Anda di halaman 1dari 14

KONSEP NASAKH &

MANSUKH

MOHAMAD HUSAINI BIN ABDUL


HISHAM
ABDUL AZIZ BIN ZUBER

PENGERTIAN NASAKH &


MANSUKH
Bahasa: penghapusan atau perubahan dari satu
keadaan kepada keadaan yang lain
Istilah: nas yang menghapus hukum syarak yang
telah ditetapkan didalam nas sebelumnya, dengan
dalil syarak yang baru.
Nasikh ialah: ayat yang menghapuskan.
Mansukh ialah ayat yang dihapuskan hukumnya.
Masa berlaku nasakh: ulamak bersepakat
mengatakan nasakh hanya berlaku semasa nabi
hidup sahaja. Kerana nasakh tidak berlaku kecuali
melalui wahyu sahaja.

DALIL BERLAKUNYA
NASAKH




Maksudnya: Apa sahaja ayat
keterangan yang Kami mansukhkan
(batalkan) atau yang Kami tinggalkan
(atau tangguhkan), Kami datangkan
ganti yang lebih baik daripadanya atau
yang sebanding dengannya. Tidakkah
engkau mengetahui bahawasanya Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu(QS/2:106)

Rukun Nasakh
Rukun Nasakh itu ada empat, iaitu:
Adat an-nasakh, yaitu pernyataan adanya
pembatalan hukum yang telah ada.
Nasikh adalah dalil yang kemudian yang
menghapus hukum yang telah ada.
Mansukh, yaitu hukum yang dibatakan,
dihapuskan, atau dipindahkan.
Mansukh anhu, yaitu orang yang dibebani
hukum.

SYARAT SYARAT NASAKH

Hukum Mansukh mestilah hukum yang berbentuk amali bukan hukum


akal yang telah tetap.
Kaedah An-Nasakh mestilah berdasarkan syarak dan berlaku sewaktu
hayat Baginda.
Hukum Mansukh mesti turun lebih dahulu daripada penggantinya.
Hukum Mansukh mestilah sabit berdasarkan Nas,dan tidak ditentukan
penggunaannya pada masa tertentu dan tidak dikekalkan.
Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mukallaf.
Dalil yg mengganti adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yg
diganti dari sudut sabit dan dilalah.
Ada penentangan diantara keduanya tetapi sama sudut jenis

JENIS JENIS NASAKH

(1) Nasakh Quran dengan Quran


(2) Nasakh Quran dengan hadis
(3) Nasakh hadis dengan Quran
(4) Nasakh hadis dengan hadis.

NASAKH AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

Firman Allah SWT :

Maksudnya: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu
arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
(Surah Al-Baqarah ayat 115)
Ayat ini dinasakh oleh ayat:










Maksudnya : Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah
ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu
palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja
kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara
(berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekalikali lalai akan apa yang mereka lakukan. (Surah Al-Baqarah ayat 144)

NASAKH HADIS DENGAN HADIS

. : ,
.
Maksudnya: Dari Buraidah Rasulullah SAW bersabda: Dahulu aku
melarang kamu berziarah ke kubur. Sekarang Muhammad
mendapat keizinan untuk menziarahi kubur ibunya, maka ziarahilah
kubur kerana ia mengingatkan akhirat. )Riwayat Muslim, Abu Daud,
At-Tirmizi)

Di dalam hadis ini terdapat larangan menziarahi kubur, tetapi


larangan ini telah dinasakhkan di dalam hadis yang sama iaitu
mengharuskan orang Islam menziarahi kubur.

NASAKH AL-QURAN DENGAN HADIS


Golongan yang mengharuskannya berhujah dengan ayat wasiat kepada ibu
bapa dan kaum kerabat.

Firman Allah:







Maksudnya: Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika
dia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa
dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai
suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah ayat 180)
Arahan ayat diatas iaitu mewasiat harta kepada yang layak tanpa
pengecualian dan ia telah dinasakhkan dengan hadis dibawah.
:

Maksudnya: Daripada Abu Amamah r.a berkata. Aku dengar Rasulullah SAW
bersabda: Sesungguhnya Allah telah memberi setiap yang mempunyai hak
(ahli waris) haknya. Maka tiada hak wasiat bagi ahli waris. (Riwayat At-Tirmizi)

NASAKH HADIS DENGAN AL-QURAN



.

Maksudnya: Daripada al-Barra bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari
kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis
selama enam belas bulan atau tujuh belas bulan. (Riwayat al-Barra Bin Azib)

Hadis ini telah dinasakhkan oleh ayat berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadah ke langit,


maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu
sukai.Oleh itu, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya
Kaabah), dan dimana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke
arahnya.(Surah al-Baqarah:144)

Cara Mengetahui Nasakh dan


Mansukh
a. Penjelasan langsung dari Rasulullah
SAW
b. Dalam suatu nasakh, terkadang
terdapat keterangan yang menyatakan
bahwa salah sat Nash diturunkan
terlebih dahulu. Misalnya:
Dahulu saya melarang kaum untuk
menziarahi kubur, tetapi kini ziarahlah
c. Berdasarkan keterangan dari
keterangan Hadits yang menyatakan
satu Hadits

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK


BOLEH DINASAKHKAN
Segala hukum-hukum asas yang qatie seperti beriman dengan Allah dan
semua rukun-rukun iman serta seluruh asas-asas akidah yang diputuskan
secara qatie seperti kewajipan solat, puasa dan lain-lain.
Sifat-sifat baik yang asasi yang tidak berubah mengikut peredaran zaman dan
keadaan seperti keadilan, kebenaran, taat kepada ibu bapa dan lain-lain.
Hukum-hukum syara yang telah dijelaskan berkekalan oleh nas syara seperti
kewajipan berjihad yang telah dijelaskan didalam hadis Nabi Muhammad S.A.W
seperti sabda baginda maksudnya: Jihad itu berterusan sejak aku diutuskan
oleh Allah sehinggalah umatku memerangi dajal.
Ayat-ayat Aqidah
Ayat-ayat Sejarah
Hukum-hukum yang telah ditetapkan selepas kewafatan nabi Muhammad serta
melalui Ijma

HIKMAH NASAKH

Menolak kesulitan yang timbul daripada hukum yang dinasakhkan.


Menjadi kemaslahatan manusia kerana itu adalah matlamat utama
disyariatkan hukum syarak.Kadang-kadang kemaslahatan itu berubah
mengikut keadaan semasa.
Menguji keimanan dan ketakwaan seseorang dengan perintah dan larangan
Allah iaitu dengan mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan
apa yang telah diharamkan.
Mengubah sesuatu perkara secara beransur-ansur sebagai satu proses
pendidikan seperti proses pengharaman arak.
Untuk menjaga kepentingan hamba-hamba-Nya.
Sebagai cubaan dan ujian bagi orang mukalaf, apakah ia menunaikan
perintah atau tidak.
Memberi kebaikan pada umat dan kemudahan dalam menunaikan ajaran
kerana jika nasakh itu semakin memberatkan maka jelas bahawa pahalanya
akan bertambah pula dan jika nasakh tersebut lebih ringan, maka itulah suatu
kemudahan.

RUJUKAN
Manna Khalil Al-Qathan, (2006). Cara Mudah Memahami AlQuran. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Syeikh Muhammad Jamil Zainu, (2005). Panduan & Petunjuk
Memahami Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi Sdn. Bhd.
Muhammad Ariffin, Abdul Hakim Muhammad & Wan Zahdi
Wan Teh, (1995). Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5.
Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Aimi Bin Hamzah, Muhammad Hidhir Bin Hj. Muhammad Isa &
Muhammad Shah Bin Ujang, (2003). Pendidikan Syariah
Islamiah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Faisal Haji Yahya, (2006). Fokus U SPM Pendidikan Syariah
Islamiah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.