Anda di halaman 1dari 5

Mata pelajaran

Bahasa Melayu

Kelas

Tahun 4

Tarikh

16 Mei 2011

Masa

60 minit

Bilangan Murid

15 orang

Tema

Minggu Kokurikulum

Tajuk

Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri

Hasil Pembelajaran
Fokus Utama (Kemahiran Menulis)

8.3
Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas
Aras 2(i) Menulis ayat dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik
Fokus Sampingan (Kemahiran membaca, bertutur dan Mendengar)
7.1
Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan
tersirat.
Aras 1

Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan


maklumat yang tersurat

2.2

Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai


dan tepat.

Aras 2 (i)

Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.

Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:


1) Menulis lima ayat huraian dengan tulisan berangkai berdasarkan teks dengan betul.
2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik
3) Menyatakan lima maklumat penting berdasarkan pengumuman yang dibaca
Strategi Pengajaran

1.Koperatif Kerja berkumpulan


2.Direktif - Penerangan
Kemahiran Bahasa :
Mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahasa
:
Ayat huraian, Kosa kata
Pengisian Kurikulum :
Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
1. Kemahiran Berfikir:- Menjana idea, merumus, Membanding beza
2 .Kecerdasan Pelbagai- Interpersonal, verbal linguistik, Interpersonal,
Intrapersonal
Nilai:
Bekerjasama, berusaha, rajin, patuh
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid- murid sudah mengetahui cara menulis tulisan berangkai dan
mengetahui cara menulis ayat huraian dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar :

Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4, Video, slaid, kad manila, kad
ayat .
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah
Set induksi
(5 minit)

Isi Kandungan
Aktiviti
Kokurikulum

Aktiviti Guru

Nota

Aktiviti Murid

1. Guru bersoaljawab
dengan murid tentang
pelajaran yang lepas.

1.Murid memberi
idea berkaitan
aktiviti
kokurikulum.

2. Guru meminta murid


menyebut aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang
terdapatdi sekolah.

2.Murid memberi
dan menamakan
aktiviti-aktiviti
kokurikulum di
sekolah

Contoh : Kelab Olahraga,


Silat

Strategi/Teknik:
Penerangan
Konstektual
BBM:Slaid, Tayangan
video
Nilai: Tolenrasi
KBT:
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik

Langkah
1(15minit)

Pertunjukan Seni
Mempertahankan
Diri Buku Teks
Bahasa Melayu
Tahun 4 halaman 50

1.Guru mempamerkan
gambar seni
mempertahankan diri
menggunakan slaid dan
berbincang tentangnya.

2. Murid diminta membaca


notis dalam buku
teks secara senyap
3. Guru meminta beberapa
murid ke depan untuk
menghebahkan notis yang
telah dibaca.
4. Guru menyuruh semua
murid membaca secara
kuat notis yang
dihebahkan tadi
5. Guru memberi
penerangan tentang isi
notis yang dipelajari

Langkah
2
(20 minit)

Tulisan Berangkai
Pembentangan
Kerja Kumpulan

1. Guru meminta murid


menulis notis yang dibaca
dengan tulisan berangkai
secara berkumpulan.
2. Guru mengedarkan kad
manila kepada murid .
3. Guru meminta murid
membentangkan hasil
penulisan di hadapan

1. Murid memerhati
gambar Seni
mempertahankan
diri yang
ditunjukkan oleh
guru.

KBKK: Mengeluarkan
idea
Strategi/Teknik:
Penerangan secara
Kelas, Koperatif
BBM:
Gambar(Powerpoint)
Buku Teks

2. Murid membaca
notis secara senyap.
Nilai: Bekerjasama
3. Murid tampil ke
hadapan kelas
menghebahkan
maklumat dalam
notis yang dibaca.

KBT:
Belajar cara Belajar
Kecerdasan pelbagai:

4. Murid murid
membaca semula
notis yang
dimaksudkan,

1. Verbal linguistik

5. Murid mendengar
penerangan guru
dengan teliti.

Nilai: Berani

1.Murid menulis
notis yang dibaca
dengan tulisan
berangkai secara
berkumpulan.

Strategi/Teknik:
Penerangan secara
Kelas, Koperatif

2. Murid menulis
jawapan pada kad
manila yang diberi
guru.

KBKK: Mengeluarkan
idea

BBM: kad manila


Buku Teks,
Nilai: Bekerjasama

kelas.
4. Guru meminta murid
menyalin pengumuman
tadi dengan tulisan
berangkai ke dalam buku
masing-masing.

3. Murid
membentangkan
hasil penulisan di
hadapan kelas.

Membina ayat
dengan tulisan
berangkai

1.Guru menerangkan dan


memberikan contoh ayat
berangkai kepada murid.

2. Guru meminta murid


membina ayat huraian
berdasarkan notis dengan
tulisan berangkai.
3. Guru meminta beberapa
orang murid membacakan
hasil penulisan mereka
kepada rakan-rakan yang
lain.

Penutup
(5minit)

Teguran dan
Nilai murni

KBKK: Mengeluarkan
idea
Nilai: Berani

1.Murid mendengar
penenerangan guru.

Strategi/Teknik:
Penerangan secara
Kelas,

2. Murid membina
lima ayat huraian
berdasarkan notis
dengan tulisan
berangkai ke dalam
buku tulis masingmasing.

BBM: kad manila


Buku Teks,

3. Beberapa orang
murid membacakan
hasil penulisan
mereka kepada
murid lain.

Kecerdasan pelbagai:

1. Guru merumus isi


pelajaran dengan memberi
tegasan serta teguran
tentang tulisan yang kemas
dan kesalahan ejaan.

1. Murid mendengar
dengan teliti teguran
dan tegasan murid
tentang tulisan dan
ejaan.

2. Guru memuji hasil kerja


murid yang baik dan
berkualiti,

2.Murid menerima
pujian dengan ikhlas
dan berusaha
membaiki
kelemahan.

3.Guru bersoaljawab
tentang kebaikan
menyertai kegiatan
kokurikulum dan
kepentingan menghargai
masa dan menggunakan
masa lapang dengan bijak.

Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik

4. Murid menyalin
pengumuman tadi
dengan tulisan
berangkai ke dalam
buku masingmasing.

Langkah
3
(15 minit)

KBT:
Belajar cara Belajar

3. Murid
menyatakan
kebaikan menyertai
kokurikulum dan
menyedari cara
menggunakan masa
lapang dengan
berfaedah

Nilai: Bekerjasama
KBT:
Belajar cara Belajar

1. Verbal linguistic
2. Intrapersonal
KBKK: menjana idea
Nilai: Rajin
Strategi/Teknik:
Penerangan secara
Kelas,
BBM: Buku Teks,
Nilai: rajin, patuh
KBT:
Belajar cara Belajar
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistic
2. Intrapersonal
KBKK: menjana idea

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebelum P & P
Sebelum mengajar, rancangan saya selepas mengajar kefahaman dan teks pada hari
pertama iaitu Isnin, saya akan mengajar kemahiran menulis dan diselitkan dengan
pengajaran tatabahasa. Bagi saya, (saya rasa guru bahasa yang lain pun buat perkara
yang sama), tatabahasa memang sepatutnya diajar setiap hari walaupun cuma
memasukkan satu tajuk kecil kemahiran berbahasa. Kemahiran menulis tulisan
berangkai jarang diajar kerana saya lebih fokus kepada kemahiran memperluaskan
binaan ayat. Tapi kali ini saya rasa, pelajar saya akan berminat mempelajari teknik
menulis tulisan berangkai. Kemahiran menulis tulisan berangkai kali ini adalah
kesinambungan daripada kemahiran yang pernah dipelajari semasa di kelas-kelas
sebelum ini.

Semasa P & P
Bahan bantu mengajar saya amat konvensional. Saya lebih banyak menggunakan papan kapur. Setiap
kali menunjukkan contoh dan menegur kesilapan murid, saya banyak bergantung kepada papan tulis.
Ada juga contoh yang sudah dipamirkan dengan menggunakan kertas sebak. Pelajar lupa bagaimana
menulis tulisan berangkai dengan betul. Para pelajar lupa teknik menyambung setiap huruf dengan
betul.

Kelemahan P & P
Kelemahan saya amat ketara kerana saya lebih banyak menyuruh murid membaca walaupun kemahiran
fokus saya ialah menulis. Dari aspek penyediaan soalan latihan, saya hanya meminta murid membina
ayat dalam bentuk tulisan berangkai sahaja seolah-olah saya tidak mengembangkan kemahiran KBKK
murid-murid dan tidak menyediakan latihan susulan yang lain. Aktiviti berkumpulan yang saya sediakan
kurang mencabar kerana saya hanya meminta murid menyalin semula. Walaupun aktiviti berkumpulan
dijalankan, namun hanya segelintir sahaja yang aktif melibatkan diri.

Kekuatan P & P
Secara keseluruhannya, pengajaran saya dapat diikuti oleh murid kerana saya menggunakan arahan
yang mudah. Murid faham dan dapat melakukan setiap aktiviti dalam langkah-langkah pengajaran yang
disediakan. Murid diterangkan tentang petikan notis jadi murid akan dapat membezakan petikan teks
bacaan biasa dengan petikan notis.

Tindakan susulan/Penambahbaikan
Untuk penambahbaikan saya akan cuba mempelbagaikan latihan terutama yang berfokus dengan kosa
kata iaitu murid akan mengisi tempat kosong dan menyalin ayat-ayat soalan menggunakan tulisan
berangkai (agar tidak lari daripada kemahiran yang hendak diajar)
Contoh Latihan:
1. Salin ayat-ayat berikut dalam bentuk tulisan berangkai dan isikan tempat kosong dengan perkataan

yang
sesuai.
2. Bina sebuah karangan dengan menggunakan tulisan sepanjang 80 patah perkataan.
3. Bina empat rangkap pantun 4 kerat dengan menggunakan tulisan berangkai.
Dari aspek pedagogi, saya akan merancang pengajaran dan latihan yang berkesan kepada murid dengan
berpandukan aras kecerdasan murid di dalam kelas.
Dalam pelaksanaan aktiviti berkumpulan, murid-murid akan digalakkan mencuba dan bersikap berani
agar ada sikap jaya diri disemai.