Anda di halaman 1dari 10

KELEBIHAN SURAH YUSUF AYAT 4

Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4


Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita
sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja.

Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara Kaukabauw Wasy
Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin
Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi
melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku
Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

Wa-alqayka alayka mahabbatan minnii walitushnaa'laa ainii


Bermaksud:
Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya
kamu diasuh di bawah pengawasanku.(Qs.thaahaa:39)
Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk
dapatkan kesan yang baik,
hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat,
memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah
kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Cara mengamalkannya :
1.
Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.
2.
Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.
3.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.
4.
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga
selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan
disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan
dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.

Pssst.....
*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.
AMALAN ZIKIR UNTUK AWET MUDA, CANTIK BERSERI DAN KEBAHAGIAAN
RUMAHTANGGA

Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak
semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan
mempesona. Kata pepatah Inggeris, look great at your age. Jadi petua di bawah ini boleh
diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.

Petua ini diajarkan oleh Dato Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita
boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita
istiqamah mengamalkannya.
CARA 1
Dilakukan selepas solat Isyak

ambil air segelas

baca al-Fatihah sekali

Ayatul Qursi sekali

Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk
kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38
35 Inna ansha/nahunna inshaan
36 FajaAAalnahunna abkaran
37 AAuruban atraban
38 Li-as-habi alyameeni

[35]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
CARA 2
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman,
amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca Ya Badiyah 1 x

Baca Ya Nur 1x

Baca Ya Hadi 1 x

Baca Ya Allah 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
CARA 3

Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.

Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Ada diceritakan dalam Al-Quran melalui maksud


surah Al-Mulk tetapi diterjemahkan daripada "Kitab
Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal
dengan Surah Al-Mulk..Bila tiba kematian dia, terus
datang malaikat untuk menyoal..sebelum sempat
menyoal, surah Al-Mulk bercucuran keluar
memenuhi wajah si mati..malaikat berkata "Ya ahlul
kitab..aku kenal kamu..kamu Al-Mulk..kenapa
kamu datang ke sini?"
Seraya Al-Mulk menjawab "Wahai malaikat,
sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan
aku..Aku sebati di dalam kerongkang manusia
ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu
dari menghukum manusia ini."
Malaikat menjawab, "Wahai Al-Mulk, tidak boleh
menghalang tugas kami."
Lantas Surah Al-Mulk datang kepada Allah. "Wahai
Allah..aku adalah kitab-Mu..aku mahu melindungi
manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan,

buanglah aku (Al-Mulk) dari Al-Quran MU.."


Maka Allah memberi keizinan kepada Al-Mulk..terus
Al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut.
Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri
manusia. Al-Mulk menjerit dengan gerunnya, "Ya
malaikat! Pergi kau dari sini! Aku telah mendapat
kebenaran daripada Allah!! (Malaikat terkejut dan
pergi sepantas yang mungkin) aku akn menjaga
manusia ini sehingga kiamat. Aku tidak sanggup
membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di
dlm kubur. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga
di bangkitkan kelak."
*Nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal Surah
Al-Mulk akan terhindar daripa siksa
kubur..wallahualam...
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana
malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah
itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan
Munkar Nakir.

[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang
menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di
antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa
(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang

yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang
berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah
Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang
dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah
pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang
kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya
pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa
(daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula
berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat
(pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan
Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap
Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka
yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka,
disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar
suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya.
Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari
orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada
mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi
ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
[9]
Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami
seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan
serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan
sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul)
hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
[10]

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan


memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah
kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orangorang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah
dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum)
Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka
tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala
yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan
nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang
terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu
mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan
PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan,
maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah
dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah
jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup
semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah
kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang
pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi
menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta
(melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah
yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan
kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu;
maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana
buruknya kesan amaranKu?

[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu
daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka
dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana
buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan
(kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas
mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu
mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang
menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang
Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan
menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah?
(Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada
dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah
menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka
(yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh
serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul,
yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya:
boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul,
melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu
pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur,
tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
[24]
Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi,
dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari
kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang

benar?"
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu
pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi
Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi
ingatan dan amaran yang terang nyata".
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab)
yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang
yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang
dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran
kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersamasama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau
Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat
mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi
orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi
sakitnya?".
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang
Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang
kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui
kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
[30]
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu
hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang
dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar
mengalir?".

Anda mungkin juga menyukai