PEendidikan Moral

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 17

ELM3033E

1.0

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk mendidik


murid-murid supaya menjadi insan yang berakhlak mulia di masa akan datang
dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral
dan perlakuan moral.Mata pelajaran ini diharap dapat menghasilkan murid-murid
yang berpengetahuan, mempunyai perwatakan yang mulia, bersopan santun dan
menyumbang secara produktif terhadap masyarakat dan negara selaras dengan
wawasan 2020 dalam abad ke-21.
Mata pelajaran ini juga boleh melahirkan murid-murid yang menguasai
pelbagai kemahiran; kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran
kritikal, kemahiran pemikiran kreatif, kemahiran menentang rakan sebaya,
kemahiran kajian masa hadapan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran tersebut dapat
membantu murid-murid membina daya tahan, menghadapi cabaran dan tekanan
hidup dengan penuh keyakinan dan bertanggungawab dalam kehidupan harian.
Untuk merialisasikan hasrat mata pelajaran Pendidikan moral, Kurikulum
Standard Pendidikan Moral sekolah rendah telah digubal. Kurikulum Standard
Pendidikan Moral memberi tumpuan kepada usaha memupuk kerohanian dan
moraliti

murid.Kurikulum

tersebut

memberi

fokus

terhadap

pemahaman,penghayatan dan amalan nilai murni universal yang terdapat dalam


agama,tradisi dan adat resam pelbagai kaum, dan perundangan di negara ini.
Kurikulum ini menyediakan satu panduan hidup kepada murid-murid untuk
membuat keputusan dan tindakan yang membolehkan mereka melaksanakan
tanggungjawab moral dan sosial terhadap masyarakat.
Sesungguhnya Pendidikan Moral adalah berasaskan prinsip berpegang
teguh kepada ajaran agama, bertanggungjawab kepada diri, keluarga, orang lain,
dan

alam

sekitar

dengan

mengekalkan
Page
1

keamanan

dan

keharmonian

ELM3033E

hidup,bersemangat patriotik, menghormati hak asasi manusia dan mengamalkan


prinsip demokrasi dalam kehidupan bagi mendukung hasrat dan aspirasi negara
yang terkandung dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia
juga selaras dengan tiga prinsip moral iaitu altruistik, autonomi dan keadilan.
Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita
perlu membina masyarakat yang bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat
bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan keharmonian yang kukuh

2.0

DEFINISI PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan dan ia


merupakan komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
kerana

pentaksiran

ini

berperanan

mengukuhkan

pembelajaran

murid,

meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat


yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu
proses PdP.
Pentaksiran juga merupakan satu prosedur yang sistemetik untuk mengukur
tingkah laku seseorang terhadap pembelajarannya. Menurut R.M.Gagne : the
condition of learning : .. cara yang sistemetik untuk mengukur perubahan
tingkah laku murid. Proses ini melibatkan penggunaan alat pengukur iaitu ujian.
Alat pengukuran ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian murid.
Pentaksiran dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
dari

aspek

perancangan,

pembinaan

item

dan

instrumen

pentaksiran,

pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

Page
2

ELM3033E

Pentaksiran amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak


sekolah

dalam

Pentaksiran

usaha

Sekolah

menghasilkan

merupakan

insan

aktiviti

yang

yang

harmoni

berterusan

dan

seimbang.

yang

menuntut

komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah
untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.
Pentaksiran

berfungsi

sebagai

pentaksiran

untuk

pembelajaran

(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of


learning).
Pentaksiran mempunyai ciri-ciri berikut:
a.

Holistik

iaitu

mampu

memberikan

maklumat

keseluruhan

tentang

pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.


b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.
c.

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan

kesediaan murid.
d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
Pentaksiran dilaksanakan secara:
a. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.
b. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal,
bulan atau tahun
3.0

PENGURUSAN MATA PELAJARAN MORAL


Pendidikan Moral adalah bermatlamat untuk membentuk insan berakhlak

mulia dan berintegriti yang berpegang teguh kepada nilai universal berasaskan
prinsip moral dan menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat
global berupaya merialisasikan Wawasan 2020 dalam abad ke-21.
Bagi merealisasikan Wawasan 2020 dalam abad ke-21 Pendidikan Moral Sekolah
Rendah mempunyai objektif berikut :
Page
3

ELM3033E

i.
ii.
iii.

Memahami dan menghayati nilai-nilai universal;


Menghayati dan megamalkan budi pekerti mulia;
Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan
kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan

iv.

Negara; dan
Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan
moral

dan

perlakuan

moral

dalam

membuat

pertimbangan

dan

keputusan.
Obektif yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Moral sesungguhnya
telah mencakupi 9 cabaran wawasan 2020 iaitu :
1. Negara yang bersatu dan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum harus
memiliki matlamat yang serupa agar melahirkan bangsa Malaysia.
2. Masyarakat yang berjiwa besar iaitu masyarakat yang berkeyakinan
terhadap dirinya serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
3. Masyarakat demokratik iaitu masyarakat yang mengamalkan persefahaman
demokrasi yang matang dan boleh dicontohi oleh negara membangun.
4. Masyarakat bermoral dan beretika iaitu masyarakat yang mempunyai moral
yang tinggi serta memiliki nilai agama yang kukuh.
5. Masyarakat liberal iaitu masyarakat yang sentiasa bertolak ansur dalam
pengalaman adat resam dan kebudayaan kaum masing-masing.
6. Masyarakat saintifik dan progresif iaitu masyarakat yang

boleh

menyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.


7. Masyarakat penyayang iaitu masyarakat yang mengutamakan kepentingan
masyarakat dan kebaikan insan yang bermula dari sistem kekeluargaan
yang kukuh.
8. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan Negara secara adil agar wujud
perkongsian dalam bidang ekonomi.
9. Masyarakat makmur iaitu masyarakat
bersaing ,dinamik dan kental.

Page
4

yang

mempunyai

ekonomi

ELM3033E

Pelaksanaan pentaksiran dan pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral


dalam pengajaran dan pembelajaran dapat merialisasikan Wawasan 2020 dalam
abad ke-21 berasaskan tunjang yang dibina bagi membangunkan modal insan
yang berpengetahuan dan berketerampilan.Tunjang merupakan asas domaindomain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.Domain bagi
setiap tunjang adalah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Komunikasi
Kerohanian,sikap dan nilai
Kemanusiaan
Sains dan teknologi
Perkembangan fizikal dan estetika
Ketrampilan diri

4.0 TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM


Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi setiap guru. Pemahaman
tentang tahap kognitif Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan
item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai guru kita harus boleh
membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada soalan objektif atau
subjektif.
Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat
penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada
setiap pelajar. Lembaga peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10
soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini
bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina
bukan hendak memerangkap pelajar untuk gagal.

Page
5

ELM3033E

Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Penentu
Ujian(JPU)

atau

Jadual

Spesifikasi

Ujian(JSU)

di

mana

pengagihan

item

berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira.


Bersama ini, disertakan contoh aras kognitif Bloom berdasarkan kata tugas.
Soalan yang bermula dengan kata tugas di bawah boleh dianggap sebagai
mengikut aras kognitifnya. Pengalaman saya , adakalanya rangsangan dan
kedudukan

jawapan

akan

menyebabkan

aras

kognitif

Bloom

itu

boleh

berubah.Namun begitu , aras kognitif Bloom akan banyak membantu guru


menyediakan item/soalan yang bermutu.
Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6
tahap,

iaitu:Pengetahuan,

Kefahaman,

Penggunaan,

Penilaian.

5.0 TAHAP ISTILAH / KATA TUGAS


Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,
teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada
pembelajaran lepas
nyatakan,
terangkan,
namakan,
labelkan

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam
Page
6

Analisis,

Sintesis

dan

ELM3033E

ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada


konsep dan menterjemah draf.
pilih
terangkan,
tulis semula
Penggunaan / aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,
termasuk menyelesaikan masalah menggunakan
prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf
daripada data dll.
selesaikan,
ramalkan,
cari,
kesilapan,
bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,
bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara
bahagian, kenali struktur organisasi.
bezakan,
pasti,
pilih
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha
tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan,
membuat klasifikasi.
bina,
Page
7

ELM3033E

hasilkan,susun,
kembangkan
Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional,
atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan
mengkritik
pilih,
berikan,
alasan,
kritikan,
buktikan

6.0

CARTA ALIRAN PROSES PERSEDIAAN DAN PELAKSANAAN PENILAIAN DAN

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Page
8

ELM3033E

Perancangan

Pembinaan
Item Dan
Instrumen
Pentaksiran

Perekodan Dan
Pelaporan

Pemeriksaan
Atau
Penskoran

Pentadbiran

7.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Moral

Bil

1.

Bidang / Tajuk

2.
3.

Kepercayaan
kepada Tuhan
Baik Hati
Bertanggungjaw

4.

ab
Berterima kasih

Konstruk
Pengetahu

dan aras
Pemahama Aplikasi

an

n
/

Analisi

Penilaia

Sentisi

/
/

Page
9

ELM3033E
5.
6.
7.
8.
9.
10

Hemah Tinggi
Hormat
Kasih Sayang
Keadilan
Keberanian
Kejujuran

.
11

Kerajinan

.
12

Kerjasama

.
13

Kesederhanaan

.
14

Toleransi

.
15

Jumlah

/
/
/

/
/
/

8.0 Bina 1 set Kertas peperiksaan


20 soalan objektif
Pilih jawapan yang betul
1. Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah.Semasa menjalankan
tugas, anda mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual
dengan suara tinggi.Apakah tindakan anda?
A. Memarahi mereka
B. Menasihati mereka
C. Menghalau mereka
D. Tidak mempedulikan mereka

Sentesis

2. Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja,kita harus
lakukan perkara-perkara berikut kecuali
A
Membayar ganti rugi kepada jiran
B
Melarikan diri dari tempat kejadian
C Menggantikan pasu bunga yang baru
Page
10

ELM3033E

Mengaku kesalahan dan meminta maaf kepada jiran

Aplikasi
3. Sekiranya sekolah anda menyambut sesuatu perayaan yang tidak sama
dengan agama anda,apakah yang patut anda lakukan?
A
B.
C
D

Menghormati perayaan tersebut


Memulau perayaan tersebut
Menyambut sambil lewa sahaja
Menyambut seolah-olah ia adalah perayaan anda
Penilaian

4. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah?


A. Supaya semua orang melawat sekolah kita.
B. Supaya kita dapat belajar dengan selesa.
C. Supaya guru-guru tidak malu dengan kita.
D.
Supaya
semua orang memuji kawasan sekolah

kita.

Penilaian

5. Orang yang ___________ tidak mengharapkan bantuan orang lain.


A. Berdikari.
B. Berani.
C. Rajin.
D. Sihat

Kefahaman

6. Bagaimanakah caranya kita mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga?


A. Membantu mereka jika mereka ditimpa kesusahan.
B. Berpura-pura tidak mengenali mereka.
C. Tidak memperdulikan mereka.
D. Mementingkan diri sendiri

Penilaian
Page
11

ELM3033E

7. Penganut agama ___________ berpuasa pada bulan Ramadhan.


A. Buddha
B. Hindu
C. Islam
D. Kristian

Pengetahuan

8. Semua jawapan dibawah adalah nilai murni kecuali


A. berani
B. jujur
C. rajin
D. malas

Pengetahuan

9. Kamu ternampak dua orang murid sedang bertengkar di kantin sekolah.


Tindakan yang akan kamu lakukan ialah.
A. mendiamkan diri.
B. masuk campur.
C. melarikan diri
D. melaporkan kepada guru yang bertugas.

Penilaian

10. Isma menyanyikan lagu Negaraku dengan baik. Apakah sikap yang ada pada
Isma?
A. Mengenali dan menghormati identiti negaranya.
B. Bercita-cita menjadi penyanyi terkenal.
C. Suka menunjuk-nunjuk.
D. Takut dimarahi

Pengetahuan

11. Kita hendaklah memakai _____________ ketika membonceng motosikal.


A. kasut
B. pakaian
C. topi keledar
Page
12

ELM3033E

D. pakaian kemas
Penggunaan
12. Alam sekitar perlu dijaga supaya sentiasa _________.
A. Malap
B. Berserabut
C. Kotor
D. Bersih

Sentisis

13. Kamu sekeluarga berkelah di tepi tasik. Sebelum pulang, ibu meminta kamu
mengutip semua sampah. Apakah tindakan kamu?
A. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tasik.
B. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tong
sampah.
C. Mengutip sampah dan meninggalkan longgokan sampah di bawah
pokok.
D. Mengutip sampah tersebut dan membakarnya.

Penilaian

14. Sikap ___________ penting dalam sesebuah keluarga.


A. kata - mengata
B. benci - membenci
C. hormat - menghormati
D. berburuk sangka

Aplikasi

15. Apakah yang akan berlaku apabila adik beradik tidak bertolak ansur?
A. Terjadinya pergaduhan.
B. Dapat menjimatkan masa.
C. Kerja rumah menjadi ringan
D. Sentiasa tolong menolong

Analisis

Page
13

ELM3033E

16. Apakah maksud vandalism?


A. Perbuatan merosakkan harta benda dan kemudahan awam.
B. Perbuatan membaiki kemudahan awam.
C. Perbuatan menjaga kemudahan awam.
D. Perbuatan mencantikan kemudahan awam.

Kefahaman

17. Lampu jalan berhampiran dengan rumah kamu tumbang. Kamu sepatutnya
A. memberitahu ayah agar dia dapat melaporkan perkara itu kepada pihak
berkuasa
B. mengajak rakan-rakan mengubah kedudukan lampu tersebut.
C. bermain di atas tiang lampu tersebut.
D. membiarkan sahaja

Analisis

18. Kasih sayang penting untuk mewujudkan keluarga yang ____________.


A. bergaduh.
B. bahagia.
C. berpecah belah .
D. bercerai berai

Sentisis

19. Bilik tidur perlu dikemas supaya _________ dan ceria.


A. cuci
B. kotor
C. bersih
D. comot

Kefahaman

20. Munirah menolong ibunya mengemas rumah. Dia tidak meminta sebarang
upah dari ibunya. Munirah seorang anak yang
Page
14

ELM3033E

A. suka menunjuk-nunjuk
B. mahu dipuji
C. sederhana
D. ikhlas

Kefahaman

Soalan Subjektif

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. (10m)

yakin

sopan

ikhlas

b e
sederhana

bising

rajin

1. Jangan ____________________
Pengetahuan

ketika

gagal

bersimpat
i

membahayak
an

rakan

kebersih
an

sedang

bersembahyang.

2. Jagalah ____________________ diri dengan mandi sekurang-kurangnya dua


kali sehari.
Aplikasi
3.
Pengawas
perlu
_____________________.Aplikasi

menjalankan
Page
15

tugas

dengan

penuh

ELM3033E

4. Orang yang ingin berjaya perlulah _____________________ berusaha. Sentesis


5. Amalkan sikap ___________________ ketika menyambut sesuatu perayaan.
Kefahaman
6. Apabila kita _______________________, janganlah berputus asa.

Kefahaman

7. Jangan menumpang kereta orang yang tidak dikenali kerana perbuatan


tersebut akan _______________________ diri.
Penilaian
8. Orang yang _____________________ tidak mengharapkkan pujian apabila
menghulurkan bantuan.
Kefahaman
9. Apabila bercakap
yang _________________.
10.
Kita perlu
kesusahan
Sentesis

dengan

orang

______________________

dewasa,
terhadap

gunakanlah panggilan
Analisis
rakan

yang

ditimpa

RUJUKAN
1.

Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

2.

Panduan Pengurusan PBS 2014 Kementerian Penduidikan Malaysia

3.

Eow.BH (2000).Pendidikan Moral.Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia

Sdn.Bhd.
4.

Abdul Rahman Md.Aroff.(1999). Pendidikan Moral Teori Dan Aalan

Moral,Serdang: Penerbit UPM

Page
16

ELM3033E

5.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990).Pendidikan Moral,Kuala

Lumpur.Kumpulan Budian Sdn.Bhd.


6.

Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elktif) Kuala Lumpur.Penerbitan Fajar

Bakti Sdn.Bhd.

Page
17

Anda mungkin juga menyukai