Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 05 ditubuhkan pada 1 Januari 1987.


Sekolah ini terletak di tengah-tengah tiga penempatan FELDA, iaitu FELDA
Tenggaroh 5, FELDA Tenggaroh Timor 1 dan FELDA Tenggaroh 7. Keluasan
sekolah ini ialah 13.8 ekar.
Pada asalnya sekolah ini, mempunyai lima blok yang dilengkapi dengan bilikbilik darjah, pusat sumber, perpustakaan, bilik guru, pejabat dan kantin.
Bangunan sekolah ini dibina oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(LKTP). Pada 1990 sebuah lagi bangunan tambahan dibina di bawah projek
gotong-royong bagi menampung pertambahan bilangan murid. Bangunan ini
menempatkan bilik kemahiran hidup, bilik muzik, bilik sains dan surau.
Pada awal penubuhannya, sekolah ini di bawah pentadbiran Sekolah
Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1. Berikut adalah guru besar yang telah dan
sedang berkhidmat di sekolah ini:
1. Tn. Hj. Atan bin Hj. Endut (Allahyarham) : 1 Januari 1987 15 Oktober
1987
2. Tn. Hj. Abdul Rashid bin Hashim
: 16 Oktober
1987 15
Oktober 1992
3. En. Razali b. Mat Dom
: 16 Oktober 1992 31 Mac
1996
4. En. Basari b. Md. Dohom
: 1 April 1996 15 Julai 2002
5. Hjh. Maimon bt Depee
: 16 Julai 2002 10 November 2005
6. Tn. Hj. Wahid b. Jonid
: 16 November 2005 hingga
kini
7. En. Rosli Bin Davi
:
8. En Kamaludin Bin Hj Sujan
:
Pada bulan Ogos 1990, sekolah ini dinaikkan tarafnya ke sekolah kebangsaan
gred A. Pentadbiran sekolah ini dibantu oleh dua orang guru penolong kanan
berjawatan hakiki, seorang guru penolong kanan yang memangku, seorang
kerani, seorang pembantu am rendah dan dua orang pembantu rendah am.
Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan murid hanya 219 orang
dengan 12 tenaga pengajar. Bilangan murid sekolah ini pernah mencecah ke
angka 1147 orang dengan tenaga pengajar seramai 49 orang pada tahun
1994. Kini bilangan murid seramai 907 orang dengan 38 orang tenaga
pengajar. Sesi persekolahan terbahagi kepada sesi petang murid-murid
tahap 1 dan sesi pagi untuk murid-murid tahap 2. Jumlah murid sekolah ini

berkurangan apabila sebuah sekolah baru telah dibuka pada 1 Disember


1995, iaitu Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 7.