Anda di halaman 1dari 18

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

1.0

PENDAHULUAN

Tidak dinafikan pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh
menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang
berintegriti, bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan
matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani,
emosi dam jasmani. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan
negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan.
Hari ini, pendidikan tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf
dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan anak-anak kita yang buta IT,
buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan. Pendidikan tidak
mencukupi untuk sekadar menyiapkan anak-anak kita dengan ilmu pengetahuan yang
berbentuk

teori

semata-mata,

tetapi

berkehendakkan

anak-anak

kita

mempunyai

kemampuan berfikir di luar kotak, kemahiran yang bersifat `hands onserta kemahiran
interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran (marketability) serta kebolehan
hidup bermasyarakat.
Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks
amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah yang
cemerlang, beraspirasi nasional dan yang mempunyai persekitaran kondusif kepada setiap
warganya. Dalam teras Merapatkan Jurang Pendidikan, integriti merupakan asas kepada
kecekapan sistem penyampaian bantuan dan pembelaan terhadap golongan yang miskin,
berkeperluan khas dan yang tinggal di lokasi yang lebih terkebelakang dan terpencil. Dalam
teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru
melaksanakan

amanah

mendidik

anak

bangsa

sebaik-baiknya

serta

berusaha

meningkatkan keupayaan diri.


Penerapan nilai integriti bukan sahaja melalui kurikulum semata-mata, kokurikulum
juga bertindak sebagai agen ke arah pembentukan nilai integriti. Ia dilakukan melalui
pelaksanaan pelbagai aktiviti persatuan dan pasukan pakaian seragam yang mendedahkan
pelajar dengan amalan-amalan serta sifat-sifat murni seperti jujur, ikhlas, dan amanah yang
menjurus kepada pemupukan integriti dalam diri mereka.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Menyedari bahawa pentadbir sekolah dan guru-guru merupakan penentu utama


kepada kejayaan usaha melahirkan generasi muda yang berintegriti, KPM juga telah
berusaha menerapkan elemen-elemen integriti di dalam kursus-kursus kepimpinan dan
latihan keguruan. Misalnya, dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), pelatih
didedahkan dengan elemen integriti melalui topik Pendidikan Negara Bangsa Malaysia,
manakala bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), melalui topik Tatanegara
dan Sivik Kewarganegaraan. Kepentingan amalan integriti turut diterapkan melalui Program
Bina Insan Guru. Paling penting, elemen integriti disebut sebagai salah satu elemen yang
perlu diamalkan oleh para pendidik di dalam buku Budaya IPG. Penerapan nilai-nilai
integriti dalam jiwa pendidik amat penting bagi memastikan warga pendidik sentiasa
menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang
luhur sekali gus mampu membentuk keperibadian pelajar yang berintegriti.
1.1

Konsep profesion,etika,akauntabiliti dan profesionalisme keguruan


Konsep Profesion dan profesionalisme keguruan
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang
diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan
pendidikan

(Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan bahawa

profesion ialah

suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan,
perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 )
merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai : Suatu

pekerjaan

yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral
tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation)
daripada profesion menurut Awang Had Salleh (1980 ). Nilaitara-nilaitara sesuatu
profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli
profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan
tersebut . Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku
dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Konsep Etika Perguruan


Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod
etika dianggap penting kerana:

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam


profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham
dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan lain etika
keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah

penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.


Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini

ataupun di negara lain.


Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan
secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru
dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod
etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara
bangsa.

Konsep Akauntabiliti Keguruan


Zarina binti Selamat
KP:680801055450
AG:2012161360044

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai


bertangungjawab

kepada

seseorang

atau

bertangugjawab

terhadap

sesuatu.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa
maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruan.

Akauntabiliti

atau

tanggungjawab

seorang

guru

yang

dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri


guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan
amnya.

2.0

ISU PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU

Analisis Masalah
Saya telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting Selangor selama
hampir 10 tahun. Selama saya di sekolah ini masalah yang sering dilakukan oleh segelintir
guru ialah tidak menepati masa mengajar yang ditetapkan. Waktu bagi sesi persekolahan
adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.20 petang, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk
aktiviti kokurikulum pada sebelah petang setiap hari Rabu. Sepanjang tempoh ini guru dan
murid terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi terdapat
segelintir guru yang tidak mematuhi masa mengikut jadual yang telah disusun.
Antara penyalahgunaan masa di sekolah saya adalah guru tidak menepati masa
hadir ke sekolah, lewat memasuki kelas dan awal keluar dari kelas, guru menggunakan
masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan misalnya melayari facebook,
chatting, bergosip, melepak di kantin dan berniaga menerusi katalog.

Saya percaya

masalah penyalahgunaan masa dalam kalangan guru bukan sahaja berlaku di sekolah saya
malah berlaku di sekolah yang lain juga. Isu ini jarang digembar gemburkan oleh media
massa kerana isu ini lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah.

Oleh yang

demikian pihak pentadbiran sekolah perlu membendung isu ini dengan mengambil beberapa
tindakan dan langkah yang sesuai bagi membendung isu ini daripada terus menular.
Masalah penyalahgunaan masa mungkin tidak terlalu serius tetapi jika di biarkan
berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan kreadibiliti para guru dan merugikan murid.
Zarina binti Selamat
KP:680801055450
AG:2012161360044

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Sepanjang pemerhatian saya terdapat beberapa perkara yang membawa kepada


penyalahgunaan masa yang sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau tidak
sedari. Masalah yang utama adalah guru yang masuk lewat ke dalam bilik darjah. Saya
sering terserempak dengan fenomena negatif yang berlaku sepanjang lebih sepuluh tahun
saya berkhidmat di sekolah ini.

Situasi ini melibatkan guru yang sama .. Pada

permulaannya, saya tidak berapa mengambil berat tentang masalah ini. Namun ada satu
kali murid-murid kelas saya memberitahu bahawa guru kelas mereka setiap kali akan lewat
masuk ke kelas. Setiap kali loceng sudah berbunyi dan saya hendak keluar ke kelas,
mereka akan meminta saya jangan keluar dulu dan

meneruskan pengajaran dan

pembelajaran saya lagi. Saya berasa amat aneh, dan tidak berapa percaya dengan apa
yang mereka kata. Mereka panggil saya membuat satu eksperimen, tengok berapa lama
guru kelas itu masuk ke kelas. Memang, guru itu telah pun datang selepas 20 minit
kemudian dengan langkah perlahan-lahan. Apabila dia nampak saya masih dalam kelas, dia
berterima kasih kepada saya kerana membantunya mengawal kelas.
Ada pernah sekali , cikgu ini lewat masuk ke kelas . Beliau sepatutnya masuk ke
kelas selepas waktu saya. Seorang murid datang memberitah saya bahawa cikgu ini belum
masuk ke kelas. Saya ke kelas tersebut. Apabila saya sampai sana, kelas itu tiada guru,
murid-murid membuat bising dan berjalan ke sana sini. Selepas itu, rakan sejawat saya
memberitahu saya bahawa guru ini ada di kantin. Saya pun mencari dia di kantin. Apabila
saya nampak dia sedang berbual-bual dengan penolong pengetua sambil memilih lauk
pauk di sana. Saya kemudian menanyakannya kenapa cikgu tidak ada di kelas,? Dia
hanya senyum sahaja dan kemudian dia mencari bahan hiasan di bilik seni

sehingga

loceng berbunyi dan waktunya pun sudah habis. Akhirnya, dia tidak masuk ke kelas. Ini
sudah bukan lewat ke kelas, ini panggil tidak masuk ke kelas kerana perkara yang remeh
temeh.
Selain itu, Penolong kanan pengetua, ketua kurikulum ataupun guru sering
meminta guru yang banyak waktu rehat pada hari itu untuk menggantikan kelas mereka
dengan alasan ada tugasan lain yang perlu disiapkan segera. Bukan ini sahaja, guru yang
tidak masuk kelas kerana terdapat pelbagai kertas kerja kena buat, bermesyuarat,
berkhusus, pergi hospital memeriksa badan kerana ada appointment dengan doktor dan
sebagainya.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Dalam pemerhatian saya juga terdapat segelintir guru yang suka lewat masuk ke
kelas akan memberikan pelbagai alasan seperti terlupa jadual waktu, tersalah tengok jadual
atau tak ingat. Ada di kalangan guru yang memberikan alasan terlalu banyak kerja yang
perlu dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar .
Keadaan ini lebih teruk pada awal tahun.

Ada guru yang buat-buat sibuk menyiapkan

pelbagai borang dan data sehingga meninggalkan kelas. Adakah perkara ini boleh
dimaafkan? Cuba banyangkan sekiranya perkara ini berlaku kepada anak kita yang datang
ke sekolah saban hari mengharapkan ilmu pengetahuan daripada guru. Sejak awal pagi
mereka telah bangun meredah kesejukan pagi dengan satu niat yang maha suci untuk
belajar. Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila ada segelintir guru yang
mengabaikan tugas untuk mencurahkan ilmu. Sebenarnya pelbagai perkara yang tidak
diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di dalam kelas. Pelbagai gejala negatif akan
timbul jika tiada kawalan guru. Secara peribadi, sayan berpendapat seharusnya gejala lewat
masuk kelas dan langsung tidak masuk kelas kerana alasan-alasan yang remeh-temeh
sudah tidak boleh diterima lagi. Masalah ini perlu dititikberatkan sebelum ia menjadi parah.
3.0 CADANGAN PELAN TINDAKAN DAN PERANCANGAN DENGAN MENGAMBIL
KIRA KEPIMPINAN BERKESAN

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak dibendung, maka
semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu
memainkan peranan bagi memastikan permasalahn ini tidak terus menular dan menjari
semakin parah dan teruk.
Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan menggunakan
Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu dilalui oleh guru
ialah adakah mereka mahu mengubah tingkahlaku mereka kepada sikap yang lebih
baik? Teori Pilihan membincangkan bagaimana individu itu bertingkahlaku dan mengapa
mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman,
dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan,
skala perimbangan, tingkahlaku keseluruhan, sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti
gagal.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka bagi
mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan kepada
faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin
dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa senggang mereka di
sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. Bagi memenuhi identiti berjaya
pula, mereka akan mengalami rasa cinta terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan
keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu
melawan identiti gagal mereka seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan
cepat putus asa. Sebagai seorang guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih
keputusan dalam hidup mereka. Setiap pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan
kepada keperluan asas mereka. Namun harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu
mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya memilih tingkahlaku yang
efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.
Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain.
Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants), D(directions),
E(evaluation) dan P(planning).
Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan seperti di
bawah:
a)

Penerokaan terhadap kehendak, keperluan dan persepsi.(wants)


Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam
kehidupan. Matlamat utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan
masa. Masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih kecil. Maka guru hendaklah
menggariskan beberapa matlamat yang lebih kecil. Matlamat-matlamat tersebut
ialah, menentukan aktiviti pada masa senggang, menepati masa apabila masuk ke
dalam kelas, mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan kaedah
pengajaran terbaik yang perlu dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini
hendaklah ditulis dengan jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru
tersebut.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

b)

Kaunselor meneroka arah tuju guru ( terarah dan lakukan )


Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk
masa hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi
perasaan, guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk
mencapai matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka
dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula,
sokongan keluarga tidak kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah
mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka
akan tercapai.

c)

Membuat penilaian terhadap diri (Evaluation)


Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai
ataupun tidak tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa
halangan yang akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini.
Halangan yang paling besar adalah datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam kes
ini, motivasi intrinsik memainkan peranan yang paling penting untuk menyelesaikan
masalah mereka. Maka guru perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk
meningkatkan motivasi intrinsik mereka. Halangan yang seterusnya datang dari
keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik perlu mendapat sokongan dari keluarga
sama ada pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan dari pentadbir dan
rakan sejawat tidak kurang pentingnya.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

d)

Berbincang dengan guru tentang pilihan untuk membuat tindakan


Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat
perancangan tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah
mendahulukan perkara yang lebih penting dulu. Pada masa yang sama, guru
perlulah sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk melakukan aktiviti tersebut
demi mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah melakukan
muhasabah diri agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea
rah kebaikan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:

Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya.


Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.
Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai hal-hal

pengajaran dan pembelajaran.


Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan.
Menjalankan penyelidikan tindakan.
Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard kecukupan.

Selain itu, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke
semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara
berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas.
Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia memberikan
khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka
bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh
mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mengenakan tindakan tatatertib
kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan
cara ini, guru-guru akan sedar kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.
Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Rakan
sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah memberikan nasihat
dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah
dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk
berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa
muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan
kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk
berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang
mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal
sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas
dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Pentadbir


Antara tindakan yang telah diambil untuk mengatasi kelewatan masuk kelas,
tindakan-tindakan berikut telah diambil:
i. Guru waktu pertama serepas perhimpunan pagi dan waktu rehat mengiringi murid
beredar dari tapak perhimpunan ke kelas.
Justifikasi : Bagi mengatasi masalah kelewatan ini, Guru Besar telah memaklumkan
melalui perhimpunan rasmi sekolah dengan menyatakan bahawa guru yang masuk
pada waktu pertama selepas perhimpunan pagi dan selepas waktu rehat hendaklah
membawa murid bergerak ke kelas masing-masing dari tapak perhimpunan. Dengan
ini Guru Besar dan Guru-guru penolong Kanan dapat memantau siapakah guru yang
lewat mengiring murid untuk masuk ke kelas" pada mulanya ada yang lewat tetapi
telah semakin berkurangan kecuali guru waktu pertama yang tidak hadir ke sekolah
atas sebab-sebab tertentu. Didapati guru yang terlibat dalam telah menepati masa
ke kelas .
ii. Pencerapan waktu pertama atau waktu selepas waktu rehat.
Justifikasi: Guru Besar menjalankan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah bagi waktu pertama dan waktu selepas rehat terhadap guru yang terlibat
tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu. walau bagaimanapun, Guru Besar telah
menyatakan melalui mesyuarat guru bahawa pencerapan akan dilakukan oleh Guru
Besar, sernua Guru Penolong Kanan dan Ketua-ketua panitia pada bila-bila masa
saja dan dipinta semua guru sentiasa bersedia.
iii. Mempamerkan jadual waktu ditempat yang strategik.
Justifikasi : Mempamerkan jadual waktu di tempat yang strategik seperti di Bilik
Guru, Kantin sekolah dan papan Notis sekolah supaya guru amat peka terhadap
kepatuhan ke bilik darjah. Di samping itu juga rakan-rakan sejawat lain boleh
membantu mengingatkan mereka untuk masuk ke kelas.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

10

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan di luar bilik darjah, guru yang sering
lewat masuk ke kelas, dapat masuk ke kelas mengikut waktunya kecuali seorang guru yang
lewat ke kelas. Setelah disiasat didapati beliau lewat ke sekolah sekurang-kurang dua kali
seminggu kerana tinggaljauh dari sekolah dan menghadapai masalah kesesakan di jalan
raya. Selain daripada itu, kesedaran guru-guru terhadap kepentingan masuk ke kelas
menepati waktu yang ditetapkan telah meningkat. Saya merasa gembira dengan perubahan
yang berlaku. Saya sangat kagum dengan kebolehan dan kebijaksanaan pihak pentadbir
menangani masalah ketepatan masa mengajar dalam kalangan guru di sekolah beliau.
Dengan beberapa peraturan baharu yang dilaksanakan saya dapati langkah ini dapat
meningkatkan komitmen guru terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai
pendidik yang dedikasi dalam melaksanakan tugas yang berkesan dalam proses pengajaran
dan Pembelajaran di bilik darjah. Guru juga dapat menepati masa masuk ke kelas dan
memulakan pengajaran tepat pada waktunya .

Guru lebih bertanggungjawab untuk

mendidik dan memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid sekaligusn dapat memberi
komitmen yang tinggi untuk membentuk murid-murid menjadi warganegara yang berguna,
berilmu, berdisiplin dan berketrampilan.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

11

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

4.0

KESIMPULAN
Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di dalam al-Quran, Surah Al-Asr,

Allah

menerangkan

kepada

manusia

tentang

kepentingan

masa.

Demi

masa,

sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka
menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. Maka, di dalam Islam itu
sendiri telah menyatakan bahawa manusia yang tidak menggunakan masa dengan betul
adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu
pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada murid,
maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu yang amat
berguna. Pepatah Arab ada menyebut bahawa masa adalah ibarat pedang. Jika kita tidak
menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita. Pepatah Cina pula menyebut
bahawa semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini.
Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang diberikan kepada kita terutamanya
dalam waktu persekolahan. Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri
masa. Orang yang tidak tahu menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati.
Kesemua kata-kata hikmat di atas menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati
insan bernama guru.
Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa
adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa
juga melibatkan hukum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal. Sebagai guru,
seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan perkaraperkara yang dapat memberi faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita. Sebagai guru,
kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu diberi perhatian.
Justeru seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk
murid-murid ini menjadi warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin dan berketrampilan.
Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkah
laku manusia. Faktor-faktor tersebut ialah keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,
penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama dan budaya kerja. Seharusnya, guru
dapat mematuhi etika perguruan dan memiliki sahsiah yang baik ketika melaksanakan tugas
mulia ini.

Guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara menilai diri, menghitung

kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Selain itu, lakukan juga penilaian diri
dengan melihat kepada apa yang telah kita lakukan dan bagaimana untuk memperbaikinya.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

12

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

BIBLIOGRAFI

1.

Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia:


keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.

2.

lbrahim Mamat, 993 Kepimpinan sekolah: Teori untuk praktis: Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn,Bhd.

3.

Manual Kajian Tindakan, Bahagian perancangan dan penyelidikan Dasar


Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan


Budiman.

5.

Rashidi Azizan,A.M.(1994). Pendidikan Guru,Cabaran,Falsafah dan Strategi


DalamPembentukan Guru Yang Unggul. Bangi: Masa Enterprise.

5.

Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, llmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemen
(Malaysia) Sdn. Bhd.

Artikel :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2001&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_06.htm

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

13

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

LAMPIRAN

Contoh Dokumen Memantau Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

14

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Guru waktu pertama mengiringi murid masuk ke kelas

Sistem Punch Card digunakan bagi mengesan masa kehadiran guru


ke sekolah

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

15

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Jadual Guru ganti juga disediakan bagi menggantikan guru yang tidak hadir

REFLEKSI
Alhamdulillah

syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan

limpah

dan

izin

nikmatnya

dapat

saya

menyiapkan

tugasan Subjek EDU 3083 Asas

Kepimpinan

dan

Guru

mengikut kritiria-kritiria yang telah

digariskan.

Perkembangan

PProfesional

Saya juga memanjatkan kesyukuran kerana melalui pemerhatian saya dan

kajian kes, saya telas banyak menimba pengetahuan, dan pengalaman baharu dalam
mengharungi profesion keguruan ini.

Setelah selesai tugasan dilakukan, saya merasakan bahawa tugasan ini mampu
menjadi satu penyelesaian masalah kepada sebarang perkara yang timbul dalam isu
guru. Apabila berlakunya sesuatu masalah, maka sebagai guru kita haruslah
mempunyai satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini termasuklah isu
yang dipilih iaitu isu penyalahgunaan masa dalam segelintir guru. Perkara yang
penting ialah bagaimana pentadbir mampu untuk menyelesaikan masalah mencuri
masa dalam kalangan guru. Selain itu, dalam hal kehidupan seharian kita sebagai
seorang guru juga, ianya mampu menjadi satu panduan dan petunjuk supaya setiap
masalah itu pasti ada cara untuk menyelesaikannya.
Sepanjang menyelesaikan tugasan ini juga, ianya memberi cabaran kerana terlalu
banyak tekanan kerja yang dialami. Namun begitu, ianya adalah sebagai salah satu
Zarina binti Selamat
KP:680801055450
AG:2012161360044

16

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

permulaan dalam kehidupan yang mana lebih mencabar untuk masa akan datang.
Setiap kerja yang dilakukan pasti ada cabaran yang datang. Begitu juga halnya
dengan diri sebagai seorang guru iaitu cabaran dari segi fizikal dan mental pasti
menjelma. Tetapi, di sebalik rintangan dan cabaran yang direntasi pasti ada
kejayaannya. Kejayaan tidak akan datang bergolek dan tidak akan datang mengikut
perancangan.

Selain itu, pelbagai kemahiran baharu yang diperoleh sepanjang menyiapkan


tugasan ini.

Ini termasuklah kemahiran dari segi pengurusan dan etika untuk

menjadi seorang guru yang beretika dan berintegriti .

Kemahiran ini wajib

diaplikasikan dalam kehidupan sebagai guru. Ini sekaligus akan menjadikan saya
sebagai seorang guru yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi dan mampu
bertindak

profesionalisme.

Apa

yang

penting

ialah,

bagaimana

sesuatu

pengetahuan itu diselarikan dengan kemahiran supaya dapat menjadi seorang guru
yang beretika tinggi.
Tugasan ini dapat dikaitkan dengan rancangan masa hadapan saya dengan cara
bagaimana sekiranya masalah seperti isu ini atau isu-isu lain melanda dan dialami
oleh saya apabila bergelar pentadbir kelak. Oleh itu, saya perlu mengekalkan
kredibiliti saya sebagai seorang guru supaya saya dapat menjadi seorang guru yang
tidak mempunyai sebarang masalah disiplin apatah lagi melanggar etika profesion
keguruan ini. Saya seharusnya mempersiapkan diri dengan segala cabaran yang
akan datang supaya mampu menjadi guru dan pentadbir yang bagus. Insyaallah

Akhir sekali guru perlulah bersikap positif, bersemangat dan menanam sikap
untuk mendidik murid ke arah kejayaan dan bukan dijadikan mangsa keadaan.

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

17

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Sekian terimakasih

Zarina binti Selamat


IC: 680801055450

Zarina binti Selamat


KP:680801055450
AG:2012161360044

18