Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN REKA CIPTA

Reka Cipta adalah penghasilan sesuatu produk baru


atau pengubahsuaian sesuatu produk bagi memenuhi
Kehendak penguna masa kini dan masa akan datang.
Produk yang dihasilkan adalah daripada idea tersendiri
Atau diubahsuai dan mempunyai nilai kormersial.
Reka Cipta tidak hanya terhad kepada sesuatu bidang
tertentu sahaja tetapi merangkumi bidang-bidang seperti
1. Grafik
Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti
pengiklanan , pembungkusan dan penerbitan
bahan-bahan bercetak.
2. Ukiran
Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja mengukir
seperti hiasan rumah , perabut dan cenderahati.

3. Reka Bentuk Perindustrian


Bidang ini dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu
i. Rekaan perabut seperti kerusi , meja dan almari.
ii. Rekaan produk seperti perkakas rumah,
barangan elektrik , dan alat-alat permainan .
iii. Rekaan kenderaan seperti kereta , basikal
dan kasut roda.
4. Tekstil
Bidang ini berkaitan dengan reka corak
seperti pembatikan , tenunan dan anyaman.
5. Fesyen
Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti
rekabentuk pakaian seragam , fesyen semasa , beg
tangan dan kasut.

6. Seramik
Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti
rekabentuk pasu , jubin dan pinggan mangkuk
dari seramik.
7. Barangan Logam Halus
Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti
rekabentuk barang kemas , kutleri dan ukiran logam.
8. Elektronik
Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti
membuat robot , automasi dan mekatronik.
9. Rekabentuk Bangunan dan Lanskap
Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti
merekabentuk bangunan , pengubahsuaian dalaman
dan lanskap.

Contoh Reka Cipta Dan Inovasi


Alexander Graham Bell telah merekacipta telefon pada
tahun 1847. Dengan adanya kemajuan di bidang sains
dan teknologi manusia telah mengubahsuai telefon ini
dari segi bentuk dan saiz untuk memenuhi keselesaan
pengguna.

1.2 Reka Cipta

(Cadangan peruntukan masa ialah 9


minggu)

A. Pengenalpastian masalah

Hasil pembelajaran
Mengenal pasti masalah.
Mengumpul maklumat dan data.
Menganalisis maklumat.
Menyenarai pelbagai idea penyelesaian
masalah.

PENYIMPANAN
atau
PERAGAAN
atau

TEMA

Pernyataan
Masalah yang
dinyatakan perlu menunjukan situasi
Masalah
yang bermasalah dan keperluan individu yang terlibat. Perlu
juga dijelaskan kesan dan akibat masalah itu.
Situasi boleh merangkumi aspek-aspek:
Tempat, masa dan keadaan fizikal seperti ruang, saiz, suhu,
berat dan kelajuan.
Menyatakan masalah dengan jelas
Beberapa kata kunci yang boleh digunakan untuk
menyatakan masalah dengan jelas ialah:
- susah, lambat, bahaya, sakit, penat, membazir wang
masa dan tenaga, tidak tahan lasak, tidak tepat, tidak peka
dan lain-lain lagi.

CONTOH PERNYATAAN
1.Tema:
Pengeringan
MASALAH
2.

Mengenalpasti masalah

Pada musim hujan masalah yang sering


dihadapi oleh pelajar sekolah ialah untuk
mengeringkan kasut dengan lebih cepat.
Masalah ini disebabkan mereka tidak dapat
menjemur kasut di luar rumah dalam jangka
masa yang panjang sehingga kasut kering.
Dari situasi di atas masalah yang
dikenalpasti adalah terpaksa mengambil masa
yang lama dan sukar untuk mengeringkan
kasut.

Pengumpulan Data
Data perlu dikumpulkan untuk menunjukkan
bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud
dan memerlukan penyelesaian.
Kaedah Pengumpulan data
Kaedah pengumpulan data atau maklumat boleh
dilakukan melalui
Pemerhatian
Soal selidik
Temu bual
Pengalaman sendiri atau orang lain
Kajian daripada artikel, jurnal dan
bimbingan guru
. Lawatan
. Melayari internet

Pemerhatian
Memerhati suatu situasi atau
aktiviti yang berkaitan dengan
masalah yang dikaji.
Aktiviti:
a. Mengenalpasti tempat / lokasi /
masa untuk membuat
pemerhatian.
b. Mencatat maklumat yang
relevan, jika perlu ambil gambar.
c. Lebih kerap pemerhatian dibuat,
data yang diperoleh lebih tepat
di beberapa tempat.

Soal Selidik
Kaedah kajian yang menggunakan set soalan
untuk
mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan
bagi
tujuan untuk dianalisis secara statistik.
Aktiviti:
a. Menyediakan borang soal selidik
- mudah dan tepat
- gunakan jawapan soalan berbentuk ya/tidak, betul/salah
- soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka
ciptaan sedia ada yang dikenalpasti.
b. Menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama
banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat.
c. Mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.
d. Menganalisis maklumat yang diperoleh.

Temu Bual

Bertemu secara langsung dengan


responden dan mengemukakan soalan
secara lisan.
Aktiviti:
a. Mengenal pasti responden
b. Menetapkan masa , tempat dan
tarikh temu janji
c. Menyediakan soalan yang
berkaitan.
d. Merekodkan jawapan responden ke
buku idea / pita rakaman / rakaman
video.

Pengalaman Sendiri atau


Orang
Lain yang dilalui
Menceritakan
pengalaman
samada pengalaman sendiri atau
orang lain.
Aktiviti:
a. Menyatakan masa dan tempat di
mana kejadian itu berlaku.
b. Menerangkan kejadian yang
berkaitan dengan masalah.

Kajian Perpustakaan
Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media
seperti media cetak meliputi buku rujukan, jurnal,
majalah, artikal dan media elektronik.
Aktiviti:
a. Membuat rujukan / kajian melalui media cetak /
elektronik.
b. Menyatakan sumber kajian
media cetak: pengarang, judul, penerbit, tempat
dan muka surat.
Media elektronik: jenis ( radio / tv ), tajuk siaran,
tarikh dan masa.

Menganalisis Maklumat
I. Menganalisis maklumat yang relevan
seperti teknik pembinaan
I. Bahan yang digunakan.
II. Mengkaji persefahaman fungsi projek
yang berkaitan
Menyenarai Pelbagai Idea Penyelesaian Masalah
Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian
masalah menggunakan peta minda , lakaran
bebas , sumbangsaran , atau perbincangan
Kumpulan.

Huraian data

Huraian data dan maklumat


perlu dibuat dengan tepat. Huraian
ini boleh merangkumi perkaraperkara:
peratusan dan pecahan data
perkaitan antara faktor-faktor
penunjuk ke arah keperluan
menyelesaikan masalah
perkaitan dapatan dengan
masalah

Rumusan masalah
Rumusan yang
dinyatakan mestilah dapat
menyokong bahawa
masalah yang dinyatakan
benar-benar wujud
berdasarkan data atau
maklumat yang
dikumpulkan.

Anda mungkin juga menyukai