Anda di halaman 1dari 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 2
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 2

Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

TAFSIRAN

KERANGKA STANDARD PRESTASI

PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

PEMETAAN

10

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta
Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini
yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi
dan komponen elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan
maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal
insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.

OM3

Menterjemah idea-idea kreatif dan inivatif melalui lukisan teknik.

OM4

Mengenalpasti hidangan dan mengurus sajian.

OM5

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM6

Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

OM7

Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM8

Mengenal pasti dan merekod urus niaga secara sistematik.

OM9

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM10

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. )

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005).
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Tahu

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab


Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN


BAND

PENYATAAN STANDARD

6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.

3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan.

2
(Tahu dan Faham)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

1
(Tahu)

Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK


BIL
1

TAJUK
Reka bentuk dan penghasilan projek

Elektronik

Lukisan teknik

Masakan

BAND

JUMLAH

B1

B2

B3

B4

B5

B6

B1

B2

B3

B4

B1

B2

B3

B4

B5

B1

B2

Tanaman hiasan

B1

Pengenalan kepada perniagaan

B1

B2

Penubuhan dan pengendalian


perniagaan

B1

B2

Keusahawanan

B1

B2

B1

B2

B3

B4

7
8
9

Simpan kira

B5
JUMLAH

1
29

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB PERDAGANGAN DAN
KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 2
9

BIL
1

prosedur

TAJUK
Reka Bentuk dan
Penghasilan Projek

daya usaha
nilai tambah

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan memberikan dua
jenis bahan pembinaan dan dua cara mencantum bahagian projek.

B2

Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan dua
bahan pembinaan projek dari segi sifatnya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek dengan menyediakan jadual kerja dan menghasilkan projek reka
bentuk.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek secara sistematik dengan menghasilkan projek reka bentuk
mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka bentuk
dengan daya usaha1.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek reka
bentuk yang mempunyai nilai tambah1.

: Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan
membuat kemasan.
: Cantuman kukuh dan kemasan sempurna.
: Penambahan sesuatu bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

10

BIL
2

TAJUK
Elektronik

semua komponen
2
prosedur

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan empat simbol komponen


elektronik.

B2

Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen


elektronik dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan


membaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semua komponen1 dalam
lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


sistematik dengan membaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semua
komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur2.

: Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)]
: (i) bacaan yang tepat.
(ii) Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul.

11

BIL
3

TAJUK
Lukisan teknik

prosedur
2
daya usaha

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan tangan
lukisan teknik.

B2

Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan lukisan
teknik dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik dengan


melukis unjuran ortografik.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara


sistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara


berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha2.

: Kaedah dan teknik yang betul.


: (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm).
(ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul.
(iii) Hasil lukisan betul dan bersih.

12

BIL
4

BIL
5

BIL
6

TAJUK
Masakan

TAJUK
Tanaman hiasan

TAJUK
Pengenalan kepada
perniagaan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang masakan dengan memberikan lima faktor penting dalam


merancang menu, maksud hidangan sepinggan lengkap dan tiga contoh hidangan
sepinggan lengkap.

B2

Menerangkan tentang masakan dengan menjelaskan lima adap dan sopan semasa
makan.

BAND
B1

DESKRIPTOR
Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan memberikan dua tujuan pemasuan
semula dan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan tiga jenis


perniagaan runcit besar-besaran.

B2

Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan tiga


jenis perniagaan runcit besar-besaran.

13

BIL
7

BIL
8

TAJUK
Penubuhan dan
pengendalian perniagaan

TAJUK
Perniagaan dan
keusahaawanan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan memberikan


empat jenis bantuan perniagaan.

B2

Menerangkan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan


menjelaskan empat jenis bantuan perniagaan dari segi kepentingannya dan
membezakan tiga ciri perbankan islam dengan perbankan konvensional.

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang keusahawanan dengan memberikan lima agensi kerajaan yang


membantu usahawan.

B2

Menerangkan tentang keusahawanan dengan menjelaskan dua agensi kerajaan dari


segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.

14

BIL
9

TAJUK
Simpan kira

urus niaga
4
prosedur
3
daya usaha

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang simpan kira dengan memberikan dua jenis aset, dua jenis
liabiliti dan dua prinsip sistem catatan bergu.

B2

Menerangkan tentang simpan kira dengan mengelaskan butiran bagi aset, liabiliti,
ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira dengan merekod


15 urus niaga tunai dan 10 urus niaga kredit mengikut sistem catatan bergu serta 15
urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara


sistematik dengan merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus niaga kredit serta 15
urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan mengikut prosedur4.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara


berinisiatif dan sistematik dengan merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus niaga
kredit serta 15 urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan dengan daya usaha3.

: Senarai urusniaga tidak termasuk baki awal (b/b).


: Catatan didebit dan dikreditkan dengan betul dan semua akaun/buku tunai diimbangkan.
: Semua akaun/buku tunai diimbangkan dengan tepat.

15

LembagaPeperiksaan,
KementerianPelajaranMalaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
KompleksKerajaan Parcel E,
PusatPentadbiranKerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

16

Anda mungkin juga menyukai