sebagainya. Para pelajar ini
sangat sulit untuk dianjak paradigmanya, meskipun telah beberapa kali
diberikan kauseling masih tetap degil dan melanggar peraturan peraturan
sekolah. Jikalau cara halus tidak berhasil, mungkin kekerasan wajar diambil
sebagai

langkah

muktamad

akan

berhasil.

Hukuman rotan merupakan salah satu cara yang berkesan, tetapi ia


bukanlah cara yang mutlak untuk mengatasi masalah ini. Perdana Menteri
Singapura, Encik Lee Hsien Loong, pernah berkata Bersikaplah terbuka
kepada idea idea baru dan pertanyakanlah anggapan-anggapan kuno.
Sebagai rakyat Singapura yang bertamadun, seharusnya kita memiliki minda
yang terbuka. Banyak negara lain yang menganggap bahawa merotan
merupakan cara barbarik yang sudah pupus ditelan arus zaman.
Namun, hukuman roran bukanlah satu-satunya cara untuk menangani
masalah disiplin.Terdapat juga alternatif-alternatif lain yang hampir sama
kesannya dengan hukuman rotan.Alternatif lain yang tersedia ialah acara
kaunseling. Sekeras-kerasnya kerak nasi, direndam air dingin akan lembut
juga. Dengan ceramah ceramah yang diberikan pada setiap sesi
kaunseling, pastinya orang yang degil pun akan teranjak paradigmanya.

Pemerintah

pun

telah

menggunakan

pendekatan

ini

dengan

cara

menjadualkan murid yang telah menerima hukuman rotan untuk mengikuti


sesi kaunseling. Malahan, pusat pusat kaunseling tersebar di seluruh
Singapura

dan

mudah

ditemui.

Selain kaunseling, terdapat kaedah kaedah lain seperti memasukkan murid


yang bermasalah ke dalam pusat pemulihan akhlak untuk mengikuti
program rehabilitasi. Di dalam pusat pemulihan akhlak, murid murid yang
dianggap bermasalah akan diberikan ceramah motivasi supaya mereka boleh
mengetahui potensi mereka dan mencurahkan segenap perhatian mereka
demi mengembangkan potensi dalam diri mereka. Akibat jangka pendeknya,
mereka

akan

menghabiskan

masanya

untuk

melakukan

perbuatan-

perbuatan yang bermanfaat dan pada jangka pangjangnya, mereka akan


menjadi

manusia

yang

berjaya

dfan

berguna.

Tetapi usaha yang dilakukan oleh sekolah sendiri tidak akan berkesan jika
tidak didukung oleh pihak ibu bapa. Ibu bapa yang merupan khalifah yang
diamanahkan oleh Allah seharusnya ikut prihatin akan permasalahan ini.
Untuk mengatasi masalah ini, langkah tiga serampang antara institusi
pendidikan, pemerintah dan orang tua harus dilaksanakan. Ibu bapa boleh
memantau kegiatan sehari-hari anak-anaknya. Hal ini boleh meringankan
beban yang ditanggung oleh guru-guru. Ibu bapa juga harus memastikan
bahawa anak-anak mereka diberikan pendidikan mengenai kedisiplinan dan
nilai-nilai

murni

bukan

hanya

di

sekolah

tetapi

juga

di

rumah.

Natijahnya, merotan merupakan cara yang berkesan, tetapi ia bukanlah cara


yang mutlak yang boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya , tetapi
dengan pemikiran yang rasional. Hukuman rotan memang telah ditelan arus
kemodena dan kita, warga Singapura, seharunya ikut beradaptasi dan
berubah. Seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien
Loong, Tetaplah terbuka kepada idea-idea baru dan pertanyakanlah

anggapan anggapan kuno, jangan terperangkap dalam masa lalu.


Hukuman rotan boleh dilaksanakan, tetapi hendaklah hanya kepada pelajar
yang

melakukan

kesalahan

yang

berat.

Alangkah

baiknya

jika

sesi

kaunseling juga diadakan setelah pelajar tersebut menjalani hukuman rotan.


Sebagai bangsa yang beradab, kekerasan bukanlah jalan penyelesaian. Jika
pemuda-pemudi memegang teguh dan mentaati undang undang ,nescaya
negara Singapura akan dapat mengharungi arus gelombang pada masa
depan. Semoga nama baik Singapura akan terus harum dan terkenal di
persada dunia. Insya Allah.

1.0 Pengenalan
Kes-kes jenayah dan kesalahan-kesalahan berat yang melibatkan golongan
remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah semakin meruncing. Berita-berita
mengenai salah laku pelajar sekolah seringkali menghiasi dada-dada akhbar arus
perdana. Akhbar Harian Metro, bertarikh 3 September 2012 melaporkan, Sembilan
orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah agama, Matang, Kuching direman
atas tuduhan memukul pelajar dan meminum minuman keras. Ini salah satu contoh
masalah salah laku disiplin pelajar yang pernah berlaku dan mungkin sedang atau akan
berlaku di sekolah (Metro, 2012).

Ketika ini, masing-masing saling menuding jari di antara satu sama lain sebagai
langkah mudah untuk menyelamatkan diri. Masyarakat menuding jari kepada pihak
berkuasa, pihak berkuasa pula menuding jari kepada kementerian pelajaran,
kementerian pelajaran menuding jari kepada institusi sekolah manakala sekolah pula
menuding jari kepada guru. Situasi ini tidak ubah seperti kisah burung bangau dengan
ikan, hujan dan katak dalam lagu 'Bangau Oh Bangau' yang asyik menuding jari kepada
orang lain Masing-masing lepas tangan. Kitaran ini akan berlaku secara terus menerus
sehingga merosakkan imej profesyen perguruan, baik guru-guru di sekolah mahupun
guru-guru pelatih yang masih menuntut di institut pendidikan guru.

Menyedari tahap keseriusan permasalahan salah laku pelajar, berbagai-bagai


langkah telah disarankan oleh pihak berkuasa bagi mengatasi gejala salah laku ini.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong, masalah disiplin di
kalangan murid sekolah rendah menurun daripada 0.98 kepada 0.97 peratus. Manakala
masalah salah laku disiplin bagi murid sekolah menengah juga turun daripada 1.96
kepada 1,93 pada tahun tersebut (Utusan, 2009). Walaubagimanapun, penurunan yang
sedikit itu tidak bermakna kita perlu membiarkan sahaja masalah ini berleluasa.
Tindakan yang pantas dan berkesan perlu perlu diambil segera memandangkan
perkara ini melibatkan masa depan negara kita.

Tidak kurang juga suara-suara daripada pihak yang perihatin yang mahukan
penyelesaian secara efektif dan relevan bagi menangani permasalahan ini. Di
antaranya adalah suara Dr. Mohd. Puad Zarkashi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran
sendiri, yang menyarankan agar hukuman rotan dikembalikan di sekolah (Ahmad,
Utusan Online, 2009). Rentetan daripada insiden pergaduhan tersebut,Dr. Mohd. Puad
Zarkashi menyuarakan agar hukuman rotan dikuatkuasakan semula di sekolah sebagai
langkah pencegahan terbaik.

Walaubagaimanapun, menurut beliau, pelaksanaan hukuman tersebut perlu


mendapat pengesahan daripada Peguam Negara terlebih dahulu berikutan terdapat
segelintir peguam yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukuman tersebut.
Menurut beliau lagi, hukuman tersebut tidak akan dijalankan dengan sewenangwenangnya dan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Peguam
Negara supaya tidak berlaku saman menyaman di antara ibu bapa dengan guru.
Prosedur ini jelas menunjukkan tahap keseriusan pihak berkuasa untuk menangani
masalah disiplin pelajar di sekolah.

Perkataan rotan sememangnya amat menakutkan, apatah lagi jika terkena


sebatan atau pukulan rotan itu sendiri. 'Bisa' pukulan tersebut pasti akan sentiasa
diingati sepanjang hayat dan tiada sesiapa yang sanggup tubuh badannya dihinggapi
rotan. Hukuman ini begitu digeruni bukan sahaja oleh para pelajar tetapi juga ditakuti
oleh segelintir ibu bapa pelajar kerana tidak sanggup melihat anak sendiri disakiti.

Namun, apalah erti kesakitan yang sedikit itu berbanding nilai pengajaran yang dapat
dititip oleh pelajar yang dikenakan hukuman tersebut. Begitulah realiti yang berlaku
dalam masyarakat pada hari ini.

1.1 Perkembangan
Hukuman bertujuan mendidik mereka yang melakukan kesalahan yang
bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat supaya insaf dan kembali ke
pangkal jalan (Abdul Qadir Audah, 1968 seperti yang dinyatakan oleh Mohamed, 2003).
Ini kerana hukuman rotan bersifat mendidik bukan mencederakan. Seperti yang telah
termaktub dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959(Johari, 1959),
yang menyatakan:
"Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, guru besar hendaklah
mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana
perlu atau bermanfaat:
Dengan syarat bahawa:
a) Hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan
b) Hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seorang guru atau kakitangan sekolah
adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau di
punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh guru
besar ataupun kuasa nyata olehnya dalam hal yang tertentu."

Menurut (Saad, 2006), hukuman rotan bukanlah satu penderaan fizikal kerana
hukuman ini hanya dikenakan terhadap pelajar lelaki sahaja bukan pelajar perempuan.
Ini kerana, pelajar lelaki lebih kuat mental dan fizikalnya berbanding dengan pelajar
perempuan. Selain itu, rotan yang digunakan adalah bersaiz halus dan hanya boleh
memukul di tempat-tempat yang telah ditetapkan sahaja iaitu di tapak tangan dan
punggung yang berlapik. Ini jelas menunjukkan bahawa tujuan utama merotan bukan
untuk mencederakan tetapi mendidik. Kepedihan yang dirasakan hanya sebentar tetapi
bertujuan menyedarkan pelajar terbabit supaya menjadi insan yang bersahsiah kelak.

Menurutnya lagi, Bagi kesalahan berat pula, pelajar terlebih dahulu akan diberi
amaran, nasihat dan kaunseling. Jika pelajar tidak mahu berubah selepas menjalani
hukuman rotan, maka pelajar tersebut perlu menjalani prosedur seterusnya iaitu sama
ada digantung atau dibuang sekolah. Ini mengikut budi bicara pihak sekolah. Bilangan
pukulan rotan yang ditetapkan pula hanya sebanyak tiga hingga tujuh kali sahaja.

Berkenaan dengan bilangan pukulan rotan pula, menurut seorang ahli fiqah dan
pendidik terkenal di Tunisia, Abu Al-Hassan Ali bin Muhammad bin Khalaf Al-Qabisi
(324H- 402H) menyatakan bahawa, hukuman rotan boleh dilaksanakan sekiranya perlu
dan bilangan pukulan adalah sebanyak satu hingga tiga kali. Seorang guru boleh
menambah pukulan sekiranya didapati perlu untuk mendidik pelajar berkenaan (Umar
Muhammad Al-Tumi Al-Shaibani, 1979 seperti yang dinyatakan oleh Mohamed, 2003).
Ini menunjukkan, bilangan pukulan mempunyai had tertentu yang bertujuan untuk
memelihara pelajar daripada cedera jika dikenakan pukulan rotan yang berlebihan.
Bilangan pukulan sebanyak tiga kali itu memadai untuk meninggalkan sedikit rasa
kesakitan sebagai peringatan kepada pelajar supaya memperbaiki kesalahannya.

Jelas difahami bahawa, pelaksanaan hukuman rotan beserta garis panduan


tertentu adalah bertujuan mendidik pelajar, bukan mencederakan dan membalas
dendam kepada mereka. Ini kerana menurut (Mohamed, 2003) matlamat hukuman
dalam kehidupan adalah untuk menjaga nyawa, harta, keturunan dan agama termasuk
memlihara kepentingan umum masyarakat.

Hukuman rotan bukan sahaja dapat mendidik pelajar tetapi dapat mencegah
mereka daripada terjebak ke lembah kemungkaran. Pencegahan merupakan langkah
terbaik dalam usaha menghalang sesuatu perkara daripada merebak. Rasulullah S.A.W
terlebih dahulu telah mengingatkan kita dalam sabdanya:





bermaksud: "Mencegah itu lebih baik daripada mengubati".

Peringatan daripada Rasulullah S.A.W ini bersifat fleksibel terhadap segala


permasalahan. Sesungguhnya dalam konteks isu hukuman rotan ini, mencegah pelajar
melakukan kesalahan disiplin dengan melaksanakan hukuman rotan adalah berpatutan.
Hukuman juga menurut (Mohamed, 2003) adalah untuk menakutkan orang lain supaya
tidak melibatkan diri dengan kesalahan. Setelah hukuman rotan dilaksanakan, timbul
perasaan gerun dalam diri pelajar itu sendiri dan juga pelajar-pelajar lain untuk
mengulangi dan melakukan salah laku disiplin di sekolah.

Pelaksanaan hukuman rotan ini juga secara tidak langsung dapat memelihara
hak orang lain. Menurut (Abd. Qadir Ahmad Atha, 1974 yang dinyatakan oleh
Mohamed, 2003) hukuman bagi kesalahan disiplin di sekolah bertujuan memelihara
kepentingan umum dengan cara membina anggota masyarakat yang menghormati
peraturan dan kepentingan orang lain. Dalam masalah pelanggaran disiplin di sekolah,
terdiri daripada pelajar yang melakukan kesalahan dan juga pelajar yang menjadi
mangsa salah laku. Melalui hukuman rotan ini, pelajar yang menjadi mangsa salah laku
tersebut akan terbela dan terpelihara haknya. Begitu juga dengan pelajar-pelajar lain
yang akan menerima manfaatnya apabila pelajar yang bersalah tersebut dikenakan
hukuman.

Sekaligus

hukuman

tersebut

dapat

mencegah

pesalah

daripada

mengganggu pelajar-pelajar lain pula. Jika diamati sehalus-halusnya objektif hukuman


rotan ini, pihak sekolah dapat berlaku adil terhadap kedua-dua pihak lalu menongkah
arah untuk mewujudkan iklim yang kondusif di sekolah. Ini sangat bertepatan dengan
firman Allah:

N3s9ur $|)9$# o4quym <'r't =t69F{$# N6=ys9


tbq)Gs?
Bermaksud:
"Di dalam pelaksanaan hukuman Qisas itu, sebenarnya membawa kehidupan yang
selesa kepada orang-orang yang cuba memahami (falsafahnya) mudah-mudahan kamu
bertaqwa."
(surah Al-Baqarah: 179)

Ini bermakna, perkara yang harus dilihat dan dinilai adalah kebaikan dan faedah
untuk jangka masa panjang yang terdapat dalam hukuman rotan itu sendiri, bukan
kesakitan yang sementara itu yang dijadikan kontroversi. Oleh itu dapat difahami
bahawa, objektif sesuatu hukuman itu mempunyai tujuan tersendiri iaitu membela nasib
pelajar yang teraniaya dan memelihara pelajar-pelajar lain daripada menjadi mangsa
yang seterusnya.

Selain memberikan kesan positif kepada psikologi, hukuman rotan juga lebih
rasional dan relevan. Ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri struktur rotan itu sendiri.
Menurut (Saad, 2006) rotan mudah lentur dan mempunyai kekenyalan yang tinggi tidak
seperti rotan sintetik yang kurang kenyal. Pukulan menggunakan rotan asli juga mampu
mencapai kelajuan optimum sehingga 200 batu sejam. Kekenyalannya yang tinggi
dapat mengelakkan kecedaraan apbila momentum pelanggaran rotan dengan tubuh
adalah kecil. Berbanding dengan rotan sintetik yang lebih mudah mendapat kesakitan
dengan satu pukulan berbanding pukulan rotan yang memerlukan lebih dua kali
pukulan untuk meninggalkan kesakitan yang berpanjangan.

Menurutnya lagi, struktur rotan yang berbentuk silinder dan bulat pada hujungnya
dapat mengelakkan kecederaan kepada tubuh badan tetapi meninggalkan kesakitan.
Kesakitan ini akan berlarutan sehingga empat sehingga lima hari dan dari segi
psikologi, pesalah yang dikenakan hukuman rotan akan mengingati akibat kesalahan
yang dilakukan serta tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang. Pemilihan rotan
sebagai hukuman inisiatif bagi salah laku pelajar dirasakan wajar kerana rotan bukanlah
alat yang merbahaya di samping guru perlu menggunakan teknik-teknik yang betul
untuk merotan supaya tidak menimbulkan kecederaan yang serius serta trauma
terhadap pelajar.

1.2 Implikasi
Hukuman

rotan

bagi

kesalahan-kesalahan

disiplin

di

sekolah

banyak

memberikan kebaikan berbanding keburukan. Oleh itu, jika lebih kebaikannya

berbanding keburukan, haruslah diutamakan kebaikan itu terlebih dahulu. Kebaikan ini
bukan sahaja dapat dinikmati oleh diri pesalah itu sendiri , malah orang-orang di
sekitarnya juga, seperti ibu bapa, pelajar-pelajar lain dan guru-guru serta warga sekolah
yang lain.

Setelah pelajar dikenakan hukuman rotan ini, pelajar dapat memperbaiki


kesalahan diri secara langsung, walaupun tidak dapat menerima hukuman tersebut.
Menurut (Mohamed, 2003), hukuman bagi kesalahan disiplin dapat membetulkan
kesilapan pelajar, memperbaiki akhlaknya dan membantunya untuk menyedari akan
tanggungjawabnya terhadap diri, rakan guru dan orang lain. Sekurang-kurangnya,
hukuman tersebut dapat mengingatkan dirinya bahawa perlakuannya itu salah di sisi
peraturan dan norma masyarakat. Begitulah bagaimana hukuman rotan ini berfungsi
sebagai pemberi amaran dan peringatan kepada pelajar supaya memperbaiki diri dan
sentiasa menjadi yang terbaik.

Sejurus hukuman dikenakan terhadap pelajar yang bersalah, maka pasti


terdapat sebahagian pelajar lain yang tidak berani untuk melibatkan diri dalam masalah
disiplin. Langkah pencegahan ini membantu pihak sekolah mengawal pelajar dengan
baik dan mengurangkan masalah salah laku disiplin di sekolah. Keadaan disiplin yang
terkawal dapat memberikan ruang kepada guru untuk merancang dan menjalankan
aktiviti serta program sekolah dengan lancar. Perancangan yang berjalan dengan
teratur memudahkan pihak sekolah mencapai objektif yang dikehendaki. Maka, sedikit
sebanyak dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Manakala, pelajar yang menjadi mangsa salah laku disiplin pula mendapat
keadilan yang saksama dan dapat mengurangkan tekanan dirinya disebabkan menjadi
mengsa salah laku disiplin. Bukan sahaja mangsa, tetapi seluruh warga sekolah,
khususnya pelajar-pelajar terhindar daripada ancaman pelajar bermasalah tersebut.
Walaupun hukuman rotan tersebut tidak dapat menjamin perubahan diri pelajar
tersebut, namun sekurang-kurangnya, hukuman ini dapat memperlahankan 'rentak'
pelajar-pelajar yang bermasalah untuk terus melakukan salah laku disiplin di sekolah.
Secara tidak langsung, kadar masalah disiplin pelajar di sekolah dapat dikurangkan.

Pelaksanaan hukuman rotan yang betul dan mengikut prosedur yang ditetapkan
akan memberikan kesan yang positif terhadap pelajar yang melakukan salah laku dan
juga pihak sekolah. Pelaksanaan hukuman rotan yang mengikut prosedur adalah
hukuman yang penuh hemah. Ini kerana seperti yang telah dinyatakan dalam
Peraturan-peraturan Pelajaran (disiplin sekolah) 1959, mengambil kira jantina murid
yang akan dikenakan hukuman dan menghadkan bilangan pukulan serta memukul di
tempat-tempat yang tidak mendatangkan kecederaan fizikal yang teruk. Ini jelas
menunjukkan betapa dititikberatkan tentang kebaikan dan keselamatan hukuman ini.
Maka, mereka yang dikenakan hukuman disiplin akan dapat menerima hukuman
tersebut secara terbuka tanpa ada menyimpan dendam dan sebagaimnya. Sejurus itu,
rasa hormat dapat dipupuk di antara pelajar dengan guru. Suasana hormatmenghormati ini akan mewujudkan iklim yang kondusif dalam sekolah seterusnya
tepupuk kasih sayang di antara satu sama lain. Iklim yang kondusif pula dapat
memberikan keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu. Ini bertepatan dengan
matlamat penubuhan sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan membentuk sahsiah.

Selain itu, kesan pelaksanaan hukuman rotan ini dapat memartabatkan


kedudukan guru. Guru dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan mengajar muridmuridnya. Pemberian kuasa kepada guru untuk menjalankan hukuman rotan ini dapat
menzahirkan ketegasan guru sesuai dengan perwatakan seorang pendidik yang bukan
sahaja penyayang, tetapi tegas dan berhemah. Sekurang-kurangnya, ini adalah usaha
yang termampu bagi seorang guru untuk mengawal pelajar-pelajarnya di samping
menguruskan hal sekolah. Tanpa kuasa "veto" yang diberikan ini, guru umpama ular
yang hilang bisanya kerana tidak dapat berbuat sesuatu apabila berhadapan dengan
saat kritikal di sekolah. Pengembalian hukuman rotan ini dapat mengukuhkan lagi
kedudukan guru sebagai murabbi dan muaddib.

1.3 Rumusan
Setiap sesuatu permasalahan itu mempunyai penyelesaian tersendiri. Melalui
sabda Rasulullah S.A.W :




.







Bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan menjadikan bagi setiap penyakit itu
ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat dan jangan berubat dengan benda
yang haram." (Din, 1997)

Dapat difahami di sini bahawa, setiap sesuatu penyakit atau masalah itu
mempunyai penawar atau jalan penyelesaiannya. Kesalahan disiplin merupakan salah
satu penyakit sahsiah yang perlu dirawat segera. Hukuman rotan merupakan salah satu
penawar yang terbaik bagi merawat dan mencegah penularan salah laku disiplin di
sekolah.

Hukuman rotan bagi kesalahan disiplin mempunyai kebaikan dan keburukan


tersendiri. Berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan di atas, didapati
pelaksaan hukuman ini lebih banyak kebaikan berbanding keburukannya. Selain
memberi faedah kepada pihak yang melakukan kesalahan untuk memperbaik diri,
menyesali perbuatannya dan menyedari tanggungjawab utamanya terhadap diri dan
orang lain, hukuman rotan ini juga menjaga kepentingan serta memelihara
kesejahteraan pihak lain. Bagi mencapai matlamat yang positif, hukuman ini perlulah
dilaksanakan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan, kerana di sebalik
prosedur tersebut terdapat aspek-aspek tertentu yang diambil kira bagi menjaga
kepentingan kedua-dua belah pihak, iaitu pihak pesalah dan orang lain.

Hukuman rotan ini juga bertujuan mendidik, bukan mencederai pesalahnya.


"Sediakan payung sebelum hujan," itulah pepatah yang sangat sesuai untuk dijadikan
perumpamaan bagi pelaksanaan hukuman rotan ini. Pelaksanaan hukuman rotan ini
juga hanya dapat diterjemah melalui faedah dan kesan selepas dilaksanakan. Oleh itu,
sangat wajar hukuman rotan ini dilaksanakan di sekolah bagi kesalahan disiplin dengan
mengikut garis panduan yang ditetapkan demi kesejahteraan diri dan orang lain.

Bibliografi
(a) Buku
Din, D. A. (1997). Doa & Rawatan Penyakit (i). Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Eng, A. J. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Professional .
Mohamed, A. K. ( 2003). Pengurusan pendidikan di sekolah: huraian menurut perspektif
Islam. johor bharu: Penerbit UTM.
Othman, M. I. (2006). Menangani disiplin di sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Saad, M. R. (2006). Mengapa Rotan Tidak Berkesan? Kuala Lumpur: PTS Professional.

(b) Laman sesawang


BIBLIOGRAPHY

(2011,

November

9).

Retrieved

Ogos

18

2012,

from

http://www.hmetro.com.my/articles/1_27peratuspelajarsekolahterbabitkesdisiplin/Article
Ahmad,

J.

(2009,

Mei

10).

Retrieved

Ogos

15,

2012,

from

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?
y=2009&dt=0511&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_01.htm
Ahmad,

J.

(2009,

Mei

10). Utusan

Online.

Retrieved

Ogos

31,

2012,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

from

Johari,

M.

K.

(1959,

Februari

20).

Retrieved

Ogos

16,

2012,

from

http://www.scribd.com/doc/37943016/3-Ordinan-Pelajaran-1957-Disiplin-Sekolah-1959Lampiran
Metro,

H.

(2012,

September

9).

Retrieved

Ogos

16

2012,

from

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/9pelajardiremankesbulidiasrama/Article/inde
x_html
Utusan. (2009, Oktober 1). Retrieved Ogos 16, 2012, from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm

Anda mungkin juga menyukai