Anda di halaman 1dari 4

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah


Pendidikan Guru yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan
sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

MATLAMAT FPG

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka


matlamat FPG ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi,
professional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan
amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan
untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.
ANALISIS FPG

Kita boleh menganalisis FPG dari dua perspektif, iaitu cabang-cabang


falsafah dan elemen-elemen yang terkandung.

Pertama sekali kita akan menganalisis FPG dari segi cabang-cabang


falsafah. Cabang-cabang falsafah terdiri daripada METAFIZIK (falsafah mengenai
segala yang di luar alam biasa/ aneh) , AKSIOLOGI , EPISTEMOLOGI dan LOGIK.

Jadual 4.0 Analisis FPG dari segi cabang-cabang falsafah

CABANG CIRI-CIRI FPG ANALISIS


FALSAFAH

METAFIZIK menjamin perkembangan Peranan guru sebagai agen


individu dan memelihara perubahan dalam dunia
suatu masyarakat yang pendidikanyang dinamik-realiti
bersatu padu, demokratik, bidang pendidikan
progresif dan berdisiplin

EPISTEMOLOGI berpandangan progresif lmu senantiasa berkembang


dan saintifik lanjutan penemuan baru dan
inovasi
Tanggungjawab guru untuk
memperoleh ilmu baru supaya
tidak ketinggalan zaman dan
dapat mengikut peredaraan
masa

AKSIOLOGI berpekerti mulia, bersedia Guru sebagai rol model dan


menjunjung aspirasi teladan yang baik. Contohnya,
negara serta menyanjung bermoral, beretika, bersifat
warisan kebudayaan professional dan sebagainya
Negara

LOGIK Berpandangan progresif Amalan penaakulan logic dalam


dan saintifik menjalankan tugas professional
dn rutin harian proses
pengajaran dan pembelajaran
Peningkatan diri secara
professional demi menjamin
mutu profesion perguruan dan
kualiti perguruan.
Jadual 5.0 Analisis FPG merujuk kepada elemen-elemen yang
terkandung

ELEMEN-ELEMEN FPG ANALISIS


Sahsiah guru yang baik. Contohnya, berbudi
Berpekerti mulia bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan
sebagainya.
Berkembang mengikut peresaraan
Berpandangan progresif dan zaman/masa yang kini mengikut penekanan
saintifik kepada sains dan teknologi
Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi
professional
Menghayati aspirasi Negara yang di hasratkan
Bersedia menjunjung aspirasi Berusaha agar dapat menyumbang secara
negara maksimum kearah pencapaian aspirasi
negara
Menghayati warisan kebudayaan Negara yang
Serta menyanjung warisan unik
kebudayaan negara Memupuk sifat bangga terhadat kepelbagaian
budaya dalam kalangan murid
Menyemai sifat patriotism dan cintakan
negara
Peranan guru dari segi perkembangan diri dan
Menjamin perkembangan perkembangan murid secara menyeluruh dari
individu aspek JERIS (jasmani. Emosi, rohani, intelek
dan sosial)
Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat
memelihara suatu masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan
yang bersatu padu, demokratik, Negara
progresif dan berdisiplin Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi
aspirasi dan hasrat Negara yang telah
ditetapkan

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN


NEGARA
Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan
pengetahuan dalam mata pelajran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta
pengetahuan ikhtisas keguruan.
Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada
diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.
Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insane guru yang
sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan
keperluan pendidikan dan masa depan.
Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk
merangsang perkembangan pelajar.
Akhir sekali, guru juga disifatkan sebagai role modal dan teladan bagi
golongan murid.

KESIMPULAN

Para pendidik sememangnya memainkan peranan yang penting dalam


merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru
bagi melahirkan generasi berpelajaran yang sempurna dan stabil dari aspek JERIS.
Justeru, kita haruslah berganding bahu dalam hal tersebut demi kepentingan
Negara amnya dan generasi muda khasnya iaitu pemimpin pada masa yang akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai