seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwanhaiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa
lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak
seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak
berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik,
sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada
arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak
mendengar pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu
lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab
berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan
daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau
tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi.
Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa
gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus
menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab
yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah
kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan
sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di
sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata penebang kayu itu sambil
memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti
maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan
kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak
penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu
semula!
Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah
tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia
tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata
kepada anaknya. Marilah kita pulang ke rumah.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakanrakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Ampai-ampai Dan Puteri Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia
kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan
oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Perempuan Muda Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua.
Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar.
Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara untuk
melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah dikerahkan
untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun
tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil
anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi
dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata Perahu ini
tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia.
Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara tuanku.
Orang lain tidak boleh!
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar.
Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan
nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang
sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara
kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal
yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja
menangis melihatkan perempuan muda yang begitu berani mengorbankan
nyawanya demi kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang
lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun
ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah,
perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua
berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak
saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana
keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka kepada
anak saudara perempuannya itu.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak
mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari
sekali. TuankuPatikPatik
Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh
mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah
pun beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali.
Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak
bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.