Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
emosi, rohani, intelek dan sosial. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi
meningkatkan kualiti kecemerlangan pelajar. Akan tetapi, masalah disiplin juga semakin berada
pada tahap yang membimbangkan semua pihak.
Penulisan ini akan memfokuskan tentang isu tindakan rotan yang sering menjadi buah bicara
masyarakat kita pada masa kini. Sebelum mengupas lebih lanjut tentang isu ini, terlebih dahulu
kita perlu tahu apa itu hukuman berat? Menurut Mohd Rashid Mohd Saad (2006), ia dapat
didefinisikan sebagai sesuatu hukuman yang menyebabkan kesan ke atas tubuh badan
seseorang. Sebagai contoh, di rumah apabila ibu ataupun ayah menangani anak ataupun dengan
menggunakan rotan ke atas tubuh badan mereka dan di dalam institusi penjara pula, seorang
penjenayah yang melakukan jenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Walaupun
kedua-dua contoh di atas menimbulkan kesan tragis ke atas orang yang dihukum, namun ia
dibolehkan. Ini kerana, jika sesuatu hukuman itu didasari oleh keadilan, maka ia tidak menjadi
isu yang hendak diperdebatkan.
Namun, bagaimana pula jika merotan dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di institusi sekolah ? Ramai yang tidak setuju dengan
tindakan ini. Oleh itu, bagaimana kita boleh membentuk modal insan yang memiliki nilai moral
yang tinggi selain daripada hukuman ini. Tujuan merotan yang menimbulkan kesan yang tidak
memcacatkan anggota tubuh pelajar difokuskan dalam penulisan ini. Daripada segi logiknya,
perbuatan merotan yang tidak menimbulkan kesan kecacatan fizikal selalu menjadi isu di
kebanyakkan sekolah di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Mengapa isu ini menjadi satu
perbalahan besar antara pihak yang menyokong dan pihak yang menentang?
Merotan ; jika dibenarkan oleh KPM dilakukan secara adil ke atas seseorang murid yang
melanggar peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, dikenakan hukuman sedemikian atas dasar
setelah nasihat, amaran dan denda yang dikenakan masih tidak mengubah tingkah laku negatif
murid tersebut. Selain itu, merotan dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan oleh
pihak sekolah, tidak menimbulkan kecacatan fizikal, dengan penuh rasa menjaga kepentingan
menjaga keseimbangan sistem sekolah demi keselamatan murid lain dan juga dilakukan oleh
guru bukan mengikut emosi atau perasaan membalas dendam adalah dibolehkan.
Adakah dengan menghapuskan hukuman merotan di sekolah-sekolah di negara-negara maju
ada menunjukkan penurunan kes-kes disiplin di sekolah? Kajian-kajian yang dijalankan di
negara maju walaupun dapat membuktikan yang penderaan kanak-kanak adalah berleluasa
tetapi mereka tidak dapat membuktikan yang merotan dengan teknik yang betul dan tidak
mencacatkan anggota badan pelajar dapat memberi tekanan mental dan fizikal ke atas pelajarpelajar sekolah. Di samping itu, tidak ada satu pun kajian yang menunjukkan, merotan dengan
teknik yang betul dan dengan tujuan mendisiplinkan pelajar adalah tidak berkesan.
Kebanyakkan kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi tidak menggunakan kaedah
penyelidikan yang betul. Ini menyebabkan kita dapat menolak dapatan kajian yang dilihat
sebagai berat sebelah dengan tujuan membuktikan pendapat mereka dan bukan dapatan kajian
mereka. Banyak kajian yang dilakukan cenderung hendak membuktikan kes penderaan kanak-
kanak yang dilakukan oleh ibu bapa yang tidak bertangungjawab dan bukannya penggunaan
rotan oleh guru selepas nasihat, amaran dan denda yang digunakan tidak mengubah tingkah
laku pelajar.
Terdapat beberapa pemikir barat memberi pandangan tentang hukuman rotan ini. Antaranya,
Friedman dan Schonberg (1994), mentakifkan perbuatan memukul sebagai tujuan
mendisiplinkan anak-anak bagi membentuk sahsiah diri yang sempurna. Ini termasuklah
kesempurnaan moral dan etika. Memukul anak mereka dengan tujuan hendak mengubah
perangai mereka menjadi baik berlainan daripada penderaan kanak-kanak bagi tujuan
mendisiplinkan mereka.
Manakala, Larzelere (2001) mengatakan dalam keadaan tertentu, menggunakan hukuman berat
seperti merotan membuatkan anak itu lebih berdisiplin berbanding anak-anak yang tidak
dikenakan hukuman dan hanya menggunakan nasihat, amaran ataupun denda. Jika hukuman
berat ini kerap dan tidak memalukan pelajar, ia adalah hukuman paling baik bagi
mendisiplinkan anak-anak.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di sini bahawa, merotan sebenarnya tidak terlalu teruk
dan tidak mencederakan anggota pelajar walaupun kanak-kanak akan berasa pedih dan sakit.
Ia Cuma bertujuan bagi menyatakan hukuman yang diberikan adalah kerana kesalahan yang
sudah beberapa kali dinasihati dan diberi amaran. Hukuman ini perlu dijalankan selepas
merancang dengan teliti teknik-teknik terbaik supaya tidak mencederakan pelajar dan bukan
kerana marah atau dendam. Biasanya guru perlu merasionalkan kenapa pelajar dirotan dan
menyatakan kebaikan supaya pelajar terus menjaga disiplin. Walau bagaimanapun, hukuman
tersebut hendaklah dijalankan di tempat tersembunyi seperti di dalam bilik pengetua dan
elakkan di tempat terbuka. Guru juga harus ada belas kasihan pada pelajar dan tidak
mencederakan pelajar dengan kesan luka. Jika hukuman rotan masih tidak berkesan, pelajar
tersebut dinasihatkan dihantar ke pakar-pakar psikiatri atau kaunseling untuk memperbaiki
tingkahlakunya.
Berdasarkan pendapat tersebut, jelaslah di sini bahawa hukuman rotan ke atas pelajar yang
melakukan kesalahan disiplin dengan cara yang betul adalah satu tindakan yang wajar. Semua
pihak harus membuka minda terhadap hukuman ini dan menerimanya sebagai membentuk diri
pelajar ke arah yang baik dengan berkesan. Ini kerana, pelajar sekarang semakin berani
mencuba sesuatu yang boleh merosakan diri mereka seolah-olah pihak sekolah tiada hukuman
yang tegas dalam pengawalan disiplin pelajar. Diharap, melalui tindakan ini akan dapat
membantu membentuk jiwa dan diri pelajar dengan berkesan. Walau bagaimanapun semua
pendidik tidak harus mengambil kesempatan ini dengan memberi hukuman rotan sesuka hati
tanpa alasan yang sewajarnya. Misalnya, guru harus mematuhi etika memberi hukuman rotan
kepada murid. Guru perlu diberi pelbagai kursus berkaitan hal ini bagi membolehkan guru
mengawal emosi dan memberi hukuman tersebut dengan cara yang betul supaya hukuman yang
dikenakan tidak menyebabkan kecacatan kepada pelajar.
Turut dikongsikan di sini, bentuk-bentuk hukuman yang di larang berdasarkan maklumat Unit
Disiplin
KPM
iaitu
:
Ang Jit Eng, Ph.D. Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur : PTS Professional, 2007
Larzelere, R.E. dan Smith, G.L. Controlled Longitudinal Effects of Five Disciplinary Tactics on
Antisocial Behavior. Washington : The American Psychological Association, 2000
Mohd Rashid Mohd Saad. Mengapa Rotan Tidak Berkesan? Kuala Lumpur : PTS Professional,
2006
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/07/guru-perlu-fokus-aspek-keperibadian.html