Anda di halaman 1dari 17

Terapi Seni (Art Therapy)http://sabtuyangindah.blogspot.com/2008/06/pendekatan-psikologi-emosidi-dalam.

html
TERAPI SENI (ART THERAPY) BUAT TIMBALAN DEKAN UPSI DR
ABDUL HALIM HUSAIN, DR AHMAD SUHAIMI MOHD NOOR AMN,
DR MOHD NASIR IBRAHIM, ROSKANG JAILANI, AZAM DUNGUN
DAN SEMUA YANG MENGHARGAI ILMU.
SATURDAY, JUNE 7, 2008
Pendekatan Psikologi ( Emosi ) di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Pengenalan
Tahun 2003 telah menggemparkan lagi masyarakat Malaysia di mana
terdapat dua puluh orang pelajar senior telah membelasah seorang pelajar
junior sehingga merosakkan buah pinggangnya. Tidak lama kemudian lima
orang pelajar dari sekolah berasrama penuh cuba mencederakan guru
mereka dengan senjata yang berbahaya. Tanpa kita sedari, ini hanya secubit
cerita benar yang mendapat paparan umum, sedangkan banyak lagi
permasalahan yang tidak terungkai atau disembunyikan dari pihak berkuasa
kerana ingin menjaga nama baik sesebuah sekolah. Apa yang menjadi tanda
tanya ialah pelajar-pelajar semakin bersikap liar, keras kepala, biadap
sedangkan mereka di dalam sempadan sekolah. Di manakah kerapuhan
pendidkan yang telah kita bina kini? Adalah tidak adil sekiranya
kepincangan ini kita letak di bahu kurikulum, guru atau mahupun pelajar
sendiri. Walaubagaimanapun, kita mesti mencari penawar demi
menyelesaikan masalah sebelum memusnahkan nilai hidup generasi akan
datang.
Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, kita harus meneliti kurikulum
kita yang mana lebih mementingkan kecerdasan IQ. Keputusan kecerdasan
inilah yang diambil kira dalam mengukur dan menilai seseorang. Pelajar
hanya dilihat dari sudut kepintaran sahaja, sedangkan kepintaran itu boleh
diasah. Jika diberi latihan dan praktikal yang banyak seperti latih tubi serta
pendekatan penghafalan pelajar pasti mampu mendapat pencapaian yang
baik.
Howard Gardner di dalam temubualnya dengan NEAtoday Online ( 1999 )
berpendapat bahawa taraf kecerdasan seseorang itu tidak akan mempunyai
nilai sekiranya ia tidak membawa kepada sumbangan terhadap masyarakat
dan budayanya. Kini sampai masanya kita harus menekankan lagi aspek

aspek kepercayaan, keluhuran, kesetian dan nilai-nilai yang baik seperti


yang diikrarkan dalam Rukun Negara..
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia...
Emosi ternyata berdiri sama tinggi dengan intelek ( meliputi hampir
kesemua displin), rohani (keagamaan, moral dan falsafah), jasmani ( sukan,
riadah dan ilmu kesihatan). Ini bermakna domain emosi harus diberi
pemberatan yang sama seperti intelek, rohani dan jasmani.
Hampir semua sekolah-sekolah kini mempunyai kaunselor sendiri. Tetapi,
kaunselor hanya merupakan pihak yang bertanggung jawab menolong
pelajar-pelajar menyelesaikan masalah sedangkan pelajar-pelajar sendiri
tidak mengenal pasti masalah mereka sendiri. Dari aspek psikologi, emosi
dapat memainkan peranan yang penting kerana emosi jualah yang selalu
menjadi punca apabila tingkahlaku menjadi tidak terkawal.
Definisi Kurikulum.
Menurut kamus Oxford Advance Learners also called curricula : The
subject included in a course of study or taught at a particular school,
college...
Kamus Times pula yang diterjemahkan oleh Awang Sudjai Hairul ;
Kurikulum merupakan susunan matapelajaran.
Menurut pendapat Abd. Fatah Hasan (2001) Kurikulum berhubung dengan
nature manusia yang berkerohanian, maka kurikulum mestilah bercorak
membebaskan akal dan
membolehkan seseorang mencapai keperingkat penghabisannya. Perancang
kurikulum mesti memilih pelajaran yang akan melatih akal seperti
membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga mestilah termasuk subjek
kemanusiaan, kesenian, sains dan matematik .
Kumpulan realist memberi pandangan bahawa kurikulum mestilah sesuatu
yang boleh diubah-ubah dan bukannya sesuatu yang tetap. Perbezaan
individu mestilah ditegaskan, bukannya kepuasan yang sama bagi semua

murid.
Psikologi.
Psikologi diistilahkan sebagai ilmu kejiwaan dan berasal dari dua gabungan
perkatan Greek iaitu Psiko dan Logi.
Menurut kamus oxford ; psikologi merupakan sains atau kajian terhadap
minda dan bagaimana ia berfungsi dan melaksanakan tugas. Nota : Psikologi
ialah kajian terhadap tabiat minda, manusia dan haiwan.
Kecerdasan Emosi.
Mengikut Mayer & Salovey (1997), Kecerdasan emosi adalah merupakan
kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan
mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati
dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka
menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan
perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan
pertumbuhan intelek . Konsep ini diperkenalkan oleh Mayer & Salovey
sejak tahun 1990 kemudian dipopularkan dan diperkembangkan lagi oleh
Goleman (1995).
Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak
menggunakan deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman
yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan
kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan pentafsiran. (Prof. Madya Hj.
Iberahim Hassan, 2000 )
Mayer dan Gehr (1996) mendapati bahawa karektor tanggapan dan
pengertian emosi di dalam pelbagai situasi berhubung kait dengan empati
dan keterbukaan perasaan. Penuh pemusatan perbezaan dalam
mengesahkan apa yang dibina.
Keseluruhannya emosi bukan sahaja hanya perasaan dalaman tetapi
mempunyai kecerdasannya yang tersendiri. Oleh itu, wajarlah emosi
diperkawal sebelum emosi yang mengawal diri pelajar.
Matlamat Sukatan Pelajaran 970 STPM Seni Visual.
Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran seni visual bagi membolehkan mereka

(a) mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di institusi
pengajian tinggi,
(b) memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan
dan bidang kerjaya.
Berpandukan matlamat yang kedua, emosi bersamaan dengan pendapat
Mayer & Salovey (1997), emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan
kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia,
merangkumi kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat,
menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan
mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan
apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi
dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai
penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek .
Di dalam sukatan pelajaran ini terdapat lapan objektif yang begitu
menekankan aspek emosi ini untuk mencapai matlamat Seni Visual
antaranya ialah ;
1. (a) memahami akan pengertian , peranan dan sumbangan seni visual
dalam pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat
komunikasi yang berkesan ;
2. (b) memahami akan kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih
luas yang merangkumi aspek estetik dan fungsi , khususnya dalam
peningkatan mutu barangan , industri dan kualiti kehidupan secara
menyeluruh ;
3. (d) meneroka dan memahami pengaruh teknologi terhadap seni visual ;
4. (e) memahami bahawa seni visual adalah satu bentuk komunikasi dan
meneliti secara kritis pelbagai karya seni yang berbentuk komunikasi non
verbal ;
5. (h) menggunakan portfolio bagi merekod idea dan maklumat ;
6. (i) menguji idea dan bahan , menyelesaikan masalah , membuat pilihan ,
mengambil risiko dan mencuba pelbagai cara untuk berkarya ;
7. (j) menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat , bahan dan
teknologi serta kaedah seni dalam penyataan seni visual ;
8. (k) menguasai kemahiran melukis dan menggunakan dalam penghasilan
lukisan serta karya seni visual yang lain ;

Namun di dalam kandungan sukatan pelajaran 970, kewibawaan emosi tidak


dihuraikan terperinci dan dicabar. Emosi dihimpun di bahagian Apresiasi
Seni Visual (m/s 3 Seni Visual Sukatan Pelajaran dan contoh soalan). Di
dalam 216 waktu, hanya 28 waktu untuk bahagian ini dan emosi berkongsi
masa 3.5 waktu dengan kreativiti, sensitiviti dan ekspresi.
Emosi diharap dapat dipertimbangkan di bawah topik Terapi Seni , sesuai
dengan kajian psikologi dan pendekatannya merentasi disiplin Pendidikan
seni visual yang lain. Seperhubungan ini emosi dapat dijadikan kajian
menyeluruh di samping menampung kekurangan modul-modul disiplin lain
dalam membentuk peribadi dan sahsiah generasi akan datang.

Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 )
Cetusan emosi boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini
sangat kuat dalam pewujudan penghasilan sesebuah karya.
Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku dan akan berlaku akan
menghasilkan sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan, berintelek dan
memperkayakan lagi khazanah peradaban negara kita.
Emosi Dalam Pendidikan Seni Visual.
Projek Zero yang diasaskan oleh Howard Gardner berharap dapat
menyelesaikan masalah dengan cadangan antaranya ialah ; Menyiasat
tingkah laku pemikiran, sikap, nilai, tabiat keghairahan minda yang
memainkan peranan dalam berfikir seperti kecenderungan dan kepekaan
pelajar dalam memilih sebab yang sesuai untuk berfikir secara kritis ;
Mereka dan menolong mencerminkan masyarakat sekeliling seseorang dan
menimbulkan, mengeluarkan, menggerakkan dan menggalakkan perbuatan
individu di dalam kumpulan dan masyarakat.
Di dalam bukunya Creative and Mental Growth, Victor Lowenfeld
menggariskan tahap perkembangan seni kanak-kanak ; Pada peringkat kedua
( Preschematic) empat hingga enam tahun, kanak-kanak menggunakan
warna tetapi lebih kepada emosi dari logikal ; Pada tahap ke lima pula (The
Pseudorealistic Stage) Kanak-kanak yang mempunyai daya tampak yang
tinggi mempunyai konsep visual yang sedar akan perubahan warna yang
berlaku pada keadaan yang berlainan, manakala yang kurang daya tampak
melihat warna sebagai alat mencerminkan reaksi emosi pada subjek yang
dihasilkan.

Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ( 2000 ) berpendapat, walaupun manusia


sering berbeza pendapat tentang kepercayaan dan idealogi, tetapi mereka
tetap mempunyai cita rasa yang sama terhadap kedamaian, ketenangan,
kecintaan dan keindahan seperti ketika berada di tasik yang tenang di waktu
senja yang sepi..
Judith Peck (2003) Kajian mengenai produksi seni sebagai suatu bantuan
dalam memahami pengalaman manusia. Pembelajaran ini menaksir
penyelidikan tentang keupayaan perluahan seni visual dalam personaliti dan
tabiat, dan nilai seni visual di dalam menambahkan kualiti kehidupan .
Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran
itu seorang pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai
terapeutik bagi menarik minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan
rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif, aktif, berkeyakinan, emosi yang
stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap. Kesimpulan dari
cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka
dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan
Seni Visual.
Latarbelakang Terapi Seni.
Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen
pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada,
Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini
menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti
universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori
profesional.
Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar
psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi
telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan
lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat
berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis
dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan
klinik yang kemudiannya dilantik
sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini
mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan,
sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap.
Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint
Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat
perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini
sehingga hari ini.

Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya Teori


Perkembangan Kanak-kanak menulis tentang terapi seni ini di mana
kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar
dari ayahnya, mempunyai maksud yang
tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak
itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu
rupa. Victor Lowen Seld
mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan
tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui
kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar
pelajar.
Michael Samuel M. D. Dalam bukunya Art as a Healing Force pula,
sentiasa menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk
menambahkan atau menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil.
Menurut beliau, Seni visual merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan
dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin sahsiah manusia.
Matlamat Terapi Seni
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan
keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam
pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang
kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni
melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck )
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive
Therapist within a school setting is to help student express and contain their
internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.

Objektif Terapi Seni


Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih,
bacaan dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri
dengan isi kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam
karya. Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan
pintu kepada perubahan positif terhadap orang yang memerlukan
pertolongan.
Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk
pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran,

tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata


kasar atau halus.
Fungsi Terapi Seni Di dalam Pemantapan Emosi Pelajar
Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan
dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni
Visual. Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif,
psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu
pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi
dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran
dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.Terapi Seni ini telah menjadi
kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni
masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi
membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha
menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan
kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.
Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi
keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang
yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran,
tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi
merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini
adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan negara
kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi,
berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah
diri yang mantap di samping kestabilan emosi.
Pendidikan Seni Visual merupakan saluran perantara yang sesuai untuk
melaksanakan nilai terapuetik sebagai pemangkin terhadap pemantapan
sahsiah pelajar.
Ibarat Kain putih, kitalah yang dapat mengawal warna warni pada generasi
akan datang. Para pendidik pula sentiasa berusaha untuk melahirkan insan
insan kamil yang berketerampilan sebagai menyahut tuntutan mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selama ini pelajar hanya menjalani pengajaran dan pembelajaran. Para
pendidik lebih mementingkan hasil kedua-duanya teori dan praktikal. Terapi
seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar
yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja
seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat.
Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara
lisan, tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana

fitrah manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi


yang mengganggu dan menakutkannya.
Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai
kecenderongan melukis dan menulis di dinding dinding yang dipanggil
grafitti. Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya
dengan cara ini sahaja
mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada
mereka, dapat menenangkan pemberontakan dalam diri.
Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan insan seperti di
atas mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab.
Atas kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam
kurikulum Pendidikan seni Visual.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya dan ini akan menjadikan peranan
para pendidik lebih berkesan dan efisyen dalam menyalurkan kurikulum
bersepadu bagi melahirkan masyarakat madani di samping memartabatkan
mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual itu sendiri. Perubahan ini dijangka akan memberi kesan yang
besar terhadap sistem pendidikan di negara kita apabila bermula di sekolahsekolah.
Pendekatan Terapi seni Dalam Pendidikan Seni Visual
Rajah A : Hubungan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pendekatan Nilai Terapeutik.
Rajah ini dapat dijelaskan dengan beberapa aspek yang melibatkan
hubungan pelajar dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan
melibatkan perkara-perkara berikut;
i. Pelajar dan Nilai Terapeutik
ii. Guru dan Pelajar
iii. Perubahan sikap pelajar kesan Nilai Terapeutik
iv. Pengurusan Kurikulum
v. Model Terapi Seni dalam perancangan
vi. Aplikasi Terapi seni dalam perancangan dan pengawalan
Dalam konteks membangunkan model Kurkulum Bestari Pendidikan Seni
Visual, beberapa keperluan asas perlu diperolehi. Antaranya ialah maklumat
berhubung rancangan pelajaran dan sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual, soalselidik berhubung maklumat murid, persepsi guru dan penggubal

kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual serta pemerhatian terhadap aktiviti


seni yang dijalankan di dalam bilik darjah.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi nanti, satu model yang
menggabungjalinkan Pendidikan Seni Visual akan dibentuk, seterusnya
diaplikasi dalam bentuk perancangan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Satu indikator untuk melihat perubahan sikap dalam penerimaan dan
pemahaman kepentingan Terapi Seni dibentuk.
Cadangan ini dijangkakan akan dapat meningkatkan pengalaman estetika
guru-guru melalui, kesedaran terhadap perlunya pengetahuan Terapi Seni
dalam membentuk kemantapan sahsiah pelajar. Ini akan dapat meningkatkan
kualiti kehidupan murid-murid tersebut dan meningkatkan kepercayan
kendiri di samping sebagai panduan bagi pembentukan kurikulum yang
lestari. Keseluruhan cadangan pendekatan ini ditunjukkan dalam Rajah B.
(sori, memerlukan bantuan untuk upload gambarrajah)
Rajah B : Cadangan Pendekatan
Ia dijangka akan memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan
Pendidikan Seni Visual di negara kita dari segi kestabilan sahsiah. Di
samping itu, cadangan ini akan terus memelihara dan mengekalkan kualiti
kurikulum Pendidikan Seni Visual yang sedia ada. Atas alasan ini, mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dipilih secara khususnya kerana kekuatan
seni itu sendiri sebagai alat komunikasi akan dapat memberikan suatu
pengalaman estetika yang sangat berguna kepada murid-muirid dalam
mewarnakan masa depan negara yang bersatupadu, harmonis dan progresif.
Cadangan ini juga diharapkan dapat merintis jalan bagi pembentukan
kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mapan dan dapat diterapkan di
kalangan murid-murid sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah
menengah.
Rajah di atas diharap dapat menyarankan pernyataan masaalah yang utama
berkaitan dengan :
i. Kaedah yang bagaimanakah yang akan digunakan untuk mengenalpasti
kesedaran nilai terapeutik dikalangan murid, guru dengan penggubal
kurikulum.
ii. Terapi Seni yang bagaimanakah sessuai untuk diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual terhadap muridmurid?.

iii. Sejauh manakah amalan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam


menerapkan kesedaran nilai terapeutik murid-murid sekolah rendah.
iv. Tahap kemampuan guru-guru untuk memberikan pengalaman estetika
yang bermakna dalam melaksanakan Terapi Seni.
Dalam setiap pernyataan masalah tadi, penggubal kurikulum dapat melihat
sejauhmana keberkesanan pelaksanaan nilai terpeutik dan bagaimanakah ia
dapat dilakukan.
Bentuk perancangan pengawalan unsur-unsur yang boleh dan patut
diterapkan oleh guru juga perlu ditinjau sama ada mereka mempunyai satu
mekanisme yang mapan. Dari situ, penggubal kurikulum akan mengutarakan
kaedah melalui pendekatan Nilai Terapeutik sebagai langkah untuk
membantu memantau
perjalanan aktiviti yang dirancang agar selari dengan objektif Pendidikan
seni Visual ini.
Pembangunan kurikulum Pendidikan Seni Visual tanpa perancangan yang
baik akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap sistem pendidikan
negara kita. Pelbagai masalah akan timbul berkaitan dengan kemantapan
sahsiah rakyatnya. Semuanya memerlukan perancangan yang rapi bagi
mewujudkan satu sistem pendidikan yang mampan.
Penekanan nilai terapeutik ialah membentuk satu kaedah yang melibatkan
setiap komponen yang berkaitan dengan akivititi-aktiviti yang dijalankan
oleh guru sama ada di dalam ataupun luar bilik darjah. Ini digambarkan
dalam rajah ( guru-murid kurikulum/guru-aktiviti-perkembangan muridimpak-sistem pendidikan-pengawalan-murid ) yang jelas terarah.
Cadangan ini diharap dapat menambah pengetahuan guru-guru Pendidikan
Seni Visual di sekolah mengenai terapi seni serta di kalangan murid murid
melalui aktiviti seni yang dijalankan. Memandangkan Terapi Seni
merupakan satu instrumen mengkaji dan
mempunyai relatif untuk menyelesaikan permasalahan murid, adalah
bertepatan Terapi Seni ini menjadi salah satu cabang disiplin dalam
kurikulum Pendidikan Seni Visual.
Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas menekankan J.E.R.I. atau
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek sebagai suatu keutamaan. Dengan itu
terapi seni merupakan satu keperluan dalam kurikulum Seni Pendidikan
Visual yang dapat membantu demi mencapaikan aspirasi Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ini.


Disiplin baru ini menekankan kepentingan seni sebagai satu maksud
membantu pelajar untuk menambah atau menyembuhkan kecerdasan
intelektual, emosi yang jelas
dan stabil serta pemantapan sahsiah. Terapi seni dapat memainkan peranan
dalam membantu pelajar yang mempunyai masalah emosi dan sahsiah.
Pelajar yang bermasalah dari segi psikologi ini juga dapat dikesan sebelum
terlambat .
Keberkesanan Terapi Seni sebagai Pemangkin Emosi dan Sahsiah Pelajar
Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti
mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan
dapat mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi
kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek
objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas ,
1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )
Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan
untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga
mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan
diri mereka dan untuk mencipta idea baru
yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders , 1997; Rubin
1978).
( Eve C .Jarboe, 2002 )
Art products produced by a student during treatment can be used in much
the same manner as transitional objects. The child learns to trust another
person who is not the primary caregiver , can use the art process as a means
of self-soothing , and can form an attachment in the context of the
therapeutic relationship. ( Robins, 1987 ).
( Eve C .Jarboe, 2002 )
Pembentukan sahsiah merupakan ciri penting individu dalam
memperkuatkan dan memperteguhkan keupayaan diri bagi melahirkan insan
yang berkeupayaan, cerdas, bijaksana, mahir , berteknologi dan
berpendidikan. Bertujuan untuk melahirkan kesedaran pada pelajar bahawa
seni sebagai satu landasan meluahkan emosi atau kenyataan kendiri.
Manakala guru pula dapat menilai, merawat dan mengkaji masalah pelajar
dan menjadikan nilai terapeutik pemangkin emosi dan sahsiah pelajar.

Kesimpulan
Sekolah kini bukan sahaja akan menghasilkan pelajar-pelajar yang berilmu,
intelek dan pelajar kreatif yang berjaya. Malahan berkeupayaan menjadi
tempat yang paling selamat.
Pelajar-pelajar yang lemah dan bermasalah sering kali menjadi rendah diri
atau pengacau. Mereka tidak diterima oleh rakan sebaya atau mungkin oleh
keluarga sendiri.
Di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, keperluan terapi
seni semakin tinggi. Pelajar pelajar boleh mendapat rawatan klinik walau
hanya berada di dalam kelas. Penambahan Terapi Seni di dalam sistem
sekolah lebih menguntungkan dari mengeluarkan belanja dari menyediakan
pusat-pusat pemulihan khas.
Selama ini pengajaran dan pembelajaran hanya memberatkan proses, produk
output tanpa melihat kepentingan Terapi seni. Hakikatnya untuk mendidik
dan memperkembangkan diri pelajar, Terapi Seni dapat mencari ruang
merawat sebarang permasalahan khususnya dalam emosi. Terapi Seni akan
menjadi satu cabang disiplin yang bernilai kepada negara dalam melahirkan
insan insan yang bersahsiah tinggi.
Bibliografi
Ainon dan Abd Hassan, Mendorong Diri Sendiri , PTS Pub &
Distributors, 2002.
Deborah D.West, Edicational Horizon , Summer, 2000 .
Eve C. Jarboe, Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings
New Horizons for Learning, 2002.
Hj. Abd. Fatah Hasan, Pengenalan Falsafah Pendidikan , PTS Pub &
Distributors, 2001
Howard Gardner, Interview with Howard Gardner, NEA Today Online,
March 1999.
Judith Peck, Art As Therapy , Http://orion.ramapo.edu
Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, Pendidikan Seni : Matlamat dan
Kepentingan ,
Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik, PenerbitanFakulti Sains

Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.


Robert J.Sternberg, Human abilities Annual Review of Psychology.
Annual, 1998.
Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh Majlis Peperiksaan
Malaysia, 2002.
Temu bual bersama En. Mohd. Nasir Hj Ibrahim. Pensyarah Fakulti Sains
Sosial dan Kesenian, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,
Perak.
Thomas Armstrong, Sparkling Creativity in Your Child Meredith Corp,
1993.
Thomas Armstrong, Little geniuses Meredith Corp, 1993.
Viktor Lowenfeld , Creative and Mental Growth , Macmillan Co New
York ,1947.

Lampiran
Pada hari ini , generasi muda merupakan kumpulan yang akan meneruskan
cita cita dan wawasan yang diasaskan ataupun dicetuskan oleh para
pemimpin masa lalu , serta yang terkini. Manifestasi cita cita , dan wawasan
ini ialah untuk memastikan agenda pembangunan serta kestabilan negara
akan mempunyai kelangsungan dangan menjanjikan kemewahan terhadap
negara dalam pelbagai aspek . Generasi muda juga adalah aset negara yang
memerlukan kekuatan rohani, dan jasmani untuk menjadi ahli masyarakat
yang bermaruah , berbudi bahasa serta mempunyai ketrampilan tersendiri.
Kedua dua aspek iaitu pembangunan negara dan kekuatan rohani yang
bersepadu haruslah seiring rentak dangan tarinya dalam usaha mencapai cita
cita sebuah negara maju seperti yang digarapkan melalui wawasan
2020.Adalah menjadi satu tragedi apabila masyarakat mencapai kemewahan
namun hilang sopan santun , dan nilai nilai kemanusiaan yang murni. Di
sinilah akan lahir masyarakat yang pincang , dan menyumbang ke arah
kemunduran sesebuah negara.
kita perlu menjadi negara yang maju menurut acuan kita sendiri . Malaysia
tidaklah harus menjadi negara maju dari segi ekonominya semata mata .
Negara kita mestilah menjadi negara maju dari segala seginya. Kita

hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara , dan


kesepaduan sosial. Dari segi ekonomi , keadilan sosial , kestabilan politik ,
sistem pemerintahan , kualiti kehidupan , nilai nilai sosial dan kerohanian ,
selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia Melangkah Ke Hadapan
KL:DBP & ISIS. 1991. Hal. 2
POSTED BY L.Y. AT 8:17 AM
0 COMMENTS:
Post a Comment
LINKS TO THIS POST
Create a Link
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
WHAT IS YOUR HOBBY?
BLOG ARCHIVE
2009 (2)
2008 (14)
December (2)
June (4)
Pendekatan Psikologi ( Emosi ) di dalam Sukatan Pe...
Permasalahan Dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Sat...
Ulasan
Terapi Seni
May (8)
ART THERAPY
L.Y.
I care about Malaysia.I travel alot and contribute to the nation in my own
way. I adore people who sacrifice their life to generate the growth of this
country. We are Malaysian.
VIEW MY COMPLETE PROFILE
======================================================
======================================================
=============================================

5.0 Intervensi
-http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/d0347
29/study_case_sem_3.pdf
5.1 Kaunseling terapi seni melukis
Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik
berasaskan prinsip
psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan
perubahan,
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh
secara sukarela
sepanjanh hayat berlandaskan etika kaunseling. Menerusi teknik terapi seni,
ianya
menggunakan dua pendekatan berasaskan teknik kaunseling dan juga
psikoterapi. Teknik ini
dilihat amat berkesan bagi mendekati dan memahami dunia kanak-kanak
istimewa (Samuel &
Debbie dalam Handbook of Art Therapy, 2003). Perkhidmatan kaunseling
diperlukan untuk
memenuhi keperluan golongan pintar cerdas dalam menangani masalah
yang dihadapi. Antara
contoh terapi seni yang dilaksanakan adalah bagi membantu individu pintar
cerdas dalam
refleksi kendiri, interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa,
pengurusan tekanan,
pengawalan kendiri dan strategi daya tindak, perancangan kerjaya dan
latihan pelbagai
budaya (Moon, Kelly & Feldhusen, 1999, Johnsen, 2001).
Pendekatan seni dilihat sebagai suatu medium yang bersifat sejagat, dihargai
dan
difahami oleh setiap manusia. Bagi responden, teknik terapi seni ini dilihat
relevan untuk
digunapakai kerana responden seorang yang berjiwa seni . Beliau gemar
bermain alat muzik
dan menghasilkan karya kreatif sebagai menggambarkan situasi yang
dihadapinya.
Pendekatan berasaskan lukisan dilihat pendekatan baru yang boleh
digunakan terhadapnya.
Masalah yang dihadapi serta pewatakan dirinya boleh digambarkan dalam
bentuk lukisan, dan
dengan itu analisa mengenai keperluan dan sesi kaunseling yang berkesan
terhadapnya.
Keberkesanan penggunaan seni dalam kaunseling berlau apabila kaunselor
memamahami
matlamat dalam setiap tahap proses tersebut, diikuti dengan pemilihan seni

sebagai medium
berinteraksi dan sesuai dengan keperluan klien, (Kahn, 1999). Hal ini
menjadikan kaunselor
memahami dunia klien dan permasalahannya dengan lebih kreatif dan
selesa.17
Selain itu, teknik kaunseling yang biasa turut boleh dijalankan sebagai
intervensi bagi
menangani permasalahan yang dihadapi oleh responden. Berikut merupakan
teknik
kaunseling yang boleh digunakan diterjemahkan dalam bentuk berperingkat.
Peringkat permulaan
i. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai
seorang
yang boleh dipercayai.
ii. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu
diselesaikan dan dia
perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.
Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan
perlu
diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu juga.
Peringkat pertengahan
i. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian:
- kaunselor dank lien bersama mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
klien.
- kaunselor dank lien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu
diambil
oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.
Peringkat akhir
i. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui
dengan
jayanya. Di peringkat ini, kaunselor berkenaan akan :
- membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan
penilaian
terhadap tindakan yang diambil itu.
- mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari
pihak
kaunselor.
Mengakhiri kauseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang
kejayaan proses
kaunseling tersebut.