Anda di halaman 1dari 2

Che som Binti Abdullah

Kampung Padang Besar,


Simpang 3 Sungai Limau,
06680, Alor Star,
Kedah Darul Aman.

8 FEBRUARI 2014

Pengarah Urusan Tabung Haji


Lembaga Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Tuan,
Memohon Rayuan Bagi Mengerjakan Haji Pada Tahun 2014
Perkara diatas adalah dirujuk.
2.
Saya seperti nama diatas ingin memohon agar saya dipertimbangkan bagi
menunaikan haji pada tahun ini 2014.
3.
Untuk makluman tuan, saya merupakan golongan warga emas yang belum
berkesempatan untuk mengerjakan haji. Dengan ini saya merayu kepada pihak tuan
untuk memberikan tempat haji pada tahun ini atas sebab-sebab berikut:
3.1
Usia saya semakin meningkat akan menghalang saya daripada
mengerjakan ibadat haji
dengan sempurna sekiranya tidak dapat menunaikannya dalam masa
terdekat.
3.2
Kesihatan saya pada masa ini masih baik dan masih mampu untuk
mengerjakan ibadat haji pada tahun ini berbanding dengan masa
hadapan berikutan lanjutan usia berkemungkinan kesihatan akan
terjejas.
4.
Saya juga telah lama mengikuti kursus Haji yang telah dianjurkan di Masjid
Guar Chempedak selama beberapa siri sebagai persediaan untuk mengerjakan
ibadat haji. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pihak tuan dapat
mempertimbangkan permohonan saya.
5.
Segala jasa baik daripada pihak tuan hanya Allah sahaja yang dapat
membalas. Segala pertimbangan dan perhatian pihak tuan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima ksih.
Yang benar,
____________________

Che Som Binti Abdullah


510319-02-5542

Anda mungkin juga menyukai