Anda di halaman 1dari 2

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

1. Mempunyai sifat malas yang menjadi musuh utama kejayaan.


2. Tidak bermotivasi.
3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa
depan.
4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
5. Tidak bersedia dan tidak memberi tumpuan semasa pembelajaran dalam bilik
darjah.
6. Tiada perancangan khas untuk belajar dengan berkesan.
7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perkara
yang tidak baik.
8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir
peperiksaan.
9. Selalu datang lewat ke sekolah .
10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses
pembelajaran.
13. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam
pendidikan.
14. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah diri.
15. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar.
Tidak boleh
berdikari.
16. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
17. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
18. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari
ilmu.
19. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi
pelajaran.
20. Tidak menghormati ibu, bapa dan guru guru.
21. Tidak mahu mengambil bahagian dan kurang aktif semasa aktiviti
pembelajaran di dalam kelas.
22. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan.
23. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah.

24. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.


25. Malu untuk bertanya atau membincangkan masalah dengan guru dan ibubapa.
26. Selalu membazir masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
27. Suka tidur dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai