Anda di halaman 1dari 8

1.

: PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta


Pendidikan 1996, Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras di sekolah rendah
dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina
rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat.
Kurikulum Bahasa Melayu bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum tersebut menyediakan pelajar dalam
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan
peraturan tatabahasa yang betul dan tepat. Para pelajar mampu mengungkapkan
bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran, di samping
mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh yang demikian,
guru disarankan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Sehubungan itu, guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun
dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian para pelajar. Dalam melakukan aktiviti
PdP, adalah diharapkan guru dapat memberi penekanan kepada unsur tambahan
seperti kemahiran-kemahiran tertentu dalam berfikir, teknologi maklumat dan
komunikasi, belajar cara belajar dan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran secara kontekstual dan pembelajaran secara konstruktivisme. Di
sampaing itu, penekanan kepada nilai-nilai murni, semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen tersebut diharapkan dapat
memberi keyakinan kepada para pelajar dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan
harian serta dunia pekerjaan (Kamarudin Husin,1997)
Dalam menyediakan para pelajar cemerlang yang mampu berkomunikasi dengan
betul, sebagai guru keperluan untuk menyediakan satu kaedah PdP yang berkesan
serta memerlukan perancangan yang lengkap dan teratur. Bagi menghasilkan
perancangan yang demikian, guru disarankan membuat rujukan daripada Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah dan Menengah untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya, guru harus mengaplikasikan pelbagai
strategi bagi mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Sehubungan itu,
strategi pengajaran dan pembelajaran perlu berlandaskan penyatuan konsep 5P,
iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan, dan penilaian (Abd.
Aziz,1997). Konsep 5P ialah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
di peringkat sekolah-sekolah. Konsep ini juga merupakan satu saranan supaya
bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
disampaikan secara bersepadu. Semua elemen dalam Konsep 5P dijalankan secara
bersepadu dan tidak secara berasingan.
Elemen-elemen dalam konsep 5P tersebut terdiri daripada penggabungjalinan,
penyerapan, penilaian, program pengayaan dan pemulihan. Penggabungjalinan
ialah proses dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan
supaya bidang-bidang kemahiran berkait rapat atau bahan bahan pengajaran
yang mempunyai urutan yang betul tidak disampaikan secara berasingan. Strategi
ini berhasrat menjadikan aspek-aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahanbahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran kan menjadi lebih bererti (Juriah Long, 1992). Penyerapan pula ialah

proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan


daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajarkan (Kamarudin Husin, 1998).
Penilaian pula merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi
memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Dalam
KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat
pertimbangan mengenai
kebolehan atau kemahiran dan kefahaman pelajar
berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran (Koh Boh Boon, 1989). Maksud
penggayaan pula ialah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
untuk memberi peluang kepada para pelajar mengembangkan sifat ingin tahu,
semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepimpinan. Manakala,
pemulihan pula adalah program yang dihubungkan dengan kanak-kanak yang
menghadapi kesulitan pembelajaran. Ia adalah langkah khas yang perlu dilakukan
oleh guru untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran
tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Dalam tesis ini, huraian lengkap mengenai konsep penggabungjalinan akan diberi
penekanan secara terperinci dari aspek tujuan dan strategi penggabungjalinan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Di samping itu juga,
penyediaan perancangan penyepaduan dan mengintegrasikan 5P dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga turut dihasilkan dalam tugasan
ini.

2.0

: KONSEP PENGGABUNGJALINAN

Kementerian Pelajaran menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang


digunakan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid murid terhadap
pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran
seterusnya berupaya melaksanakannya sendiri. Salah satu strategi yang telah
disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah
penggabungjalinan. Tujuan strategi ini disarankan adalah untuk mengelakkan
murid berasa bosan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Kamus Dewan Edisi ke 4 menyatakan bahawa penggabungjalinan ialah perihal
menggabungjalinkan. Penggabungjalinan dalam Bahasa Melayu bukanlah satu
konsep yang baru. Penggabungjalinan juga merupakan satu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat
yang mana ia tidk disampaikan secara berasingan. Dengan konsep ini, ia dapat
menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling
melengkapi. Sehubungan itu, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan.
Tujuan penggabungjalinan berdasarkan pendapat Juriah long (1992) adalah seperti
berikut:
I.

Kemahiran berbahasa dapat dikuasai secara serentak. Ia bermaksud


kemahiran lisan yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca dan menulis. Guru tidak menggabungjalinkan semua
kemahiran dan isi pelajaran dalam satu pengajaran (Raminah dan Rahim,
1987).

II.
III.
IV.

Bentuk pengajaran yang lebih menarik dan berkesan dapat diwujudkan


dengan
membuat
penggabungjalinan.
Ini
kerana
guru
dapat
mempelbagaikan kaedah dan teknik PdP.
Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi, kemahiran
guru dalam cara penyampaian secara individu adalah berbeza daripada guru
yang lain.
Aktiviti PdP melibatkan pelbagai kemahiran, iaitu kemahiran lisan, membaca
dan menulis serta kemahiran tersendiri yang dimiliki oleh guru dalam cara
penyampaian. Dengan kepelbagaian kemahiran yang ada, aktiviti PdP juga
dapat melibatkan ramai pelajar.

Selain tujuan penggabungjalinan, strategi penggabungjalinan juga mempunyai


empat prinsip utama yang perlu dipatuhi. Empat prinsip tersebut adalah seperti
penggabungjalinan yang dilakukan mestilah mudah ubah serta bergantung pada
matlamat dan objektif PdP yang hendak dicapai. Prinsip yang kedua ialah guru
mesti mengetahui beberapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan. Prinsip ketiga
adalah guru mestilah merancang kemahiran fokus dan sampingan dengan baik.
Prinsip yang keempat pula ialah penggabungjalinan yang dilakukan oleh guru
mestilah berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.
Penggabungjalinan boleh dilakukan melalui tiga bentuk iaitu penggabungjalinan
kemahiran, penggabungjalinan bahan, dan penggabungjalinan aktiviti. Semasa
mengajar Bahasa Melayu, guru perlu menggunakan kemahiran mendengar dan
bertutur. Oleh itu guru perlu menggabungjalinkan kemahiran lisan, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Ini adalah untuk menghasilkan pengajaran yang
lebih menarik dan berkesan kepada pelajar. Penggabungjalinan aktiviti adalah satu
proses yang mana guru perlu menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti
atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi
aspek lisan, bacaan, kefahaman dan tulisan. Contoh aktiviti yang boleh guru
lakukan ialah sewaktu guru memberi ceramah, guru mengarahkan murid untuk
mencatat isi yang terkandung dalam ceramah tersebut. Selain itu, contoh yang
kedua ialah guru melakukan aktiviti lisan bercerita, perbincangan dan seterusnya
aktiviti penulisan dengan menulis karangan dapat dilakukan oleh para pelajar.
Manakala penggabungjalinan bahan pula adalah memberi tumpuan kepada bahanbahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan bahan itu boleh terdiri
daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi
menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman dan tahap
pencapaian pelajar. Guru boleh menggabungjalinkan bahan bahan ini mengikut
keperluan masa yang diperuntukkan di samping mempunyai pertalian dan urutan
yang baik. Contohnya adalah seperti bahan utama berita boleh digabungjalinkan
dengan bahasa lisan dengan para pelajar membuat ulasan terhadap bahan
tersebut.
3.0

: FORMAT PERANCANGAN

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 1 Anggerik

Masa

: 8.45-9.45

Bilangan murid

: 28/28

Tema

: Rajin Berusaha

Tajuk

: Kebun Sayur

Standard Kandungan
sesuatu perkara daripada

: 3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang


pelbagai sumber.

Standard Pembelajaran
pelbagai sumber.

: 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada

Objektif

: Pada akhir pembelajaran murid dapat:

terdapat

1. Mengenal dan menulis nama sayur sayuran yang


di kertas mahjong.

kertas

2. Menulis nama nama sayur- sayuran yang terdapat di


mahjong.
3. Membina ayat yang betul berdasarkan gambar

Sistem bahasa

: Sintaksis

Pengisian Kurikulum

: Kemahiran Bernilai Tambah

Kontekstual
sedia ada murid.

: Menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman

Kecerdasan pelbagai

: interpersonal, verbal linguistik

Penekanan konsep 5P

: Penggabungjalinan

: kemahiran menulis

Kemahiran bertutur
Kemahiran membaca
BBM
gambar, soalan,

: sayur sayuran, kertas mahjong yang mengandungi


latihan, sayur sayuran, kad bacaan.

Langkah/ Masa

Isi Kandungan

Aktiviti
Pengajaran
Pembelajaran

Set induksi
(5 minit)

Kebun Saya

1) Guru menanyakan khabar murid.


2) Guru memastikan murid murid
bersedia
untuk
mempelajari
pelajaran hari tersebut.
3) Murid - murid
diminta nenek
yang masuk ke dalam kelas.
4) Guru menanyakan beberapa
soalan kepada murid murid.
5) Murid murid menjawab soalan
yang ditanyakan oleh guru.
6) Dengan jawapan murid, guru
memperkenalkan pelajaran hari ini
kepada murid.

Langkah 1
(10 minit)

Guru
membawa
masuk
seorang
nenek yang pulang
dari pasar.

Kebun sayur

dan

1) Guru menunjukkan kad bacaan


yang mengandungi nama sayuran

Catatan
Kontekstual
: Menghubungkaitkan isi
pelajaran
dan
pengalaman sedia ada
murid.
Kemahiran
bernilai
tambah
:
Kemahiran Berfikir
BBM
:
Sayur sayuran

Mengenal jenis
jenis sayur sayuran
yang
telah
ditunjukkan.
Membaca
nama
sayur sayuran.

Langkah 2
(10 minit)

Kebun Sayur
Menulis
sayuran
terdapat di
mahjong.

Langkah 3
(15 minit)

nama
yang
kertas

Kebun Sayur
Membina
ayat
berdasarkan
nama
sayuran yang telah
diberikan.

dan namanya.
2) Murid murid mengenal jenis
jenis
sayuran
yang
telah
ditunjukkan.
3) Guru melekatkan kertas mahjong
yang
terdiri
daripada
gambar
sayuran dan juga nama sayuran.
4) Guru meminta murid murid dan
mengeja
perkataan
yang
ditunjukkan oleh guru.
5) Murid murid diberi penjelasan
supaya mereka memahami maksud
perkataan tersebut.
1) Murid murid mengenal pasti
nama sayur sayuran yang terdapat
di kertas mahjong.
2)
Guru
meminta
murid
memberitahu nama sayuran yang
ditunjukkan secara lisan.
3) Murid murid menulis nama
sayur

sayuran
yang
telah
dilekatkan pada kertas tersebut.
4) Selepas menulis murid diminta
supaya membaca nama sayur
sayuran tersebut.
5) Murid murid bersama sama
membaca nama sayuran yang
dilekatkan.
1) Guru memberikan kertas mahjong
kepada ketua kumpulan.
2) murid murid diminta membina
ayat berdasarkan nama sayuran
yang telah diberikan.
3) Guru membantu murid murid
yang memerlukan bantuan.
4)
Murid

murid
diminta
menghantar seorang wakil untuk
menunjukkan hasil kerja
mereka.
5) Guru menyemak ayat ayat
tersebut dan meminta murid murid
membaca ayat ayat yang telah
disemak.

Langkah 4
(10 minit)

Penutup
(5 minit)

Kebun Sayur
Membuat
kerja

lembaran

Kebun Sayur
Lagu
Menjawab beberapa
soalan
yang
ditanyakan
oleh
guru.

1) Guru memberi lembaran kerja


kepada murid murid
2)
Murid murid membuat
lembaran kerja yang telah diberikan.
3) Guru membimbing murid yang
memerlukan bantuan.
4) Guru membincang jawapan
dengan murid murid.

1) Guru menyanyikan sabuah lagu.


2) Guru bersoal jawab dengan murid
tentang isi pelajaran hari ini.
3) Murid murid menjawab soalan
guru.
4) Dengan jawapan murid, guru
mengakhiri pelajaran hari ini.

Kecerdasan pelbagai
: Interpersonal, verbal
linguistik
Kemahiran bahasa
: kemahiran membaca
BBM
: kad bacaan,
mahjong

kertas

Kecerdasan pelbagai
: Interpersonal
Kemahiran bahasa
: Kemahiran membaca
Kemahiran menulis
BBM
: Gambar sayuran

Kecerdasan pelbagai
: Interpersonal
Komunikasi bahasa
: kemahiran membaca
Kemahiran menulis

BBM
: Kertas mahjong

Kecerdasan pelbagai
: Interpersonal
Kemahiran bahasa
: kemahiran menulis
BBM
: kertas mahjong

Kemahiran bahasa
: kemahiran bertutur
BBM
: Soalan

4.0

: RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Konsep 5P adalah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di


peringkat sekolah sekolah yang mana bidang bidang kemahiran atau bahan
bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu. Konsep 5P
menekankan strategi penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, program
penggayaan, dan pemulihan. Strategi penggabungjalinan terdiri daripada tiga
bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, penggabungjalinan bahan dan
penggabungjalinan aktiviti. Penyerapan dianggap penting dalam membentuk
pelajar yang bukan hanya menguasai ilmu pengetahuan tetapi memiliki kemahiran
berfikir. Dalam hal ini, penyerapan kemahiran berfikir berupaya meningkatkan
keupayaan menaakul dan menganalisis secara kreatif dan kritis (Esah
Sulaiman,2003). Penyerapan boleh dilihat dalam empat aspek iaitu aspek
pembelajaran, komunikasi, pengetahuan atau isi pelajaran dan juga aspek nilai
murni. Dari aspek pembelajaran dan pengajaran boleh membantu para pelajar
untuk menambah kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan
peraturan melalui aktiviti yang dijalankan. Dari aspek komunikasi, penyerapan
dilihat dapat membantu para pelajar menguasai pengetahuan tentang penggunaan
perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi dan
perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks. Penyerapan dari aspek
pengetahuan atau isi pelajaran pula, meliputi bahan bahan atau isi pelajaran
daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan
Seni, matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan
kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk
mata pelajaran yang lain. Aspek nilai murni pula boleh diterapkan dengan berbagaibagai bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti
pembelajaran.
Untuk konsep penilaian pula, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian
mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan, dan penilaian mengesan
pencapaian. Penilaian mengesan penguasaan dijalankan ketika guru berada di
dalam kelas. Tujuannya adalah untuk mengesan kelemahan penguasaan pelajar dan
supaya kelemahan itu dapat diperbetulkan dengan serta merta. Penilaian
mengesan kemajuan pula biasanya dilakukan selepas guru mengajar beberapa
kemahiran dalam sesuatu topik. Ia bertujuan untuk mengesan kemajuan pelajar
tentang kemahiran kemahiran yang telah dipelajari supaya menentukan siapa
yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Penilaian mengesan
pencapaian pula dilakukan selepas guru mengajar beberapa topik pelajaran. Ia
bertujuan untuk mengesan pencapaian pelajar dalam beberapa topik pelajaran
yang dapat dikuasai oleh mereka.
Penilaian mengesan pencapaian boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif melibatkan penaksiran yang
sistematik yang dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran sebaik
sahaja guru dapat mengesan tahap penguasaan sesuatu unit kemahiran pelajaran
pelajar. Penilaian formatif bukan bermaksud untuk mengukur pencapaian dan
kebolehan pelajar, sebaiknya boleh menjadi alat dorongan untuk pembelajaran
seterusnya. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat untuk mengukur

pencapaian terhadap objektif yang luas yang merangkumi semua tajuk dan bidang
yang diajar dalam satu jangka masa tertentu.
Program penggayaan ialah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan
mencabar untuk memberi peluang kepada para pelajar mengembangkan sifat ingin
tahu, semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepimpinan. Objektif
pengayaan ialah menggunakan kemahiran kemahiran yang telah dikuasai dalam
pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam
pelajaran tertentu yang lain. Selain itu juga, ia bertujuan melakukan kegiatan
pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan pelajar pelajar. Di samping
itu juga, pengayaan melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta
kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri. Terdpat beberapa perkara
semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya ialah menggunakan daya usaha
sendiri, membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri, memberikan penekanan kepada
aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, menggunakan kaedah
dan
organisasi yang mudah ubah, melibatkan pembacaan luas dan memberikan peluang
bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial. Program pengayaan boleh
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti iaitu, pembelajaran akses kendiri, kerja
projek, bacaan tambahan, permainan dan rekreasi dan pembelajaran menggunakan
komputer.
Konsep yang terakhir adalah konsep pemulihan. Program ini dihubungkan dengan
pelajar pelajar yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pemulihan merupakan
langkah khas yang guru lakukan untuk membantu para pelajar yang menghadapi
masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira. Terdapat beberapa objektif pemulihan untuk para pelajar iaitu
menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti aktiviti yang sesuai
dengan mereka. Pemulihan juga adalah untuk para pelajar mendapat layanan dan
kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental
individu. Pemulihan juga boleh mengurangkan masalah yang dihadapi melalui
bantuan guru. Di samping itu juga, pemulihan dapat mengembangkan potensi dan
minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju. Mendapat peluang yang
sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti sosial sama ada di dalam atau
di luar bilik darjah juga merupakan objektif pemulihan. Program pemulihan ini juga
membolehkan para pelajar membina, memperoleh dan mengembangkan sikap
percayakan diri sendiri dan berdikari. Objektif pemulihan yang terakhir adalah
untuk membolehkan para pelajar meneruskan pelajaran mereka dalam sistem
persekolahan bias yang bersesuaian dengan keperluan masin g masing.

RUJUKAN
Galaksi ilmu (2012). [Online]. Available: http://galaksiilmu89.blogspot.com. [2015
Jun, 27].

Faridah, N., (2009). HBML4303:Kurukulim dan Perkaedahan dalam Pengajaran


Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc.
Selveepulanteeran,. (2011). Jom Mengenali Sayur-sayuran. [Online]. Available:
http://tamilselveelpulanthiran.blogspot.com. [2015 Jun 27].

Anda mungkin juga menyukai