Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sebelum Praktikum
Program praktikum saya telah diadakan di Sekolah Kebangsaan
Sebandi Ulu, Asajaya. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan saya wajib
menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama Sebulan bagi Fasa 1
dari 13 April 2015 sehingga 08 mei 2015. Praktikum ini adalah untuk subjek
major iaitu Pendidikan Jasmani. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai
memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum
ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah
berlangsung seminggu sebelum kami semua berpraktikum di Dewan Sadong
jaya IPGKTAR. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh Encik Syawal bin
Achong bagi memberikan maklumat berkaitan praktikum fasa yang pertama
ini. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur
perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran
praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum
di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum
menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan
dari segi mental dan fizikal. Pengalaman semasa menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) pada semester-semester sebelum ini menjadi
panduan untuk saya menyelami dan menganalisis murid-murid nanti.
Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih
mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan
kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat
menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan
Sebandi Ulu walaupun saya bukan berasal dari Sarawak . Untuk persediaan
dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang
awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara
sekolah dan rumah sewa adalah dalam 20 km, saya akan pastikan kehadiran
sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal.
Sepanjang tempoh praktikum ini juga, saya berharap agar dapat
sentiasa mengemaskini portfolio praktikum dan semua buku rancangan
pengajaran harian setiap hari dan minggu tanpa bertangguh. Perkara ini
penting agar dapat mendisiplinkan diri selepas tamat praktikum kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya
ke sekolah itu akan dapat diterima oleh guru-guru, murid-murid dan
kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra
terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan
warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional
dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan profesional ini dapat
dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya
melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina dan meningkatkan jati diri
seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai
pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan
secara amnya, Pendidikan Jasmani di sekolah khususnya. Selain itu, dalam
praktikum ini juga, saya berharap akan dapat memahami dan mengenali
sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah
rendah
sebagai
pendedahan
dan
pengalaman
awal
sebelum
saya
Semasa Praktikum
Setelah seminggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara
yang perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan
pengajaran harian. Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru
pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk
melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh
praktikum ini. Tempoh praktikum yang berbaki 3 minggu sahaja lagi terasa
semakin dekat namun masih banyak lagi tugasan-tugasan yang belum saya
laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi
ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga,
hubungan saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya
semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan
masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten.
Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan
kaedah dan teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang muridmurid saya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala
agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid berani memberi jawapan
mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid di luar bandar agak rendah
tahap keyakinan diri.
pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih
mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.
Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk
kuasai
perancangan
pengajaran
dan
pembelajaran.
Saya
sedar
jika
akan
bermula
dari
guru
yang
konsisten
dengan