Anda di halaman 1dari 19

IPGM PERLIS

SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Membina satu jadual Spekasi Ujian (JSU) untuk peperiksaan akhir tahun bagi Tahun 5
dengan menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 dan taksonomi
Bloom (2001).Bilangan soalan dan jenis soalan adalah mengikut format UPSR.
1.0 PENGENALAN :
Sebelum saya membina ujian, JSU telah pun dilaksanakan kerana merupakan aspek
penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalansoalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang
baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan
rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test
Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan
paksi Aras Kemahiran (melintang).
Pembinaan Jsu
Dalam pembinaan JSU, ia mempunyai empat langkah, iaitu
(1) mengkaji sukatan pelajaran
(2) menganalisis objektif pengajaran
(3) menentukan jenis soalan
(4) menentukan bilangan soalan

2. Menganalisis objektif
pengajaran

1. Mengkaji
sukatan
pelajaran

Langkah
Pembinaan
JPU

4. Menentukan bilangan
soalan
Rajah 1

Langkah Pembinaan JS

3. Menentukan
jenis
soalan

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Mengkaji Sukatan Pelajaran


Mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang
kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk
menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.
Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan
pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana perlu diuji.
Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat
oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumatmaklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan
ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan
penganalisisan inilah JPU dibina.
Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain
objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif
pengajaran yang ingin diukur.
Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Oleh itu,
sebanyak 20 soalan akan dibina.
Pembinaan Item Beraneka Pilihan
Item yang sering digunakan dalam ujian pencapaian di peringkat sekolah rendah ialah item
beraneka pilihan. Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian iaitu stimulus, stem/badan soalan
dan jawapan pilihan.

Stimulus adalah bahagian item yang mengandungi maklumat khusus di


mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau
perbualan.

Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya


berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Jawapan Pilihan adalah bahagian item yang mengandungi jawapan pilihan,


yang biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan
lain-lain lagi.

Prinsip

Penerangan
Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih

jawapan yang betul atau paling tepat/terbaik, sebab ada


kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.
Item dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat,

jelas dan tidak berbunga-bunga, supaya pelajar tidak


membuang masa untuk memahaminya.
Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan

pilihan, tetapi dimasukkan dalam badan soalan.


Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya

4
5

setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.


Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak iaitu tidak
mengikut sistem tertentu untuk mengelak daripada pelajar
meneka jawapan yang betul.
Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya

tidak memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan yang


betul.
Jawapan berbentuk Semua di atas atau Tiada satu pun di

7
8

atas sebagai

jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya

pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.


Aras kesukaran setiap item perlu setara, supaya setiap item
mempunyai aras kesukaran yang sama.

Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor


atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan
pilihan.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah
dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi
kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu
kumpulan pelajar. Selepas

membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat

analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut.
Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item,
Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian.
Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah
bagi sesuatu tujuan tertentu.
2.0 PENYEDIAAN JADUAL PENENTU UJIAN (JPU)
Pembinaan jadual penentu ujian adalah sangat penting.Jadual penentu ujian ( JPU ) adalah
carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur
carta ini menyenaraikan objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri ciri yang terdapat pada
Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang
digunakan, aras kemahiran soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta
jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas
ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat
digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan
sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang
telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
yang telah dipelajari.
Merujuk kepada tajuk tugasan yang diberikan, saya telah membina satu Jadual Penentu
Ujian ( JPU ) yang meliputi mata pelajaran sains tahun 4.Tajuk-tajuk adalah meliputi 4
bidang utama matapelajaran sains tahun 4. Merujuk kepada jadual penentu ujian bahagian
A, saya membina 10 soalan dari bidang menyiasat alam bahan,5 soalan dari bidang
menyiasat alam fizikal, 2 soalan dari bidang menyiasat alam bahan dan 3 soalan dari bidang
menyiasat bumi dan alam semesta.Kesemua 20 soalan ini juga dibina mengikut tiga aras
kesukaran. Terdapat 10 soalan adalah aras rendah,6 soalan adalah aras sederhana dan 4
soalan adalah aras tinggi. Disamping itu, 20 soalan ini juga dibina berdasarkan 6
araskemahiran aras taksonomi blom. Iaitu 4 soalan mengikut aras pengetahuan,3 aras
kefahaman,3 aras aplikasi, 3 aras analisis, 3 aras sintesis dan 3 aras penilaian.
Jadual Penentuan Ujian / Spesifikasi Ujian
Mata Pelajaran : SAINS

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Tahun : 4

Unit :

MENYIASAT

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

APLIKASI

ANALISIS

1 2

13

11

17

ALAM KEHIDUPAN
BAHAGIAN A

2 .0 Benda Hidup
Menjalani Proses
Hidup

2.1 Menganalisa
proses - proses
hidup manusia

3 4

10

8
1

9
2
0

JUMLAH SOALAN
JUMLAH
KESELURUHAN
SOALAN

20

Membina Item-Item Soalan Menggunakan JSU Yang Telah Dibina

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Nama :____________________

Kelas:___________

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.Di
antaranya hanya terdapat satu pilihan jawapan yang betul.Pilih jawapan yang betul.
1. Berikut menunjukkan pergerakan udara ketika manusia menarik nafas
Hidung

Peparu

Apakah X ?
A

Salur Udara

Perut

Mulut

Kepala

2. Antara organ perkumuhan berikut, organ yang manakah mengumuhkan peluh sebagai
bahan buangan ?
A Ginjal
B Peparu
C Mulut
D Kulit
3. Manusia menyedut gas X dan menghembus gas Y, Apakah gas X dan gas Y ?

A
B
C

Gas X
Karbon dioksida
Oksigen
Karbon monoksida

Gas Y
Oksigen
Karbon dioksida
Nitrogen

Nitrogen

Karbon monoksida

4. Antara berikut yang manakah benar tentang udara hembusan ?

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

A Mengandungi lebih banyak oksigen


B Mengandungi lebih banyak air
C Mengandungi lebih banyak karbon dioksida
D Mengandungi kandungan oksigen dan karbon dioksida yang sama banyak
5. Gambar menunjukkan organ ? .

A Peparu

B Ginjal

C Hidung

D Kulit

6. Antara berikut yang manakah benar tentang udara sedutan?


A Mengandungi lebih banyak oksigen
B Mengandungi lebih banyak wap air
C Mengandungi lebih banyak karbon dioksida
D Mengandungi kandungan oksigen dan karbon dioksida yang sama banyak

7. Merujuk gambar dibawah, pilih organ yang manakah berlabel A, B, C dan D


mengkumuhkan karbon dioksida dan wap air?

8. Organ yang menghasilkan air kencing ialah


A Peparu

B Ginjal

C Kulit

D Jantung

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

9. Maklumat di bawah ialah fungsi satu proses hidup dalam manusia.


Membantu mengawal kuantiti air dan garam mineral dalam badan.

Pilih jenis proses hidup itu ?


A Pernafasan

B Perkumuhan

C Pembiakan

D Bergerak balas terhadap rangsangan

10. Organ yang manakah merupakan organ yang mengeluarkan gas karbon dioksida?

11. Antara berikut yang manakah benar mengenai organ perkumuhan dan bahan
buangannya?
Organ

Bahan

Permukuhan

Buangan

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Kulit

Peluh

II
II

Ginjal
Peparu

Air kencing
Oksigen

I
IV

Mulut

Najis

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

12. Apakah bahan yang manakah tidak dikumuhkan oleh ginjal


A Wap penyahtinjaan
B

Air

Bahan mineral

D Urea

13. Antara berikut yang manakah tidak benar tentang proses pernafasan ?
A Udara sedutan mengandungi lebih oksigen
B Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada.
C Udara hembusan mengandungi lebih karbon dioksida
D Semasa kita menghembus nafas, peparu akan mengembang

14. Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak bernafas?


A Sedih

B Berasa lapar

C mati

D sakit

15. Gambar yang manakah tidak menunjukkan gerak balas manusia terhadap rangsangan?

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

16. Urutan yang manakah menunjukkan aliran udara yang betul semasa seseorang
menghembus nafas?
A Peparu
B Salur udara

hidung

salur udara

peparu

hidung

C Peparu

Salur Udara

hidung

D Hidung

Salur udara

peparu

17. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang penghembusan nafas ?
I Udara dihembus keluar dari peparu
II Udara disedut masuk ke dada
III Dada bergerak ke bawah
IV Dada bergerak ke atas

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

A I dan III

B II dan IV

C I dan IV

D II dan III

18. Antara berikut, proses yang manakah membolehkan manusia menyingkirkan najis
daripada badan
A Pembiakan

B Penyahtinjaan

C Pernafasan

Perkumuhan

19. Manusia bergerak balas dengan segera apabila mereka


I

terpijak benda-benda tajam

II tersentuh benda panas


III membaca buku
IV menyanyi
A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan

IV

20. Apakah hasil kumuh yang terkandung dalam peluh ?


I Air

II Urea

III Garam Mineral

IV Karbon dioksida

A I dan II sahaja
B

I dan IV sahaja

I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Merancang perlaksanaan kaedah-kaedah penilaian alternatif yang dilakukan bagi satu


sesi pengajaran pembelajaran sains sekolah rendah.Perancangan perlulah disertakan

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

dengan rancangan pengajaran yang digunakan serta lampiran bahan/alatan penilaian


alternatif yang dilaksanakan
Rancangan Pengajaran Sains

Kelas : Tahun 4
Bil. Murid : 40
Tajuk : Pengukuran
Hasil Pembelajaran : Di akhir Pengajaran Dan Pengajaran murid dapat ;
1.

Mengukur panjang menggunakan teknik yang betul.

2.

Merekod ukuran panjang dalam sistem metrik.

3.

Mengukur masa dengan menggunakan alat yang betul.

4.

Merekod masa dalam sistem metrik.

Kemahiran berfikir : Membuat andaian (prediction), memberi sebab (inference), , mencipta


(create ), membuat generalisasi (making generalization)
Alatan : Gunting, benang, plastic, pengepit baju, pen penanda, jam randik, pembaris.
Langkah-

Kandungan

Aktiviti

Alat/ bahan

Imbas kembali

Murid diberi pembaris

Pembaris

pengetahuan sedia ada

panjang dan jam randik.

jam randik

langkah/
masa
Set induksi
(5 min)

murid.

Guru bertanya tentang unit


piawai bagi panjang, luas
dan masa serta teknik
menggunakan pembaris dan
jam randik.
-

Murid menjawab

panjang,

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

soalan guru
Langkah 1

(5 min )

Guru menunjukkan

perasaan ingin tahu

dua model payung

terjun

murid. (Science

terjun (P & Q) yang

inquiry)

mempunyai panjang

Merangsang

model

payung

tali yang berbeza.


Membuat perkaitan
(making connection)

Soalan guru :

Payung terjun
manakah yang akan
jatuh ke tanah
terlebih dahulu.
Mengapa?

Murid membuat
andaian (predict)
mereka dan cuba
memberi sebab.

Langkah 2 ii- Merancang (planning)


(20 min )

Murid berbincang
dan memahami

Aplikasi teknik

langkah-langkah

pengukurun yang

pembaris,

sebelum

tepat (accuracy)

Plastic,
pen penanda,

menjalankan aktiviti

benang.

berdasarkan arahan
yang diterima.
(langkah-langkah
eksperimen)
-

Murid membuat
model payung terjun.

Langkah 3
(20 min)

Penyiasatan
(investigating)

Murid menjalankan

Buku

rekod

eksperimen

eksperimen

menggunakan alat

(PeKA)

yang disediakan.

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Data direkod di
dalam jadual.

(collecting, organizing &


displaying data)
Langkah 4

Memberi penjelasan

(making meaning)

(10 min)
-

pemboleh ubah yang


terlibat :

Murid dapat membuat


hubungkait
(relationship) di antara
pemboleh ubah yang
terlibat dan

Murid menyatakan

Dimanipulasikan

bergerak balas

dimalarkan

Murid menyatakan

menyatakan corak
perubahan (trend) bagi

hubungan di antara

data yang dikumpul.

pemboleh ubah
- Murid dapat memberi
jawapan kepada

Murid membuat
kesimpulan

persoalan tadi. (payung


terjun P & Q)
Langkah 5

Pengayaan (enrichment)

Guru menunjukkan
gambar tentang

(10 min)

beberapa factor yang


mungkin
mempengaruhi masa
yang diambil untuk
payung terjun jatuh.
-

Murid
membincangkan
pemboleh ubah yang
terlibat.

Guru boleh memberi

Soalah : Cipta satu model

tugasan tambahan kepada

payung terjun yang paling

Jam randik

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

murid. (kerja rumah )

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

lama boleh berada di udara.


(create )

Penutup
(5 min)

Membuat generalisasi
(making generalization)

Murid diransang
untuk memberi
pendapat tentang
kepentingan
membuat
pengukuran dalam
kehidupan harian.

PENILAIAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS


Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting
yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
samping dapat mencungkil potensi dan bakat pelajar (Ali, 2008). Penilaian alternatif adalah
berdasarkan kepada ujian-ujian yang berasaskan pencapaian (performance based).
Penilaian alternatif harus mempamerkan apa yang dianggap sebagai kemahiran, dan apa
yang akan diterima atau ditolak, sebagai pertunjuk kepada pencapaian (Wolf, 1993).

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Penilaian alternatif juga dikenali sebagai penilaian autentik. Ia merangkumi sebarang


bentuk penilaian yang memerlukan murid menghasilkan dan menerangkan respon yang
dihasilkan itu dan bukan hanya memilih respon dari senarai beberapa kemungkinan respon
yang disediakan. Penilaian autentik akan mengukur matlamat pembelajaran yang lebih
kompleks dan merupakan sokongan kepada pengajaran yang diperlukan untuk membantu
pelajar mencapai matlamat ini. Tujuan utama penilaian alternatif dilaksanakan adalah untuk
membolehkan objektif pembelajaran yang lebih luas dinilai, termasuk objektif-objektif dari
domain-domain afektif dan psikomotor yang dinilai menerusi tugasan dan kerja kumpulan
secara individu atau berkumpulan.
Di antara bentuk penilaian alternatif yang boleh dijalankan secara berterusan ialah
projek, karangan dan berbagai bentuk ujian penulisan, ujian lisan, ujian amali,
portfolio,tugasan, temu bual, soal selidik dan pemerhatian oleh guru. Pelaksanaan penilaian
alternatif ini dapat mencakupi kemahiran yang lebih meluas jika dibandingkan dengan
penggunaan ujian pencil dan kertas. Walau bagaimana pun beberapa masalah perlu di lihat
secara objektif dan kritikal. Antaranya :
1. Memastikan wujudnya kesamaan dan kecemerlangan dalam pelaksanaan
penilaian alternatif,
2. Memikir semula penilaian dan peranannya untuk menyokong pembaharuan
dalam pendidikan,
3. Menyatupadukan penilaian dan pengajaran dalam usaha untuk menyokong
pembelajaran,
4. Melaporkan hasil penilaian, dan menilai kemajuan pelajar dengan cara yang
sesuai.
Selain dari itu terdapat beberapa perkara yang merupakan kekangan terhadap pelaksanaan
penilaian ini. Antaranya ialah ;
1. Apakah penilaian jenis ini betul-betul diperlukan untuk menilai pelajar.
2. Adakah keputusan yang dihasilkan oleh penilaian ini benar-benar dapat digunakan
untuk membuat keputusan yang lebih baik.
3. Apakah penilaian ini berupaya memberikan pertunjuk kepada kesahan ujian dan
kebolehan pelajar.

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Penilaian:
1. Pencapaian objektif 1 dapat dinilai berdasarkan aktiviti dalam langkah 3. Dimana
murid menjalankan kerja amali.
2. Pencapaian objektif 2 dapat dinilai berdasasrkan langkah dua dimana murid
berbincang

daan

memahami

langkah-langkah

sebelum

menjalankan

aktiviti

berdasarkan arahan yang diterima.


3. Pencapaian objektif

3 dapat dinilai melalui pemerhatian yang dijalankan dalam

langkah dua dimana murid melakukan aktiviti ini dengan bantuan guru.
4. Selain itu,murid diuji dengan menggunakan lembaran yang diberikan oleh guru pada
langkah rumusan.

Menulis satu refleksi kritikal tentang pengalaman baru atau inovasi yang telah anda
lalui dalam menyiapkan tugasan ini
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Sepanjang
menyiapkan tugasan untuk subjek SCE3113 ini saya telah banyak menerima pengalaman
baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan
dugaan yang terpaksa saya tempuhi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun, dengan
semangat kecekalan yang tinggi, saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar.

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Bermula semasa penyerahan tugasan oleh pensyarah iaitu Pn. Hairani Binti Haris,
skop tugasan menghendaki supaya saya menghuraikan kaedah penilaian alternatif yang
boleh saya laksanakan semasa sesi pengajaran saya. Hal ini merupakan cabaran buat saya
kerana Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang pada diri saya masih kurang
terutamanya dalam membuat penilaian.
Sebelum saya membina item-item soalan ujian, JSU perlu dilaksanakan terlebih
dahulu kerana ia merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di
sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian
yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah
dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item soalan. JSU
dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua
paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).
Pada skop pertama tugasan menghendaki saya supaya merancang membina itemitem soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) peperiksaa akhir tahun
berpandukan Taksonomi Bloom ( 2001 ). Kesukaran saya alami adalah untuk menentukan
aras soalan yang akan dibina dan kaedah penyusunan item soalan agar merangkumi tiga
aras yang dikehendaki iaitu aras mudah, sederhana dan sukar. Jika sebelum ini soalan akhir
tahun akan disediakan oleh bahagian peperiksaan di peringkat daerah atau di urustadbir
oleh Majlis Guru Besar daerah masing-masing.Walaupun begitu, bukan mudah untuk
melaksanakan penilaian alternatif berbanding penilaian secara tradisional (pensil dan
kertas)Saya terpaksa membuat penilaian semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Kekangan masa, isi pengajaran dan pada masa yang sama perlu menilai setiap murid dari
pelbagai kemahiran. Bukan mudah untuk saya merancang penilaian sebegini kerana
walaupun murid tahun 4 telah berpengalaman selama 3 tahun sebelum ini dalam kurikulum
KSSR, namun skop kemahiran dan intelak mereka masih lagi mengikut acuan tradisional.
Kemahirankemahiran asas proses sains dan serta kemahiran nilai sains yang amat rendah
dalam diri setiap murid menjadikan agak sukar untuk saya melakukan penilaian alternatif ini.
Namun begitu, demi kebaikan dan memantapkan kemahiran murid untuk mereka
mengharungi pembelajaran abad ke-21 yang penuh mencabar sebaik mungkin saya
terapkan pada setiap sesi pengajaran saya.
Melalui tugasan ini juga saya dapati bahawa apa yang diajar sekarang pun berteraskan
penilaian alternatif ini. Cuma kaedah dan pendekatan yang digunakan telah dipelbagaikan
untuk menjadikan murid lebih berdaya saing dalam pembelajaran mereka sehari-hari.

IPGM PERLIS
SEMESTER 6
PPG SAINS

MOHD FUARD BIN KASRI


SCE 3113

Dengan itu diharap dengan selesainya tugasan ini akan memberi impak yang amat positif
terhadap diri saya dalam memperkukuhkan kemahiran penilaian saya sebagai guru sains.
Saya juga bersyukur kerana pensyarah pembimbing dan rakan-rakan banyak membantu
dalam melaksanakan tugasan ini.
Oleh itu, saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalankan
tugasan ini akan memberikan manfaat kepada saya. Saya telah belajar caracara mebina
JSU dan membuat item-item soalan dan dapat mentadbir ujian di sekolah. Saya telah
memperolehi pengalaman yang amat berguna untuk mendidik anak bangsa di masa
hadapan