Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Teks Rakaman Lirik Lagu


Tajuk lagu:
Oleh:

Lagu Sukuan Dusun

Adaa
Clarice John Matha

Adaa oku dika iduanai


Adaa oku dika tongkiadai
Adaa oku dika pologoso
Adaa oku dika poihado

Walado puralan nu
Onggomo ie nupusku
Pogulio ie tupusnu
Misanganu kito do ngoduo

Linasu dilo tadau, tinodu dilo tulan


Tinamis dilo tongus, kinilau rombituon
Songinandad koulian, nu doi doho

Alansan oku da gumuli ko


Andadon ku gisom koulian nu
Haro nangku salaku id dika
Siou no nung nosinduolan ko

1.1 Alihan lirik lagu ke bahasa Melayu Baku


Kau jangan tinggalkan aku
Kau jangan putuskan aku
Kau jangan biarkan aku
Kau jangan buatku menangis

Bentangkan tapak tanganmu


Genggamlah janjimu
Kembalikan janjimu
Menjadi milik antara kita berdua
Teriknya matahari
Tenangnya bulan itu
Sejuknya taufan
Berkelipan bintang-bintang
Menantimu kembali
Ke pangkuanku

Harapanku engkau akan kembali


Ku akan terus menunggumu
Jika ada salahku padamu
Maafkanlah aku kerana menyakiti hatimu

1.2 Transkripsi teks rakaman


[#adaa ku dika iduani#]
[#adaa ku dika tkidai#]
[#adaa ku dika plgs#]
[#adaa ku dika pihad#]

[#walad puralan n#]


[#gm i npusku#]
[#pguli i tupusku#]
[#misaan kit d du#]
[#linsu dilo tadau#]
[#tindu dilo tulan#]
[#tinmis dilo tgus#]
[#kinilau rmbitun#]
[#sginndad kulian n di dh#]

[#alanson ku da gumli k#]


[#andadon ku gism kulian n#]
[#har naku salaku idika#]
[siu nnu nsindulank#]

2.0 Definisi Sebutan Baku

Bahasa adalah alat komunikasi dan pengucapan. (www.utusan.com.my, 2014) Manusia


berhubungan antara satu sama yang lain menggunakan bahasa. Tanpa bahasa, sukar
untuk berkomunikasi, apatah lagi dengan urusan-urusan rasmi. Hal ini demikian kerana
bahasa merupakan saluran komunikasi, dengan bahasalah seorang pemimpin dapat
memimpin rakyatnya, dan dengan bahasalah seorang pendidik dapat mendidik anak
didiknya. Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun. (Asmah Haji Omar,
1999) Bahasa Melayu telah lama digunakan oleh rakyat Malaysia dan sememangnya,
dengan usia penggunaan bahasa Melayu, ia seharusnya boleh dianggap sebagai satu
bahasa yang mantap tarafnya di mata dunia. Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
(PABM) membuka jendela kepada pelajar asing, sama ada yang berbangsa Melayu atau
bukan Melayu di seluruh dunia untuk belajar seterusnya menyebarkan bahasa Melayu di
luar negara. (Suraiya Chapakiya, 2014) Walau bagaimanapun, bahasa kebangsaan kita
telah dipengaruhi dengan teknologi masa kini dan kian menjadi bahasa rojak. Menurut
Mohammad Zuber Ismail & Arina Johari (2014), trend penggunaan bahasa rojak yang
seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan menular dalam kalangan para pemimpin, ahli
korporat dan rakyat biasa kini merebak dan meresap pula ke dalam industri perfileman
tanah air. Justeru telah menyebabkan sebutan baku semakin dipinggirkan.

Sebenarnya, ramai yang masih kurang memahami dan mendalami maksud sebenarnya
sebutan baku. Sebutan baku dan bahasa baku adalah saling berkait. Menurut Sanat Md.
Nasir, Abdullah Jumain Abu Samah & Haji Taha Mohd. Isa (1988), maksud sebutan baku
dapat difahami dengan lebih jelas setelah kita memahami makna bahasa baku.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, baku adalah berkenaan sesuatu yang yang
sudah diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat
dijadikan asas berbandingan bagi bentuk yang lain (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan,
dan sebagainya). Oleh itu, bahasa Melayu baku sepatutnya bahasa yang diterima pakai
oleh masyarakat yang menuturkanya kerana ia merupakan satu alat komunikasi yang
standard dan seharusnya dipraktikkan dalam pelbagai konteks terutamanya semasa
situasi formal. Tambahan pula, negara Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat yang
menggunakan pelbagai dialek, dengan adanya bahasa baku ini, masyarakat akan lebih
mudah untuk berkomunikasi dengan masyarakat yang menggunakan dialek berlainan.
Bahasa Melayu standard adalah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada
berbagai-bagai dialek di negara ini

berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk

difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing


dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan bahasa Melayu dialek
4

Johor-Riau, tetapi kini pertuturan bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat
tersendiri. (Nik Safiah Karim, 1975)

Sistem bahasa baku ini memanfaatkan masyarakat kerana ia boleh mengelakkan


pengguna bahasa daripada mengalami kerancuan bahasa. Menurut Awang Sariyan
(2014), tanpa bahasa yang mapan sistemnya dari zaman ke zaman, tidak mungkin dapat
berlaku proses pewarisan budaya itu. Sekiranya masyarakat mengekalkan sikap sambil
lewa dalam hal-hal berkaitan bahasa ini, maka ramai yang tidak akan dapat menguasai
bahasa Melayu dengan baik akibat kebiasaan mereka menggunakan bahasa Melayu
dengan pengabaian aspek tatabahasa. Sesungguhnya wajah kita, budaya kita, dan
bahasa kita milik kita. (Nor Hashimah Jalaludin, 2014) Walaupun ramai yang
beranggapan bahawa bahasa hanyalah alat untuk berkomunikasi dan aspek tatabahasa
boleh diabaikan sekiranya komunikasi itu berlaku secara berkesan, namun bahasa
sebenarnya melambangkan jatidiri seseorang. Justeru, sistem bahasa baku juga
haruslah diamalkan agar tidak lenyap ditelan zaman.

2.1. Cabaran sebutan baku


Cabaran terbesar dalam mempraktikkan sebutan baku adalah bahasa slanga. Keleluasaan
penggunaan bahasa slanga amatlah membimbangkan terutamanya bagi pihak yang cakna
akan bahasa. Bahasa slanga merupakan salah satu bahasa yang kini diguna pakai oleh
masyarakat, apatah lagi pihak yang menyebarkannya adalah media massa. Menurut Nik
Safiah Karim dalam Bahasa Slanga Remaja: Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu
(2012), slanga adalah bahasa terhad (restricted language) kerana mempunyai ciri tertentu
dan hanya digunakan dan difahami oleh golongan tertentu sahaja. Bahasa slanga yang
digunakan oleh sekelompok masyarakat adalah berbeza dengan kelompok masyarakat yang
lain. Namun, bahasa slanga sering dikaitkan dengan remaja kerana golongan remaja yang
lebih banyak terdedah kepada teknologi. Bahasa slanga pada mulanya digunakan oleh
pelajar-pelajar universiti kerana persekitaran mereka menyebabkan berkembangnya bahasa
ini. (Muhammad Daud, 2013) Tambahan pula, bahasa slanga tidak hanya mencemarkan
sebutan baku, malah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga akan
terancam. Hal ini adalah kerana masyarakat lebih selasa untuk menggunakan bahasa
slanga berbanding dengan sebutan baku yang lebih standard. Menurut Muhammad Daud
(2012), perkembangan bahasa slanga yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
terutama dalam kalangan remaja amat membimbangkan ahli bahasa dan pencinta bahasa
Melayu kerana bahasa ini dikatakan akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi negara kita.
Ciri geografi negara Malaysia juga melemahkan pemantapan sebutan baku. Negara
Malaysia terdiri daripada 14 buah negeri yang menggunakan bahasa dan dialek yang
berlainan. Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan
kepada lima kawasan utama iaitu kelompok barat daya yang terdiri daripada kelompok
Kedah, Perlis, Pulau Pinang yang meliputi Perak Utara, sementara kelompok Timur Laut
diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya kelompok Timur yang meliputi Terengganu,
selanjutnya kelompok Selantan yang meliputi dialek yang dituturkan di Johor, Melaka,
Pahang, Selangor, dan Perak Selatan dan akhirnya kelompok yang mewakili dialek Negeri
Sembilan. (Asmah Haji Omar, 1991) Walaupun perbezaan dialek tersebut tampaknya seperti
keistimewaan negara Malaysia, namun sebenarnya ia adalah merupakan cabaran untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia. Apatah lagi dialek ini seperti membeza-bezakan
ataupun meletakkan sempadan antara negeri-negeri di Malaysia dan masyarakat pula
dibezakan melalui dialek tersebut. Disebabkan kebiasaan menggunakan dialek tersebut,
terdapat kesukaran bagi masyarakat untuk menggunakan sebutan baku, walaupun bertemu
dengan masyarakat yang menggunakan dialek berlainan. Sememangnya tidak dinafikan
bahawa sebutan baku tidak sesuai untuk digunakan dalam pertuturan harian, namun dalam
6

situasi formal seperti mesyuarat, perdebatan, syarahan dan pidato, sebutan baku amat
sesuai digunakan kerana dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat. Walau
bagaimanapun, ramai yang masih memilih untuk menggunakan dialek masing-masing
walaupun dalam situasi formal. Menurut Asraf (1987), tampaknya sebutan baku bahasa
Melayu memang belum wujud secara rasmi.
Namun, sikap pengguna bahasa Melayu itu sendiri memainkan peranan amat besar dalam
pengamalan sebutan baku. Pengaruh kata serapan bahasa Inggeris ke dalam bahasa
Melayu semakin meluas pada zaman ini. Ramai juga yang lebih memilih untuk menyebut
suatu perkataan itu dalam sebutan bahasa Inggeris, contoh perkataan bank yang dalam
sebutan bakunya disebut [#ba#], namun ramai yang lebih selesa menyebutnya sebagai
[#b#].
Begitu juga dengan masalah menyebut huruf u di awal kata pinjaman, seperti
perkataan universiti. Kalau menurut prinsipnya, perkataan ini patut disebut [u-niver-siti], bukan [yu-ni-ver-si-ti].
Dipetik daripada Bahasa Baku dan Sebutan Baku. (Hassan Ahmad,1988)

Menurut Awang Sariyan (1988), rasa janggal timbul pada orang yang menilai ucapan itu
daripada sudut pandangan bahasa asing, sedang kata-kata itu telah disesuaikan dengan
kaedah bahasa Melayu dalam hal ejaan. Setiap perkataan bahasa Melayu itu mempunyai
keunikannya tersendiri. Walaupun perkataan tersebut merupakan kata serapan bahasa
Inggeris, namun sekiranya telah dieja dan digunakan dalam bahasa Melayu maka sebutan
juga haruslah mengikut sebutan baku bahasa Melayu dan bukannya menyebutnya mengikut
sebutan bahasa asli perkataan tersebut. Cabaran utama dalam pembinaan bahasa Melayu
dari dahulu hingga sekarang ialah bahasa Inggeris, dan cabaran itu menjadi lebih kritis lagi
sekarang kerana sokongan kuat terhadap bahasa itu adalah daripada pihak kepemipinan
sendiri. (Ismail Hussien, 1986) Fakta mengenai kepentingan bahasa Inggeris sememangnya
tidak dapat dinafikan sehingga bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua negara. Akan tetapi,
penggunaannya haruslah sesuai dan bertepatan dengan situasi yang dihadapi dan
bukannya menggunakan sebutan bahasa Inggeris tersebut ke dalam bahasa Melayu sesuka
hati atas alasan sedap untuk didengar.

2.2. Sejarah sebutan baku di Malaysia


Proses pembentukan bahasa Melayu baku ini sebenarnya bukan kejadian baru, tetapi telah
berlaku sejak dahulu kala lagi dalam sejarah bahasa Melayu. (Hassan Ahmad, 1988)
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan kita selepas kemerdekaan. Menurut
Hassan Ahmad (1988), pembakuan bahasa berlaku pada tiga aspek bahasa, iaitu
tatabahasa atau nahunya, ejaannya dan sebutannya. Aspek tatabahasa sebenarnya telah
diatasi sejak dahulu lagi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan terbitan buku
tatabahasa gubalan ahli-ahli bahasa. Manakala aspek ejaan pula juga tidak timbul sebarang
masalah memandangkan ejaan baku telah ditetapkan dan tidak mengalami pembaharuan.
Menurut Hassan Ahmad (1988), soal ejaan tidak timbul lagi kerana ejaan baku sudah
dikembangkan sejak tahun 1975 tanpa apa-apa perubahan lagi. Walau bagaimanapun,
pelaksanaan sebutan baku mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, justeru
menjadikannya sebagai satu cabaran untuk dilaksanakan.
Perancangan pembakuan sebutan bagi bahasa Melayu adalah menjadi salah
satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa
dan Pustaka 1959 (Disemak 1978). Objektif yang dicatatkan sebagai Tujuantujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai perkara ini ialah:
i.

Menstandardisasikan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilahistilah teknik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Dipetik daripada Pedoman Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Bin Dahaman, 1994)

Dalam usaha pembakuan bahasa, aspek sebutan merupakan aspek yang paling rumit jika
dibandingkan dengan aspek yang lain. Oleh itu, rancangan pembakuan sebutan dilakukan
setelah mantapnya aspek ejaan dan tatabahasa, iaitu setelah terbitnya Pedoman Umum
Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan juga Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat (1986) serta
Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan (1989).
Berdasarkan Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), pihak Radio dan Televisyen
Malaysia (RTM) belum melaksanakan sebutan baku bahasa Melayu melalui siarannya
secara menyeluruh. Pihak media seharusnya menggunakan sebutan baku kerana sasaran
mereka bukan hanya masyarakat dalam daerah tertentu sahaja, bahkan masyarakat daerah
lain juga. Walau bagaimanapun, pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kurang cakna
terhadap aspek tersebut lalu menyebabkan pelaksanaan sebutan baku ini diabaikan oleh
pihak tersebut. Namun, hal yang sebaliknya pula berlaku kepada pihak Sistem Televisyen
Berhad (TV3). Pihak Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) juga telah menggunakan
sebutan baku bahasa Melayu melalui siarannya, terutamanya dalam rancangan berita,
rencana dan hebahan rancangan. (Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, 1994) Kedua8

dua buah pihak media tersebut sepatutnya bekerjasama dalam rancangan yang disiarkan
agar selaras penggunaan bahasanya. Oleh sebab ketiadaan kerjasama antara pihak media,
maka pelaksanaan sebutan baku dalam media massa agak kurang.
Dari segi pendidikan pula, sebutan baku mula diterapkan bermula tahun 1988. Pelaksanaan
ini adalah berdasarkan arahan Pekeliling Ikhtisas Bil. II/1988: Pelaksanaan Penggunaan
Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah yang bertarikh 2 April 1988
yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia. (Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, 1994) Seterusnya, muncul pula Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1993:Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan
Baku yang bertarikh 30 September 1993. (www.moe.gov.my) Surat Pekeliling Ikhtisas
tersebut merupakan makluman keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan
sebutan baku Bahasa Melayu yang diwajibkan dalam peperiksaan, iaitu melalui ujian lisan.
Selain itu, ada juga dinyatakan bahawa semua aktivti pengajaran dan pembelajaran (PdP),
aktiviti kokurikulum serta upacara rasmi lain seperti pertandingan bahas dan syarahan
mestilah dilaksanakan dengan menggunakan sebutan baku bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu mengalami perubahan apabila
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2000: Pelaksanaan Sebutan Baku dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah dikeluarkan. Menurut surat
pekeliling tersebut, mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan bahawa sebutan baku bahasa
Melayu hanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Bahasa
Melayu sahaja. Manakala, pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran lain serta
urusan lain sekolah pula menggunakan sebutan biasa. Dengan kemunculan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 3/2000 ini, maka Surat Pekeliling Bil. 2/1993 dibatalkan.

2.3. Pedoman umum sebutan baku


Sifat sebutan baku yang mudah difahami oleh setiap lapis masyarakat menyebabkan ia
digunakan dalam pelbagai situasi formal. Oleh itu, pemantapan sebutan baku bahasa
Melayu ini mendapat perhatian daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. (DBP) Usaha
untuk memantapkan lagi sebutan baku bahasa Melayu ini dimulakan secara terancang
bermula dari tahun 1980-an dengan kajian-kajian berkaitan tentang sebutan dalam kalangan
pengguna bahasa. Berdasarkan Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1988), pedoman
ini disusun berdasarkan rumusan yang diperoleh daripada penyelidikan, hasil seminar dan
bengkel tentang fonologi dan sebutan bahasa Melayu yang pernah diadakan serta
pemerhatian terhadap penggunaan bahasa Melayu kini semenjak awal tahun 1980-an.
Proses pembakuan adalah bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sempurna secara
holistik, tanpa mengabaikan aspek tatabahasa, ejaan, penggunaan kata istilah dan sebutan.
Oleh itu, Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan satu panduan agar penggunaan sebutan
baku bahasa Melayu seragam. Panduan tersebut diberi nama Pedoman Umum Sebutan
Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan Pedoman Umum
Sebutan Baku Bahasa Melayu (1989), Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini
mengandungi ciri-ciri utama sistem bunyi dan kaedah sebutan baku dalam bahasa Melayu.
Pedoman Umum Sebutan Baku ini merupakan asas yang dapat membantu pengguna
bahasa kebangsaan dalam menuturkan bahasa Melayu yang betul dan seragam tanpa
adanya pengaruh terhadap bahasa-bahasa atau dialek ke dalam bahasa Melayu.
Seperti yang tercantum di dalam buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa
Melayu (1988), kaedah sebutan baku itu Pada dasar ejaan dengan pengertian
bahawa setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu.
Dalam hal ini, ejaan yang menjadi rujukan ialah ejaan Rumi. Pada umumnya,
setiap huruf vokal melambangkan satu bunyi (fonem) vokal, dan setiap huruf
konsonan melambangkan satu bunyi (fonem) konsonan (hlm. xix).
Dipetik daripada Persoalan Bahasa (Darwis Harahap, 1991)

Kemunculan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini banyak membantu para
pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. (PdP) Semasa pengajaran dan pembelajaran
(PdP) matapelajaran Bahasa Melayu, murid-murid perlulah didedahkan kepada sebutan
bahasa Melayu yang sebenar dan tidak terikat kepada mana-mana dialek. Asas kepada
sebutan bahasa Melayu haruslah didedahkan melalui sebutan baku dan bukannya dialek
negeri atau daerah. Sebagai contoh, perkataan baca haruslah disebut [#baca#] dan
bukannya [#bac#] ataupun [#bac#]. Yang utama ialah pihak pendidik perlu memberi
contoh yang betul agar pelajar menirunya dengan sebutan yang betul. (Darwis Harahap,
10

1991) Namun, ramai dalam kalangan guru-guru yang lebih selesa menggunakan dialek
daerah mereka sendiri. Malah, ada yang berpendapat bahawa sebutan baku akan
menggugat identiti ataupun jati diri mereka. Kurangnya pengetahuan guru-guru mengenai
hal ini menyebabkan kemunculan Pedoman Umum Sebutan Baku dipandang remeh.
Sebenarnya sebutan baku tidak akan menjejaskan ciri ideolek seseorang. Berdasarkan
Kamus Dewan Edisi Keempat, idiolek adalah variasi bahasa seseorang individu. Justeru,
guru sepatutnya tidak perlu khuatiri tentang kehilangan peribadi berbahasanya kerana
sebutan baku tidak sama sekali menjejaskan aspek tersebut. Menurut Darwis Harahap
(1991), seseorang yang mahir menggunakan sebutan baku tidak mungkin akan kehilangan
dialek-dialeknya, kerana sebutan baku hanya dikhaskan untuk situasi rasmi sahaja.
Walaupun kemunculan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu bertujuan untuk
memperbetulkan sebutan masyarakat semasa berkomunikasi dalam situasi formal, namun
sebutan baku ini tidak dapat diterapkan atau dipelajari secara rasmi dalam pendidikan awal
kerana tahapnya yang terlalu tinggi bagi kanak-kanak. Namun terdapat juga pengajian yang
mendedahkan sebutan baku ini melalui ilmu fonologi, dan kebanyakannya merupakan
pengajian Bahasa Melayu. Menurut Darwis Harahap (1991), walaupun di peringkat maktab
perguruan dan universiti, ilmu tentang bunyi (fonologi) dipelajari, ia bertujuan agar
pemahaman tentang bunyi bahasa lebih luas diketahui dan ia tentu sahaja tidak sesuai untuk
diajarkan kepada murid sekolah rendah secara terperinci.

11

2.4. Peranan agensi awam dalam mempertahankan sebutan baku


Dalam mempertahankan sebutan baku, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai
peranan yang terbesar. Bagi menyeragamkan sebutan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) telah menerbitkan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (1989).
Penerbitan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (1989) tersebut bertujuan untuk
merancang masa depan sebutan baku bahasa Melayu yang mengutamakan penyebarannya
melalui sistem pendidikan dan amalan secara berperingkat-peringkat. Berdasarkan
Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), masalah sebutan dikenali sebagai masalah
yang sangat rumit. Oleh itu, dalam pelaksanaan sebutan baku, terdapat beberapa kegiatan
yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memantapkan sebutan baku
Bahasa Melayu.
Antara kegiatannya diperuntukkan seperti yang berikut:
1.0

Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak

awal Rancangan Malaysia keempat (1981).


2.0

Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek

diadakan sejak awal tahun 1990-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir
tahun 1987.
3.0

Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP

dengan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia,


dan pakar-pakar bahasa.
4.0

Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah

Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengann Pusat Perkembangan Kurikulum,


Kementerian Pendidikan Malaysia, dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada
tahun 1987.
Dipetik daripada Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994)

Walaupun terdapat pelbagai usaha dalam memartabatkan sebutan baku sehinggalah


terbitnya Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (1989), namun, usaha tersebut
hanyalah demi pencetakannya semata-mata. Hal ini adalah kerana sehingga ke hari ini,
ramai yang masih tidak menggunakan dalam situasi dalam. Malah, ramai yang memilih
untuk menggunakan bahasa Inggeris ketika dalam situasi rasmi. Oleh itu, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) bekerjasama dengan Government Linked Companies (GLC) dalam hal
ehwal sebutan baku ini. Walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mempunyai kuasa
seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) namun, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) masih
bekerjasama dengan pihak lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam
pengauditan bahasa. JPA meminta DBP membuat pengauditan di JPA dan DBP mengalualukan jika ada pihak yang berminat supaya pengauditan dilaksanakan di jabatan atau

12

syarikat untuk tujuan penambahbaikan penggunaan bahasa Melayu. (Dariani Mat Adam,
2012)
Drama adaptasi sudah menjadi satu fenomena kepada bidang penerbitan drama televisyen.
(Siti Jarum, 2014) Trend ini dimulakan oleh pengarah-pengarah filem barat dengan filem
Harry Potter, The Twilight Saga, The Hunger Games dan lain-lain lagi. Kemudian, muncullah
siri adaptasi tersebut dalam stesen televisyen tempatan seperti drama Playboy itu suamiku,
Sebenarnya saya isteri dia, Love you, Mr. Arrogant dan lain-lain lagi. Namun, keburukan bagi
pengadaptasian tersebut adalah kebanyakan novel yang diadaptasi adalah novel picisan dan
bukannya karya-karya sasterawan negara. Menurut Siti Jarum (2014), pada masa sama
Media Prima dan DBP juga menandatangani MoU di mana DBP menyediakan novel-novel
terpilih untuk diadaptasi oleh stesen-stesen televisyen milik Media Prima. Selain daripada
kerjasama adaptasi novel, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga sebenarnya boleh
mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sebutan baku kepada masyarakat. Dramadrama yang diadaptasi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini boleh
diselitkan penggunaan sebutan baku. Dengan itu, bolehlah para penonton mengenal pasti
drama yang terpilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kualiti bahasanya juga
terjamin.

13

2.5. Rumusan
Kepentingan bahasa sememangnya dapat dilihat dalam kehidupan seharian. Menurut
Awang Sariyan (1988), kita hanya mungkin dapat menilai pentingnya bahasa pada diri kita
dengan menyedari bahawa setiap insan telah sedia dikurniai potensi berbahasa apabila ia
lahir ke dunia. Setiap bahasa mempunyai identitinya sendiri, termasuklah bahasa Melayu.
Bahasa Melayu sebenarnya telah mengalami pelbagai perubahan seiring dengan peredaran
zaman yang juga telah mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di negara Malaysia. Bahasa Melayu kini dapat dikatakan suatu bahasa yang
telah mengalami perubahan yang besar, perubahan yang menuju ke arah penyesuaian
dengan tugas-tugas baharu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa dunia moden. (Nik
Safiah Karim, 1987) Oleh itu, pengekalan sebutan baku ini sebenarnya mengukuhkan identiti
bahasa Melayu itu sendiri. Apatah lagi dengan perkembangan bahasa Melayu pada masa
kini yang telah banyak muncul kata istilah yang baharu ataupun kata serapan bahasa
Inggeris yang turut menyukarkan pelaksanaan sebutan baku ini. Justeru, hal inilah yang
menyebabkan sebutan baku sukar dilaksanakan kerana kebiasaan masyarakat berbahasa
Inggeris.
Bagi bahasa Melayu, yang ingin kita pupuk ialah suatu bentuk seragam, untuk
penggunaan dalam situasi-situasi rasmi seperti dalam bilik darjah, sewaktu
memberikan ucapan atau ceramah, sewaktu mengendalikan mesyuarat atau
menyampaikan berita melalui media elektronik, apabila berdebat di parlimen dan
sebagainya.
Dipetik daripada : Bahasa Melayu Baku: Ke Arah Pembinaan Bahasa Kebangsaan yang Sempurna (Nik Safiah
Karim, 1987)

Berdasarkan penyataan Nik Safiah Karim, jelaslah bahawa sebutan baku ini digalakkan
penggunaannya dalam situasi rasmi. Dalam situasi-situasi yang lain, dialek-dialek boleh
digunakan. Menurut Nik Safiah Karim (1987), dengan bahasa Melayu baku dimaksudkan
bahasa Melayu yang seragam, variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa
Melayu dalam situasi-situasi rasmi. Penggunaan sebutan baku dalam situasi rasmi
memperjelaskan bahawa bahasa Melayu mempunyai sebutan yang standard dan
mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sempurna,
sesuai dengan ungkapan satu Malaysia. Usaha pembakuan ialah usaha yang bertujuan
untuk memupuk bahasa Melayu ke arah kesempurnaan. (Nik Safiah Karim, 1987) Justeru,
dengan pengamalan sebutan baku inilah maka bahasa Melayu dapat disempurnkan lagi.

14

Konklusinya, sebutan baku ini sememangnya sukar untuk dilaksanakan kerana terdapat
pelbagai dari segi masyarakat dan juga negara. Cabaran bagi melaksanakan sebutan baku
ini sememangnya tidak dinafikan bahawa telah mendapat cakna daripada pihak pakar
bahasa. Walaupun sukar untuk dilaksanakan, namun sebutan baku ini haruslah dikekalkan
penggunaannya kerana ia merupakan salah satu identiti bagi bahasa Melayu. Dengan usaha
dan kerjasama daripada agensi-agensi awam serta masyarakat, nescaya sebutan baku ini
dapat dijadikan sebagai satu amalan dalam situasi formal.

15

3.0 Refleksi
Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai
fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang
sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa Manakala
fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.Terdapat
beberapa simbol fonetik dalam bahasa Melayu, iaitu, simbol vokal, simbol konsonan, simbol
konsonan rangkap dan simbol diftong. Dalam tugasan ini, saya telah menggunakan simbolsimbol tersebut untuk mentranskripkan teks rakaman pilihan saya, iaitu lagu adaa iaitu lagu
kesukuan Dusun.
Seterusnya, dalam mengulas tentang artikel Adil terhadap sebutan baku Nil Safiah Karim
daripada Utusan Malaysia, saya telah menambahkan pengetahuan mengenai bahasa baku.
Sebutan baku, iaitu salah satu aspek daripada bahasa baku merupakan satu aspek yang
sukar untuk dilaksanakan dalam Malaysia, apatah lagi apabila masyarakat kurang arif
mengenai sebutan baku. Saya juga telah menyedari bahawa sebutan baku ini berkait
dengan fonetik dan fonologi. Dalam pemantapan sebutan baku, tersebut haruslah selaras
tanpa mengira kaum ataupun bangsa yang menggunakan sebutan tersebut. Oleh itu, dalam
pelaksanan sebutan baku ini, bidang fonetik dan fonologi digunakan.
Dalam tugasan ini juga tercatat mengenai sejarah sebutan baku. Justeru, setelah
melaksanakan tugasan ini saya telah mengenali sejarah sebutan baku, iaitu pelaksanaannya
di Malaysia,

serta kesan kemunculan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.

Sebutan baku ini mendapat pelbagai cabaran daripada pelbagai pihak, namun Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) masih berusaha untuk mengekalkan kewujudannya dengan
kewujudan Pedoman Umum Sebutan baku ini.
Tuntasnya, tugasan ini membuatkan saya lebih memahami tentang sebutan baku di negara
Malaysia. Walaupun kurang dilaksanakan namun sebutan baku ini masih boleh diperluaskan
lagi kerana masih lagi dapat disahkan kewujudannya. Tetapi, kewujudan sebutan baku ini
amat menimbulkan cakna kerana kurang dipraktikkan oleh masyarakat. Oleh itu, sebutan
baku ini haruslah diusahakan pengalamannya bagi memastikan identiti bahasa Melayu
sempurna dengan adanya sebutan baku.

16

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1991. Bahasa Melayu Abad ke-16: Satu Analisis Berdasarkan Teks
Melayu Aqaid Al-Nasafi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu. Vol. 1. Bahagian


Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977.

Asraf. Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Pembinaan Bahasa Melayu
Baku Sebagai Wahana Pemikiran untuk Pengembangan Budaya Bangsa.
Jurnal Persatuan Linguistik. 1987.

Awang Sariyan. Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Bahasa Melayu Baku
dalam Konteks Pembangunan Insan. Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia,
1988.

Darwis Harahap. (1991). Persoalan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diarani Mat Adam. (2012, Oktober, 1). Kerjasama DBP GLC Memperkukuh Bahasa
Kebangsaan. Dipetik daripada: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1008

Hassan Ahmad. Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Bahasa Baku dan
Sebutan Baku. Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia, 1988.

Ismail Bin Dahaman. (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein. Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Bahasa Kebangsaan
dan Masa Depan Negara. Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia, 1986.

Jendela Tok Ki. (2014, Januari, 28). Bahasa Melayu Baku, bahasa ilmu dan perpaduan.
Dipetik daripada:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140128/re_02/Bahasa-Melayubaku-bahasa-ilmu-dan-perpaduan
17

Mohammad Zuber Ismail & Arina Johari. (2014, Jun,

). Filem Kita Wajah Bahasa

Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Daud. (2013, September,5). Mengenali bahasa slanga. Dipetik daripada:


http://www.sinarharian.com.my/mengenali-bahasa-slanga-1.198800

Muhammad Daud. (2012, Oktober, 1). Bahasa slanga remaja: cabaran memartabatkan
bahasa Melayu. Dipetik daripada: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=969

Nik Safiah Karim. Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Bahasa Melayu
Baku: Ke Arah Pembinaan Bahasa Kebangsaan yang Sempurna. Jurnal
Persatuan Linguistik Malaysia,1987

Nik Safiah Karim. (1975). The major syantactic structure of bahasa Melayu and their
implication on the standardization of the language. PhD. Ohio University

Norhashimah Jalaludin. (2014, Jun,

).

. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sanat Md. Nasir, Abdullah Jumain Abu Samah & Haji Taha Mohd. Isa. (1988). Pedoman
Sebutan Baku Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Eastview Production.
Siti Jarum. (2014, Jun, 12). Kerjasama DBP Media Prima bagus tapi kena tegas.
Dipetik daripada:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140615/re_08/Kerjasama-DBP--Media-Prima-bagus-tapi-kena-tegas

Suraiya Chapakiya. (2014, April,

). Pertandingan Pidato Bahasa Melayu di Selatan

Thailand.

18

. (2000). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2000: Pelaksanaan


Sebutan Baku Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa
Melayu Di Sekolah. Dipetik daripada:
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2000/circularfile_file_0003
16.pdf

. (1993). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1993: Tarikh Penyempurnaan


Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan Baku. Dipetik daripada:
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1308555865.pdf

. (1989). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19