Anda di halaman 1dari 15

BAB 8

Sokongan dan
Gerakan

8.1 Sistem Sokongan Haiwan


1. Sistem sokongan dalam haiwan disebut sistem rangka.
2. Terdapat tiga jenis sistem rangka dalam haiwan, iaitu
i) rangka dalam
ii) rangka luar
iii) rangka hidrostatik
3. Manusia dan haiwan vertebrata lain disokong oleh
sistem rangka dalam.
4. Haiwan invertebrata darat yang tidak bertulang belakang
disokong oleh sistem rangka luar atau sistem rangka
hidrostatik.
5. Semua jenis sistem rangka berfungsi untuk
i) menyokong berat badan
ii) mengekalkan bentuk badan
iii) melindungi organ lembut di dalam badan
iv) sebagai tempat pautan otot untuk membantu
pergerakan haiwan.

Sistem sokongan haiwan vertebrata


1. Manusia dan haiwan vertebrata lain
mempunyai rangka dalam yang
terdiri daripada banyak tulang.
2. Berat badan manusia disokong oleh
lengkungan pelvis (punggung).
3. Tulang ini ialah tulang yang paling
besar dan yang paling kuat dalam
badan.
4. Berat badan vertebrata darat seperti
gajah dan kucing disokong oleh
lengkungan pektoral (bahu) dan
lengkungan pelvis.

lengkungan pektoral

lengkungan pelvis

5. Haiwan darat yang besar seperti gajah dan badak sumbu


mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis
yang kuat serta kaki yang pendek dan lebar untuk
menyokong berat badannya.

6. Tulang rangka manusia dan vertebrata darat mempunyai


rongga.
7. Tulang berongga adalah lebih ringan dan lebih kuat
daripada tulang padat yang sama panjang dan sama
berat.

8. Berat badan haiwan vertebrata akuatik disokong oleh


daya apungan air.
9. Hal ini kerana lengkungan pektoral dan lengkungan
pelvis haiwan vertebrata akuatik adalah sangat kecil dan
lemah berbanding haiwan vertebrata darat.
10. Vertebrata akuatik seperti ikan paus boleh membesar
sehingga saiz yang sangat besar.
11. Hal ini kerana berat badannya tidak disokong
sepenuhnya oleh rangka dalam, tetapi turut disokong
oleh daya apungan air.

Sistem sokongan haiwan invertebrata


1. Sesetengah invertebrata
mempunyai struktur luar yang
keras yang disebut rangka luar.
2. Pengecutan dan pengenduran
pasangan otot pada permukaan
dalaman rangka luar
membolehkan berlakunya
pergerakan.
3. Rangka luar (kutikel) terdiri
daripada sejenis bahan tegar
yang disebut kitin.
4. Permukaan luar kutikel diselaputi
oleh satu lapisan lilin yang kalis
air yang menjadikannya
kelihatan berkilau.

Kumbang

Labah-labah

5. Invertebrata yang berbadan


lembut mempunyai
bendalir badan yang
memberikan bentuk dan
menyokong badannya.
6. Bendalir badan ini
mengenakan tekanan pada
dinding badan untuk
membentuk rangka
hidrostatik.
7. Bendalir dalam sel badan
menekan permukaan
lembut dan menyebabkan
badan invertebrata padat,
teguh, dan kukuh.

Beluncas

Cacing

Lintah

8. Haiwan invertebrata akuatik


mempunyai rangka luar atau
rangka hidrostatik.
9. Berat badan kebanyakan haiwan
invertebrata akuatik disokong oleh
daya apungan air sama seperti
haiwan vertebrata akuatik.
10. Daya apungan air membantu
haiwan tersebut bergerak di dalam
air.

Siput

Ketam

Udang

Haiwan invertebrata akuatik yang mempunyai rangka luar.

Tapak sulaiman
Ubur-ubur
Haiwan invertebrata akuatik yang mempunyai rangka hidrostatik.

Sistem Sokongan
Haiwan
Haiwan
Vertabrata

Haiwan
Invertabrata

Haiwan
Darat

Haiwan
Akuatik

Rangka
dalam

Rangka
dalam

Rangka
luar

Hidrostatik

Rangka
luar

Hidrostatik

Contoh:
Manusia,
katak,
burung

Contoh:
ikan

Contoh:
Semut,
lalat,
belalang

Contoh:
Cacing,
lintah,
beluncas

Contoh:
Udang,
ketam,
siput

Contoh:
Tapak
sulaiman,
ubur-ubur

Haiwan
Darat

Haiwan
akuatik

Persamaan Dan Perbezaan Sistem Sokongan Haiwan


Vertebrata Darat Dan Haiwan Vertebrata Akuatik
Berat badan
disokong
oleh rangka
dalam

Berat badan
disokong
oleh daya
apungan air

Haiwan
Ada
Haiwan rangka
Vertebrata
Vertebrata
dalam

Akuatik

Lengkungan
pektoral dan
lengkungan
pelvis besar
dan kuat

Lengkungan
pektoral dan
lengkungan
pelvis kecil
dan lemah

Persamaan dan perbezaan sistem sokongan haiwan


invertebrata darat dan haiwan invertebrata akuatik
Berat badan
disokong
oleh rangka
luar atau
hidrostatik

Berat badan
disokong
oleh daya
apungan air

Ada
rangka
haiwan
haiwan
invertebrata luar atau invertebrata
hidrodarat
akuatik
statik
Contoh:
Semut, lalat
cacing,
lintah

Contoh:
udang,
ketam, tapak
sulaiman

Anda mungkin juga menyukai