Anda di halaman 1dari 27

PENGERTIAN DAN KONSEP

Pentaksiran

Pengujian

Pengukuran

Penilaian

Perkaitan antara Pentaksiran,


Pengujian, dan Penilaian

PENTAKSIRAN

DEFINISI PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan


seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang
pelajar dalam proses pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod


dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu
tujuan.

Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan


gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam
sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.

Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam


pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan


pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan


sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara


efektif.

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Jenis-jenis Pentaksiran

Pentaksiran dalam bilik darjah terbahagi kepada


tiga iaitu:
i. pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for
learning)
ii. pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment
as learning)
iii. pentaksiran kepada pembelajaran (assessment
of learning) .

mozuba education tools 2009

Pentaksiran Untuk Pembelajaran


(Assessment For Learning)

proses pembelajaran berterusan

dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau


murid memahami dan dapat menterjemahkan
kehendak tugasan

supaya guru boleh menentukan apa yang boleh


dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan
murid.

pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian


dengan cara dan kehendak mereka sendiri.

proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari


jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid

memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai
penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran pelajar akan
belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.

pelajar berupaya mengesan informasi & maklumat, menghubungkaitkan informasi


dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan
pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (metacognition).

ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan
mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan,
penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka
fahami.

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran


(Assessment As Learning)

Pentaksiran Kepada Pembelajaran


(Assessment Of Learning)

berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan


digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa
yang pelajar dan murid boleh lakukan,

mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan


atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta
kebiasaannya,

menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan


dan dihubungkaitkan dengan yang lain

Ringkasan Pentaksiran

PENTAKSIRAN ialah satu proses mendapatkan maklumat dan


seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu
proses pendidikan.

Proses

Maklumat :
Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu
perkara yang ditaksir.

Penghakiman:

Proses pertimbangan tentang pencapaian


pendidikan pelajar.

Produk
pelajar

Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang


peroleh setelah melalui proses pendidikan.

:
Langkah / tindakan / operasi yang digunakan
untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

PENGUJIAN

DEFINISI

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri


tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian
tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam
sesuatu mata pelajaran.
Ujian

adalah alat ukur.


digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam
sesuatu kursus.
mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan)
yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar
untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam
kursus berkenaan.

Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan


memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Definisi Pengujian (samb..)

Menurut Cronbach (1970)


Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori.

Contoh skala bernombor ialah

angka 30/100 untuk ujian penglihatan,


100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan
80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.

Contoh sistem berkategori pula ialah

ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian
penglihatan.

Ringkasan Pengujian
: Suatu cara sistematik untuk

Ujian

mengukur perubahan tingkah laku


individu individu (pelajar).

Bahan ukur

: Soalan yang kebolehpercayaan.

Tujuan pengujian : mengesan kemajuan / pencapaian/


penguasaan pelajar terhadap suatu
bidang pelajaran.

Alat pengukur

: Kognitif, Psikomotor, Afektif.

PENGUKURAN

DEFINISI

Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara


kuantitatif/numerifk

tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai


suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu

untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki


prestasi/ciri-ciri tertentu

Contoh:
Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak
dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik
hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru,
pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau
pelajar mengikut alat yang digunakan.
Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.
mozuba education tools 2009

CIRI PENGUKURAN

Tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang


menggunakan skala nisbah.

Contoh,

Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara
tepat berbanding ketinggian fizikalnya.
o

Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur
yang tepat sepeti penggunaan pembaris.
Seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali
ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua kali ganda 45

Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak
mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ukuran
aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran
ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat mutlak.

Jenis-jenis Pengukuran

Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran:

jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80%

jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan


motivasi tinggi.

Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras


ukurannya dengan menggunakan menggunakan empat jenis skala
iaitu:

Skala Nominal

Skala Ordinal

Skala Interval

Skala Nisbah
mozuba education tools 2009

Jenis-jenis Pengukuran (samb)


Skala Nominal

Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang mutual


eksklusif, di mana tidak perlu ada perkaitan diantara kategori.
Tidak perlu aturan atau ruangan

Contoh 1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau pengukuran lain di


antaranya).
Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa

Skala Ordinal

Skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan

Contoh: Angka 1- sangat tidak setuju; 2- kurang setuju;


3- sederhana setuju; 4- setuju; 5- sangat setuju

Jenis-jenis Pengukuran (samb)

Skala Interval

Data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap unit
sela yang sama nilai.

Contoh: Perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius adalah
sama dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah selsius iaitu sebanyak 10
darjah selsius. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak kerana ia disandarkan
kepada jarak antara suatu nilai dengan nilai yang lain.

Skala Nisbah

Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal yang
unik (bukan titik rambang yang asal). Ia mengumpulkan semua sifat diantara
semua skala.

Contoh : Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat dari orang yang
mempunyai berat 40 kg. Mengganda atau membahagikan kedua-dua nombor ini dengan
sebarang nombor diberi akan memberikan nisbah 2:1

PENILAIAN

DEFINISI

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif


pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum
penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan
pertimbangan terhadap bukti empirikal.

Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara


pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan
menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.

Penilaian menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan


peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran.

Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Definisi Penilaian (samb..)

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar


seperti yang dinyatakan tadi, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari
Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk
membuat penilaian atau pengadilan.
(Raminah 1991:2).

mozuba education tools 2009

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu


kuantifikasi dan kualifikasi.

Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal


penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar.

Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal


penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran
dan pembelajaran dicapai atau tidak.

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih


dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian.

Semakin tepat guru mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat


penilaian guru terhadap keberkesanan pengajarannya

KONSEP

Perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak


cara kita boleh menilai pengajaran guru.

Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di


sekolah adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian
kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar.

Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan


maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan.

Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian


objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat
berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat
subjektif, pincang dan rapuh.

KONSEP (samb)

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering


digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan
penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan
perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir
ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya
dengan tepat.

Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan
sempurna dan boleh dipertahankan.

Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan


menjalankan pengujian yang berkualiti.

Tujuan Penilaian

Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakanrakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam
subjek lain.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah
pencapaiannya

Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.

Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap
pembelajaran.

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan
pengajaran mereka.

Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera
memperbaikinya.

Hubungan Pengujian-Pengukuran-Penilaian