Anda di halaman 1dari 7

ANAK PENGUNTING RAMBUT

SINOPSIS:
Cerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat
Gunting yang terpaksa memikul beban
membesarkan anak perempuan bernama
Manisah (nama timang-timangan Manis) setelah
kematian isterinya. Mereka tinggal di Kampung
Batu 25, Bagan Datoh, Perak. Pak Mat sering
memanjakan Manis dengan memberikannya
wang saku sekolah mengikut keperluan serta
menyediakan pelbagai keperluan untuknya.
Rambut manis dipotong pendek seakan rambut
kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabkan Manis
selalu menjadi bahan ejekkan rakan-rakan
sekolahnya hingga dia memasuki sekolah
menengah. Kerjaya ayahnya juga sering
ditertawakan orang sejak dia bersekolah di
TADIKA lagi. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat
demikian kerana Manis selalu pening dan pitam.
Bagaimanapun Manis tidak pernah ambil kisah
dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan
ayahnya. Bagaimanapun ketika di melanjutkan
pelajaran di Kuala Lumpur Manis jatuh sakit
dan disahkan mengidap lukemia. Rambutnya
gugur hingga gampir botak. Dia meninggal
dipangkuan
ayahnya.
TEMA:
Cerpen itu bertemakan kekeluargaan. Pengarang
memperlihatkan kepentingan kasih sayang
dalam menjaga keharmonia keluarga. Dalam
cerpen itu, pengarang menonjolkan watak Manis
(Manisah), anak perempuan tunggal yang sangat
kasih dan sayang akan ayahnya (Pak Mat
Gunting). Abahnya selalu menggunting dan
menjaga kebajikan Manis tanpa menyedari
anaknya
itu
mengidap
lukemia.
PERSOALAN
1. Persoalan berdikari untuk meneruskan
kehidupan.
Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga
Manisah setelah kematian isterinya.
2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak.
Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya
setelah wang saku yang diberi tidak

mencukupi untuk perbelanjaan harian di


sekolah.
3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan
tabah dan tenang.
Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha
menerima kematian Manisah akibat penyakit
Leukemia.
4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan
sebagai penyuluh hidup.
Contoh: Manisah sanggup meninggalkan
keluarga di kampung untuk menyambung
pelajaran di bandar.
BINAAN PLOT
Permulaan
Pengarang
memulakan
cerita
dengan
memperkenalkan watak ayah sebagai tukang
gunting
yang
dikagumi
oleh
anak
perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai
tukang gunting bermula dengan kerja sampingan
tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan
Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya
dengan gaya guntingan rambut pendek.
Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya,
sebagai tukang gunting walaupun diketawakan
oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis
menemani ayahnya waktu bergunting rambut
telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai
prinsip
untuk
mempertahankan
rambut
pendeknya
walaupun
sudah
bersekolah
menengah
dan
ditegur
oleh
warden
asramanya.Setelah melanjutkan pelajarannya di
peringkat universiti, Manis tidak pulang ke
kampungnya dan hanya sekadar menelefon
ayahnya sahaja.
Klimaks
Manis disahkan menghidap penyakit leukemia
oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama
beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya
apabila menerima perkhabaran itu
Peleraian
Penyakit leukemia Manis bertambah parah.
Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah
menerima suratan takdir Allah dengan
mengenang kembali makna sehelai rambut
Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.

WATAK DAN PERWATAKAN


Ayah
Sudah berusia lewat 60-an.
Seorang bapa tunggal.
Rajin bekerja untuk menyara keluarganya.
Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang
gunting.
Memiliki bakat dan kepandaian menggunting
rambut.
Hidup menduda setelah kematian isteri.
Manisah (Manis)
Memiliki raut wajah yang comel.
Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi
risiko.
Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam
bidang pelajaran.
Rajin membantu orang lain.
Gemar berambut pendek.
LATAR
Masa
Petang Ayah menanam rambut Manis di dalam
satu lubang kecil selepas kematian Manis.
Subuh waktu Manis meninggal dunia kerana
penyakit leukemia.
Waktu siang waktu ayah bekerja di ladang, di
kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke
sekolah.

Tempat
Kampung Batu 25, Bagan Datoh kampung asal
ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan
FELDA.
Tanah rancangan FELDA tempat ayah merantau
untuk mencari penghidupan yang lebih baik.
Tadika Manis dan kumpulannya mengambil
bahagian dalam acara membawa bakul kacang di
atas kepala dan memenangi acara tersebut.
Asrama Manis tinggal di asrama semasa
bersekolah menengah.
Hospital tempat Manis dirawat kerana penyakit
leukemia.
Masyarakat

Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari


untuk kelangsungan hidup.
Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anakanaknya setelah kematian isterinya.
Masyarakat peneroka FELDA yang dapat
mengusahakan kerja sampingan.
Contoh: Ayah
menjadi
peneroka
dan
meninggalkan kampung halamannya.
Masyarakat yang berani mempertahankan risiko.
Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya
memotong rambut Manisah hingga pendek
walaupun dikritik orang kampung.
Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan
tabah
Contoh: Ayah dan abang menerima takdir
kematian Manisah dengan redha.
GAYA BAHASA
1. Sinkope
Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis.
2. Kata Ganda
Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,
3. Simile
Contoh: Seperti Busut Hitam
4. Personifikasi
Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari
sendiri
NILAI
1. Nilai keberanian.
Contoh: Manisah berani berambut pendek
walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh
guru.
2. Nilai berdikari
Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anakanak selepas kematian isterinya.
3. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja
menggunting rambut kepada peneroka dan
anak peneroka walaupun bayarannya rendah.
4. Nilai kasih sayang
Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak
dari kecil hingga dewasa.
5. Nilai kerajinan
Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga
sebagai tukang gunting rambut pada
sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong
ayahnya membersihkan tempat
menggunting rambut.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah
Ayah menerima ketentuan Allah yang
mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa
anaknya Manisah lebih awal.
2. Kita hendaklah mendidik anak dengan
sempurna.
Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik
walaupun tanpa isteri yang telah meninggal
dunia.
3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran.
Orang kampung memahami mengapa ayah
memotong rambut Manisah hingga pendek.
4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun
berjauhan dengan keluarga.
Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti
walaupun berjauhan dengan
keluarganya.

DENDAM
Sinopsis:
Cerpen 'Dendam' ini mengisahkan hubungan
kekeluargaan antara kakak, adik, ibu dan
ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat
membenci
adiknya
Angah
yang
mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru
dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah
menconteng buku latihan Kimia dan
Geografi sehingga didenda oleh gurunya
Puan Maria. Along sangat berang dan marah
dengan adiknya Angah sehingga sanggup
menampar pipi adiknya. Selain itu, Along
juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika
Angah ingin mengadu kepada ibunya Along
menjeling menyebabkan Angah tidak sempat
untuk mengadu.
Ketika selesai makan malam ayah
mengamuk kerana kertas kerjanya telah
dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi
Along kerana tidak menjaga adiknya dan
melarang dari memasuki bilik bacaan ayah.
Along
cuba
mempertahankan
diri
mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap

memarahi Along walaupun pelbagai alasan


yang diberikan sehingga ibu melabelkan
Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri
ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba
memasang perangkap untuk mengenakan
adiknya.
Satu lagi peristiwa yang menyebabkan
kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai
pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh
Along yang menyebabkan rantai itu putus
tapi Along menafikannya. Along menuduh
Angah yang menyebabkan rantai itu putus.
Angah yang sering mengoyakkan kertas
kerja ayah dan kemungkinan Angah juga
yang memutuskan rantai ibu. Ayah
mengamuk dan merotan Angah dengan
menggunakan tali pinggang. Teriakan dan
raungan Angah bergema di seluruh rumah.
Along kesian mendengar raungan Angah
kerana Along sendiri tidak pernah dipukul
sebegitu. Sepanjang hari Along tidak
mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila
malam larut Along memasuki kamar Angah
yang sedang lena tidur. Along menyelak
baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis
merah dan biru kesan daripada pukulan
menggunakan tali pinggang oleh ayah.
Along kesian dan sedih melihat keadaan
Angah. Akhirnya Angah mengatakan
bahawa dia menyimpan rahsia orang yang
memutuskan rantai ibu. Along memeluk
Angah kerana rasa terharu dan meyedari
kasih sayang antara adik beradik.
Tema:
Konflik
kekeluargaan
merenggangkan
hubungan kekeluargaan. Hubungan Along,
Angah, ibu dan abah renggang kerana
sedikit pertentangan. Along marah kepada
abah dan ibu kerana sering menyebelahi
Angah.
Persoalan:
1. Persoalan hubungan kekeluargaan.

Contoh: Hubungan yang ditunjukkan


oleh watak-watak di dalam cerpen
ini terutama ketika makan. Mereka
sekeluarga selalu makan bersamasama.

2. Persoalan kebencian kepada adik.


Contoh: Along sangat membenci
adiknya yang sering menconteng dan
mengoyakkan buku latihan sehingga
dimarahi gurunya.
3. Persoalan kasih sayang.
Contoh: Pada akhir cerita Along dan
Angah
saling
berpelukan
menandakan kasih sayang antara
kedua beradik tersebut.
Plot:
Permulaan
Cerpen ini dimulakan dengan Along marah
apabila buku latihan Fiziknya yang baru
dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh
Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti
dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa.
Along terpaksa mengorek tabung Arnab
untuk membeli buku teks Geografi tetapi
telah dikoyak dan diconteng oleh Angah.
Along
memarahi
Angah
kerana
perbuatannya dengan menampar pipi
adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu
menangis.
Perkembangan
Semasa hidangan makan malam ayah
merungut dan memarahi Along kerana
membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan
ayah dan merenyuk dan mengoyakkan
kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu
lahap oleh api dendam yang membara.
Along cuba untuk membela diri dengan
mengatakan bukan dia yang melakukannya.
Along juga merungut kerana setiap
kesalahan adik akan ditanggung olehnya.
Along memohon agar ayah dan ibu bersikap
adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi

Along, kerana dia adalah kakak. Along juga


melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu
mengatakan Along biadap kerana melawan
cakap orang tua. Manakala ayah membisu
mendengar pembelaan daripada Along.
Kemuncak kemarahan, Along menghalau
adiknya dari ruang tamu.
Klimaks
Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara
ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu
menyayangi rantai pusaka turun temurun itu.
Ayah cuba menenangkan ibu untuk
membetulkan semula rantai yang putus
tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak
mengaku memutuskan rantai ibu dan
menuduh Angah yang memutuskannya.
Angah disebatkan dengan tali pinggang oleh
ayah.
Peleraian
Along memasuki kamar Angah dan simpati
terhadap adiknya. Angah menyelak baju
kurung dan kelihatan garis-garis merah dan
biru kesan daripada sebatan tali pinggang
ayah. Along memohon kemaafan daripada
Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya
Along sedar adiknya memerlukan kasih
sayang dan perhatian.
Teknik Penceritaan:
1. Dialog.
Contoh:
"Nak jadi samseng! Senang-senang
koyakkan buku Along."
"Angah cuma tengok saja ..."
2. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya
mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya
pada cuti yang lalu.
3. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah
aku terhadap Angah?

Watak dan Perwatakan:


Along
cepat meradang terutama kepada
adiknya
sering memarahi adiknya yang
melakukan kesalahan

Contoh: Tengah hari, petang


berterusan hingga malam, hatiku
kosong tanpa suara tawa nakal
Angah.

membenci adiknya kerana sering


melakukan kesalahan

Tempat
1. Ruang tamu
Contoh:
Along memarahi dan
menampar
adiknya
kerana
mengoyakkan buku latihannya.

pernah
disekat
wang
saku
perbelanjaannya ke sekolah garagara perbuatan adiknya yang
mengoyakkan wang ayahnya

2. Di rumah.
Contoh:
Keseluruhan
berlaku di rumah.

gelaran Hantu Kecil yang diberikan


oleh Along
berwajah comel

3. Di meja makan
Contoh: Ayah merunggut-runggut
marah akan sesuatu selepas selesai
makan malam.

Angah

suka mengoyakkan kertas, buku, dan


majalah

wajahnya pucat apabila dimarahi

buah hati ibu

Abah

seorang yang tegas


memukul adik dengan tali pinggang

Emak

suka menyebelahi adik


mempercayai
telekan
bidan
mengatakan Angah membawa tuah

bersikap garang dengan Along

Latar:
Masa
1. Malam.
Contoh: Selesai menikmati hidangan
malam.
Kedengaran
ayah
merunggut-runggut marah akan
sesuatu.
2. Tengah hari.

peristiwa

4. Di katil
Contoh:
Along
menyedari
kesilapannya dan memohon maaf
kepada Angah.
Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar.
Contoh: Dapat dilihat pada watak
Along yang bercuti dari asrama. Juga
buku latihan sekolahnya diconteng
dan dikoyakkan oleh adik.
2. Masyarakat Guru.
Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru
Kimia yang mengajar Along
mendenda Along kerana buku
latihannya dikoyakkan oleh adik.
3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang.
Contoh:
Ayah mereka bekerja
sebagai Hakim. Along meminta
ayahnya
supaya
adil
dalam
menjatuhkan hukuman kepadanya.
Gaya Bahasa:
1. Sinkope

Contoh: Ah, sakit hatiku melihat


senyumannya. ( Singkatan kata ku )
Dan tanpa kusedari, tanganku ringan
saja menyinggahi pipinya itu.

2. Kata Ganda
Contoh: Selesai menikmati hidangan
malam.
Kedengaran
ayah
merunggut-runggut marah akan
sesuatu.
3. Peribahasa
Contoh: Berat sebelah, tebal muka,
managih kasih.
4. Metafora
Contoh: Penjuru hatiku, api dendam,
keluhanku bertaburan, putik-putik
dendam.
Personifikasi
Contoh:
beracun.

Hatiku

dijurus

lahar

Antomomisia ( memperlihatkan
seseorang )
Contoh: Hantu Kecil

sifat

Totologi ( Perulangan untuk penegasan )


Contoh: Benci. Aku benci
Nilai:
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Baru aku sedar sekarang aku
ada seorang adik yang memerlukan
kasih sayang dan perhatianku.
2. Nilai berdikari
Contoh: Along berdikari dengan
membeli sendiri buku Geografinya
yang dikoyakkan oleh Angah dengan
menggunakan
wang
simpanan
tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi

Contoh: Walaupun dalam api


kemarahan,
Along
masih
menggunakan kata-kata yang baik
untuk tidak bersetuju dengan
pendapat ibu dan ayahnya.

4. Nilai hormat-menghormati
Contoh: Angah amat menghormati
kakaknya walaupun dibenci dan
ditampar oleh kakaknya.
5. Nilai kesyukuran
Contoh: Along bersyukur kerana
sedar daripada kesilapannya yang
amat membenci adiknya sehingga
sanggup menampar pipi adiknya.
Pengajaran:
1. Kita harus bersabar dengan kerenah
adik kita. Contoh: Apabila malam
semakin larut, aku memasuki kamar
Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah.
Perlahan-lahan aku menghampiri
Angah yang sedang lena di katil
comelnya.
2. Kita janganlah mempercayai tilikan.
Contoh: Syah dan ibu seakan
percaya akan tilikan bidan yang
membidankan kelahiran Angah. Aku
sungguh hairan melihat ayah dan ibu
masuk dalam golongan intelek,
masih percaya kepada tilikan yang
mengatakan Angah akan membawa
tuah kepada keluarga.
3. Kita
janganlah
memperbesar
perkara-perkara yang kecil. Contoh:
Perkara macam itu pun engkau
besar-besarkan. Angah bukankah
adik engkau.
4. Kita hendaklah mempunyai sikap
sayang menyayangi antara ahli
keluarga. Contoh: Aku mengangguk
sambil memeluk dan mencium pipi
Angah. Buat kali pertama ini aku
memeluk dan mengucupinya.

5. Kita
hendaklah
memaafkan
kesalahan orang terhadap kita.
Contoh: Along dan Angah saling
bermaafan antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai