Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
LAPORAN JAWATANKUASA
NAMA
NO.KAD PENGENALAN
: 930209-12-5973
BIDANG TUGAS
i.
SEBELUM
Menyeru setiap AJK permainan menyenaraikan peralatan yang ingin
tertinggi.
Membantu pengerusi merancang bajet bagi pengelolaan karnival berkaitan
digunakan.
Membantu jawatankuasa lain membuat keputusan.
Membantu pengerusi melicinkan proses kerja bagi setiap jawatankuasa yang
telah dilantik.
Membantu pengerusi menyampaikan beberapa maklumat penting melalui
Facebook dan Wassup.
ii.
SEMASA
Memastikan semua peralatan mencukupi dan dapat berfungsi dengan baik
iii.
SELEPAS
Menghantar kembali barang yang telah dipinjam dari gimnasium dan astaka.
Memastikan peralatan yang dipinjam dikembalikan dengan jumlah yang sama
semasa dipinjam.
Membantu pengerusi menjalankan Post- Mortem
DISEDIAKAN OLEH,
______________________
(MOHD HAMDAN BIN PALLAO)
KETUA AJK PERALATAN,
KARNIVAL SUKAN 2015.
REFLEKSI INDIVIDU
NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO
KAD PENGENALAN : 930209-12-5973
i.
Pengenalan
Alhamdulillah kami dapat juga melaksanakan karnival dengan jayanya
walaupun pada mulanya banyak kekangan yang berlaku. Karnival ini mendapat
sambutan yang cukup hangat walaupun pada masa tersebut aktiviti institut sangat
padat. Karnival ini terbuka kepada semua warga IPGKTAR termasuk staff dan
pensyarah.
ii.
Kekuatan
Kekuatan yang dapat dilihat daripada karnival ini ialah semua ahli dalam
jawatankuasa bertugas dengan baik. Semua ahli dapat bekerjasama dan berganding
bahu walaupun sedikit keletihan kerana dihimpit dengan beban tugas masingmasing. Setiap ajk mengetahui tugas umum yang harus dilakukan bagi setiap
permainan yang dipertandingkan. Walaupun ada ahli penganjur yang mengambil
tempat untuk bertanding, mereka tetap menjalankan tugas sebelum mengikuti
pertandingan dan menggantikan tempat mana-mana ahli yang kosong untuk dibantu.
Sikap seperti ini harus dijadikan amalan oleh setiap guru pelatih agar dapat
mengetahui selok belok dalam penganjuran karnival yang mengambil masa
beberapa hari untuk dijalankan.
Kekuatan lain yang saya lihat ialah sikap toleransi antara ajk juga semakin
meningkat dan dilihat sebagai kekuatan yang paling bermakna kerana penganjuran
karnival seperti memerlukan pasukan yang boleh dan mampu menguruskan program
dengan lancar dan tersusun. Selain itu, saya melihat sistem kepengadilan dalam
setiap permainan adalah yang terbaik berdasarkan penganjuran sebelum ini dan
tiada isu yang dibangkitkan oleh setiap peserta atau kumpulan yang bertanding.
Penganjuran karnival ini seharusnya menjadi contoh kepada penganjuran karnival
yang seterusnya.
iii.
Kelemahan
Tidak banyak kekurangan yang saya lihat melalui penganjuran karnival ini. Namun
ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah peraturan masa
pertandingan yang mesti dipatuhi oleh peserta. Segelintir peserta atau kumpulan
datang lewat dan tidak mematuhi jadual perlawanan. Selain itu, terlihat sedikit
kelemahan apabila permainan dimulakan serentak menyebabkan beberapa peserta
kelam kabut ke tempat pertandingan seterusnya dan permainan tersebut terhenti
seketika kerana menunggu peserta yang bertanding. Ia turut menyebabkan jadual
pertandingan berubah semasa pertandingan kerana faktor peserta atau kumpulan
mengikuti pertandingan yang lain dalam satu karnival.
iv.
Cadangan Penambahbaikan