Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN
Sebagai seorang guru yang merupakan satu profesion, kita sering lupa dengan kod dan
etika sebagai seorang guru. Etika dan kod etika ini merupakan peraturan dan landasan
yang perlu dituruti oleh seseorang yang bergelar profesional. Malangnya, kebanyakan
guru hanya melihat profesion keguruan ini hanya kepada proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) sahaja dan tidak melihat pada aspek lain menyebabkan ketirisan
dalam dunia pendidikan dewasa ini. Sebagai warga pendidik, kita haruslah sedar
bahawa masalah yang kita hadapi sekarang dan membawa profesion ini kembali ke
landasan yang sebenar supaya tidak lari dari garis sempadan yang ditetapkan.
Etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat dan tingkah laku atau
kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka) yang merupakan prinsip moral atau set prinsip
moral. Etika juga boleh dikatakan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang terhadap masyarakat. Menurut dari perspektif Islam, merujuk kepada tingkah
laku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Manakala, kod etika profesional pula membawa maksud semua garis panduan
yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan
dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan,
dan peradaban termasuk peranan nilai, setiap tingkah laku profesional dalam
masyarakat. Etika profesional ini mencakupi sebahagian besar kehidupan mereka yang

mengamalkan sesuatu profesion kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi. Dalam


Islam pula, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.

Mengambil kira huraian di atas, dapatlah kita membuat konklusi bahawa etika
merupakan satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau
organisasi. Manakala kod etika pula menjelaskan tindakan-tindakan yang betul yang
perlu dituruti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari. Badan profesional
tertentu mempunyai kod etika tertentu, termasuklah profesion perguruan ini. Setiap
profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang
menjalankan pekerjaan tersebut yang dinyatakan sebagai Kod Etika. Oleh itu, etika
profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individuindividu mengikut profesional masing-masing. Terdapat 4 Kod Etika Perguruan yang
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Tatasusila Profesion Keguruan
iaitu:

Rajah 1: Empat Kod Etika Perguruan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 ISU YANG DIBANGKITKAN


Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali
dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik. Paparan isu ini sering
kali dijadikan isu yang hangat, sensasi dan menjadi topik perbincangan oleh
masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya.
Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan
beberapa kes tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru seperti kes rasuah,
gangguan seksual, dera dan sebagainya. Sebagai contoh, isu guru yang didapati
bersalah melakukan gangguan seksual dengan melakukan seks oral ke atas dua orang
murid lelakinya yang berusia 11 tahun dilaporkan oleh akhbar Berita Harian yang
bertarikh 20 Julai 2011 telah menjadikan isu ini semakin hangat diperkatakan di
segenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu gangguan seksual yang dilakukan oleh
guru yang berumur 30 tahun yang tergamak melakukan perbuatan tersebut
menunjukkan bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan. Isu
gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasa hari demi ke hari.
Persoalannya, mengapakah isu gangguan seksual ini berlaku?
Sebenarnya, gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di
rumah, kawasan awam atau tempat kerja. Risiko tersebut juga boleh berlaku di sekolah.
Mangsanya boleh jadi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah atau remaja
sekolah menengah. Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat
pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini. Mereka ini pastinya belum
cukup dewasa untuk membuat pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak
diingini.

Seharusnya, sekolah perlu menyediakan tempat yang selamat untuk belajar.


Malangnya terdapat segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang masih tidak
tahu bagaimana gangguan seksual ini boleh berlaku di sekolah dan apa yang perlu
dlaksanakan untuk menanganinya. Rajah di bawah menunjukkan contoh jenis-jenis
gangguan seksual pelajar di sekolah:

Rajah 2 : Contoh jenis-jenis gangguan seksual pelajar di sekolah.


Kejadian gangguan seksual kian berleluasa dewasa ini. Malah, kejadian tersebut
begitu popular di sekolah sehingga menjadi sebutan dalam masyarakat. Malang sekali
kerana yang menjadi mangsanya ialah murid-murid dan pemangsanya pula ialah guru
sendiri.
Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka
tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Situasi
ini boleh diibaratkan sebagai harapkan pagar, pagar yang makan padi. Sering kali kita
mendengar terdapat tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru
itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran dan persepsi jelas bahawa sekolah bukan
lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.
Kod Amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual contohnya melakukan seks
oral ialah merujuk kepada tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan
memberi kesan sama ada secara lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal. Gangguan
seksual boleh dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu gangguan seksual berbentuk
ugutan (sexual coercion) dan gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap
ketenteraman peribadi (sexual annoyance).
Gangguan seksual berbentuk ugutan ialah gangguan yang memberikan kesan
secara langsung kepada mangsanya. Contohnya, seseorang pelaku mempunyai kuasa

untuk cuba mengugut mangsanya untuk mendapatkan kepuasan mereka. Manakala


gangguan seksual secara peribadi ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh
mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan. Kementerian Sumber Manusia
(1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis iaitu
gangguan secara lisan, gangguan secara isyarat, gangguan secara visual, gangguan
secara fizikal dan gangguan secara psikologikal. Gangguan secara lisan ialah bentuk
gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan,
bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau
mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh
badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau
terugut.
Selain itu, gangguan secara isyarat (bukan lisan) ialah gangguan yang
dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau
gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling,
menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang
lain. Manakala gangguan secara visual ialah perlakuan menghantar nota, surat, e-mail,
pesanan ringkas (sms), gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur
seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau
peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan mangsa berasa tersinggung,
terhina atau terugut juga merujuk kepada gangguan seksual.
Di samping itu, gangguan secara fizikal ialah gangguan yang berbentuk
sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang
terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk,
menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa
tersinggung, terhina atau terugut. Manakala gangguan secara psikologi ialah mangsa
cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu
bagi memenuhi keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-mel
atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang menimbulkan
tekanan emosi dan mental ke atas mangsa.
3.0 PUNCA TINGKAH LAKU GURU BERKAITAN ISU TERSEBUT
Gangguan seksual seperti melakukan seks oral terhadap murid adalah satu isu tingkah
laku yang negatif yang dilakukan oleh guru sehingga murid tersebut takut untuk ke
sekolah. Keselamatan murid tersebut telah terancam kerana perbuatan yang dilakukan
oleh guru tersebut kerana sangat keterlaluan. Menurut Koss (1990), murid yang

mengalami gangguan seksual iaitu dipaksa melakukan seks oral merasa diri mereka
sebagai mangsa dan menukar corak hidup mereka menjadi pendiam, murung, kurang
bergaul dan sebagainya. Murid yang menjadi mangsa ini melarikan diri dari keadaan
tersebut menyebabkan peluang untuk belajar terkandas sekaligus menjejaskan masa
depan mereka.
Murid yang mengalami gangguan seksual akan menanggung tekanan yang
tinggi termasuk perasaan takut, marah, murung, malu, mudah tersinggung dan kurang
motivasi untuk belajar (Koss, 1990). Keadaan yang dialami oleh murid ini berpunca
daripada sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan murid
tersebut. Terdapat pelbagai teori yang boleh dikaitkan denga punca tingkah laku yang
dilakukan oleh guru tersebut terhadap muridnya. Persoalannya, apakah punca
menyebabkan guru tersebut tergamak berkelakuan sebegitu rupa?
Antara punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan
seksual ialah kurang memahami etika keguruan. Guru yang memahami etika keguruan
tidak akan tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri.
Sebaliknya, guru tersebut telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan. Ini
membuktikan bahawa guru tersebut tidak mengerti, menghayati dan memahami apa
yang terkandung dalam kod etika guru. Berdasarkan kod etika perguruan, sewajarnya
setiap ahli profesion iaitu guru sudah sedia maklum tentang perkara yang boleh
dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi dalam kes ini, yang terjadi adalah
sebaliknya.
Selain itu, punca berlakunya tingkah laku negatif dalam kalangan guru ialah
mereka mempunyai masalah keluarga. Guru yang mengalami masalah keluarga
terutamanya yang kritikal seperti penceraian dan kematian mengalami tekanan dan
emosi yang tidak stabil. Bagi guru yang mengalami krisis rumah tangga , mereka tiada
tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan kasih sayang. Hal ini menyebabkan
guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada
anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka.
Menurut teori seksualiti, perkembangan hidup dan tingkah laku manusia adalah
didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd Rahim, 2003). Di sini
jelaslah menunjukkan bahawa seks adalah satu keperluan asas kepada orang dewasa
dan cara manusia mencapai kehendak dan keperluan seksual pada umurnya untuk
mencorakkan perkembangan tingkah laku, sahsiah, emosi dan moral. Ini menunjukkan
bahawa masalah rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual

tidak dapat dipenuhi. Akibatnya, guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat untuk
melepaskan tuntutan dan nafsu seksual mereka.
Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh guru tersebut ialah pengaruh media massa seperti media cetak dan
media elektronik. Mengikut kajian yang dilakukan, pengaruh media elektronik lebih
banyak kesannya berbanding media massa kerana media elektronik mudah didapati
dengan meluas tanpa sekatan. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut
melakukan perkara seumpama itu terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa
contohnya seperti media cetak membolehkan guru tersebut mendapatkan bahan lucah
melalui buku, majalah dan sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan
seksual kepada anak muridnya.
Manakala melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit
dan sebagainya membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dan mudah dilayari
berbanding medium yang lain. Hal demikian menyebabkan guru tersebut mudah
mendapatkan bahan bagi tujuan yang dikehendaki. Oleh itu, apa yang dilihat, ditonton
dan dipelajari telah diaplikasikan ke atas murid. Kita sudah sedia maklum bahawa kes
keganasan seksual terhadap kanak-kanak di luar negara semakin berleluasa. Mereka
turut dijadikan hamba seks. Dengan kata lain, guru tersebut telah meniru dan menciplak
budaya tersebut yang diperolehi melalui media elektronik yang begitu banyak dewasa
kini sehingga melakukan gangguan ini terhadap anak muridnya sendiri.
Tiada kesedaran dan tuntutan agama juga adalah implikasi negatif kepada
tingkah laku guru tersebut. Kesedaran agama yang kurang terutamanya tentang hukum
halal dan haram menyebabkan seseorang guru tersebut sanggup melakukan perkara
terkutuk itu demi kepuasan mereka sendiri. Sehubungan dengan itu juga, kesedaran
agama yang kurang dengan tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik
mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat membezakan yang mana betul dan
yang mana salah. Guru tersebut juga tidak menjaga pergaulan beliau dengan anak
muridnya sehingga dia sanggup membuat gangguan seksual ke atas anak muridnya
sendiri dan dipaksa menonton video lucah. Maka, jelaslah bahawa perbuatan yang
dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan beliau sebagai seorang muslim yang
mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika difikir kembali, tidak mungkin akan
berlaku kes seumpama ini jika guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang tinggi
serta takut akan balasan dari Allah SWT.

Selain itu, punca tingkah laku negatif tersebut ialah pengaruh pil perangsang.
Kebanyakkan kes yang melibatkan gangguan seksual ini sering kali dipengaruhi oleh
pengambilan pil perangsang seperti Viagra yang tidak terkawal dan dijual di pasaran
secara terbuka. Apabila pengambilan pil peransang secara tidak terkawal, keinginan
seksual semakin meningkat menyebabkan berlakulah gangguan seksual ke atas murid.
Kebanyakan guru lelaki yang tidak berkahwin atau telah bercerai yang menggunakan pil
perangsang ini akan cuba membuat gangguan seksual terhadap anak muridnya apabila
terangsang. Dalam situasi ini, guru tersebut hanya ingin memuaskan diri mereka tanpa
mengira nasib yang akan menimpa anak murid apabila berkelakuan negatif seperti ini.
Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif itu ialah tekanan
kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang tinggi.
Mengikut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap
emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan
kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu
banyak, dimarahi oleh pihak pentadbir, disisihkan dan sebagainya adalah contoh
tekanan kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan guru itu tidak dapat
berfikir panjang, secara tidak langsung mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan
yang dihadapi. Guru terbabit membuat tanggapan bahawa gangguan seksual yang
dilakukan itu boleh mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi. Namun, impak
daripada perkara itu lebih teruk daripada apa yang dijangkakan. Selain itu, pengurusan
tekanan yang tidak betul menyebabkan guru tersebut menggunakan murid sebagai alat
untuk gangguan seksual bagi melepaskan tekanan yang dihadapinya.
4.0 IMPLIKASI JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG TERHADAP GURU,
PROFESION PERGURUAN SERTA PIHAK-PIHAK LAIN
Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, berkemungkinan besar masalah ini
akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku
guru yang negatif ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada diri guru tersebut
sahaja, namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru-guru
lain, sekolah, masyarakat dan imej negara Malaysia.
4.1 Guru
Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan
terlampau tersebut ialah dari segi hubungan dengan murid. Hubungan guru dan murid
menjadi semakin renggang. Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut
untuk menuntut ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid berasa tidak

selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan
sejawatnya juga akan musnah kerana mereka hilang kepercayaan terhadap guru
tersebut. Secara tidak langsung, beliau akan mengalami tekanan emosi dan mengalami
konflik jiwa yang serius akibat daripada perbuatan keji itu.
Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan
gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah
keluarga. Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini
mungkin akan mendapat kesan yang buruk. Contohnya, keluarga beliau akan dibenci
dan dicemuh oleh masyarakat. Perkara tersebut menyebabkan keluarga beliau akan
hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang
akan menimpa guru tersebut ialah kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat
daripada perbuatannya yang tidak senonoh itu.
Kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi oleh guru tersebut pula ialah
wujudnya persepsi yang buruk daripada masyarakat terhadap beliau. Guru tersebut
tidak lagi diterima oleh masyarakat kerana masyarakat akan memandang serong akibat
daripada perbuatan tersebut. Selain itu, guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah
yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut
tiada tempat dalam masyarakat dan beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh
dipercayai oleh masyarakat.
Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah masyarakat tidak akan
mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka dengan baik
sehingga menyebabkan peranan guru tidak lagi dipandang sebagai satu tugas yang
mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu, guru-guru lain yang tidak bersalah akan
diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang
dilakukan oleh rakan guru lain yang berkelakuan negatif.
Manakala, kesan jangka panjang kepada guru yang lain ialah menyebabkan
mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Bidang
perguruan akan mengalami kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu pengetahuan
tidak lagi menjadi keutamaan. Selain itu, guru-guru yang lain pastinya tidak lagi
mempunyai perasaan selaku seorang pendidik jika masalah ini terus berleluasa.

4.2 Profesion Perguruan


Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru terbabit
menyebabkan profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat

tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini tidak lagi
diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia
oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat
membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan.
Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa
dan murid-murid itu sendiri.
Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan akibat daripada
perbuatan negatif tersebut ialah kepada generasi muda. Mereka pasti tidak lagi
berminat untuk menjadi guru. Kesannya, profesion perguruan mengalami kekurangan
generasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga,
kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai
aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang perguruan.
Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara
profesional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

4.3 Sekolah
Kesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau nama baik
sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutamanya ibu bapa tidak lagi
menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap
sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada
murid-murid. Manakala, kesan jangka panjang yang menimpa sekolah pula ialah dilabel
sebagai tempat yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual
berleluasa secara tidak terkawal.
4.4 Ibu bapa dan Masyarakat
Kesan pendek dari kes seks oral yang berlaku menyebabkan hubungan ibu bapa dan
guru menjadi renggang kerana sudah tidak wujud kepercayaan dan kredibiliti guru
sebagai pendidik kepada anak mereka dpertikaikan. Di samping itu juga, masyarakat
akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentadbir
sekolah. Manakala kesan jangka panjang yang menimpa ibu bapa dan masyarakat pula
ialah guru dipersalahkan secara total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh
masyarakat yang lain. Selain itu, isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada pihak
atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka.
Sekaligus, berita-berita yang memalukan tentang salah laku guru seperti kes oral seks
terhadap pelajar terpampang di muka hadapan surat-surat khabar sehingga menjadi
berita sensasi yang menjatuhkan maruah diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat.

4.5 Mangsa Gangguan Seksual


Kesan jangka pendek yang dialami oleh mangsa gangguan seksual ialah
kecenderungan berdiam diri, bersendirian, murung dan sebagainya. Perkara tersebut
menyebabkan mangsa tidak lagi berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa
menurun. Tambahan pula, kesan jangka panjang ialah mangsa gangguan seksual akan
menjadi trauma dengan guru terutama guru lelaki. Kesan jangka panjang kepada
mangsa ialah mangsa mengalami tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa
cuba membuat perkara yang tidak diingini contohnya membunuh diri dan sebagainya.
5.0 KOD ETIKA GURU YANG BERKAITAN
Kod etika ialah peraturan, adab kebiasan manusia dalam pergaulan antara satu sama
lain dan aturan ini menegaskan apa yang benar dan apa yang salah. Kod etika guru
adalah peraturan untuk membantu guru yang profesional agar mematuhi prinsip-prinsip
yang termaktub demi menjaga imej profesion. Di samping itu juga, etika dianggap
sebagai pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia
dalam bahagian tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu
mengenai suatu kewajiban.
Antara fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam
profesion mengenai prinsip profesionalisme yang dirangka. Ini bermakna setiap ahli
yang juga guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh
dilakukan. Fungsi kod etika juga ialah merupakan kawalan sosial untuk masyarakat
atas profesion yang berkaitan. Ini bemakna bahawa etika profesion dapat menyediakan
pengetahuan kepada masyarakat supaya lebih memahami kepentingan suatu
profesion. Akhir sekali fungsi kod etika ialah membantu para profesional mencegah
campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam
keanggotaan profesion.
Kod etika perguruan adalah pedoman dan panduan kepada guru dalam
menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab membimbing murid-murid untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya. Di dalam kod etika perguruan terdapat empat
tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam profesion ini seperti yang telah dinyatakan
iaitu melibatkan tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa,
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan
sejawat dan profesion keguruan.

Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam kes
gangguan seksual, kita dapati guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dan
beliau tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap pelajar. Dalam kes ini,
sepatutnya guru tersebut mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Namun
guru tersebut telah melakukan perkara yang sebaliknya terhadap pelajarnya. Kes
seperti ini tidak seharusnya dilakukan kerana telah mencemarkan nama baik profesion
perguruan. Kesannya, murid tersebut tidak lagi berasa selamat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran.
Selain itu, berdasarkan kod etika perguruan, guru sepatutnya bertanggungjawab
dalam menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi
contoh. Dalam isu gangguan seksual ini, guru tersebut tidak bertanggungjawab dalam
memberi contoh yang baik kepada murid kerana telah menunjukkan tingkah laku yang
negatif dengan membuat gangguan seksual secara terang-terangan ke atas murid
tersebut.
Di samping itu kod etika yang terlibat dalam kes ini ialah guru tidak harus
bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan imej dan sifat
profesionalnya, sekaligus akan menyebabkan hilangnya kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan. Tambahan lagi, guru haruslah menanamkan sikap yang
baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi
warganegara yang taat setia dan berguna. Perkara tersebut berbeza dengan guru yang
dengan melakukan sikap yang tidak baik terhadap muridnya.
Demikian juga dengan kod etika bahawa guru haruslah bertugas sebagai
'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat
yang diterima oleh masyarakat. Maka, guru tidak seharusnya menyatakan atau
membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa
terhadapnya serta guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat atau negara. Kod etika ini jelas menunjukkan bahawa
guru yang melakukan gangguan seksual tidak mengikut kod etika yang digariskan
sebagai seorang pendidik. Kesimpulannya, kod etika yang menjadi panduan kepada
semua guru nyata sekali tidak digunakan dan diamalkan oleh guru yang melakukan
tingkah laku yang negatif tersebut.
6.0 CADANGAN MENGATASI TINGKAH LAKU GURU YANG NEGATIF

Gangguan seksual yang berlaku ke atas murid bukannya penghujung kepada kes yang
melanda masyarakat kita pada hari ini. Mungkin suatu hari nanti, kes ini menjadi
semakin serius jika tidak ditangani dengan segera. Tingkah laku yang negatif itu boleh
dibendung jika masyarakat berkerjasama dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku
guru yang negatif. Melalui kaedah tersebut, kita boleh membangunkan kesedaran guru
tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid.
Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua
masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai
gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik dalam
hubungan antara lelaki dan wanita, pencabulan, penderaan seksual dan sebagainya.
Justeru, kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan yang
penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan
masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif.
Pendidikan seks bukan sahaja sesuai kepada murid, guru-guru dan masyarakat namun
kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks bertujuan untuk
memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan seksual yang dilakukan lebih-lebih
lagi dilakukan kepada murid-murid. Di samping itu juga, pendidikan seks juga dapat
mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual
jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.
Selain itu, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat bagi meningkatkan nilainilai dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab terutamanya yang melibatkan
penjawat awam khususnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi,
semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi
menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti
kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu di
terapkan ke dalam diri semua guru dalam kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang
kesalahan gangguan seksual daripada terus berlaku. Nilai hidup yang positif dapat
memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan
norma hidup yang sewajarnya dipertahankan. Fullan (1993) menyatakan bahawa guru
melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan
moral yang dikaitkan dengan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negatif ini (gangguan
seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menggembleng tenaga

dengan bersama-sama menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya


kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual serta guru yang melakukan
gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbingan dan
kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual. Khidmat
bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan
bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah
ini. Menurut Shertzer dan Stone (1974) mengatakan bahawa bimbingan sebagai
perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman,
pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Penguatkuasaan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh
diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang
yang melibatkan kes gangguan seksual dalam kalangan pendidik ini perlulah dibanteras
dengan segera supaya kes seumpama ini dapat diatasi dengan segera.
Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan, hukuman dan
sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini agar tidak terus
berleluasa. Dengan adanya penguatkuasaan seperti itu, tingkah laku negatif dalam
kalangan guru mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera. Di samping itu
juga, guru yang melanggar etika perguruan perlulah dilucutkan jawatannya. Ini dapat
memberi pengajaran kepada guru-guru yang lain supaya tidak melakukan perkara yang
tidak bermoral ini.
6.0 RUMUSAN
Berdasarkan kepada hujah-hujah dan huraian yang telah dikupaskan berdasarkan
artikel tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa setiap guru haruslah mempunyai sahsiah
yang baik, terpuji, dihormati dan dapat dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini
termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, peribadi yang unggul dan daya
kepimpinan yang berkesan. Kebanyakan kualiti sahsiah seorang guru adalah hasil
daripada latihan yang diikuti semasa menjalani kursus di institut perguruan. Latihan itu
termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak
serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan.
Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan
perguruan atau tidak, dia mestilah mempunyai sahsiah diri yang bagus terutamanya
terhadap murid-murid. Guru yang mengamalkan budaya pembelajaran pasti tidak akan

lari dari tugasnya untuk mendidik murid-muridnya dengan betul. Selain tugas dalam bilik
darjah, guru perlu mengetahui peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat.
Di samping itu juga, guru seharusnya berjaya mempamerkan penampilan diri
sebagai pendidik yang berkesan. Guru perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar
dan aspirasi pendidikan negara yang jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi
akan menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket
sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa,
kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkan mengikut kesesuaian
semasa berinteraksi terutamanya dalam perbualan sehariannya. Guru haruslah
berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan
menampilkan etiket sosial yang disenangi semua.
Guru adalah individu yang sering mendapat perhatian walau di mana sahaja
mereka berada. Segala tindak-tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat
sekeliling. Adalah menjadi kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan
menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan.
Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya
menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan supaya dapat
menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang dihadapinya.