Anda di halaman 1dari 2

SAMBAL SOTONG

Bahan-Bahan:
kg sotong sederhana besar
20 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - dititik
150 gm asam jawa - diperah airnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Bersihkan sotong dan rebus di dalam air mendidih selama tiga minit, angkat dan rendam di
dalam air sejuk.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan.
Masukkan cili kering dan tumis lebih kurang 20 minit. Masukkan air asam jawa, garam dan
gula secukup rasa.
Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau lebih kurang lima minit.
Sebelum menghidang, hias mengikut citarasa masing-masing.

SOTONG GORENG HITAM

Bahan-bahan ( Untuk makan 4 org )


*
*
*
*
*
*
*
*

5 ekor sotong besar


1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai lada kering
1 st kicap pekat
1 senduk minyak masak
garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1.
2.
3.
4.

Sotong dibersihkan & disiang.


Lada kering,bawang besar,bawang putih dan halia di kisar halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15minit.
Masuk sotong dan gaulkan rata. Masuk pula kicap pekat,garam & gula secukup rasa.
Gaul sekata selama 5minit dan terus angkat alihkan dari kuali.
Jgn masak lama2 kerana sotong akan keras & kecut.

SOTONG GORENG KUNYIT UMMI SAYA

Bahan-bahan:
Sotong
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 ulas bawang putih
1 batang cili merah
Serbuk kunyit
Garam dan gula
Sedikit air masak
Bahan tambahan:
Kacang panjang
Bunga kobis
Tomato
Cara-caranya:
1) Goreng sotong tanpa minyak. Untuk hilangkan air dan hanyir sotong
2) Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih,
cili dan serbuk kunyit sehingga naik bau.
3) Kemudian masukkan sotong. Tambah sedikit air.
4) Masukkan sayur-sayur tadi. Tutup kuali untuk lebih kurang 5 minit.
5) Dah siap! Sedia dihidang