Anda di halaman 1dari 2

KEPIMPINAN PENDIDIKAN BERKUALITI

2. Kepimpinan Berkesan

Berikut ialah rumusan bagi ulasan rencana yang bertajuk kepimpinan berkualiti
sebagaimana lampiran.

Dapatlah dirumuskan bahawa kepimpinan yang berkualiti ( berkesan )


mempunyai ciri – ciri berikut : -

1. Mempunyai hubungan yang erat dan baik dengan subordinatnya.


Ini kerana hubungan dua hala yang baik dan erat dalam pengurusan
pendidikan akan mengwujudkan satu suasana kerja yang kondusif dan
meminimumkan tekanan ketika subordinat menjalankan atau
menyelesaikan tugas.
2. Perwakilan kuasa ( delegation ) yang tepat dan wajar. Penurunan
kuasa ( tugas ) kepada subordinat memberi pengurus pendidikan
( pemimpin ) lebih ruang untuk melakukan kerja – kerja lain seperti
meneliti laporan – laporan kerosakan yang berlaku di sekolah,
merangka idea penambahbaikan sekolah dan sebagainya. Di samping
itu pemimpin juga mempunyai ruang untuk membina jalinan hubungan
yang baik dengan subordinatnya. Ini disebabkan hubungan dua hala
adalah amat penting untuk dijaga kerana pemimpin dan subordinat
saling memerlukan dan mempengaruhi antara satu sama lain.
3. Membuat keputusan yang terbaik. Sekiranya keputusan tidak dapat
dibuat secara bersendirian atau isu yang diketengahkan menimbulkan
beberapa pendapat yang bertentangan maka konsep syura
( perbincangan ) perlu dilakukan supaya semua pendapat dapat
diperhalusi dan seterusnya keputusan dibuat dengan mengambil
kepentingan yang lebih besar dan secara tidak langsung dapat
mengwujudkan satu suasana yang lebih jelas antara pihak – pihak
yang bertentangan pendapat pada sebelumnya terhadap keputusan
yang diambil.
4. Prihatin. Pemimpin pendidikan yang berkualiti dan berkesan sentiasa
prihatin dengan subordinatnya seperti kebajikannya, hal ehwal
sekolahnya, kakitangannya, murid - muridnya sehinggalah ketika
hendak membuat keputusan yang melibatkan subordinat dan
sebagainya.
5. Anjakan paradigma. Pemimpin yang kreatif dan mempunyai idea –
idea yang baik untuk menyelasaikan masalah juga membuat
perubahan kepada sesuatu budaya yang lebih produktif.

Disediakan oleh,

Kumpulan 1, SKSK.
1. En. Mohd Razin Bin Supangat
2. Pn. Sarinah Bt Md. Jamin
3. Cik Shazana Bt. Mohamed Sa’ad