Anda di halaman 1dari 7

KERAHSIAAN

PROFESIONAL

Orang-orang yang beriman diperintahkan


menyimpan rahsia orang lain, lebih-lebih lagi
jika orang itu seorang doktor, kerana orang
akan memberitahu rahsia dan meluahkan
perasaan kepada doktor mereka dengan rela
hati, yakin dengan kerahsiaan profesional yang
dipegang oleh profesion perubatan semenjak
awal zaman lagi

Seorang
doktor
hendaklah
merahsiakan
sebaiknya segala maklumat yang diperolehinya
melalui penglihatan, pendengaran atau secara
kesimpulan.
Semangat keIslaman juga memerlukan butirbutir di dalam undang-undang patut menekankan
hak pesakit untuk melindungi rahsia mereka
yang telah diluahkan kepada doktor.
Pengkhianatan
keatas
amanah
ini
akan
menjejaskan imej amalan perubatan, selain dari
menjauhkan
kumpulan
tertentu
dari
mendapatkan bantuan rawatan perubatan.

TUGAS DOKTOR DALAM


PEPERANGAN

Tentera
yang
cedera
dilindungi
oleh
kecederaannya dan begitu juga orang tawanan.
Apa jua perasaan seorang doktor dan di mana
jua mereka berada, dia hendaklah tetap dengan
tugas dan tanggungjawab yang satu iaitu
melindungi nyawa dan mengubati orang yang
sakit dan tercedera.

Adil kepada setiap pesakit walaupun pesakit


itu berpihak kepada musuh. Allah menjelaskan
di dalam al-Quran: Dan jangan sekali-kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan.
Seorang
doktor
Muslim
hendaklah
menghulurkan pertolongan secara menyeluruh
untuk melindungi dan menyokong tugas
profesion perubatan .

Seorang
doktor
Muslim
tidak
boleh
menggunakan sumber teknikal, saintifik atau
lain-lainnya
dengan
cara
pengkhianatan,
merosakkan atau mencederakan manusia di
dalam bentuk fizikal, psikologi, moral atau lainlain kecederaan dan tidak mengira kepentingan
politik atau ketenteraan.
Seorang doktor Muslim hendaklah menawarkan
perkhidmatan rawatan dan pengubatan kepada
kawan atau musuh, kepada individu atau
masyarakat.