Anda di halaman 1dari 2

Perkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pantas dilihat dapat menjadi sandaran yang boleh

membangunkan masyarakat keseluruhannya. Kepelbagaian teknologi komunikasi yang wujud pada hari ini boleh
dimanfaatkan sepenuhnya untuk manfaat bersama. Meneliti penggunaan teknologi komunikasi mengikut konteks,
sejauhmanakah teknologi komunikasi yang ada pada masa kini telah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk kelestarian
perpaduan, keagamaan dan kebudayaan.
Dari aspek perpaduan, teknologi komunikasi telah menerapkan dan memupuk semangat perpaduan antara kaum di
Malaysia. Keadaan ini dapat dilihat melalui siaran rancangan yang berkonsepkan muhibah seperti rancangan RTM iaitu
Salam Pantai Timur yang menggabungkan semua jenis kaum malah kandungan hiburan yang sentiasa mengupas isu semasa
yang berlaku di Malaysia. Selain itu, iklan juga turut berperanan dalam memupuk semangat perpaduan seperti Iklan
PETRONAS sempena perayaan, Hari Merdeka dan sebagainya. Iklan ini banyak memberi nilai positif kepada masyarakat
kerana kandungan iklan dan mesej yang ingin disampaikan sangat mendalam untuk difahami.
Namun begitu, teknologi komunikasi juga turut memberi impak negatif kepada masyarakat seperti internet digunakan
secara bebas dalam menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti kaum, hak keistimewaan orang Melayu, adat resam, agama
dan sebagainya untuk diperdebatkan secara serius. Keadaan ini boleh menjejaskan semangat perpaduan antara kaum di
Malaysia yang terbina berkurun lama dahulu.
Dari aspek keagamaan pula teknologi komunikasi menjadi satu platform atau saluran untuk menyalurkan maklumat tentang
aPerkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pantas dilihat dapat menjadi sandaran yang boleh

agama seperti agama Islam; penerapan nilai islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah manakala agama Bukan Islam pula
melalui pendidkan moral. Keadaan dapat dilihat melalui rancangan televisyen dan radio yang banyak mengupas tentang
keagamaan seperti Forum Perdana Ehwal Islam di RTM 1, Mari Mengaji di TV9 manakala pendidikan moral melalui
rancangan drama yang berunsurkan hiburan. Keadaan ini membolehkan masyarakat majmuk hari ini sentiasa hidup
berlandaskan agama masing-masing.
Walau bagaimanapun kewujudan internet hari ini turut memberi impak negatif kepada agama. Isu negatif yang
diperdebatkan boleh menyebabkan perselisihan faham seperti isu murtad. Isu murtad hangat diperdebatkan sebelum ini
berikutan pengkristianan Zarina Jailani atau nama kristiannya Liena Joy. Isu ini telah menimbulkan perselisihan faham
antara agama dimana Islam melarang penganutnya menukar agama manakala fahaman agama lain seperti Kristian, Hindu
dan Buddha menganggap kebebasan beragama adalah hak asasi manusia. Oleh hal yang demikian, sekiranya soal agama
terlalu diperdebatkan melalui internet khususnya ia amat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat hari ini.
Di samping itu, dari segi kebudayaan pula, teknologi komunikasi dan penggunaannya banyak memberi kesedaran kepada
masyarakat dan negara luar dengan kekayaan dan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Contohnya; perayaan bulan
Citrawarna Malaysia. Penyiaran dan sambutan bulan Citrawarna ini menjadi satu platform sebagai alat memupuk dan
mengetengahkan budaya masyarakat Malaysia.
Namun begitu kewujudan media baru hari ini iaitu internet banyak memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat
hari ini. Hal ini demikian kerana, budaya yang tidak tahu asal usulnya masuk ke Malaysia menerusi media tersebut dan
masyarakat terdedah dengan budaya tersebut seperti budaya kuning iaitu, Punk, Skin Head, Black Metal dan sebagainya.
Kesenangan untuk mendapatkan hiburan beracuan barat yang terlampau juga memberi kesan kepada sosial masyarakat
Malaysia terutama golongan remaja. Keadaan ini bermakna ia memberi impak negatif kepada minda masyarakat seandainya
masyarakat tidak menilai dengan sebaik-baiknya budaya itu malah menerima budaya itu mentah-mentah dan diguna pakai
secara berleluasa dan terhormat.
Begitu juga dalam konteks pendidikan dimana menerusi media massa ia dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk tujuan
pendidikan. Menerusi televisyen, banyak rancangan pendidikan seperti Pendidikan Di 9 dan juga di Astro yang bermanfaat
untuk pelajar. Media cetak pula menyisipkan Didik, Minda Pelajar dan lain-lain.

Namun begitu, kandungan pendidikan dilihat masih sedikit berbanding kandungan hiburan yang mendominasi ruangan
media massa. Kewujudan internet pula dilihat amat bermanfaat untuk pelajar kerana pelajar boleh mendapatkan pelbagai
maklumat ilmiah untuk proses pendidikan. Begitu juga, pelajar universiti yang perlu membuat kerja kursus boleh
mendapatkan maklumat menerusi internet untuk tujuan tersebut. Namun, internet juga ada kesan negatifnya kerana boleh
menggalakkan budaya plagiarism di kalangan pelajar yang sekaligus memberikan kesan kepada pembangunan minda
pelajar.
Sebagai kesimpulannya, memperkatakan tentang teknologi komunikasi dan sejauhmanakah ia bermanfaat kepada
masyarakat kita perlu melihat dalam dua aspek iaitu media massa dan media baru. Jika dilihat keseluruhannya tidak dapat
dinafikan bahawa kandungan dalam media massa banyak memberi maklumat berguna kepada masyarakat dalam konteks
perpaduan, keagamaan, budaya dan pendidikan dimana ia mampu menjana minda masyarakat yang cintai budaya sendiri
dan juga berpotensi menggalakkan perpaduan, mempertingkatkan ilmu serta mewujudkan masyarakat yang berpegang
teguh kepada agama masing-masing. Namun perlu diingat bahawa semua ini mampu dijana seandainya masyarakat
menggunakan segala maklumat tersebut sebaik-baiknya dan pada masa yang sama media massa perlu mempertingkatkan
lagi maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat berbanding hiburan dalam masyarakat. Dalam konteks media baru
memang jelas bahawa masyarakat memang bebas menggunakan medium tersebut dalam pelbagai konteks. Namun,
kebebasan yang diperolehi itu haruslah dimanfaatkan dengan cara yang betul dan untuk tujuan yang betul.gama seperti
agama Islam; penerapan nilai islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah manakala agama Bukan Islam pula melalui
pendidkan moral. Keadaan dapat dilihat melalui rancangan televisyen dan radio yang banyak mengupas tentang keagamaan
seperti Forum Perdana Ehwal Islam di RTM 1, Mari Mengaji di TV9 manakala pendidikan moral melalui rancangan drama
yang berunsurkan hiburan. Keadaan ini membolehkan masyarakat majmuk hari ini sentiasa hidup berlandaskan agama
masing-masing.
Walau bagaimanapun kewujudan internet hari ini turut memberi impak negatif kepada agama. Isu negatif yang
diperdebatkan boleh menyebabkan perselisihan faham seperti isu murtad. Isu murtad hangat diperdebatkan sebelum ini
berikutan pengkristianan Zarina Jailani atau nama kristiannya Liena Joy. Isu ini telah menimbulkan perselisihan faham
antara agama dimana Islam melarang penganutnya menukar agama manakala fahaman agama lain seperti Kristian, Hindu
dan Buddha menganggap kebebasan beragama adalah hak asasi manusia. Oleh hal yang demikian, sekiranya soal agama
terlalu diperdebatkan melalui internet khususnya ia amat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat hari ini.
Di samping itu, dari segi kebudayaan pula, teknologi komunikasi dan penggunaannya banyak memberi kesedaran kepada
masyarakat dan negara luar dengan kekayaan dan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Contohnya; perayaan bulan
Citrawarna Malaysia. Penyiaran dan sambutan bulan Citrawarna ini menjadi satu platform sebagai alat memupuk dan
mengetengahkan budaya masyarakat Malaysia.
Namun begitu kewujudan media baru hari ini iaitu internet banyak memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat
hari ini. Hal ini demikian kerana, budaya yang tidak tahu asal usulnya masuk ke Malaysia menerusi media tersebut dan
masyarakat terdedah dengan budaya tersebut seperti budaya kuning iaitu, Punk, Skin Head, Black Metal dan sebagainya.
Kesenangan untuk mendapatkan hiburan beracuan barat yang terlampau juga memberi kesan kepada sosial masyarakat
Malaysia terutama golongan remaja. Keadaan ini bermakna ia memberi impak negatif kepada minda masyarakat seandainya
masyarakat tidak menilai dengan sebaik-baiknya budaya itu malah menerima budaya itu mentah-mentah dan diguna pakai
secara berleluasa dan terhormat.
Begitu juga dalam konteks pendidikan dimana menerusi media massa ia dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk tujuan
pendidikan. Menerusi televisyen, banyak rancangan pendidikan seperti Pendidikan Di 9 dan juga di Astro yang bermanfaat
untuk pelajar. Media cetak pula menyisipkan Didik, Minda Pelajar dan lain-lain.
Namun begitu, kandungan pendidikan dilihat masih sedikit berbanding kandungan hiburan yang mendominasi ruangan
media massa. Kewujudan internet pula dilihat amat bermanfaat untuk pelajar kerana pelajar boleh mendapatkan pelbagai
maklumat ilmiah untuk proses pendidikan. Begitu juga, pelajar universiti yang perlu membuat kerja kursus boleh
mendapatkan maklumat menerusi internet untuk tujuan tersebut. Namun, internet juga ada kesan negatifnya kerana boleh
menggalakkan budaya plagiarism di kalangan pelajar yang sekaligus memberikan kesan kepada pembangunan minda
pelajar.
Sebagai kesimpulannya, memperkatakan tentang teknologi komunikasi dan sejauhmanakah ia bermanfaat kepada
masyarakat kita perlu melihat dalam dua aspek iaitu media massa dan media baru. Jika dilihat keseluruhannya tidak dapat
dinafikan bahawa kandungan dalam media massa banyak memberi maklumat berguna kepada masyarakat dalam konteks
perpaduan, keagamaan, budaya dan pendidikan dimana ia mampu menjana minda masyarakat yang cintai budaya sendiri
dan juga berpotensi menggalakkan perpaduan, mempertingkatkan ilmu serta mewujudkan masyarakat yang berpegang
teguh kepada agama masing-masing. Namun perlu diingat bahawa semua ini mampu dijana seandainya masyarakat
menggunakan segala maklumat tersebut sebaik-baiknya dan pada masa yang sama media massa perlu mempertingkatkan
lagi maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat berbanding hiburan dalam masyarakat. Dalam konteks media baru
memang jelas bahawa masyarakat memang bebas menggunakan medium tersebut dalam pelbagai konteks. Namun,
kebebasan yang diperolehi itu haruslah dimanfaatkan dengan cara yang betul dan untuk tujuan yang betul.