Anda di halaman 1dari 2

IKHLAS DARIKU..

nasril 2015

RAWATAN CPR

Definisi CPR
CPR atau cardiopulmonary resuscitation adalah gabungan khidmat pertolongan
cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Ia merupakan teknik
menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak
bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut.

Dengan bernafas untuk

mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh


tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti j a n t u n g n y a u n t u k
terus

hidup

sehingga

bantuan

perubatan

tiba.

Jika

CPR

t i d a k dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan


banyaknya selepas 5 minit pertama.
Kepentingan CPR
Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat
lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung atau
pun jantung terhenti. Keadaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh
serangan

jantung,

tetapi

oleh

kemalangan

seperti

lemas

atau

k e j u t a n e l e k t r i k . D i M a l a ys i a 3 0 % daripada kematian yang yang disahkan


di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.
Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital,
biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit
jantung.

IKHLAS DARIKU..nasril 2015

Jika seorang tidak bernafas atau aliran darahnya tidak cukup, CPR boleh membantu
melancarkan

perjalanan

aliran

darah

berserta

oksigen

ke

otak.

Tanpa

oksigen,kerosakan otak kekal atau kematian boleh terjadi dalam masa kurang lapan
minit.Tekanan di dada berfungsi menstimulasi pam jantung dan membekalkan
alirandarah ke organ penting.CPR juga seakan memberi peluang seseorang pesakit
yang diserang sakit jantunguntuk hidup sementara menanti rawatan. Bagi kanakkanak, CPR boleh menjadi pertolongan paling bermakna di dalam situasi
kemalangan, hampir lemas atau tercekik.CPR yang dilakukan oleh mereka yang
tidak berkelayakan boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit. Oleh itu untuk
memperoleh kemahiran pertolongan cemas,seseorang itu selalunya berlatih dengan
patung terlebih dahulu.