Anda di halaman 1dari 6

1.

Perutusan Pengerusi
1.1

En. Kamarul Ariffin selaku pemangku pengerusi Mesyuarat Guru Bil 2/2015 mengalu-alukan kehadiran semua
guru bagi sesi Mesyuarat Guru 2/2015. Beliau memaklumkan tahap kesihatan Guru Besar masih lemah dan
berharap semua guru dapat mendoakan kesihatan Puan Juriah binti Jupri. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan
Al-Faatihah.
Tindakan

2.

Makluman

Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1

Minit Mesyuarat Bil 2/2015 dicadangkan pengesahannya oleh En. Fauzi bin Aziz dan disokong sebulat suara
oleh ahli mesyuarat.
Tindakan

3.

Makluman

Perkara berbangkit
3.1

Perkara 4.3.4 muka surat 4

Jadual Waktu

GPK 1 telah memaklumkan semua jadua waktu persendirian dan jadual waktu kelas telah diedarkan dengan
sempurna seminggu sebelum sesi persekolahan baru bermula.
Tindakan
3.2

Perkara 4.5.2 muka surat 5

Makluman

Fail Pribadi dan Perkembangan Murid 2015

6 Orang Penyelaras Aliran memaklumkan semua guru kelas telah mengemaskini fail pribadi dan fail
perkembangan murid masing-masing bagi sesi persekolahan 2015.
Tindakan
4.

Makluman

Agenda/ Perbentangan
4.1

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN ( PBPPP )


4.1.1

GPK 1 menjelaskan tujuan utama mesyuarat Bil 2/2015 diadakan adalah untuk memberi taklimat
mengenai penilaian yang bakal dijalankan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi guru.
Tindakan

4.1.2

Makluman

En. Kamarul Ariffin bin Ishak menerangkan taklimat tentang PBPPP berdasarkan paparan slide power
points . Maklumat-maklumat berkaitan PBPPP yang diterangkan adalah seperti berikut:
i

PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian sedia ada di KPM yang
digabungkan menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian penggunaan.

ii

PBPPP adalah penilaian baharu memberi fokus kepada elemen


pembangunan
kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira
kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

iii.

Pembangunan instrumen PBPPP berdasarkan Standard Prestasi yang selaras dengan


Government Transformation Programme 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan) dan 5
(Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah).
Tindakan

4.1.3

Makluman

En. Kamarul Ariffin Bin Ishak juga menerangkan tentang Konsep Asas PBPPP yanga akan dinilai oleh
dua Pegawai Penilai berasaskan Instrumen Generik, Instrumen Fungsional dan Instrumen Keberhasilan
seterusnya dibahagikan kepada tiga kategori Prestasi iaitu:
i.

Prestasi Tinggi

(90 100)

ii.

Prestasi Sederhana (60 89.9)

iii.

Prestasi Rendah

(0 59.99)
Tindakan

4.1.4

Makluman

Beliau juga memaklumkan Jawatankuasa PBPPP terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Tiga Ahli
Jawatankuasa dan seorang Urus setia. Urus setia hanya berperanan dalam aspek pengkeranian dan tiada
kuasa mengundi. Jawatankuasa peringkat sekolah rendah,organisasinya adalah seperti berikut :
i.

Pengerusi : Guru Besar

ii.

Setiausaha : Penolong Kanan Pentadbiran

iii.

Ahli

: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Penolong Kanan Kokurikulum,

iv.

Urus Setia : Pembantu Tadbir


Tindakan

4.1.5

Makluman

Beliau juga memaklumkan pihak pentadbir telah melantik beberapa orang guru terdiri dalam kalangan
ketua-ketua panitia untuk membatu proses penilaian.

Tindakan
4.1.6

Makluman

En. Kamarul Ariffin Bin Ishak turut memaklumkan maklumat tentang Pegawai Penilai (PP) dan
Pegawai Yang Dinilai iaitu:
i.

Penilaian adalah fleksibel iaitu sistem penilaian yang tidak terikat kepada sesuatu kaedah
penilaian semata-mata. Penilaian ini dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang berikut :

4.1.7

ii.

Kesesuaian Masa : pagi/ petang/ malam. (bergantung kepada majlis/ program)

iii.

Kesesuaian Tempat : bilik darjah/ makmal/ padang.

iv.

Kepelbagaian Kaedah : semakan bahan/ temu bual/ pencerapan/ pemerhatian.

Tindakan
:
Makluman
Beliau memaklumkan Proses penilaian PBPPP ini melibatkan dua PP, iaitu Pegawai Penilai Satu (PP1)
dan Pegawai Penilai Dua (PP2). Penilaian mesti dijalankan oleh PP yang mempunyai hubungan kerja
dengan PYD.Pemberian markah antara kedua-dua PP kepada PYD adalah sulit. PP1 dan PP2 tidak
boleh berbincang dalam proses pemberian markah PYD.
Tindakan

4.1.8

Makluman

Beliau memaklumkan perlantikan atau penetapan PP perlu berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti yang
berikut:
i.

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang PYD dan mempunyai

kemahiran

menilai secara objektif.


ii.

Sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada pegawai yang dinilai atau Ketua
Organisasi/ Penyelia.

iii.

Tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau perkahwinan antara PP dan
PYD.

4.1.9

En. Kamarul Ariffin Bin Ishak juga memaklumkan

Pegawai Yang Dinilai (PYD) merupakan Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Tindakan : Makluman
4.1.10

En. Kamarul Ariffin Bin Ishak turut memaklumkan maklumat tentang Instrumen dan Wajaran adalah seperti
berikut:
1.

Konsep instrumen adalah :


a.

Dimensi merupakan perkara pokok atau bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh
diukur. Dimensi menggambarkan konstruk yang hendak dinilai.

b.

Elemen ialah bahagian-bahagian bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh
diukur. Elemen adalah pembolehubah bagi sesuatu Dimensi (Konstruk).

c.

2.

Aspek adalah bidang tugas dan tanggungjawab yang dinilai dalam satu tempoh yang
ditetapkan. Aspek merupakan perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen.

Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu Generik, Fungsional dan Keberhasilan.
i. Komponen Generik bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan dimensi, elemen dan aspek yang sama.
ii. Komponen Fungsional bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang tugas masing-masing.
iii. Komponen Keberhasilan bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan peningkatan berasaskan bidang
tugas. (Kumpulan PdP dan PTA).

3.

Beliau turut memaklumkan wajaran markah penilaian bagi instrumen PBPPP


adalah seperti berikut :
a.

Komponen generik mempunyai 3 dimensi iaitu

D1 Dimensi Profesionalisme (20%),


D2 Dimensi Tugasan Tambahan (10%)
D3 - Dimensi Penglibatan (10%)

4.1.11

b.

Komponen fungsional mempunyai 1 dimensi iaitu Dimensi Kemahiran (60%)

c.

Komponen keberhasilan (100%)

Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan wajaran adalah 100% di mana komponen generik dan fungsional
sebanyak 90% sementara komponen keberhasilan adalah sebanyak 10%.
Tindakan : Makluman

4.1.12

Beliau juga turut memaklumkan maklumat tentang Sistem E-Prestasi iaitu :


i.

Aplikasi/ Modul e-Prestasi dibangunkan di bawah peluasan Sistem Maklumat Guru(SMG).

Ii.

Modul E-Prestasi ini boleh dicapai dalam laman sesawang http://apps.moe.gov.my/smg/10/

iii.

Ciri-ciri utama E-Prestasi ini iaitu capaian secara dalam talian melalui Internet, boleh dicapai
menggunakan pelayar web utama, boleh dicapai pada bila-bila masa tertakluk kepada takwim penilaian

yang ditetapkan oleh BPPK, tiada pendaftaran pengguna diperlukan dan pengiraan markah PYD adalah
secara automatik.
Iv.

Modul-modul uatama dalam E-Prestasi adalah :

a)

Pelantikan JK PBPPP di Peringkat Sekolah

b) Penetapan PP1 dan PP2 bagi PYD


c)

Penilaian oleh PP1 & PP2

d) Penyelenggaraan;
- Pelaporan
- Pelarasan Markah
- Semula Kata Laluan
e) Sub Modul Slip Keputusan
Tindakan : Makluman
5.

Hal-hal lain
5.1

GPK Hal Ehwal Murid , Puan Seri Mashayu Bt Abdul Majid mengucapkan tahniah kepada semua guru
yang bersemangat mendengar taklimat PBPPP pada hari ini.
Tindakan :

5.1.1

Makluman

Beliau meminta semua penyelaras memastikan guru kelas mengemaskini Sistem APDM untuk memastikan
kemasukan markah dalam SAPS dapat berjalan dengan lancar.
Tindakan :

5.1.2

Penyelaras

Beliau juga mengarahkan Penyelaras Aliran memastikan guru kelas dalam aliran masing-masing dapat
mengemaskini kehadiran murid dalam sistem APDM.
Tindakan :

Penyelaras

6.

Penutup
En. Kamarul Ariffin Bin Ishak mengakhiri mesyuarat dengan menyeru semua guru bersedia menghadapi PBPPP dengan
memperbaiki prestasi masing-masing demi meningkatkan pencapaian individu dan bidang pendidikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.


Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..

..

( WAN SMARA BINTI CHE WAN MUDA)

(JURIAH BINTI JUPRI)

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai