Anda di halaman 1dari 34

DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau


proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan
dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan
berusaha ke arah pencapaian organisasi. Sebaik-baiknya,
manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan,
keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak
menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan belakang;
sebaliknya mereka meletakkan din di hadapan knitpulan itu
sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu
untuk mencapai gol organisasi. Misalnya, seorang pemimpin
sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk
menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama lagu
yang betul, mengalami usaha-usaha bersatu abli-abli inuzik di
dalam orkestranya itu.
PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat
mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya
di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji,
diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak
ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin,
hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja
dapat, bila lagi giliran aku pula.” Islam sejak beratus
tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di
pelbagai benua dan kota, terus melakarkan
beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul
‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat
kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di
dunia malah juga di akhirat nanti.
 Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam
surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada
tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
 Imun maknanya kebal daripada maksiat dan
kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia
berasa aman bila bersama Allah, malah di depan
orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap
baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula
maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila
sudah dipercayai barulah layak menerima
amanah .
 Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan.
Kepemimpinan bukannya secara spontan atau
pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti
ada ilmu.
 Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan
pengaruh untuk mempengaruhi pengikut
mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada
ilmu, sepak terajang dan kerenah
kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
 Syarat ketiga ialah ’self leadership.’ Bagaimana kita boleh
memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
 Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-
mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap
kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta
pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
 Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu
mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya,
pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya
kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar
yang tidak pasti.
 Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko,
bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan
diri.
 Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan
‘The Power Of Communication.’ Ketika
berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi
pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang
semestinya mampu menenangkan mereka
walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar
belit.
 Cara berkomunikasi ada empat:
 1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak
berbelit-belit.
 2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok
pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak
kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak
perbezaannya.
 3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan
mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu
gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-
kata tidak tajam tidak masuk di hati.
 4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi
bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua
telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua
mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian
bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
 Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang
menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan
tafsir lima ayat surah al-Muddassir.
 i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai
kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya
terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya
dia akan meluruskannya.
 ii-Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke
depan tetapi jangan mendahului Allah.
 iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati
biar turut bersih.
 iv- Tinggalkan dosa.
 v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih
banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah
memberi kepada seseorang.
Ciri-ciri Kepimpinan Masa
Lalu (era kemerdekaan)
Sifat-sifat pemimpin :
 Setia
 Jujur
 Ikhlas
 Bijak
 Berani
 Bertoleransi
..Setia, jujur, ikhlas..
Ciri-ciri kepimpinan Tun Razak yang berkisar kepada kesetiaan, kejujuran dan
keikhlasan mampu mengangkat kualiti kepimpinan dalam mencorakkan negara
pada masa akan datang.
Kebijaksanaan pemimpin terdahulu tidak boleh dipelajari daripada buku. Ia melalui
pengalaman daripada orang yang terdekat.
Legasi Tun Razak banyak berkisar kepada tiga perkara iaitu kesetiaan, kejujuran
dan keikhlasan Kalau kita dapat yakinkan orang ramai, kita jujur, kita setia kepada
pemimpin dan parti, sudah tentu tidak ada masalah yang tidak akan dapat diatasi.
Turut hadir pada majlis penutup itu, Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul
Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Exco Pemuda, Ketua-
ketua Pemuda seluruh negara dan tokoh veteran parti dan kerajaan.
Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya
berkata Tun Abdul Razak telah berjaya melalui pelbagai keadaan getir ketika era
pemerintahan beliau.
“Peristiwa berdarah 13 Mei dan konfrontasi dengan Indonesia telah berjaya
diselesaikan dengan baik oleh Allahyarham. Sikapnya yang jujur, setia dan ikhlas
telah membantu beliau mengharungi detik getir berkenaan
Langkah Tun Abdul Razak yang mempekenalkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) merupakan satu jasa yang cukup besar dan amat
berharga.
DEB adalah antara usaha beliau yang dirangka bagi membasmi
kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira keturunan.
Namun kontrak sosial yang telah terlaksana sejak DEB
diperkenalkan semakin dilupakan pada hari ini atas alasan
kebebasan. Golongan ini tidak pernah terfikir bahawa kerana
kontrak sosial yang wujud sebelum inilah, kini kita dapat bina
kemakmuran negara seperti sekarang
Tambah Zainuddin lagi DEB yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysia kedua itu merupakan mekanisme dinamik bagi
kemantapan dan pengisian kontrak sosial antara orang Melayu dan
bukan Melayu setelah orang Melayu bersetuju memberikan hak
kerakyatan kepada bukan Melayu sebagai jambatan ke arah
kemerdekaan.
..Bijak..
Pejuang-pejuang dari generasi era Kemerdekaan pula telah menampakkan
kematangan dalam usaha menuntut kemerdekaan. Berbekalkan semangat
perjuangan yang sama dengan orang terdahulu, mereka menggunakan
pendekatan yang lebih berilmu. Setelah pendekatan kekerasan dan secara
bersendirian telah terbukti gagal, pejuang-pejuang seperti Onn Jaafar,
Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan beberapa pemimpin lain telah
menggunakan pendekatan penyatuan bangsa dengan menggerakkan
penyatuan semua umat Melayu dan Bumiputera untuk menuntut
kemerdekaan. Setelah kemerdekaan diperolehi, mereka telah
menggunakan kelebihan ilmu yang dimiliki dari luar Negara untuk
membangunkan Negara mengikut pembentukan dasar-dasar penting
Negara termasuklah Penyata Razak, Bahasa Kebangsaan, Pembukaan
Tanah Rancangan dan anatara yang paling penting ialah Dasar Ekonomi
Baru.
..Berani..
Semasa berakhirnya Zaman Kegemilangan Melaka iaitu selepas tahun
1511 Masihi, gerakan menentang penjajahan Portugis dan Belanda telah
dimulakan oleh Melayu dan Bumiputera. Pada era penjajahan Inggeris
pula, kita lihat semua Negeri-Negeri Tanah Melayu mempunyai tokoh-
tokoh pejuangnya tersendiri. Antara yang tersohor termasuklah Dato’
Maharaja Lela di Perak, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut
di Kelantan dan Raja Mahadi di Selangor. Tidak lupa juga dengan tokoh-
tokoh pejuang di Pulau Borneo yang mana nama Sharif Masahor adalah
antara pejuang menentang penjajah yang dikenali di Sarawak. Selain itu,
seorang pejuang handalan dari golongan Bumiputera Sarawak yang
dikenali sebagai Rentap juga tidak kurang sumbangannya kepada
kemerdekaan negeri itu.
Ciri-ciri Kepimpinan Pada
Masa Kini
 Perkataan kepimpinan berteraskan kata dasar
pemimpin.
 Pemimpin boleh ditafsirkan sebagai seorang
individu dalam sesuatu kelompok masyarakat atau
organisasi yang diberikan tanggungjawab mengarah
dan menyelaras aktiviti untuk mencapai matlamat
organisasi atau kumpulan seperti yang telah
ditetapkan.
 Ada yang berpendapat, seorang pemimpin
itu adalah manusia agung zamannya.
 Ada kalanya keagungan itu dikenang dan
dianggap suatu yang besar pada zaman
terkemudiannya.
 Manusia agung ini mengikut E. E. Jenning
dibahagikan kepada tiga iaitu ‘superman’,
‘hero’ dan ‘prince’.
Superman
 Seorang pemimpin yang berupaya mengubah
nilai lama @ idea lama yang telah sebati
dalam masyarakatnya dengan idea dan nilai
baru.
 Nilai @ idea ini kemudian diterima oleh
masyarakat sezamannya atau sesudahnya
dan menjadi ikutan mereka.
Hero

 Seseorang pemimpin yang menumpukan


perjuangannya ke arah cita-cita dan
matlamat yang luhur.
Prince

 Pemimpin yang berusaha menguasai dan


mempengaruhi orang lain.
 Dianggap sebagai pemburu kuasa @ power
seeker.
 Seorang ahli ekonomi dan sosiologi terkenal
iaitu Max Weber talah membahagikan
pemimpin kepada tiga golongan iaitu “ Legal
Authority’, ‘Traditional Authority’ dan ‘
Charismatic’.
• Legal Authority : Kepimpinan yang muncul daripada
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang telah
diterima dan dilembagakan oleh sesebuah masyarakat.
• Traditional Authority : Kemunculan dan kekuatan kepimpinan
itu berdasarkan kepada unsur dan kerangka tradisional dalam
masyarakatnya.
: Kepimpinan dapat diterima oleh
anggota masyarakatnya berdasarkan status tradisional yang
diwarisinya.
• .Charismatic Authority : Seseorang yang berjaya memimpin
pengikutnya atas dasar karisma yang ada padanya.
• Garl Yuki (1981) telah memetik pendapat beberapa
pengkaji yang terkemuka dalam bidang ini bagi
menjelaskan pengertian kepimpinan. Antaranya:
“…Kepimpinan ialah tingkah laku individu apabila ia
sedang mengarahkan aktiviti berkumpulan ke arah
matlamat yang dikongsi bersama.”
“…Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan
yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi, dan
diarahkan, melalui proses komunikasi ke arah
pencapaian matlamat dan matlamat-matlamat khusus.”
 Seseorang pemimpin mempunyai
gaya kepimpinan yang berbeza, iaitu:
-autocratic leadership
-democratic leadership
-laissez faire leadership
• Autocratic : memiliki kuasa penuh ke atas
organisasi yang dipimpinnya, berhak membuat
keputusan.
• Democratic : melibatkan penyertaan ahli-ahlinya
dalam membuat sesuatu keputusan, ia
bermusyawarah, kuasa diperturunkan kepada
orang bawahannya.
• Laissez Faire : Memberi kebebasan sepenuhnya
kepada orang bawahannya untuk bertindak dan
membuat keputusan.
 Al-Mawardi berpendapat kepimpinan merupakan
tuntutan fardhu kifayah.
 Beliau menggariskan 7 syarat asas kepimpinan islam
iaitu:
1. Keadilan iaitu adil dalam tindakan yang diambil.
2. Berilmu.
3. Sempurna panca indera.
4. Tidak cacat anggota.
5. Memiliki akal yang tajam.
6. Mempunyai keberanian dan kekuatan.
7. Berketurunan mulia.
 Ibnu Khaldun, seorang sajerawan islam telah
mnyenaraikan beberapa ciri pemimpin yang
berkualiti, antaranya:
1. Suka memaafkan orang lain.
2. Suka melindungi pihak yang lemah.
3. Murah hati kepada tetamu.
4. Menjaga orang miskin.
5. Sabar dalam kesusahan.
6. Jujur dalam kata dan tingkah laku.
7. Menghormati agama dan ulama,guru dan orang
yang lebih tua.
8. Tidak sombong.

9. Suka mendengar teguran.

10. Mempunyai semangat jemaah / organisasi.

11. Menjauhi kehidupan mewah.

12. Mengambil berat terhadap aduan orang.

13. Menghargai dan menghormati lawan.


 Teori kepimpinan yang ada pada masa ini
antaranya ialah teori kepimpinan karismatik,
teori kepimpinan perhubungan kemanusiaan,
teori kepimpinan X dan Y dan teori kepimpinan
mengikut situasi.
 Teori ini menyatakan kepimpinan seseorang
ketua banyak dipengaruhi oleh sifat
keperibadian yang ada pada pemimpin tersebut.
 Pemimpin berkarismatik merujuk kepada
kebolehan seseorang pemimpin untuk
memobilisasikan dan meneruskan aktiviti
masayarakat melalui gabungan tindakan-
tindakan serta sifat-sifat peribadi.- sabar,
intelek, berani, tabah dan pintar.
 Dalam teori ini, Nadler dan Tushman
membahagikan kepada 3 komponen utama:

1. berwawasan

 Merujuk kepada keupayaan seseorang


pemimpin itu yang berwawasan tinggi untuk
mencipta masa depan sesebuah negara atau
organisasi dengan lebih baik.
 Bertenaga
 Pemimpin jenis ini berupaya menyatukan tenaga
dan melahirkan dorongan yang kuat kepada ahli-
ahli organisasi yang dipimpinnya.
 Berkebolehan
 Pemimpin secarapsikologi membantu ahli untuk
bertindak dan melaksanankan tugas dan dalam
masa yang sama menghadapi cabaran-cabaran
dalam proses mencapai matlamat.
 Pemimpin yang berkarisma merupakan individu
yang berupaya mendengar, berkongsi dan
memahami perasaan dan masalah-masalah ahli-
ahli dalam masyarakat itu.
 Teori kepimpinan perhubungan kemanusiaan
menyatakan perhubungan kemanusiaan boleh
mempengaruhi kelakuan, perlakuan antara
kedua-duanya.
 Perlakuan pemimpin boleh memberi kesan kepada

kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas.

 Terdapat 2 corak perlakuan pemimpin yang

mempengaruhi orang bawahan atau pengikutnya, iaitu:

1. Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk

mencapai matlamat organisasi atau penubuhan.

2. Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik

antara pemimpin dengan orang bawahan.


Teori kepimpinan mengikut situasi
mengandaikan situasi yang berbeza
memerlukan cara kepimpinan yang
berbeza.
Cara memimpin yang berbeza ini sesuai
dalam keadaan yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai