1. Ahli kumpulan memegang tangan dan membuat bulatan. 2. Seorang peserta menjadi lembu dan berdiri di tengah bulatan. 3. Lembu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan peserta yang membuat bulatan cuba menahan lembu keluar dari bulatan. 4. Jika lembu dapat keluar dari kepungan, Tukar dengan paserta lain sebagai lembu. Lembu yang berjaya keluar boleh memilih mana-mana peserta sebagai ganti. 5. Jika lembu gagal untuk keluar dalam tempoh yang agak lama, lembu boleh dilepaskan dengan syarat lembu melakukan apa yang diarahkan oleh kumpulan. Contoh menyanyi lagu pengakap, membaca ikrar pengakap, berkawad dan sebagainya yang difikirkan sesuai. Cadangan ulasan guru di akhir permainan (5-10min) 1. Kerjasama. Kerjasama membolehkan sesuatu matlamat tercapai. Contohnya lembu tidak akan terlepas sekiranya kumpulan bekerjasama mengawal lembu 2. Tidak putus asa. Contohnya lembu berusaha sedaya upaya dan tidak putus asa untuk lari dari kepungan sehingga berjaya. 3. Bersedia menerima akibat atau hukuman sekiranya gagal melaksanakan sesuatu tanggungjawab. Contohnya lembu akur menurut apa yang diarahkan kumpulan sekiranya gagal keluar dari kepungan. PENTING! ELAKKAN BERMAIN DI ATAS PERMUKAAN YANG KERAS. PERMUKAAN PADANG BERUMPUT ADALAH PALING SESUAI.