Anda di halaman 1dari 24

UICI1012 - TAMADUN ISLAM

DAN TAMADUN ASIA


Islam dan Hak Asasi Manusia
PENSYARAH : DR. AHMAD MARZUKI MOHAMAD

NAMA AHLI :
Nurul Hidayah Binti Anuar SX140056CSJS04
Nur Shuhada Binti Zainol

SX140102CSRS04

Mastura Binti Ab Rahim

SX140085CSRS04

Nur Syuhada Binti Zulkifli

SX140104CSVS04

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan........

2. Objektif..

3. Hak Asasi Manusia dalam Islam

3.1. Hak Hidup...

2-3

3.2. Hak Kebebasan...

3.3. Hak Kehormatan.

3-4

3.4. Hak Persamaan...

4-5

3.5. Hak Milik

3.5.1. Hak Milik Allah..

3.5.2. Hak Milik Individu.

3.5.3. Hak Milik Masyarakat

4. Hak-Hak Lain...

4.1. Hak Warganegara...

4.2. Hak Asasi dan Warganegara Malaysia...

4.2.1. Kebebasan Diri 6


4.2.2. Pengabdian dan Kerja Paksa.

4.2.3. Perlidungan daripada Undang-Undang Jenayah yang Berkuat Kuasa Kebelakangan


dan Perbicaraan Berulang..........

4.2.4. Hak Persamaan 7-8


4.2.5. Kebebasan Bercakap, Berhimpun, dan Menubuhkan Persatuan

4.2.6. Kebebasan Agama..

4.2.7. Kebebasan Berpolitik..

4.2.8. Hak-Hak Berkenaan dengan Pendidikan....

10

4.2.9. Hak Terhadap Harta....

10

4.3. Hak Berperang....

10

4.3.1. Sebab-Sebab Pergi Berperang. 10-11


4.3.2. Etika Moral Peperangan..

11

4.4. Hak Pendidikan...

11-12

4.5. Hak Mendapat Pekerjaan....

13-14

4.6. Hak Alamiah.......

14

4.6.1. Hidup..

14-15

4.6.2. Kebebasan Peribadi.

15-16

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

4.6.3. Kebebasan Beragama..

16

4.6.3.1.

Kebebasan Beragama dalam Konsep Islam...

16-17

4.6.3.2.

Kebebasan Beragama dalam Konsep Bertamadun....

17

4.7. Hak dan Tanggungjawab Pemimpin dan Rakyat

18

4.7.1. Hak dan Tanggungjawab Pemimpin...

18-19

4.7.2. Hak dan Tanggungjawab Rakyat...

19

5. Konklusi....

20

6. Rujukan.....

21

6.1. Rujukan Buku.

21

6.2. Rujukan Internet.

21

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

1. Pengenalan
Manusia sebagai hamba telah dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Setiap
individu berperanan memainkan kedua-dua fungsi manusia yang dijadikan oleh Allah SWT.
Berasaskan kepada kepentingan inilah maka Islam telah menetapkan hak yang sewajarnya daripada
pelbagai aspek kehidupan manusia.

Pengiktirafan hak asasi manusia dalam Islam bermula sejak penurunan wahyu kepada Nabi
Muhammad SAW. Islam mengiktiraf dan mengakui beberapa hak dan peruntukan asas bagi manusia
sebagai makhluk Allah SWT. Hak tersebut seperti peruntukan untuk hidup, bebas berfikir, memilih
kepercayaan dan agama, bersuara, mencari ilmu pengetahuan, pemilikan, jaminan hidup dan lain-lain
lagi. Dengan kata lain, setiap manusia walau apapun agama, warna, keturunan, warganegara, asal,
bahasa dan sebagainya, mereka berhak memilih hak asasi tersebut. Hak ini perlu diakui oleh setiap
manusia atau orang Islam dan menjadi kewajipan setiap individu untuk memenuhi dan melaksanakan
tuntutannya.

Hak dan tanggungjawab adalah dua hukum yang berlainan tetapi sebahagian umat Islam tidak
memahaminya malah mungkin akan bertukar maksud antara keduanya. Hak ialah sesuatu yang
menjadikan keperluan wajib yang perlu dipenuhi. Manakala tanggungjawab pula ialah bebanan yang
dipikul untuk memenuhi hak tersebut (Ahmad Baei Jaafar, 2012). Sebagai contoh dalam konsep
kepimpinan rumahtangga, seorang suami mempunyai hak atau keperluan yang wajib dipenuhi, seperti
hak untuk dihormati, disayangi, dihargai, ditaati dan dilayani. Maka untuk memenuhi hak ini, seorang
isteri mempunyai tanggungjwab yang perlu dipikul seperti meminta izin sebelum keluar rumah,
menerima seadanya pemberian suami, mentaati suami selagi tidak melanggar hukum syarak serta
tidak meninggalkan tempat tidur suami (Ahmad Baei Jaafar, 2012).

2. Objektif
Mengupas dengan lebih lanjut lagi tentang Islam Dan Hak Asasi Manusia bagi kefahaman diri
sendiri, rakan sekelas, dan masyarakat supaya apa yang telah dipelajari di dalam kelas dapat
dipraktikkan di luar kelas justeru memberi impak positif dalam kehidupan harian.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

3. Hak Asasi Manusia Dalam Islam


Islam telah menetapkan beberapa peruntukan dan hak umum bagi setiap manusia yang harus
ditegakkan dan dihormati dalam setiap keadaan, masa dan tempat. Sekalipun dalam keadaan tidak
aman atau dalam peperangan, Islam telah membataskan hak setiap individu yang terlibat. Tidak ada
unsur penindasan terhadap kaum yang lemah seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, orang sakit dan
sebagainya. Mereka diberikan hak yang sewajarnya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak. Semua hak
ini diberikan berdasarkan status mereka sebagai manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
Khutbah Nabi Muhammad SAW semasa baginda menunaikan haji yang terakhir (haji wadda)
dengan jelas memperlihatkan betapa pentingnya hak asasi manusia ini dipatuhi oleh setiap individu.
Dengan khutbah yang bermakna ini, Rasulullah SAW telah mengingatkan umat Islam terhadap hak
asasi yang diperuntukkan oleh Allah kepada manusia dengan menegaskan bahawa hidup dan harta
benda adalah hak setiap manusia dan Islam menegah sesiapa sahaja yang mencerobohinya. Begitu
juga hak terhadap kehormatan dan maruah setiap manusia yang perlu dipelihara oleh setiap individu.

Secara umumnya, hak dan peruntukan asas yang diberikan oleh Islam kepada semua manusia dapat
dirangkumkan dalam empat perkara utama, iaitu hak hidup, hak kebebasan, hak kehormatan dan juga
hak milik. Perkara ini dijelaskan di dalam huraian yang berikutnya :

3.1. Hak Hidup


Hak untuk hidup bagi setiap manusia ialah hak yang dijamin oleh Allah SWT selaku Pencipta.
Dialah sahaja yang berhak menentukan hak hidup atau mati setiap insan dan hak ini tidak boleh
dicabar oleh sesiapa pun melainkan dengan kebenaran yang diizinkan-Nya. Oleh sebab itu,
membunuh adalah satu perbuatan salah dan keji yang dikira sebagai jenayah berat dan dosa besar
walaupun membunuh diri sendiri. Kesalahan membunuh tanpa ada kebenaran boleh dijatuhkan
hukuman qisas, iaitu dihukum dengan hukuman bunuh balas.

Allah menjamin kehidupan, diantaranya dengan melarang pembunuhan dan menjatuhkan hukan
qisas ke atas pembunuh. Malah Allah melarang kita daripada berkata buruk terhadap mereka
yang telah meninggal dunia,Janganlah kamu mencaci maki orang yang sudah mati. Sebab
mereka telah melewati apa yang telah mereka kerjakan. (Hadis Riwayat Bukhari)

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Oleh itu, hak hidup merupakan peruntukan yang disediakan oleh Allah kepada setiap manusia
dan perlu dihormati oleh setiap individu.

Hak paling asas bagi setiap manusia. Manusia wajb memelihara kehidupannya.

Hanya Allah yang berhak menentukan hak hidup atau mati seseorang.

Jenayah bunuh akan dikenakan hukuman qisas.

3.2. Hak Kebebasan


Hak kebebasan dalam Islam merangkumi satu skop yang amat luas melibatkan kebebasan
bersuara, berfikir, memilih, bekerja, beragama dan lain-lain yang diharuskan dalam Islam. Islam
memberikan hak bersuara dan mengemukakan pendapat atau pandangan kepada semua orang
selagi kebebasan tersebut digunakan untuk menegakkan dan menyebarkan kebenaran dan
kebajikan, bukannya untuk menyebarkan kerosakan, kejahatan dan kebatilan. Islam juga
memberi hak kebebasan berkeyakinan dan beragama kepada Allah SWT.

Walaupun Allah hanya mengakui bahawa Islam sahajalah satu-satunya agama yang sebenar,
diakui dan diredhai oleh-Nya, tetapi hak kebebasan untuk berkeyakinan masih diberikan kepada
setiap individu. Islam juga memberikan hak kebebasan untuk berfikir atau mendapatkan ilmu
pengetahuan dalam kalangan manusia. Islam menentang kejahilan dan mengajak manusia
memerangi kejahilan kerana kejahilan boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Atas dasar
inilah Islam menuntut setiap penganutnya menuntut ilmu pengetahuan. Hak untuk belajar dan
menuntut ilmu pengetahuan ini diberikan kepada setiap lelaki ataupun perempuan. Tiada
perbezaan hak antara seorang lelaki dan perempuan.

Hak bersuara dan memberikan pandangan selagi mana ianya membawa kepada
kebenaran dan kebaikan.

Kebebasan berkeyakinan dan beragama.

Hak kebebasan berfikir dan mendapatkan ilmu pengetahuan.

3.3. Hak Kehormatan


Allah SWT Pencipta Yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik
makhluk-Nya di dunia ini dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa
diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaanya. Kehormatan bagi setiap manusia
menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan
maruah, habuan dan sebagainya.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Manusia dikurniakan hak kehormatan dan maruah yang perlu dijaga dan dipelihara sebaiknya
oleh semua pihak. Manusia sendiri dikehendaki menjaga hak kehormatan ini agar tidak terjatuh
ke tempat yang rendah dan hina (asfala safilin). Kehormatan yang dimiliki oleh setiap individu
memerlukan setiap orang mendapat hak dan tanggungjawab yang sama terhadap penjagaan nilai
kehormatan dan maruah. Seseorang tidak boleh memperkecil-kecilkan orang lain dengan
merendah-rendahkan kedudukan mereka bagi menjaga nama baik, maruah diri dan keturunan.

Jaminan ini telah disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis ketika berpidato dalam
Hajjatul Wida di Padang Arafah seperti diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud :
Sesunggunnya nyawa, harta dan kerhormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji
ini (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Islam juga telah memberikan penghargaan khusus terhadap kehormatan, maruah dan kesucian
Islam. Islam memberikan hak kehormatan dan maruah kepada wanita yang harus dipelihara dan
dijaga oleh semua pihak. Untuk itu, undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan
munakahat (nikah kahwin) telah dijelaskan dengan lengkap semata-mata untuk menjamin
keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala bentuk larangan dan pengharaman ke atas
perkara-perkara negatif seperti penzinaan, seks bebas, hubungan luar tabii seperti liwat dan
seumpamanya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada
sifat-sifat kebinatangan.

Setiap manusia berhak mendapat hak penjagaan nilai kehormatan dan maruah diri.

Sebarang bentuk penindasan adalah dilarang seperti; memperdagangkan wanita dan


menjadikan mereka sebagai hamba seks

3.4. Hak Persamaan


Pembahagian manusia kepada kaum dan bangsa bukan bermaksud bahawa satu bangsa merasa
lebih unggul daripada yang lain atau satu bangsa dapat memperlakukan bangsa lain dengan
menghina, atau menganggapnya bangsa yang tiada nilai dan boleh dirampas haknya dengan
begitu sahaja. Perbezaan status manusia di sisi Allah SWT adalah berasaskan siapa yang lebih
bertaqwa dalam kalangan manusia. Islam tidak membezakan manusia dari sudut kedudukan dan
pangkat mereka semata.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Islam tidak bertolak ansur dengan hak persamaan yang semestinya dimiliki oleh setiap individu
tidak kira sama ada rakyat biasa, orang kenamaan, atau mempunyai pangkat dan kedudukan
yang tinggi.

Manusia adalah sama, tiada perbezaan dari segi darjat, keturunan, warna kulit, bangsa
dan jantina

Perbezaan status manusia di sisi Allah SWT adalah berasaskan takwa (al-Quran
49:13)

3.5. Hak Milik


Allah secara tegas melarang manusia mengumpulkan harta dengan cara yang salah. Islam
memberikan hak kebebasan kepada manusia dalam pengumpulan harta, namun perlu
membezakan antara cara yang halal dan haram.

3.5.1. Hak Milik Allah


Semua yang ada di muka bumi adalah milik Allah SWT. Segala kekayaan hakikatnya
adalah hak milik mutlak Allah SWT. Manusia hanyalah ditugaskan sebagai pemegang
amanah dan harus memanfaatkan harta dengan matlamat beribadat kepada Allah.

Menurut ajaran Islam, Allah SWT adalah pemilik yang sesungguhnya dan mutlak atas
alam semesta. Allah lah yang memberikan manusia kurnia dan rezeki yang tak terhitung
jumlahnya.

3.5.2. Hak Milik Individu


Hak milik individu adalah hak syara untuk seseorang, sehingga orang tersebut boleh
memiliki kekayaan yang bergerak mahupun kekayaan tetap. Dalam Islam, manusia
mempunyai tanggung jawab secara individu dan kolektif dengan syara menjadi acuan
dalam penetaannya. Masyarakat dalam ajaran Islam memiliki kepentingan individu,
sehingga memunculkan keperluan natural dari para individu.

Dari segi lain, terdapat keperluan-keperluan individu yang tidak dapat diusahakan sendiri
melainkan harus diusahakan secara kolektif iaitu secara bermasyarakat. Hak individu
terhadap harta terbatas dan sebahagiannya perlu dimanfaatkan untuk masyarakat.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

3.5.3. Hak Milik Masyarakat


Hak milik masyarakat pula adalah berkait rapat dengan

perlaksanaan zakat. Zakat

merupakan harta yang wajib dikeluarkan untuk membantu masyarakat yang lebih
memerlukan.

4. Hak- Hak Lain


4.1. Hak Warganegara
Hak warganegara ialah satu hak yang ditetapkan kepada rakyat yang berada di bawah
pemerintahan kerajaan Islam. Antara hak warganegara yang diperuntukkan dalam Islam ialah ;

Hak keamanan untuk hidup, hak pemilikan harta benda, perlindungan terhadap
kehormatan diri dan maruah

Hak kebebasan bersuara dan mengemukakan pandangan


Hak kebebasan mengamalkan agama
Hak mendapat keadilan dan berpolitik
4.2. Hak Asasi dan Warganegara Malaysia
Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut ;

4.2.1. Kebebasan Diri


Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya
kecuali menurut undang-undang. Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis
lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret untuk
mendapatkan perintah tahanan.

Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang
sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh dan dia hendaklah
dibenarkan berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oleh peguan itu. Jika
seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang,dia boleh
memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

4.2.2. Pengabdian dan Kerja Paksa


Kebebasan manusia turut membawa maksud bahawa tiada pengabdian seseorang ke atas
seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah SWT. Sebab itu syariat
Islam mewajibkan hanya Allah SWT sahaja Tuhan yang wajib dan layak disembah.
Setiap orang Islam hendaklah bebas daripada sebarang unsur kezaliman yang
mengongkongnya. Islam menyifatkan bahawa pengabdian kepada hawa nafsu adalah
sejahat-jahat penghambaan.

Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.

Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang,
membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

4.2.3. Perlindungan Daripada Undang-Undang Jenayah yang Berkuat Kuasa


Kebelakangan dan Perbicaraan Berulang
Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari
ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam
beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara.

Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau


ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa
perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.

Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau


disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana
kesalahan itu.

4.2.4. Hak Persamaan


Persamaan merupakan prinsip utama di dalam sistem politik Islam bagi menjamin
wujudnya keadilan. Ia menjadi prasyarat bagi keadilan, yang tidak akan sempurna di
dalam negara Islam jika sekiranya kerajaan tidak mengamalkan konsep persamaan dalam
kalangan rakyatnya. Justeru itu, kerajaan Islam mestilah melaksanakan dasar yang
samarata terhadap rakyatnya dari segenap aspek undang-undang, sosial, pendidikan,
politik dan terutamanya di dalam mengecapi hak-hak asasi, tidak kira sama ada lelaki
atau wanita, Islam atau bukan Islam.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Manakala, konsep eglitarian atau lebih difahami dengan maksud sama-rata yang terdapat
dalam Islam, tidak menerima kewujudan kelas hamba dalam masayarakat.

Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Semua warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum,


keterunan, atau tempat lahir.

4.2.5. Kebebasan Bercakap, Berhimpun, dan Menubuhkan Persatuan


Di dalam kerajaan Islam, kebebasan individu untuk memberikan pendapat merupakan
hak individu yang amat penting. Kerajaan tidak boleh menyekatnya dan individu juga
tidak boleh bertolak ansur di dalam mendapatkan hak tersebut. Kebebasan mengeluarkan
pendapat ini amat penting kerana ia merupakan pengiktirafan kepada manusia dan
pendapatnya. Ia juga amat penting kerana mendorong manusia menunaikan
tanggungjawabnya kepada Islam. Bagaimanapun kebebasan berfikir dan bersuara ini
terikat kepada beberapa pembatasan iaitu:

Tujuan yang baik dan niat yang ikhlas. Hak kebebasan ini digunakan untuk
mendapat keredhaan Allah. Ini hanya akan berlaku dengan menjadikan
kebebasan berfikir dan bersuara ini sebagai alat untuk mendapatkan hak,
membela masyarakat serta memberi nasihat kepada umat Islam secara umum dan
kepada para pemimpin secara khusus sejajar dengan perintah Allah.

Tidak menggunakan idea dan pemikiran tersebut ke arah kemaksiatan, fitnah,


dusta ataupun mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam terutamanya dalam
hal-hal yang berkaitan dengan aqidah dan syariat. Sebaliknya ia mestilah
digunakan untuk membawa masyarakat kepada peningkatan iman, ilmu,
motivasi, daya juang, pembangunan tamadun kemanusiaan yang unggul.

Amar Maruf dan Nahi Munkar merupakan suatu kewajipan yang penting di dalam Islam.
Ia tidak dapat dilaksanakan tanpa kebebasan memberikan pendapat. Oleh sebab itulah
pemerintah di dalam negara Islam hendaklah memberikan penumpuan untuk mendidik
rakyatnya supaya bebas berfikir dan memberikan pendapat.

Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.

Setiap warganegara berhak berhimpun dengan aman.

Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

4.2.6. Kebebasan Agama


Walaupun Islam adalah agama rasmi dan raja adalah ketua agama, hak dan keperluan
agama lain tidak pernah dipertikaikan. Sebagai contoh disamping terdapat masjid yang
menjadi tempat ibadat bagi orang Islam kerajaan Malaysia membenar rumah-rumah
ibadat bagi kaum Cina, India, Siam dan lainnya dibina di sini demi kepentingan bersama
dan mengelak rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Semua agama menerapkan nilai nilai baik untuk di hayati dan sebagai panduan
hidup.

Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

4.2.7. Kebebasan Berpolitik


Kebebasan berpolitk adalah asas kepada kejayaan sesebuah kerajaan. Ia juga merupakan
sumber kekuatan dan kemajuan umat. Dengan kebebasan berpolitik, kemuliaan dan
kehormatan manusia dapat dipelihara, nilai-nilai dan akhlak mulia dapat berkembang,
pemikiran dan kebijaksanaan manusia bebas terbuka, keadilan terpelihara, kebahagiaan
dan kemakmuran akan menguasai negara. Dengan itu manusia akan hidup bahagia dan
kehidupan itu akan terasa kemanisannya.

Islam telah memberikan kebebasan berpolitik kepada individu. Sirah Rasulullah SAW
telah membuktikannya. Islam mengajar bahawa negara yang lahir ke dunia bukanlah
kerana keistimewaan orang tertentu. Sebaliknya, ia lahir bersama kelahiran agama Islam
di dalam masyarakat jahiliyyah yang jahil erti negara, dasar pemerintahan dan prinsip
siasah. Seorang ketua negara tidak akan memegang kuasa pemerintahan kecuali dengan
pemilihan daripada umat. Perlantikannya bertujuan untuk memelihara agama dan
kepentingan ummah.

Secara ringkasnya kebebasan berpolitik ialah masyarakat berhak untuk memilih


pemimpin dan berhak untuk dipilih menjadi pemimpin. Ia termasuk juga hak untuk
menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dalam negara. Islam memberikan hak ini
kepada semua rakyat yang berkelayakan dalam negara Islam. Orang-orang kafir dhimmi
pun dibenarkan untuk menjawat jawatan awam dan menjadi seorang menteri dalam
negara Islam.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

4.2.8. Hak-Hak Berkenaan Dengan Pendidikan


Bagi membangunkan sebuah negara yang cemerlang pendidikan dijadikan asas utama.
Namun, masyarakat hendaklah mengambil tahu tentang hak-hak berkenaan dengan
pendidikan :

Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan


agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir.

Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan


institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu.

4.2.9. Hak Terhadap Harta

Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau


menggunakan harta dengan paksa pampasan yang mencukupi.

4.3. Hak Berperang


Perang dalam Islam memiliki makna yang spesifik yang berbeza dengan makna bahasanya.
Dalam erti kata yang lain, perang adalah mengangkat senjata untuk melawan atau memerangi
orang-orang kafir dalam rangka membela kehormatan Islam dan kaum Muslimin. Justeru, perang
haruslah dilakukan semata-mata dengan niat untuk menegakkan kedaulatan Islam, dan bukannya
niat untuk menguasai sesebuah negara untuk mengambil hartanya.
Tambahan, Perang dalam Islam diertikan sebagai Qitalu al-Kuffari fi Sabilillahi li Ilai
Kalimatillah, iaitu memerangi orang-orang kafir dijalan Allah dalam rangka meninggikan
kalimah Allah SWT.

4.3.1. Sebab-Sebab Perginya Peperangan


Allah memerintahkan kita untuk mengelak daripada berlakunya peperangan, dan mencari
penyelesaian secara damai. Rasulullah SAW bersabda, Adakah tidak mahu bertemu
dengan musuh, tetapi jika anda bertemu dengan mereka, bersabarlah (Riwayat Muslim)

Antara sebab orang Islam melancarkan perang adalah penting untuk memelihara hak
asasi manusia dan maruah. Maksud ini jelas ditekankan di dalam al-Quran apabila Allah
menerangkan jenis perang yang Beliau jelaskan dengan melampirkan sifat (fi sabi lilllah)

10

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

yang bererti demi Allah. Justeru, ini membawa maksud di mana peperangan yang
berlaku bukan untuk kepentingan atau keuntungan peribadi tetapi dijalankan untuk nilai
kemanusiaan dan kepentingan umum.

Antara sebab-sebab digalakkan untuk pergi berperang di dalam Islam adalah untuk
mempertahankan hidup seseorang daripada pencerobohan. Ini adalah hak asasi manusia
yang diguna pakai ke atas umat Islam dan juga bukan Islam. Selain itu, melindungi tanah
air dan membantu orang Islam yang ditindas di seluruh dunia serta menjamin kebebasan
dan menyebarkan mesej Islam.

4.3.2. Etika Moral Peperangan


Adalah wajib bagi tentera untuk mematuhi etika peperangan yang telah ditetapkan.
Hanya musuh-musuh sahaja yang diperangi. Dalam peperangan, Nabi menemukan
mayat wanita yang menggeletak di atas tanah. Nabi mengamat-amatinya kemudian
bersabda: Dia tidak ikut berperang, mengapa dibunuh? Daripada pernyataan Nabi ini,
para hukum berpendapat bahawa musuh yang bukan penyerang tidak boleh dibunuh.

Sehubungan itu, golongan musuh dalam kalangan wanita, kanak-kanak dan orang tua
tidak boleh dibunuh atau dicederakan malahan, tawanan perang tidak boleh dikasari dan
dibunuh. Rasulullah SAW melarang membunuhan terhadap seorang tawanan yang
tertangkap dalam keadaan tangannya masih terikat.

Kaum Muslimin juga telah diberi instruksi oleh Raulullah SAW bahawa apabila mereka
memasuki daerah musuh, mereka tidak boleh melakukan pencerobohan, rompakan atau
kerosakan terhadap rumah (tempat tinggal), atau merampas harta benda sesiapa pun,
kecuali barang-barang milik tentera yang sedang berperang dengan mereka.

4.4. Hak Pendidikan


Islam memberi hak kepada setiap individu untuk mendapatkan ilmu dan pelajaran sejauh
kemungkinan-kemungkinan dan situasi-situasi yang tersedia baginya, serta bakat yang ada
padanya. Bahkan Islam beranggapan bahawa menuntu ilmu dan pelajaran adalah fardu atas
setiap individu dalam batas-batas yang lazim, baik mengenai urusan-urusan agamanya mahupun
perkara dunianya.

11

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Dan dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda:


Menuntu ilmu adalah suatu kewajipan atas tiap-tiap muslim lelaki-lelaki dan perempuan.

Ayat-ayat Al-Kitabulkarim yang mula-mula turun kepada Rasul SAW sendiri memuat
pengagungan terhadap ilmu dan menempatkannya pada kedudukan pertama di antara nikmatnikmat Allah Taala atas manusia.
Di antara bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan-Nya:
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan
perantaraan kalam (tulis-baca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya. (Q.S Al-Alaq: 3-5)
Dan sabda Rasul SAW: Orang-orang yang berilmu (ulama) adalah pewaris para nabi.

Islam mengajurkan pula merantau menuntut ilmu, apabila di negerinya sendiri tidak menemui
jalan untuk mencapai ilmu yang ingin dicapainya. Sabda Nabi SAW : Tuntulah ilmu sekalipun
di negeri Cina.

Ayat-ayat pertama Surah ini (ayat 1-5) adalah ayat-ayat yang mula-mula turun dari al-quran.
Dan berkatalah Ibnu Khaldun: Sesungguhnya merantau dalam menuntut ilmu dan bertemu
dengan guru adalah menambah kesempurnaan belajar.
Orang yang mahu membaca kitab-kitab biografi Kufiyatul Ayan , Thabaqatul Athibba, dan
Tarikhul Hukamaa akan mendapati sejumlah mahasiswa muslim yang meninggalkan tanah
airnya dan menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk menuntut ilmu. Mereka sabar
menanggung kerinduan dan kesulitan di perjalanan dan mereka tetap memenuhi ajaran-ajaran
Islam dan melaksanakan petunjuknya. Sekalipun Islam mempunyai perhatian yang besar
terhadap ilmu-ilmu agama dan hal-hal yang berkaitan dengannya, tetapi di samping itu Islam
menganjurkan untuk mencari ilmu-ilmu, kepandaian-kepandaian dan hasil-hasil budaya manusia
dengan bermacam-macam cabangnya.

Oleh kerananya, banyaklah muncul para cendikiawan muslim dalam cabang-cabang ilmu ini.
Dan mereka telah mengarang beberapa kitab berharga mengenai berbagai displin ilmu sehingga
tidak ada satu cabang imlu pun yang mereka tinggalkan.

12

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

4.5. Hak Mendapat Pekerjaan


Islam memberi hak kepada tiap-tiap individu untuk melakukan pekerjaan apapun yang halal
yang dapat menghidupinya, sejauh dia cakap melakukannya. Islam benar-benar telah
menganjurkan orang bekerja, tidak kira bagaimana sekalipun pekerjaan itu, selagi ianya
termasuk pekerjaan-pekerjaan yang halal.
Firman Allah Taala: Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di
segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. (Q.S. Al-Mulk: 15)
Dan Al-Quran menyuruh mereka yang melakukan solat Jumaat agar jangan lama-lama tinggal
di dalam masjid, dengan segera kembali kepada pekerjaan mereka masing-masing sehabis selesai
menunaikan kewajipan itu. Bahkan Islam telah memberikan kebenaran melakukan pekerjaaanpekerjaan perdagangan dan lain-lain di tengah menunaikan haji.

Tentang ayat ini para ahli tafsir berkata, bahawa ayat ini menganjurkan untuk melakukan sebabsebab memperoleh rezeki dan melaksanakan pekerjaan-pekerjaan perdagangan dan lain-lain
walaupun pada musim-musim haji.
Sabda Rasul SAW : Tidak seorang pun di antara kamu sekalian yang memakan sesuatu
makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri

Para sahabat, baik Muhajirin mahupun Ansar telah mengerjakan urusan-urusan perniagaan dan
pekerjaaan-pekerjaaan lain dengan tangan mereka sendiri, di samping mereka ikut serta dalam
urusan-urusan peperangan dan menyeru kepada Islam. Mereka masing-masing mempunyai
kebebasan yang mutlak untuk melakukan pekerjaan apapun yang halal yang dapat
menghidupinya selama dirinya mampu melakukannya. Pekerjaan mereka benar-benar telah
diakui oleh Rasulullah SAW. Malahan Abu Bakar Ash-Siddiq sendiri ketika memegang jawatan
sebagai khalifah masih tetap bekerja sebagai pedagang.

Diriwayatkan bahawa setelah Abu Bakar dinobatkan menjadi khalifah, pagi itu dia pergi ke pasar
sedangkan di atas kepalanya bertumpuk kain-kain yang akan diperdagangankannya. Umar bin
Al-Khaththab dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, radhiAllahu anhuma, bertemu dengannya dan
berkata:Bagaimana mungkin engkau lakukan ini, padahal engkau harus memimpin urusan
kaum muslimin? Tetapi dari manakah aku ingin memberi makan kepada keluargaku? jawab
Abu Bakar. Mereka berdua berkata: Engkau telah mendapat bahagian dari Baitul-mal.

13

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Lalu Bakar diberi bahagian dari Baitul-mal yang dapat menutupi keperluan keluarga yang
menjadi tanggungannya sehingga dia dapat sepenuhnya mengurusi urusan-urusan khalifah.

4.6. Hak Alamiah


Istilah natural right berasal dari konsep John Locke (1632-1704) mengenai hak-hak alamiah
manusia. John Locke menggambarkan bahawa kehidupan manusia yang asli sebelum bernegara
memiliki hak-hak dasar perorangan yang alami. Hak-hak alamiah tersebut merupakan hak yang
tidak dapat diabaikan iaitu hak untuk hidup, hak kebebasan beragama dan hak peribadi. Setelah
bernegara, hak-hak dasar itu tidak lenyap tetapi justeru harus dijamin dalam kehidupan
bernegara.

4.6.1. Hidup
Allah SWT selaku pencipta Yang Maha Berkuasa keatas sekalian alam ini telah
mengurniakan kepada semua makhuk-Nya tentang kehidupan. Tiada sesiapa berhak
mencabar hak kehidupan yang telah Allah SWT kurniakan kepada semua makhluk-Nya.
Allah SWT telah menegaskan dalam firmanNya daripada Surah Al-Hijr (ayat 23) :
Ertinya : Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan
Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.

Kefahaman daripada dasar yang pertama ini ialah apabila seseorang itu menceroboh atau
menggangu hak kehidupan orang lain, ini bermakna ia telah menceroboh masyarakatnya.
Allah swt telah berfirman dalam al-Quran surah Al-Maidah (ayat 32) :
Ertinya : Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan
atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada
alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di
muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang
menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga
keselamatan hidup manusia semuanya. dan demi sesungguhnya, telah datang kepada
mereka rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; Kemudian,
sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orangorang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.

14

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Oleh yang demikian seseorang yang membunuh dirinya atau membunuh orang lain,
dikira sebagai telah melakukan satu jenayah sosial yang besar dosanya kerana telah
melawan qada Allah SWT.

Berpandukan kepada keterangan-keterangan di atas, dapatlah difahami bahawa :

Segala urusan yang membawa kepada pemeliharaan nyawa seperti menjaga


kesihatan, melawan penyakit berjangkit, melawan wabak dan seumpamanya
adalah wajib di dalam Islam.

Setiap perkara atau tindakan yang membawa kepada kerosakan atau


memudharatkan tubuh badan manusia atau yang boleh mengacam nyawa seperti
meminum minuman keras (arak), menghisap dadah, menghidu gam, meminum
air daun ketum, mengambil syabu, dan yang seumpama dengannya adalah haram
disisi Islam.

Setiap perkara yang bermatlamatkan kepada kesejateraan kehidupan seperti


makan dan minum, pakaian dan seumpamanya adalah harus disisi Islam selama
mana ia tidak bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Setiap perkara yang dilakukan dengan niat untuk menyelamatkan nyawa atau
menyelamatkan diri daripada kematian adalah wajib dilakukan oleh seseorang
yang terlampau dahaga atau lapar yang dikhuatiri akan membawa maut, maka
wajiblah ia minum atau makan makan yang asalnya dilarang atau diharamkan,
sekiranya dengan perbuatan itu dapat dan mampu menghindarkan dirinya dari
kematian.

4.6.2. Kebebasan Peribadi


Kebebasan peribadi bermaksud hak individu untuk bergerak bebas dan hak mendapatkan
perlindungan daripada sebarang pencerobohan. Individu tidak boleh ditangkap, dihukum
atau dipenjara kecuali mengikut undang-undang. Kebebasan peribadi juga bermaksud
kebebasan individu untuk keluar masuk negara.

Kebebasan individu dalam pengertian di atas telah dijamin di dalam syariat Islam. Islam
menganggap pencabulan terhadapnya sebagai satu kezaliman. Perbuatan zalim itu pula
dianggap haram. Untuk memelihara kebebasan individu daripada semua bentuk
pencabulan, Islam telah memperuntukkan undang-undang yang melarang pencabulan
terhadap nyawa, anggota dan kehormatan individu.
15

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Kebebasan individu di dalam Islam adalah tidak mutlak. Ia dibatasi oleh peraturanperaturan sejajar dengan sifat semulajadi, keadaan dan peranan manusia di dunia.

Terdapat dua perkara yang mengikat kebebasan manusia :

Ikatan yang bertujuan untuk mengawal tatacara hidup sehingga dengan sekatan
itu manusia tidak akan terjerumus ke dalam jurang yang tidak layak bagi seorang
manusia dan sebaliknya hanya akan menjatuhkan maruah serta kehormatannya.

Ikatan yang bertujuan mengawal hubungan manusia dengan manusia lain di


dalam masyarakat. Sama ada hubungan individu dengan individu, individu
dengan masyarakat, masyarakat dengan individu atau masyarakat dengan
masyarakat. Tanpa pengawalan terhadap hubungan-hubungan ini, hak manusia
akan diabaikan, kezaliman akan berleluasa dan sistem akan kucar-kacir.
Kesemua ini akan membawa kehancuran kepada manusia.

4.6.3. Kebebasan Beragama


Setiap manusia memiliki kepercayaan yang berbeza tentang adanya Tuhan dan berhak
memilih atau menganut agama yang dipercayai. Kebebasan beragama adalah hak setiap
orang.

4.6.3.1. Kebebasan Beragama dalam Konsep Islam


Di dalam al-Quran begitu banyak ayat yang menggambarkan konsep kebebasan
beragama, bahawasanya tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam, salah
satu daripadanya adalah pada surah al-Baqarah, ayat ke-256 yang berbunyi :
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas
jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang
ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah
berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan terungkai. Dan
Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Allah pelindung orang-orang
yang beriman. Dan mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada
cahaya (iman). (Al-Baqarah: 256-257)

16

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Semasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi dengan
Kristian. Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai contoh dalam
Perlembagaan Madinah yang digubal oleh Nabi Muhamad SAW telah memberi
hak-hak dan perlindungan kepada penganut agama Yahudi dan Kristian. Hak dan
kebebasan untuk mengamalkan amalan tuntutan agama masing-masing telah
diberikan.
Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan
Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam
kerajaan Abbasiyah. Penganut agama diberikan kebebasan dalam menjalankan
agamanya, selama tidak mengganggu hak-hak orang lain. Firman Allah yang
bermaksud : Dan seandainya Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua
orang di muka bumi seluruhnya. Maka, apakah kamu (hendak) memaksa
manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya? (Surah
Yunus, Ayat 10:99)

4.6.3.2. Kebebasan Beragama dalam Konsep Bertamadun


Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan
positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China
melalui interaksi ini. Selain itu, melalui perdagangan, penyebaran agama Islam di
negeri China berlaku yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan
China.

Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam


kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam
tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang
dihadapi oleh ajaran agama Buddha.

17

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

4.7. Hak Dan Tanggungjawab Pemimpin Dan Rakyat


Hak (Haq) dan taggungjawab (Masuliyyah) ialah dua dasar penting pemerintahan Islam dan
kedua-duanya ialah saling berkaitan antara satu sama lain. Dalam Islam pemerintah atau
pemimpin dan rakyat mempunyai hak dan taggungjawab tertentu yang masing- masing perlu
diberi dan dilaksanakan.

Hak dan taggungjawab mempunyai asas keagamaan, dan bukan semata-mata terbit daripada
sesuatu kontrak sosial tertentu. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan kedua-duanya mempunyai
landasan dan jaminan keagamaan yang lebih kukuh.

4.7.1. Hak dan Tanggungjawab Pemimpin


Tanggungjawab pemerintah adalah melaksanakan tugas dan merealisasikan matlamat
negara menurut pandangan Islam yang terungkap dalam konsep khilafah yang telah
dijelaskan iaitu hirasat al-din (melindungi agama) dan siyasat al-duniya (mengurus
urusan keduniaan). Dwifungsi ini tidak dapat dipisahkan kerana ia saling berkaitan antara
satu sama lain.

Nabi Muhammad SAW menjelaskan, peranan pemimpin dalam sebuah hadis ertinya,
Tidak ada seorang hamba yang Allah pimpinkan kepadanya orang-orang, dia mati
dalam keadaan ia menipu orang-orang yang dipimpinnya, kecuali Allah telah
mengharamkan atasnya syurga. (Riwayat Muslim)

Tugas pemerintahan juga adalah untuk melaksanakan amanah dan memerintah atau
menghukum dikalangan manusia secara adil. Sasaran penting pemerintahan menurut
pandangan Islam, ialah menjaga kepentingan rakyat dan maslahat ini merupakan
sebahagian daripada maqasid syariah. Dalam hadis juga ada disebut antaranya bahawa
setiap pemerintah bertanggungjawab kepada rakyat.

Pengutamaan kepada kepentingan rakyat dapat dilihat di dalam sejarah, dimana mereka
yang kaya dan senang semasa mula menjadi pemerintah, akhirnya berubah menjadi susah
apabila meninggalkan jawatan mereka, seperti yang berlaku kepada Rasululllah SAW,
Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar al-Khattab dan Khalifah Umar Ibn al-Aziz.
Keadaan ini berlaku oleh sebab perasaan tanggungjawab kepada rakyat mengatasi
kepentingan peribadi.

18

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

Melihat pada zaman moden sekarang, terdapat tugasan-tugasan lain yang perlu dilakukan
oleh pemimpin negara merupakan perkara-perkara positif yang perlu diambil kira seperti
perkhidmatan kesihatan yang baik secara percuma atau dengan harga yang murah kepada
mereka yang kurang berkemampuan, perkhidmatan pendidikan yang baik dalam bidang
ilmu-ilmu agama dan juga ilmu-ilmu rasional, perkhidmatan kerja luar bandar untuk
meningkatkan taraf hidup dan ekonomi, serta mengadakan usaha sama dengan pihak luar
untuk meningkatkan ekonomi negara dari segi perdagangan antarabangsa.

4.7.2. Hak dan Tanggungjawab Rakyat


Menurut panduan Islam, setelah memilih Ketua Negara maka rakyat bertanggungjawab
memberikan ketaatan kepada pemimpin yang dipilih itu. Ketaatan masyarakat kepada
pemimpin adalah wajib selama mana ia tidak bercanggah dengan syariah Islam.

Ketaatan rakyat kepada pemimpin adalah berasaskan firman Allah yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulu al-Amr" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisa (4): 59)

Rakyat perlu bekerjasama dengan para pemimpin untuk memerangi musuh yang
mengancam keselamatan negara. Ini termasuklah menjaga keamanan negara supaya
rakyat dapat hidup dengan aman dan bebas. Rakyat dan pemerintah bertanggungjawab
menyediakan segala kelengkapan dan kekuatan untuk menghadapi musuh-musuh.

Rakyat bertanggungjawab membantu pemimpin dalam menunaikan hak-hak kewangan


kepada Negara. Hak-hak kewangan ini contohnya adalah zakat bagi orang Islam. Allah
berfirman yang bermaksud : Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah
beserta orang-orang yang rukuk (Surah al-Baqarah, Ayat 2:43) Rakyat turut
berkewajipan membantu pemerintah memungut, mengurus dan mengagihkan kutipan
zakat dikalangan umat Islam. Termasuk juga pentadbiran harta iaitu merangka pemberian
daripada harta Baitulmal dengan adil dan saksama tanpa pembaziran dan membuat
pembayaran yang tepat pada waktunya.

19

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

5. Konklusi
Dalam sesebuah negara , masyarakat mempunyai hak-hak tertentu dalam pelbagai aspek seperti hakhak politik, hak sivil dan hak-hak kemanusiaan. Masyarakat juga berhak untuk mendapat kebebasan
dan keadilan daripada pihak pemerintah. Selain iti, masyarakat juga mempunyai tanggungjawab
terhadap pemerintah. Di antara tanggungjawab masyarakat ialah menyokong, mentaati dan membantu
pemerintah dalam perkara-perkara yang selaras dengan hukum syariah. Apabila pemerintah
melakukan kesilapan masyarakat dibenarkan untuk tidak memberikan kerjasama, sebaliknya memberi
teguran, nasihat, bahkan pada tahap tertentu masyarakat dibenarkan untuk menghalang pemerintah
daripada melakukan kezaliman.

Sebagai manusia, menegakkan Hak-Hak Asasi Manusia dalam kehidupan sehari-harian bukan hanya
kita sebagai ahli politik tetapi juga sebagai umat pengikut ajaran agama yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW. Dengan menegakkan Hak-Hak Asasi Manusia ini, kepentingan antara satu sama
lain tidak akan saling luntur sehingga terciptanya hubungan yang harmonis dan saling menghargai.

20

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA


Islam Dan Hak Asasi Manusia

6. Rujukan
6.1. Rujukan Buku :

Zulkifli Haron et. Al. (2011) Tamadun Islam danTamadun Asia (Skudai: Penerbit UTM)

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian
Am Kertas I

Abul Ala Maududi (1976), Hak Asasi Manusia Dalam Islam, Penerbit Pustaka, Bandung

Mashitah Sulaiman & Adibah Sulaiman @ Mohamad (2011), Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (Edisi Lengkap) (Penerbit : USIM)

6.2. Rujukan Internet :

http://affifrosli.blogspot.com/2010/11/hak-asasi-manusia-dalam-Islam-hadis.html

http://bdkbandung.kemenag.go.id/jurnal/259-hak-asasi-manusia-dalam-persfektif-

https://temanteras.wordpress.com/shura/hak-asasi-manusia-dari-perspektif-Islam/

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8431-Islam-dan-perjuangan-sebenar-hak-asasi-

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8431-Islam-dan-perjuangan-sebenar-hak-asasi-

http://www.academia.edu/7070612/Teguh._artikel_HAM_menurut_pandangan_Islam

http://www.slideshare.net/afkarunia/hak-asasi-manusia-menurut-pandangan-Islam

https://bekamazzahra.wordpress.com/tag/

http://prince-mienu.blogspot.com/2010/01/hak-asasi-manusia-ham.html

https://www.scribd.com/doc/173513720/ISLAM-DAN-HAK-ASASI-MANUSIA-doc

https://www.scribd.com/doc/237188938/Hak-Asasi-Manusia

http://www.academia.edu/8418850/E_Book-Tamadun-Islam-Tamadun-Asia-Penuh

http://www.scribd.com/doc/258590673/Tamadun-Islam-Dan-Tamadun-Asia-TITAS-25pdf#scribd

http://www.geocities.ws/farouq1965/TPSM/1a.htm

http://www.pengertianpakar.com/2014/10/pengertian-hak-asasi-manusia-menurut.html#_

http://brainly.co.id/tugas/451766

http://wahyunugraha-eisie.blogspot.com/2009/05/hak-milik-individu-dalam-islam.html

21