Anda di halaman 1dari 15

1.

PENGENALAN
Memetik ungkapan Imam Al-Ghazali berkenaan sifat guru:barang siapa

berilmu , beramal dan mengajar , maka dialah yang disebut orang besar dalam alam
malakut tinggi. Dia laksana matahari yang menyinarkan cahayanya kepada orang lain
dan menyinarkan pula kepada dirinya sendiri. Dia laksana kasturi yang membawa
keharuman kepada lainnya dan dia sendiripun harum..petikan dari buku Haluan
Kerja Pendidikan oleh Dato Abd. Ghafar Mahmud (2011),
Ungkapan di atas menunjukkan betapa pentingnya peranan guru sebagai agen
perubahan transformasi pendidikan negara bagi mencapai objektif Pelan Pembangunan
Pendidikan (PPP) 2013-2025. Namun begitu , pihak guru saban hari dibebani dengan
pelbagai tugas yang semakin mencabar. Pembangunan profesionalisme diri guru
sentiasa dituntut, komitmen guru sentiasa dipertikaikan sementara sebaliknya
pengorbanan guru kelihatan agak kurang ditonjolkan oleh masyarakat.
Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On
Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup
harus berasaskan empat tonggak, iaitu: Learning to know (belajar untuk tahu);
Learning to do (belajar untuk buat); Learning to live together (belajar untuk hidup
bersama) dan Learning to be (belajar untuk menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan
seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan
yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang
tertentu. Belajar untuk tahu membantu seseorang membina satu spektrum ilmu yang
membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga
merangkumi

cara

belajar

sesuatu

kemahiran

yang

begitu

diperlukan

untuk

memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari


pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk
melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. Belajar untuk buat bukan dihadkan kepada
kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi
seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja
berpasukan, menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.

Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak


terkecuali daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan
globalisasi. Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran dalam
bilik darjah yang perlu di ambil perhatian oleh guru khususnya cabaran penguasaan
kandungan mata pelajaran. Guru perlu membekalkan diri dengan pelbagai ilmu ,bukan
sahaja ilmu berkaitan mata pelajaran yang diajar, malahan ilmu di era globalisasi ini
seperti teknologi maklumat, psikologi , sains , matematik dan pelbagai bahasa bagi
membentuk diri, sahsiah dan intelek para pelajar.
Seterusnya cabaran di bilik darjah seperti masalah sosial dan disiplin yang
berleluasa yang berpunca daripada ledakan maklumat dan ilmu yang berbentuk global.
Tidak kurang juga dengan cabaran yang datang daripada bilangan pelajar yang
semakin meningkat hingga wujud kelas terapung. Hal yang sama juga perlu ditelusi bila
mana terdapat sekolah yang masih tidak lengkap dari aspek kemudahan yang
diperlukan dalam membantu melancarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran
berlaku. Bukan itu sahaja, malah pengurusan dan pentadbiran sekolah yang
berasaskan teknologi memerlukan guru yang mahir IT dan peka dengan perkembangan
terkini.
Konsep baru peperiksaan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan memberi peluang kepada pelajar-pelajar
mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas
kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah .
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.
Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan
nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003
kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP).

2.0

DEFINISI
Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau

persoalan yang dibincangkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232)
cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan,
ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang
mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan
lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran
membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta
ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.
Bilik

darjah

pula

sebagai

tempat

berlakunya

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang merupakan tempat terpenting di sekolah. Lebih penting lagi, bilik
darjah dikaitkan sebagai medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan
bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Oleh itu, guru perlu mempunyai gaya
kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam
pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK).
Berikut merupakan definisi Pengurusan Bilik Darjah mengikut pandangan sarjana :
Jacob Kounin (1970) :
Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah
daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku.
Marland (1975)
Suasana fizikal bilik darjah merupakan 'kawan' atau 'musuh' dalam pembelajaran.
Alberto & Troutman (1986) :
Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan
masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam
menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

3.0 ISI JAWAPAN


3.1 Penguasaan kandungan
Penguasaan kandungan adalah cabang falsafah yang mempertimbangkan sifat dan
skop pengetahuan serta andaian dan asas kebolehpercayaan umum terhadap tuntutan
ilmu (Fenstermacher, 1994, hlm. 19). Dalam konteks ini, dua domain pengetahuan
khusus telah diperkenalkan oleh Shulman (1987), iaitu pengetahuan kandungan dan
pengetahuan pedagogi yang dikenali sebagai pengetahuan pedagogikal kandungan
(pedagogical content knowledge). Pengetahuan kandungan merujuk kepada bidang
pengetahuan guru tentang isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan pengetahuan
pedagogi pula adalah berkaitan dengan pengetahuan mengenai strategi pengajaran
yang khusus. .
Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam
melaksanakan kurikulum tersebut , pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan
kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (JNS 1996; Abdul Razak & rakanrakan 1996; Saw Kian Swa 1996; Agness Voo 1996; Fatimah 1996 dan Amir 1996). Dari
sudut pedagogi, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang
menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan
kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Aktiviti yang melibatkan murid secara aktif
sangat terhad (Nik Azis 1992). Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih
terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut
kehendak dan keperluan KBSM.
Bagi pendapat saya, untuk menangani isu penguasaan kandungan ini , guru
perlu bijak memainkan peranan sebagai agen pembimbing dan pemudahcara muridmurid. Murid akan berasa bosan jika setiapkali pengajaran dan pembelajaran berlaku,
guru hanya bersyarah bukan mendidik murid-murid. Bersyarah disini bermaksud hanya
berdiri dan memberi idea dan pandangan sendiri tanpa melibatkan murid yang
mempunyai idea kreatif yang pelbagai. Guru yang bijak akan merancang strategi dan
pendekatan bagi menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
4

3.2 Penggunaan ICT


Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan
aplikasi

penggunaan ICT

dalam

segenap

aspek

kehidupan. ICT

merujuk

kepada Information And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara


meluas dalam aspek ekonomi,sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak,
warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang
dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu ditangani bersama.
Menurut Kulanz (2009) , permasalahan pembekalan komputer yang tidak
seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar mempengaruhi kemampuan guru dan
murid untuk mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat .Seperti yang kita sedia
maklum , peruntukan komputer di setiap sekolah berbeza. Perbezaan ketara dapat kita
lihat di sekolah bandar dan luar bandar. Di sekolah bandar, semua kemudahan
disediakan dan murid dapat menikmati prasarana yang disediakan. Berbeza dengan
luar bandar, pelajar tidak dapat menikmati kemudahan yang sepatutnya disediakan di
semua

sekolah.

Hal

ini

akan

menimbulkan

masalah

kepada

guru

dalam

pengaplikasikan ICT dalam PdP. Penyelenggaran komputer juga kurang memuaskan


kerana kurangnya juruteknik di sekolah.
Seterusnya adalah sikap guru yang fobia atau takut komputer. Mereka
mempunyai tanggapan negatif terhadap penggunaan ICT dalam PdP. Menurut Md. Nor
Bakar & Rashita A. Hadi (2011) guru sudah terbiasa menggunakan teknik pengajaran
tradisional. Hal ini juga menyebabkan timbulnya isu penggunaan ICT dalam PdP.

3.3 Displin
Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik
darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang,
mempunyai sahsiah, intelek , jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti
yang kita sedia maklum, apabila tingkahlaku bermasalah atau disiplin berlaku dalam
bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.
Masalah displin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu jenayah
berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Contoh masalah displin yang kerap
berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati
guru, membaca bahan-bahan lain, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik
darjah, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke
kelas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran
mempunyai perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku
tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar,
kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkahlaku masa depan mereka . Pengurusan
bilik darjah yang tidak bersistematik seperti kurangnya ruang pengcahayaan dan
pengudaraan yang cukup, tidak teratur dan kurang menarik memberi ketidakselesaan
kepada pelajar. Justeru itu , berlakulah masalah displin ini.
Masalah displin di bilik darjah turut berlaku apabila guru tidak cekap
menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop. Perkara ini akan
menimbulkan masalah dari segi pengurusan masa guru.Sesetengah guru mengambil
masa lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran.
Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkialkial menggunakan peralatan ICT yang disedaiakan oleh pihak sekolah.
Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah juga
diperkatakan. Guru-guru dan pelajar- pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan
internet di sekolah dengan sering melayari laman-laman web yang tidak bekaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial MySpace, Friendster dan
sebagainya. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah
internet yang sukar dikawal.
6

3.4 Pentaksiran
Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat
oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam
Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah
proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar
secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
PBS ( Pentaksiran Berasaskandi sekolah) dilaksanakan oleh guru-guru mata
pelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
merupakan penilaian holistik yang menilai aspek kognitif (intelek),afektif (emosi dan
rohani) dan aspek-aspek psikomotor (fizikal) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM). Objektif utama pelaksanaan PBS adalah untuk:
i) mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu
ii) memantau pembangunan individu dan membantu untuk meningkatkan
iiipotensiindividu
iii)membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran individu
(Lembaga Peperiksaan, 2012)

4.0 KEPENTINGAN
4.1 Penguasaan kandungan
Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan
dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara
membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal
dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan
institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai
kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi
membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara
dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan
mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan
produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan
kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era
globalisasi kini
Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran
tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan
globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di
kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan
dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum
terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah
diperkenalkan seperiti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area
Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum
dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini
memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan
keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

4.2 Penggunaan ICT


Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick
dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan
tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh
teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran
di luar sekolah.
Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi
oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks
pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas
pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan
lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

4.3 Displin
Untuk mewujudkan bilik darjah dan sekolah yang kondusif itu bukanlah suatu
pekerjaan yang mudah. Ada sesetengah sekolah dihadapkan dengan masalah disiplin
dan keruntuhan akhlak yang teruk dalam kalangan murid-muridnya. Menurut Zawawi
Ahmad (1996), akhlak ialah suatu menifestasi hidup yang luas yang mencakupi
kegiatan menghubungkan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan
manusia dengan semua makhluk Allah yang lain di dunia ini. Akhlak manusia adalah
sangat peka dan mudah berkesan dengan sebarang tingkah laku sama ada baik
ataupun buruk. Oleh yang demikian Rasulullah sering mengingatkan umatnya tentang
mustahaknya akhlak dibentuk dengan baik. Namun akibat pengaruh dari barat, media
massa dan sebagainya, kita dapat lihat betapa runtuhnya akhlak dalam kalangan murid
Islam pada masa kini. Rakan sebaya juga mempengaruhi akhlak pelajar. Sebagai
contohnya, pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk menimbulkan
masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Contohnya menghisap
rokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah dan merosakkan harta benda sekolah.
9

5.0 CIRI-CIRI GURU


Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang
berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru
dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru
perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguhsungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan
kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu
berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat
baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian
kerana ia amat berguna kepada pelajar di bilik darjah.
Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamanya
dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan
negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu
memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam
perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar,
masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar
tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru
juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi,
inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.

10

6.0 SUMBANGAN /TANGGUNGJAWAB GURU


Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat
pendidikan

negara

ke

arah

meningkatkan

kualiti

pendidikan

seiring

dengan

cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai


keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang
dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk
melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru
terlebih dahulu.
Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan
warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan
Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini
adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi
seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang
pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap
program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan
perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga
guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing
alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

11

7.0 RUMUSAN
Kesimpulannya , bagi

menghadapi persaingan global untuk mendidik murid-

murid dan menangani isu dan cabaran di bilik darjah , para guru perlu mempunyai
budaya pembelajaran sepanjang hayat.Oleh itu, guru perlu sentiasa peka dengan isu
pendidikan yang kerap berubah seiring dengan arus pembangunan negara.
Selain itu , guru harus mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam
bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa .Dasar MBMMBI ( Membudayakan Bahasa
Melayu Dan Bahasa Inggeris) merupakan antara program yang perlu diamalkan oleh
semua guru dan ianya bukan hanya dikhususkan kepada guru bahasa sahaja.
Guru perlu menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan
kehidupan seharian.Kemahiran asas komputer seperti menaip, mencari maklumat di
internet,program Microsoft Office dan kemahiran menggunakkan alat teknologi
maklumat seperti gajet-gajet dan LCD perlu dipelajari.
Guru perlu sentiasa bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan
mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru dan menjadi
warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

12

8.0 REFLEKSI
Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi saya panduan tentang bagaimana
untuk menjadi seorang guru yang baik dan bertanggungjawab bagi membimbing dan
mendidik murid-murid sesuai dengan zaman mereka.
Kata-kata dari Saidina Ali karamullahi wajhah: "Didiklah anak-anakmu mengikut
zamannya"
Kajian dari Amerika mengatakan bahawa:
"it is not the children's problems, but more to parents' behaviours that causes problems
in one's family"
Maksudnya: Bukan masalah kanak-kanak, tetapi lebih kepada sikap ibu bapa yang
menyebabkan masalah dalam keluarga.
Pada pendapat kita, gejala negatif yang kita lihat banyak berasal dari Barat.
Namun kini, ramai rakyat di sana yang mula menyedari pendekatan nilai-nilai murni
dalam kehidupan dan diterapkan di bilik darjah..
Pada mulanya , saya memulakan tugasan ini awal dua minggu daripada tarikh
penghantaran. Namun disebabkan tugasan seorang guru yang tidak menang tangan
dengan tugas hariannya di sekolah, tugasan ini disiapkan lewat sedikit daripada tarikh
penghantaran. Namun Alhamdulillah, tugasan ini berjaya juga disiapkan mengikut
jangka masa yang ditetapkan.
Kekuatan yang dapat saya lihat disini ialah era globalisasi melatih guru sentiasa
peka bagi menangani isu dan cabaran di dalam bilik darjah.

Guru dapat

memperlengkapkan diri dengan ilmu sepanjang hayat bagi membimbing murid.


Kelemahan yang dapat dilihat di era globalisasi ialah betapa sukarnya untuk menangani
masalah displin jika murid di rumah sentiasa khayal bermain gajet-gajet tanpa
pengawasan ibu bapa . Akibatnya, ramai murid yang agak pasif dan kerap tidak
menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di samping masalah displin seperti buli,
jenayah siber dan lain-lain.

13

9.0 PENUTUP

Allhamdulillah , saya memanjatkan syukur ke hadirat Allah SWT kerana dengan


limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan EDU3093 Guru Dan Cabaran
Semasa ini hingga ke akhirnya. Saya mengambil kesempatan disini untuk
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah , Encik Zaharuddin Bin Talip kerana telah
memberi banyak informasi bagi melaksanakan tugasan sebagaimana yang ditetapkan
Selain itu , saya juga mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan terima
kasih kepada penyelaras EDU 3093, Dr Balakrishnangovinthasamy kerana memberikan
idea dan huraian teperinci bagi membuat tugasan ini dengan lebih baik dan tersusun.
Seterusnya , saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
saya daripada Kumpulan Matematik 2 yang sentiasa membantu saya melaksanakan
tugasan.
Adalah diharapkan tugasan akhir EDU ini akan menjadikan saya seorang guru
yang lebih cekal dan tabah di dalam menangani isu dan cabaran pendidikan di era
globalisasi ini.

Akhir kata, Sekian terima kasih.

Disediakan oleh ,

..
(RAFIDAH BINTI JALIL)

14

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan

Definisi

Isi Jawapan

Kepentingan

Ciri-ciri Guru

10

Sumbangan/ Tanggungjawab Guru

11

Rumusan

12

Refleksi

13

Penutup

14

Bibliografi

16

15

Anda mungkin juga menyukai