Anda di halaman 1dari 9

Perbandingan Kajian Tindakan dengan Kajian-kajian Kuantitatif

Matlamat Kajian Tindakan ialah menyelesaikan masalah spesifik. Walaupun pendekatan


saintifik digunakan dalam kajian tindakan, kajain berbentuk ini bukanlah berobjektifkan
kepada sumbangan saintifik kepada bidang pendidikan (Richard A. Schmuck, 2000)
Kajian tindakan mula diperkenalkan dalan tahun 1940-an melalui kajian oleh Kurt Lewin
(1946) yang menganjurkan pembangunan kritik sosial ke atas kawalan demokratik
pengetahuan dan penyelidikan.
Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves
reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action.
Kurt Lewin (1947)
Kajian tindakan adalah mengenai kajian dan tindakan. Pendekatan tradisional
mengasingkan kajian daripada tindakan. Pengasingan yang berlaku dalam banyak aspek
ini, suatu perbezaan yang palsu dan tiada siapa pun pernah mengakuinya. Ia adalah lebih
kepada sudut pandangan pengkaji dan pengamalnya. Gummeson (2000) telah
menghubungkan kedua-dua perkara ini dengan melihatnya sebagai pekerja
berpengetahuan yang mana setiap satu berbeza penekanan dalam hubungan teori dan
amalan; satu menumpukan kepada teori dan menyumbang kepada amalan manakala satu
lagi menumpukan kepada amalan dan menyumbang kepada teori.
Pengumpulan data dalam penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan berkait rapat dengan penilaian bilik darjah. Apabila guru-guru
mengumpulkan maklumat mengenai murid-muridnya, guru-guru juga mengumpul
maklumat tentang penilaian kekuatan dan kelemahan murid-muridnya. Teknik
mengumpul data adalah termasuk;
1

Pemerhatian.
Mengumpul maklumat semasa pengajaran, di pusat-pusat tertentu, di padang
permainan atau di bilik makan dan melalui perbincangan peribadi bersama
individu-individu adalah ciri-ciri yang ada pada guru-guru dan penyelidik.
Apabila pendidik menilai pemerhatian sebagai satu cara penyelidik, pemerhatian
mereka semakin tepat dan menjadi semakin lebih penting

Menyimpan rekod-rekod anekdot


Rekod-rekod anekdot berkaitan pelajar-pelajar disimpan oleh guru-guru
merupakan sumber data kualitatif yang boleh dianalisa dan digunakan untuk
membantu guru-guru dalam membuat keputusan kurikulum.

Diari peribadi guru/entri journal


Sesetengah guru menggunakan penulisan peribadi untuk membantu mereka dalam
perhubungan mereka dengan pelajar-pelajar. Entri ini berbeza daripada rekod
anekdot kerana ia lebih subjektif dan menggambarkan pemikiran dan perasaan

guru tentang masalah spesifik dalam bilik darjah. Membaca semula entri journal
dikemudian hari dapat membantu guru-guru memikirkan semula perhubungan
mereka dengan pelajar-pelajar bermasalah atau boleh juga membantu guru-guru
menemukan strategi lebih baik dalam melibatkan diri dalam aktiviti di bilik
darjah.

Ujian Piawai/Instrumen Siasatan


Ujian piawai dan instrumen siasatan seperti ujian pendengaran dan penglihatan
menyedikan maklumat yang membolehkan guru-guru membuat keputusan
kurikulum serta semasa persidangan bersama ibu bapa.

Portfolio
Pengumpulan maklumat menggunakan portfolio dalam bilik darjah seperti
mengumpulkan contoh-contoh penulisan, lukisan, projek yang telah disiapkan,
gambar foto pelajar-pelajar, senarai semak pencapaian individu, carta
pertumbuhan, dan rakaman kaset atau video aktiviti pelajar dalam bilik darjah
merupakan artifak yang guru-guru boleh gunakan untuk menunjukkan
pertumbuhan kognitif, fizikal dan sosio-emosi kanak-kanak.

Menurut Richard A. Schmuck (2000) kajian tindakan memberi perhatian terhadap


masalah setempat dan dikendalikan dalam latar belakang setempat. Oleh itu ia boleh
membekalkan jawapan segera kepada persoalan dan kebimbangan yang ditimbulkan oleh
guru-guru kelas, pengetua dan guru besar serta perunding berkaitan dengan tingkah laku
kanak-kanak, program spesifik yang mereka terlibat dan perkembangan kurikulum.
Penemuan Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan tindakan secara tradisi didefinisikan sebagai pendekatan kepada
penyelidikan yang berasaskan hubungan kerjasama dalam penyelesaian
Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri
dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang
tugas mereka.
Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik
seperti pensyarah, guru-guru,pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai
penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki;
a.
b.
c.

Amalan sosial dan pendidikan kendiri;


Kefahaman terhadap amalan kendiri;
Situasi di mana amalan tersebut dijalankan

Menurut Louis Cohen dan Lawrence Manion (1994) penyelidikan tindakan adalah satu
situasi ia melibatkan aktiviti mendiagnosis masalah dalam konteks spesifik dan usahausaha untuk menyelesaikannya dalam konteks spesifik; biasanya melibatkan kerjasama
pasukan penyelidik dan pengamal bekerja bersama dalam satu projek; melibatkan
pernyertaan semua ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak secara
langsung dalam melaksanakan penyelidikan; juga melibatkan penilaian kendiri
pengubahsuaian dinilai secara berterusan dalam lingkungan situasi yang sedang berlaku.
Skop atau ruang lingkup penyelidikan tindakan sebagai satu kaedah adalah sangat
mengkagumkan. Penggunaan penyelidikan ini mungkin dalam julat antara suatu yang
ekstrem daripada guru yang mencuba cara baru dalam mengajar kajian sosial dalam
kelasnya kepada kajian yang lebih sofistiket pada perubahan organisasi dalam industri
menggunakan pasukan penyelidikan yang besar dan ditaja oleh kerajaan. Walau dalam
situasi apa pun, rujukan kerangka penilaian pendekatan ini adalah sama iaitu menambah
pengetahuan kepada fungsi pengamal-pengamal berkaitan fenomena-fenomena yang
mereka terlibat.
Hodgkinson (1957) dalam Louis Cohen dan Lawrence Manion (1994) menyatakan;
Penyelidikan tindakan.hasil logik dan secara langsung sesuatu posisi progresif.
Selepas menunjukkan kanak-kanak bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah mereka, langkah selanjutnya guru-guru mengamalkan
pendekatan yang telah mereka ajar kepada kanak-kanak itu dan belajar
menyelesaikan masalah mereka secara bekerjasama pula.
Menurut Louis Cohen dan Lawrence Manion (1994) tujuan Penyelidikan Tindakan dalam
pendidikan dapat dilihat pada 5 kategori ;
1

menyelesaikan masalah yang telah didiagnosis dalam situasi spesifik

untuk latihan dalam perkhidmatan, dengan demikian melengkapkan guru-guru


dengan kemahiran dan pendekatan baru; memahirkan mereka dengan keupayaan
anlaitikal dan meningkatkan kesedaran kendiri

menyuntik pendekatan tambahan atau pendekatan inovasi pengajaran dan


pembelajaran ke dalam sistem yang sedia ada

4.

memperbaiki kelemahan komunikasi antara guru dan penyelidikan akademik dan


memperbetulkan kegagalan penyelidikan tradisional dalam memberi prekripsi
yang jelas

menyediakan alternatif kepada pendekatan yang lebih subjektif, impressionistik


untuk penyelesaian masalah dalam bilik darjah.

Ciri-ciri penyelidikan tindakan seperti yang diutarakan oleh Richard A. Schmuck (2000)
adalah;

Berdasarkan situasi kerana ia berkaitan masalah yang berlaku dalam ketetapan


yang spesifik

Bersifat eksperiential apabila projek penyelidikan tindakan berasaskan realiti


dalam amalan seharian

Berorientasikan proses apabila pengamal mematuhi prosedur dan pendekatan


penyelidik-penyelidik terdahulu

Heuristik kerana pengamal sangat berminat dalam mencari penyelesaian kepada


sesuatu masalah

Bercirikan penilain kendiri apabila pengubahsuaian dinilai secara berterusan,


ditaksir dan dilaksanakan .

Calhoun (1993) dalam Richard A. Schmuck (2000) menyatakan projek penyelidikan


tindakan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara kolaboratif bersama
sekumpulan pengamal atau sebagai kumpulan dalam sekolah atau dalam sesebuah
daerah.
Faedah Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan tindakan menjanjikan kemajuan dalam profesionalisme guru-guru, guru
besar dan pengetua serta pegawai-pegawai pendidikan. Proses yang dilaksanakan
membolehkan mereka mengalami sendiri penyelesaian masalah dan membentuk model
kepada pelajar-pelajar mereka. Pengumpulan data digunakan untuk mendiagnos masalah,
mencari penyelesaian, mengambil tindakan terhadap beberapa kemungkinan dan
menyelia tindakan yang telah dilaksanakan. Kitaran proses ini boleh diulang beberapa
kali dengan memfokuskan kepada masalah yang sama atau masalah lain.
Penyelidikan tindakan boleh mencergaskan semula keseluruhan komuniti pembelajaran
disamping bantuan kepada guru untuk mengubah atau merenung kembali amalan-amalan
dalam bilik darjah. Ia boleh menyokong inisiatif individu-individu guru, sekolah,
kerjasama sekolah bersama komuniti dan daerah. Sebagai tambahan lebih dari satu jenis
penyelidikan tindakan boleh digunakan dalam satu persekitaran pada satu-satu masa.
Memilih jenis penyelidikan perlulah mengambil kira 5 elemen penting iaitu;
1

Tujuan dan proses yang terlibat

Bantuan dan sokongan dari agensi luar seperti universiti, konsortium dan pegawai
personel pusat

Jenis data yang digunakan

Mereka yang disasarkan untuk penyelidikan; dan

Jangkaan kesan sampingan

Kajian tindakan adalah satu terma yang diguna pakai kepada projek di mana pengamal
berusaha untuk memberi kesan kepada transformasi di dalam amalan-amalan mereka.
Secara amnya proses-proses dalam menentukan objektif dalam sesuatu projek dan
menilai keberkesanannya adalah terangkum dalam projek itu. Sesetengah penganjur
kajian tindakan mencadangkan satu pendekatan di mana objektif-objektif didefinisi
semula selalu sesuatu kitaran projek (Andrew Brown and Paul Dowling, 1998)

Pendekatan Kajian Kuantitatif


Hasil kajian kuatitatif dinyatakan dalam bentuk deskriptif dengan menggunakan angkaangka statistik. Penyelidikan kuantitatif lebih menjurus kepada sifat pengetahuan iaitu
bagaimana seseorang memahami kenyataan dan tujuan akhir dari kajian. Kajian
kuantitatif adalah berdasarkan pada pandangan formisme dan mekanisme. Pandangan
formisme menumpukan kajian kepada bentuk kenyataan yang mempunyai persamaan
dalam bentuk-bentuk kenyataan itu. Dalam kajian-kajian pendidikan, formisme adalah
meliputi penyelidikan mengenai persamaan ciri-ciri tertentu dari suatu kelompok dalam
bentuk yang sama seperti rujukan kognitif. Semua kajian tentang hasil belajar dan ujian
signifikasi statistik adalah tergolong dalam proses berfikir formistis (Drs. Ibnu Hadjar,
1996). Kebenaran teori akan diperolehi apabila terdapat kesesuaian antara kenyataan
khusus dengan bentuk ideanya.
Mekanisme pula memusatkan pandangan kepada hubungan antara realiti yang
mempunyai persamaan-persamaan bentuk. Ini bermaksud pemikiran mekanisme adalah
lanjutan daripada pemikiran formistis. Pandangan ini beranggapan bahawa suatu realiti
mempunyai hubungan sebab-akibat, pengaruh atau korelasi dengan realiti yang lain.
Untuk menetapkan tingkat kesamaan dan keeratan hubungan data kuantitatif adalah
diperlukan. Kebenaran teori diperolehi bila terdapat kesesuaian antara kenyataan dengan
aturan-aturan determinan yang logik.
Pendekatan kuantitatif bertujuan untuk menguji suatu teori yang menjelaskan hubungan
antara kenyataan sosial. Pengujian dilakukan untuk mengetahui sama ada teori yang
ditetapkan disokong oleh kenyataan atau bukti-bukti empiris atau tidak. Teori yang
dikemukakan bersama bukti-bukti akan dapat diterima manakala teori-teori yang tiada
bukti akan ditolak hingga perlu diuji atau dikaji semula. Proses kajian kuantitatif adalah
berdasarkan proses berfikir deduktif iaitu dimulakan dengan penentuan konsep yang
abstrak berupa teori yang masih umum sifatnya kemudian diteruskan dengan
pengumpulan bukti-bukti atau kenyataan khusus untuk pengujian.
Dari sudut metodologi, prosedur dan langkah-langkah yang digunakan dalam kajian
berbentuk kuantitatif seperti teknik pemilihan subjek yang akan dikaji, penetapan
instrumen yang akan digunakan dalam pengumpulan data, serta teknik analisis data yang
akan dikumpulkan , secara terperincinya telah ditetapkan terlebih dahulu oleh pengkaji

sebelum pelaksanaannya. Oleh itu, semasa pelaksanaan kajian, pengkaji hanya perlu
mengikuti prosedur yang telah ditetapkan secara konsisten. Melalui pendekatan
kuantitatif, pengkaji dapat mengelakkan daripada bias. Keesahan dan realibiti data yang
dikumpul, misalnya sangat bergantung kepada instrumen yang digunakan dan bukan
siapa yang mengumpulnya.
Kajian Kuantitatif menggunakan pendekatan statistik untuk menunjukkan hubungan
antara pembolehubah-pembolehubah. Kajian berbentuk ini digunakan untuk tujuan
membuat inferens berdasarkan data yang telah dikumpulkan. Sebagai contoh penyelidik
kuantitatif yang mana minat utamanya untuk menentukan hubungan sebab-akibat antara
suatu perlakuan dengan hasil (persoalan does-it-work) mungkin melakukan pelbagai
praujian (pretest) dan pascaujian (postest) untuk melihat sama ada pendekatan
instruksional menyebabkan pencapaian meningkat.
Semua penyelidikan dan kajian boleh digolongkan dalam dua kategori besar : kuantitatif
dan kualitatif. Kajian kuantitatif mengumpulkan data daripada individu-individu atau
kumpulan-kumpulan dan biasanya mensubjekkan data-data itu kepada analisa statistik
untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara data-data tersebut. Kajian
kuantitatif juga mengemukakan hipotesis sama ada disokong atau belum disahkan oleh
data.
Menurut Robert E. Slavin (1992), dalam kajian kuantitatif, bentuk penyelidikan boleh
berbentuk sama ada secara eksperimental atau bukan eksperimental. Dalam penyelidikan
secara eksperimental, penyelidik akan mengemukakan satu atau lebih pembolehubahpembolehubah bebas, atau perlakuan dan membuat pemerhatian terhadap kesan kepada
satu atau lebih pembolehubah-pembolehubah terkawal atau hasil.
Seorang penyelidik mungkin mengkaji kesan penggunaan kumpulan membaca muridmurid gred 5 dengan secara rawak menugaskan beberapa guru mengamalkan kumpulan
membaca dan guru lain menggunakan pengajaran berbentuk seluruh kelas dan kemudian
mengukur pencapaian pembacaan pelajar-pelajar. (Robert E. Slavin,1992)
Dalam penyelidikan kuantitatif bukan eksperimental, penyelidik biasanya membuat
pemerhatian tentang hubungan antara dua atau lebih pembolehubah-pembolehubah yang
telah wujud tanpa cuba memanipulasikannya.
Seseorang penyelidik mungkin cuba menjawab persoalan tentang kumpulan membaca
dan pencapaian mereka dengan mengesan kumpulan guru-guru yang telah mengamalkan
kumpulan membaca atau pengajaran secara kelas dan kemudian mengukur pencapaian
pelajar-pelajar mereka. (Robert E. Slavin)
Bentuk Perbandingan-Eksperimental
Dalam penyelidikan eksperimental itu pula terdapat dua jenis utama. Perbandingan
eksperimental yang paling umum, dalam mana dua kumpulan berbeza ditugaskan oleh
penyelidik untuk menerima peenyelesaian berbeza, kemudian kumpulan-kumpulan itu
dibandingkan pada satu atau lebih pengukuran bebas. Perbandingan eksperimental juga

boleh melibatkan lebih daripada dua perlakuan. Ini adalah kerana perbandingan
eksperimental selalu melibatkan perbandingan kumpulan-kumpulan yang telah menerima
penyelesaian berbeza.
Bentuk Eksperimental Kes Tunggal
Bentuk kedua eksperimental utama adalah bentuk eksperimental kes tunggal. Dalam
bentuk ini, subjek atau subjek-subjek yang sama diberi penyelesaian berbeza dalam
urutan yang terancang dan perlakuan subjek diperhatikan dibawah penyelesaian berbeza.
Jika perlakuan-perlakuan ini berubah apabila penyelesaian yang diberi diubah, maka ia
boleh dikatakan bahawa perlakuan (pembolehubah bebas) adalah dikawal oleh
penyelesaian (pembolehubah terkawal/tidak bebas)
Bentuk Korelasi
Bentuk bukan eksperimental yang umum ialah bentuk korelasi. Menurut Robert E. Slavin
(1992) dalam pendekatan ini, penyelidik mengukur dua atau lebih pembolehubah untuk
menentukan sama ada terdapat atau tidak hubungan antara pembolehubah-pembolehubah
itu. Jika satu pembolehubah itu tinggi bila pembolehubah yang satu lagi tinggi, tetapi
rendah bila yang satu lagi rendah, kedua-dua pembolehubah itu adalah berkorelasi positif.
Sebagai contoh, kita tahu bahawa prestasi kebolehbacaan pelajar adalah berkorelasi
positif dengan prestasi dalam Matematik (Robert E. Slavin, 1992).
Bentuk korelasi biasa digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Kadang kala
penyelidikan korelasi digunakan untuk menjawab persoalan yang sama yang digunakan
dalam kajian perbandingan eksperimental seperti yang digunakan dalam perbandingan
kebolehan kumpulan dan pengajaran kelas yang diterangkan sebelum ini; kajian
perbandingan boleh dilakukan dengan menugaskan guru-guru untuk menggunakan manamana kaedah (bentuk perbandingan eksperimental) atau mengakses pencapaian pelajar
yang mana guru-guru telah menggunakan satu atau mana-mana kaedah (bentuk korelasi).
Penyelidikan Deskriptif
Satu lagi bentuk penyelidikan kuantitatif bukan eksperimental iaitu penyelidikan
deskriptif yang digunakan untuk menerangkan fenomenafenomena tertentu. Tinjauan
pendapat adalah merupakan satu bentuk penyelidikan deskriptif. Dalam kebanyakan
penyelidikan deskriptif pertimbangan utama adalah pensampelan.
Penyelidikan penilaian adalah penyelidikan deskriptif yang dijalankan untuk mengenal
pasti sama ada program-program tertentu telah mencapai matlamatnya. Sebagai contoh,
sesebuah sekolah mungkin berhasrat untuk memanjangkan tempoh perpustakaan dibuka
untuk satu tempoh percubaan. Pentadbiran sekolah mungkin ingin memastikan
peningkatan penggunaa 20% sebagai kriteria kejayaan program. Penyelidikan penilaian
mungkin digunakan untuk melihat sama ada kriteria ini dipenuhi.

Penyelidikan bersejarah (historical), sama ada kuantitatif atau kualitatif atau keduaduanya digunakan untuk memeriksa bukti-bukti lalu dalam cubaan untuk menjelaskan
perkara yang telah berlaku atau membuat kesimpulan terhadap perkara yang lepas yang
mungkin mempunyai hubungan berterusan.
Pada masa dulu kemahiran asas penyelidikan memerlukan penyelidik menganalisa
bahan-bahan simbolik atau kualitatif meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul, mengelas,
menyusun, menggabung, menilai dan mentafsir. Asas kepada segala aktiviti ini wujud
pelbagai pertimbangan peribadi. Walau bagaimana pun , sebagai perbandingan masa lalu,
usaha-usaha telah dilakukan untuk menggunapakai pendekatan kuantitatif yang
diamalkan oleh para saintis sebaga penyelesaian kepada pemasalahan sejarah (historical).
Dari pendekatan-pendekatan ini, suatu pendekatan yang relevan kepada penyelidikan
sejarah ialah analisis kandungan (content analysis), matlamat asas untuk mengambil
suatu yang verbal, dokumen bukan kuantitatif dan memindahkannya ke dalam bentuk
data kuantitatif (Louis Cohen & Lawrence Manion, 1994)
Menurut Louis Cohen & Lawrence Manion (1994) Analisis Kandungan didefinisikan
sebagai pendekatan penyelidikan pelbagai tujuan (multipurpose) diibangunkan khusus
untuk menyiasat pemasalahan dalam spektrum yang luas yang mana kandungan
komunikasi digunakan sebagai asas kepada inferens. Penggunaan teknik analisis
kandungan dalam penyelidikan sosial bermula pada awal ke 19 dan hingga kini
pendekatan ini telah pun melalui beberapa fasa. Usaha terawal penggunaan analisis
kandungan ini melibatkan pengiraan perkataan seperti yang diterangkan oleh Travers.
Penulis biasanya menggunakan perkataan-perkataan tertentu pada kadar
kekerapan yang mereka mahu. Sesuatu perkataan yang banyak digunakan oleh seseorang
penulis mungkin kurang penggunaannya pada penulis yang lain. Perbezaan kadar
penggunaan perkataan ini boleh dikaji untuk melihat kesahihan sumber sesuatu dokumen
itu. Kadar penggunaan perkataan ini juga boleh digunakan sebagai asas untuk membuat
inferens terhadap pernyataan emosi dalaman seperti kerisauan.
(Travers, 1969)
Lebih banyak pendekatan sofistikat berkaitan analisis kandungan digunakan untuk
mengenal pasti kategori dan unit-unit yang sesuai untuk analisis yang boleh
menggambarkan sifat dan jenis dokumen yang dianalisa dan tujuan sesuatu penyelidikan
dilakukan. Kategori dokumen ditentukan selepas pemeriksaan awal dilakukan dan akan
meliputi bahagian-bahagian utama kandungan.Kategori dokumen ditentukan selepas
pemeriksaan awal dilakukan dan akan meliputi bahagian-bahagian utama kandungan.
Bibliografi
McEwan, E. K., & McEwan, P.J., (2003). Making sense of research : Whats good, whats
not, and how to tell the difference. California: Corwin Press

Louis Cohen & Lawrence Manion, (1994). Research methods in education (4th. ed.). New
York.: Routledge.
Slavin, R.E., (1992). Research methods in education (2nd ed.). Boston: Allyn and Bacon.
Richard, A. S., (Ed.). (2000). Practical action research. Illianos: Skylight Professional
Development
Andrew Brown & Paul Dowling, (1998). Doing research/reading research: a mode of
interrogation of education. Wahington D.C. : The Falmer Press.
Mertens, D.M., (1998). Research Methods in education and psychology: integrating
diversity with quatitative & qualitative approaches. California: Sage Publications
Drs. Ibnu Hadjar. (1996). Dasar-dasar metodologi: Penelitian kwantitatif dalam
pendidikan. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.
Ng Kim Choy. (2000). Penyelidikan Tindakan: pengenalan. Retrieved February 3, 2005
from http://www.teachesrock.net.htm

Anda mungkin juga menyukai