Anda di halaman 1dari 6

Mutiara Bonda

Sinopsis
Mohd. Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih
sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan
selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki
tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu
bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal
bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam
kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis
di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz
benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah
berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian
bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan
wasiat ayahnya.
Tema
Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.
Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik)
sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.
Persoalan
i. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat
nakal dan degil.
ii. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Contoh: Keempat-empat orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
iii. Keciciran pelajar luar bandar.
Contoh: Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.
iv. Masalah sosial dalam kalangan remaja.
Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya yang tidak bersekolah
terjebak dalam penagihan ganja.
v. Tekanan hidup anak bekas banduan.
Contoh: Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan
akibat dituduh terlibat dalam kes dadah.

Binaan Plot
i. Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira menerima surat
daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan.
Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga berjaya.
Ketika Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.
ii. Perkembangan
Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz
sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah
enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.
iii. Puncak
Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu
bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah diserbu
oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ
ketika serbuan tersebut dibuat.
iv. Peleraian
Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk
menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan
pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.
Teknik Plot
i. Pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat
warkah perkhabaran daripada adik di Jordon.
ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd.
Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan
berlaku.
iii. Imbas Kembali
Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil
terutamanya ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika
dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah
terlibat dengan kemalangan jalan raya.
iv. Kejutan

Contoh: Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga


menyebabkannya patah tangan.
v. Saspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap
selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.
vi. Konflik
vii. Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti
sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu
yang selalu member muka kepada adiknya itu.
Watak utama
Adik
i. Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.
ii. Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.
iii. Degil dan keras hati.
Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun
dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam.
iv. Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.
Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.
v. Panas baran.
Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun,
adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda
setelah bonda enggan memberikannya.
vi. Insaf akan kesalahan yang dilakukan.
Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan
kemalangan jalan raya.
vii. Berpelajaran tinggi.
Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.
Watak Sampingan
Bonda
i. Ibu tunggal yang kematian suami.
ii. Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

iii. Gigih membesarkan anak-anak.


Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.
iv. Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan
berjaya dalam hidup.
Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan
berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku.
v. Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.
Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu
jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.
Kak Cik
i. Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.
ii. Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.
Contoh: Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.
iii. Anak yang bertanggungjawab.
Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.
Latar Masa
i. Waktu pagi
Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat
bersiap untuk ke taski.
ii. Waktu senja
Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.
iii. Waktu malam
Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam
kemalangan jalan raya.
Latar Tempat
i. Rumah Bonda
Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari
kaki bonda sehingga terluka.
ii. Pondok di dusun

Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawankawan adik berkumpul dan menghisap ganja.
iii. Atas katil
Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah
dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang gigih mendidik anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah
sosial.
ii. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.
iii. Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya
terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.
Gaya Bahasa
i. Personifikasi- tikaman masa lampau yang menajam di ingatan
ii. Hiperbola- melangit tinggi
iii. Sinkope- tak
iv. Repetisi- tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking
v. Simile- perangainya persis syaitan
vi. Peribahasa- bersengkang mata
Nilai
i. Nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .
ii. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah
kematian suaminya.
iii. Nilai kesabaran.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya,
Mohd. Harraz yang bermasalah.

iv. Nilai kegigihan.


Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga berjaya
walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.
v. Nilai keinsafan.
Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan
mahu belajar semula.
vi. Nilai ketabahan.
Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga
meninggal dunia dalam penjara.
Pengajaran
i. Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi
orang yang berjaya.
ii. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.
Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab
mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya.
iii. Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar
bandar.
Contoh: Adik berhenti sekolah ketika darjah enam.
iv. Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas
melihat tindakannya menampar adik.
v. Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya,
Mohd. Harraz yang bermasalah.
vi. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.
Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga
meninggal dunia dalam penjara.

Anda mungkin juga menyukai