Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI PdP

Refleksi Makro Pengajaran : Semasa menjalankan makro teaching saya telah


dapat mengesan beberapa kekuatandan kelemahan pengajaran saya. Antara
kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelasdengan baik. Persediaan rapi telah
dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagimengelakkan sebarang masalah
berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini.Persediaan awal adalah sangat
penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandunganpelajaran dengan baik,
mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktivitiyang dirancang
dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minatmurid
dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya
aktivitipengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka teki
pada sesi induksidapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi
keseronokan kepada murid.Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan
penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya
dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapatmemahami topik
yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujianuntuk
menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran
sayadapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas
terhadap isipelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru
juga memainkanperanan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan
memudahkan muridmendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman
mereka terhadap pelajaranyang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga
akan dapat dipatuhi oleh murid dan iniakan memudahkan guru menjalankan aktiviti
yang telah dirancang dengan baik dan lancar.Ketegasan dalam menyampaikan
pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepadaguru. Kejelasan dalam
memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yangperlu ada pada
setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaranboleh
mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain
itu,pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
iaitumenggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika
mengajar, suarajelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang
diberikan dengan jelas,memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas

mengikut arahan dan panduan yangdiberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat
menunjukkan kefahaman murid terhadappenyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini
ialah sayatidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak
mencadangkan aktivitisusulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak
mengikut aras kebolehan murid.Saya dapati murid yang lemah agak sukar
menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga tidakmengaitkan dengan pelajaran
yang akan datang. Hal ini akan menyebabkan murid tidak tahuapa yang ingin diajar
pada pengajaran seterusnya dan mungkin akan menyebabkan murid tidakmembawa
barang yang diperlukan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru
berinteraksidengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang
berlaku di antara keduabelah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu
segera, malah ianya seolah-olahtidak langsung memberi kesempatan untuk merancang
dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanyaguru terlupa untuk menyampaikan sesuatu
perkara yang ingin disampaikan kepada murid.Pengajaran dan pembelajaran sains
juga banyak melibatkan kemahiran proses sains danmanipulatif memerlukan daya
pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Hal ini menyebabkan muridmenganggap bahawa
subjek sains itu sukar dan menjadi punca mereka hilang minat untukbelajar.
Pendekatan

hafalan

yang

melibatkan

pelbagai

petua

dan

cara

ringkas

telahmenyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak


bermakna. Murid-murid lebih banyak menghafal rumus, petua dan hukum-hukum
yang dicipta oleh guru tanpamengetahui konsep sebenar. Keadaan ini tentunya akan
melahirkan murid yang hanya pandaimengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak
mampu menyelesaikan masalah harian yangmelibatkan sesuatu konsep atau
kemahiran berkaitan sains. Selain itu kelemahan lain yangdapat dikesan ialah
ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagimemastikan
proses

pengajaran

dan

pembelajaran

berjalan

dengan

baik

dan

lancar.

Hasilpemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran


harian yang telahdibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu
langkah pengajaran tidakseiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya
gangguan-gangguan dan hal-hallain yang menyebabkan masa yang lebih diambil
untuk melakukan sesuatu langkah. Jikalangkah menyampaikan isi pelajaran
terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turuttergendala. Jadi, pengagihan

masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masakeseluruhan


pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan didalam kelas juga agak lemah.Guru
hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru
kelas.Saya seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid.
Denganmelakukan pemantauan secara tidak langsung saya akan dapat mengawal
keadaan dan disiplinmurid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga saya dapat
mengesan murid yang lemahdan membimbingnya dengan lebih dekat.
Meneroka fenomena sekeliling adalah penerokaan sains. Pelbagai strategi
perludiamalkan dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran
danpembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi fokus
pada masakini ialah pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan yang berpusatkan
murid lebih efektifberbanding pendekatan tradisional yang berpusatkan guru.
Sehubungan itu wajarlahpengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan
bagi meningkatkan pemahamanmurid. Pembelajaran amali berupaya membantu murid
membina pengetahuan sendiri. Dalamproses ini murid akan menyesuaikan
pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuansedia ada untuk membina
pengetahuan baru. Oleh itu , kegiatan hands-on dan minds- on telahdisepadukan.
Kaedah ini juga dapat membantu guru melaksanakan pengajaran danpembelajaran
yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiranyang
analitik, kritis , inovatif dan kreatif. Selain itu , tugasan amali juga biasanya
dijalankansecara berkumpulan yang mengalakkan perasaan positif serta saling
menghargai, menyokongdan menghormati sesama sendiri. Pendekatan hafalan yang
melibatkan pelbagai petua dancara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sains menjadi tidakbermakna dan kurang menarik. Oleh itu satu kaedah
pendekatan pengajaran yang berpusatkanpelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Setelah kajiandijalankan terhadap makroteaching yang
telah saya jalankan, terdapat beberapa kelemahanyang telah saya lakukan dan
penambahbaikan perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahanpengajaran saya.
Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran danpemantauan
murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektifsupaya
pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru
perlumengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran.Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian

penyampaianpengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya


berdiri dihadapan kelassemasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu
sentiasa bergerak bagi memantausetiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa
pengajaran dan pembelajaran sedangberlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat
membantu guru mengawal disiplin murid di dalamkelas samada mengawal tingkah
laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadappelajaran secara serta
merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukanpenambahbaikan yang
sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaikiset induksi agar
lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan danberkumpulan,
memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid,pengawalan
masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Lembaran

kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid.
Jika araspengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya,
akhirnya mereka akanketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu
rendah, pelajar-pelajar yang cerdiktidak akan memberikan tumpuan terhadap
pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yangcerdik, kerana guru terpaksa
menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah.Salah satu cara untuk
mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik kedalam satu
kumpulan

dan

pelajar

yang

lemah

dalam

satu

kumpulan

yang

lain

berdasarkankebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Saya berharap dengan


melakukan tindakanseperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan berkesan sertadapat menarik minat murid untuk mendalami ilmu sains.

Anda mungkin juga menyukai